Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Tuesday, March 19, 2013

Mi Manchi Kafe_Kafe (Prolog)




AKU kembali ke sini mengenangkan memori luka silam. Aku kembali setelah rajuk di hati ini reda. Aku kembali untuk berhadapan semula dengan kisah silam. Dan aku kembali untuk membuka lembaran baru dalam hidupku…

Di sini, aku dilahirkan…di sini aku dibesarkan…dan di sini jua aku menerima tohmahan itu. Demi kasihku pada emak dan kasihku pada ayah aku rela dihukum. Aku tahu tiada sesiapa untuk aku di sini lagi. Ayah menghadap Ilahi setahun yang lalu dan ibu menyusul mengikut ayah untuk bertemu di sana kelak. Air mataku mengalir apabila membaca surat terakhir dari ayah.

Hanya kafe buruk ini peninggalan ayah buat Benji…

“Mummy…daddy…I’m back.”



****

USAI solat subuh Benji tidak meneruskan tidurnya. Dia berteleku duduk menghadap komputernya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berpagi-pagilah (subuh) di dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kerjayaan.

(Hadis Riwayat Tabarani dalam al-Awsath).

Jari-jemari Benji lincah menekan papan kekunci.  Namun dia lebih banyak bermain dengan tetikus di dalam adobe photoshop itu. Dia sedang mereka menu makanan dan minuman untuk kafenya yang akan dirasmikan esok. Pelbagai warna dicantumkan pada abjad-abjab yang sudah dipilih. Benji mahu tulisan pada menunya lebih jelas dan mudah dibaca.

Benji bersandar pada kerusinya setelah beberapa minit menyiapkan rekaan menu. Dia menongkat dagu seakan tidak berpuas hati dengan rekaan menu tersebut. Benji mula meramas-ramas rambutnya. Kalau tangan yang tiada seni memang tidak akan menjadi. Alih-alih dia bukan internet. Laman sosial facebook menjadi pilihan. Pagi-pagi begini dia mengharapkan gadis itu berada dalam talian facebook. Ada bantuan yang ingin dipinta. Kiranya bantuan kecemasan. Dia sudah benar-benar buntu dengan rekaan menunya.

Hampa. Gadis itu tiada dalam talian facebook. Benji jarang berinteraski dengan gadis lain. Facebook bukanlah ruang komunikasi yang menjadi tatapan harian Benji seperti mereka yang saban masanya dihabiskan pada laman sosial itu. Benji sekadar membuat akaun itu untuk
pengisian masa lapang. Rakan facebooknya boleh dibilang dengan jari.

Benji termangu seketika. Kenapa dia tidak terfikirkan lebih awal. Facebook boleh dgunakan untuk perniagaan juga. Benji tersenyum sendiri. Dia perlu membuka satu lagi akaun
facebook untuk kafenya, Mi Manchi diambil dalam bahasa Itali. Mi Manchi dalam bahasa melayunya saya rindu awak. Nama kafenya agak pelik bukan.

Argh! Rekaan menunya masih belum disudahkan dia sudah memikirkan perkara lain pula. Skrin komputer itu direnung lagi. Software Adobe Photoshop ini pun temannya yang masukkan ke dalam komputer. Kononnya mudah untuk membuat rekaan-rekaan dan mencantumkan gambar kelak. Adobe Illustrator haram dia gunakan. Software itu lagi memeningkan kepalanya.

Masa sudah suntuk. Dia print-out dululah mana yang patut. Cantik atau tidak lain kira. Benji alihkan lirikkan anak mata pada gambar yang terletak pada dada mejanya itu.

Mummy…daddy…masanya sudah tiba.”

Sunday, March 17, 2013

Gadis Merah Jambu_Bab 9



(Taukeh Kedai Bunga dan Gadis Merah Jambu)

Certain varieties of cut flowers last longer than others. Carnations, for example, can remain vibrant for long periods. Roses have a shorter vase life, but are prized for their special and delicate beauty. When buying flowers, be sure to ask your florist how long you should expect your arrangement to last. Whatever variety you choose, a little TLC will go a long way to keep your blooms looking fresh longer. Here are a few handy tips that can help add days to their beauty!
            
Amreez memberikan penerangan kepada seorang pelancong asing wanita tentang penjagaan bunga. Pelancong wanita itu tersenyum dan menganggukkan-anggukkan kepalanya.
            
Keep them in a cool spot 65 to 72 degrees Fahrenheit; 18 to 22 degrees Celsius, away from direct sunlight, heating or cooling vents, direct drafts from a ceiling fan, and the tops of televisions or radiators. Appliances like televisions give off heat, causing flowers to dehydrate.”
            
Keep the floral foam soaked in water containing floral food provided by your florist. Be sure to follow the directions on the package.”
            
Keep the vase filled with water containing floral food provided by your florist. Be sure to follow the directions on the ackage. If the solution becomes cloudy, replace it entirely. If possible, recut the stems by removing one to two inches with a sharp knife. Remove leaves that will be below the waterline. Leaves in water will promote bacterial growth that can harm the flowers.
            
Cut the stem with sharp pruning shears. Place in warm water containing fresh floral food to promote flower opening.”
            
Floral food is a combination of additives that help to nourish the flowers and discourage bacteria from growing in the water. It is one of the best - and easiest - ways to extend the life of your flowers. It is very important to follow the directions on the package correctly. Improperly mixed floral food can do more harm than good.” Serba sedikit tentang penjagaan bunga diberikan kepada pelancong wanita tersebut.
            
Thank you very much Mr. Amreez.” Pelancong wanita menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda terima kasih. Amreez menyambut dengan senyuman mesra. Dia mengalihkan pandangan pada mamanya yang dari tadi memerhati dan mendengar perbualan dia dengan pelancong wanita tersebut. Kagum Puan Sofiya dengan pengetahuan Amreez tentang bunga.
Biarpun Amreez memiliki segulung ijazah dalam bidang akaun namun anak lelaki itu lebih arif dengan bunga.
            
“Nasib baiklah taukeh kedai bunga itu lelaki kalau tidak aku sudah cakap dia secantik bunga.” Suara salah seorang pelanggan di situ.
            
“Ya. Tapi dia handsome.” Temannya mengiakan.
            
“Orang baik hati seperti dia sering disakiti.”

Dahi Puan Sofiya berkerut. Atie membuang bunga-bunga layunya di dalam plastik sampah. “Kisah sedih tetap akan tercatit dalam kamus hidup kita.”
            
Puan Sofiya anggukkan kepala. Dia menyedari yang dia telah banyak melukakan hati Amreez sejak anak itu kecil lagi. Dia mahu menebus kesilapannya itu.
            
Seorang pelanggan wanita yang agak seusia seperti Puan Sofiya mengahampiri Amreez.

“Kakak nak tahulah bunga yang paling sesuai untuk dijadikan hiasan ruang tamu? Adik boleh cadangkan bunga apa yang sesuai?” Wanita itu menyapa. Dia sudah puas berpusing-pusing di kedai bunga itu mencari bunga yang sesuai. Semuanya cantik-cantik belaka.

“Daisy. Bunga daisy senang ditanam kak dan tidak cerewet dari segi penjagaan. Kuntum bunganya memang cantik dan berkelopak majmuk serta berbentuk bulat tumbuh pada ketiak daun. Bunganya menyerupai bunga matahari dan tumbuh di hujung tangkai yang panjang. Ada beberapa jenis daisy yang mengeluarkan bunga pelbagai warna seperti putih, jingga, merah hati, kuning dan merah jambu. Daunnya pula berwarna hijau tua yang agak besar serta panjang dan bergerigi di bahagian tepinya, tumbuh dari bahagian bawah pokok yang tidak berbatang. Bunga daisy sesuai ditanam di bawah cahaya matahari supaya cepat berbunga serta cantik warnanya. Pokok ini cepat membiak jika dibaja selalu. Pembiakan dilakukan melalui anak benih yang terdapat di sisi pokok atau belahan rumpun yang padat dan boleh ditanam sama ada di dalam pasu atau di tanah. Jika ditanam secara banyak di atas tanah ia menjadi amat menarik ketika bunganya berkembang.” Amreez menerangkan sambil mengukir senyuman di bibir. Dia memberitahu setakat yang dia tahu. Ilmu pengetahuan mengenai bunga ini tidaklah mendalam lagi. Masih banyak yang perlu dia pelajari.

“Pokok ini sesuai ditanam di tanah yang bersaliran baik terutama tanah berpasir. Selain membiarkan kuntuman daisy mekar di dalam pasu atau di halaman ia juga boleh dijadikan bunga keratan untuk menghiasi sudut di dalam ruang tamu kerana bunganya tahan agak lama. Bunganya besar memiliki banyak ranggi berwarna kuning terang dengan ukuran melintang antara 10 hingga 15 sentimeter. Spesies pokok hiasan ini mampu menarik serangga yang turut membantu proses pendebungaan untuk menghasilkan biji benih bagi pertumbuhan anak benih baru. Hayatnya hanya dalam tempoh semusim. Persekitaran taman perlu ditanam semula dengan anak benih baru apabila pokok yang lama tidak lagi berbunga, layu dan menyerlahkan daun yang pudar warnanya."
          
“Hmmmm. Kakak ni bukan arif sangat pasal bunga tapi kakak sukakan bunga. Bunga itu indah." Wanita itu tersenyum.
            
“Bunga itu indah jika kita menjaga dan membelainya.”
            
“Macam jaga anak pula.” Wanita itu ketawa kecil. Amreez turut tertawa. Pertama kali Atie melihat Amreez mesra pelanggan. Setelah membeli bunga yang dicadangkan wanita itu meminta diri. Kedai bunga itu walaupun kecil tapi bunga-bunganya terjaga dengan rapi dan indah sekali.   
            
Amreez mengalihkan pandangan pada mamanya dan Atie. Senyumannya tadi sudah hilang entah ke mana. Sekejap sahaja riak wajahnya itu berubah. Dia kerling pada beg-beg pakaian mama. Mama begitu beria-ia mahu pindah masuk ke rumahnya.
            
Jika mama tidak tahan dengan rumah kecilnya itu mama pasti akan keluar dari rumah itu sendiri. Dia tidak akan memaksa.


ADREENA tidak mengerti mengapa dia perlu lalu di hadapan kedai bunga itu semasa pulang mahupun semasa dia pergi kerja. Hari-hari mahu beli bunga. Tabiat yang luar biasa ke? Dia pun tidak tahu. Adreena masih berdiri di luar ke kedai bunga itu. Sebelum pulang tadi dia mendapat pesanan dari Tony Eusuf. Lelaki itu mahu mejanya juga ada bunga segar dan dia hanya mahu Adreena membelikan bunga untuknya. Gila!
            
Adreena tidak jadi untuk melangkah masuk ke kedai bunga itu. Dia berpaling dan meneruskan sisa baki langkahnya untuk terus pulang ke rumah. Dia perlu memasak untuk makan malam nanti. Sebaik langkah Adreena sudah jauh pintu kaca kedai itu terbuka. Amreez memandang kiri dan kanan. Dia seakan perasan ada orang di luar tadi. Firsatnya mengatakan lembaga di luar tadi adalah gadis merah jambu.
            
Kenapa agaknya gadis merah jambu tidak singgah ke kedai bunganya. Pasti ada yang tidak kena. Taukeh kedai bunga, kau pun dingin dan garang sagat pada gadis merah jambu. Cubalah berlembut sedikit.
            
Balik kerja mesti dapat tekanan jiwa dengan sikap adik-adiknya. Mereka ingat kakaknya yang comel ini orang gaji agaknya. Saban hari perlu mengemas rumah yang bersepah. Pitam melayan kerenah adik-adik yang nakal dan degil.
            
“Kak Reen…cepatlah masak. Yuna dan Yuni laparlah.” Rengek si kembar.
            
“Makan saja kerja korang ya.” Desisnya.
            
“Kalau bukan kakak yang masak siapa lagi. Azrien pandai goreng telur saja.” Azrien mencelah.
            
“Hm. Itu buat kerja sekolah atau surat cinta?” Adreena menyoal.
            
“Kerja sekolah. Tak caya tengok.” Azrien mengangkat buku latihannya.
            
Kali ini memang betul Azrien menyiapkan kerja sekolahnya. Cukuplah dia kantoi sekali dengan kakaknya itu. Telinga dia bukannya tahan dengan bebelan mama dan kakak. Dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Kalau sudah besar nanti dia mahu ringan beban mama dan kakak. Mama dan kakak sudah pesan belajar rajin-rajin.
            
Adreena membuat senaman ringan sedikit. Senaman kepala juga diperlukan. Hari ini memang dia cukup letih di tempat kerja dan kini ditambah pula keletihan itu untuk kerja-kerja rumah. Dia tidak seperti gadis lain yang punya masa lapang untuk berlipur-lara di luar. Dia punya tanggungjawab pada keluarga. Kalau orang kata dia seperti katak di bawah tempurung pun dia terima. Satu semenanjung dia belum jelajahi inikan pula satu Malaysia. Kalau dia bercuti siapa mahu menjaga adik-adiknya ini. Mama sibuk 24 jam sehari.
            
Apron sudah tersarung pada tubuhnya. Dia tidak perlu ke pasaran saban hari. Stok untuk masakan sudah disediakan bagi satu minggu. Adreena bercadang mahu masak udang lemak cili api. Dia mengeluarkan kunyit hidup, serai, daun kunyit dan udang dari peti sejuk. Untuk sayurnya pula Adreena mahu masak tumis kacang buncis. Dia suka menyediakan masakan ringkas dan mudah disediakan. Azrien akan membantukan mengupas bawang dan memotong bahan-bahan yang diperlukan.
            
“Kak reen…”
            
“Ya,”
            
“Minggu depan ada pertandingan bercerita antara sekolah. Azrien masuk bertanding tau. Kak Reen datanglah tengok. Mama mesti tak boleh datang.” Mata Azrien sudah menjadi merah gara-gara memotong bawang merah. Kejap lagi keluar air matalah tu.
            
“Em…tapi akak tak boleh nak janji.”
            
“Ala…datanglah Kak Reen. Bawalah Yuna dan Yuni sekali. Lagipun hari sabtu. Kak Reen kan cuti.” Azrien sperti mengharap. Kesian pula pada adiknya itu.
            
“InsyaAllah akak datang.”
            
“Terima kasih Kak Reen.” Ceria wajah Azrien walau sudah mengalir air mata. Pedih kerana bawang bukan menangis. 

Saturday, March 16, 2013

Gadis Merah Jambu_Bab 8


(Soal Hati Dan Perasaan)


APA hal yang si Tony Eusuf jeling-jeling dia? Dia ada buat salahkah pada mamat seorang itu? Adreena tidak puas hati betul dengan tingkah laku Tony Eusuf pengurus kewangan baru di tempat dia bekerja. Kenapalah Encik Aliff ambil mamat ni bekerjasama. Kalau dia anak boss memang dia tendang Tony Eusuf keluar dari syarikat. Menyemak sungguh.
            
Muka cembrut Adreena disedari oleh Tony Eusuf. Gadis seorang ini memang tidak sukakan dia dari awal perkenalan mereka. Biasalah perempuan ini mula-mula tidak suka lama-lama nanti akan jatuh hati. Dia akan tuju dan lihat Adreena meluahkan perasaan pada dia. Yakin sungguh Tony Eusuf ni.
            
Adreena geram melihat muka berlagak bagus Tony Eusuf. Kalau sudah tahu tidak suka berambuslah cepat dari pantri ni. Dari tadi duduk tak bangun-bangun. Punggung dia sudah melekat pada kerusi ke? Adreena lihat cawan Tony Eusuf sudah tidak berisi air kopi lagi. Adreena menghirup perlahan milo panasnya. Dia buat tidak nampak saja si Tony Eusuf itu.
            
“Boleh I mintak milo panas you sikit?”
           
Esh! Tak malunya mamat seorang ni.
            
“Buat sendirilah.” Balas Adreena.
            
“Staf kena buatkan air  untuk orang atasnya.” Tony Eusuf angkat kening.
            
“Saya bukan staf Encik Tony Eusuf. Saya Staf Encik Aliff.” Adreena membalas.

Minta maaflah dia mahu berikan milo panasnya separuh kepada si Tony Eusuf itu. Encik Aliff pun tidak pernah menyuruh dia buatkan air. Jangan hendak mengadalah Tony Eusuf. Makcik tukang buat air pun ada.

“Melawan ya?”  Tony Eusuf jegilkan anak matanya besar-besar. Geram pula dengan gadis kecil molek itu. Tak padan kecil pandai melawan.

“Saya penyambut tetamu bukan tukang buat air. Lagipun masa temuduga tiada pula dalam senarai tugas saya kena bancuh air.” Selar Adreena.

Terkedu Tony Eusuf. Kemudian dia tersenyum. Tony Eusuf bingkas bangun merapati Adreena. Adreena tersentak. Segera dia menjauhi Tony Eusuf. Apa yang ingin lelaki itu lakukan pada dia? Turun naik nafasnya.

“Hahahaha…saya cuma mahu ambil pek milo segera itu saja.” Tony Eusuf ketawa. Gadis itu gelabah tidak tentu pasal pula.

Adreena gigit bibir. Esh! Buat suspen betul Tony Eusuf ini. Adreena tidak mahu tunggu lama-lama. Dia angkat kaki keluar dari pantri. Sesak nafaslah bertemu dengan lelaki-lekaki jenis begini. Si Taukeh kedai bunga itu pun sama. Dua kali lima. Aik! Taukeh kedai bunga pun dikaitkan sekali?

Janice kerut dahi melihat wajah cemberut Adreena. Teman itu selalu berseri-seri saja muka comelnya. Alih-alih sejak kelmarin asyik buat muka saja. Kan tak comel dah monyok macam itu. Ini mesti kerja Tony Eusuf. Janice tahu ammat itu ada di pantri bersama Adreena tadi.

“Si Tony tu apa-apakan kau lagi ke?”

“Esh! Mulut kau ni.” Adreena tarik pipi Janice. Janice menyeringai.

“Habis yang kau buat muka nenek kebayan ni, kenapa?”

“Aku cukup bengang dengan si Tony Eusuf itu. Ada saja benda yang dia nak perkenakan aku. Agaknya dia mahu aku letak jawatan?” Keluh Adreena.

Janice tertawa kecil.

“Siapa suruh kau anti dengan dia.”

“Aku tak sukalah. Dia baru kerja dekat sini suka suruh aku macam-macam. Tak kuasa tahu. Itu bukan bidang kerja aku.”

“Ala dia nak usik kau ajelah.”

“Usik…tolonglah. Itu bukan usik itu nak kulikan aku. Dia dengan taukeh kedai bunga tu memang sama je.”

“Kau rasa Tony Eusuf dengan taukeh kedai bunga sapa lebih baik?”

Adreena usap dagu.

“Taukeh kedai bunga kot.”

Janice tersenyum-senyum.

“Sikit aje ya. Sikit aje baiknya.” Adreena tidak mahu Janice salah sangka pula yang dia suka pada taukeh kedai bunga. Siapa yang mahu suka dengan lelaki beku dan dingin ais batu. Rumahtangga tak romantik nanti.

“Kalau kau suka pada taukeh kedai bunga pun apa salahnya. Taukeh kedai bunga pun menarik orangnya.” Terkerdip-kerdip mata Janice.

“Eeee…siapa suka mamat tu?”

“Hari-hari kau dapat bunga percuma.”

Adreena geleng kepala.

“Aku tak sudi.”

“Tak sudi konon. Abis hari tu dapat bunga ros merah tu apa?”

“Itu dia nak kasi aku ambiklah…”

Janice masih tersenyum-senyum.

JULIANA kasar merentap lengan Amreez. Dia cukup tidak berkenan bila Amreez asyik mahu melarikan diri dari bersemuka dengannya. Tambahan pula dengan pandangan dingin dari Amreez. Amreez Firdaus…kau lari sejauh mana pun akan ku kejar sampai dapat.
            
“Amreez…jangan cuba nak lari dari I!” Lenting Juliana.
            
Amreez merengus kasar. Dia paling tidak suka diperlakukan seperti seorang lelaki yang bersalah. Semua pengunjung kafe itu sudah memandang ke arahnya. Juliana tersenyum. Biasanya orang akan lebih bersimpati dengan kaum hawa berbanding kaum adam.
            
Bunga yang berada di tangan Amreez itu dia hempaskan ke dada meja. Amreez sedang menahan amarah yang meluap-luap di dada. Dia sudah puas menolak kenapa perlu dikejar lagi. Juliana masih tidak mengerti agaknya.

            
“Cik Puan Juliana, hal kita sudah tamat. Tiada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan.” Amreez tegak berdiri di sisi meja itu.
            
Juliana sudah duduk menyilangkan kaki. Jari telunjuknya bermain dengan lingkaran gelas berbentuk bulat itu. Matanya masih tertumpu pada keruh Amreez. Jika dia tidak menipu membeli bunga secara online di kedai bunga Amreez, dia tidak dapat bertemu dengan Amreez seperti sekarang.
            
“Amreez…please duduk dulu.” Desak Juliana.
            
“Saya masih ada banyak lagi urusan di kedai.”
            
Pantas Juliana mencengkam pergelangan tangan Amreez tanpa ada rasa segan silu. Dia tidak peduli dengan jelingan tajam Amreez.          
            
“Sini tempat umum.” Keras nada suara Amreez.
            
So what? You takut.”
            
“Cik Puan Juliana…jangan melampau.”
            
“Duduk Amreez. Kita berbual sebentar. Lima minit sahaja pun sudah cukup.” Juliana memujuk.
            
Akhirnya Amreez akur. Dia menarik kerusi di hadapan Juliana. Amreez melabuhkan punggungnya.
            
“Minum?”
            
Amreez menggeleng laju.
            
“Reez…” Juliana sudah menyebut nama panggilan Amreez. “I masih berharap you pulang ke syarikat. Syarikat perlukan khidmat you.”
            
“Saya dah kata yang saya tidak mahu kembali ke syarikat semula. Saya senang uruskan kedai bunga tu.”Amreez tetap dengan pendiriannya.
            
“Apa untungnya kedai bunga you itu?”
           
“Itu impian saya.”
            
“Impian? Impian bodoh!”
            
“Sudah cukup lima minit. Saya perlu gerak sekarang.” Amreez bangun. Dia terus membuka langkahnya.
            
“Reez!” Juliana meletakkan not sepuluh ringgit atas meja. Dia turut membuka langkah mengejar Amreez.

Wednesday, March 13, 2013

Gadis Merah Jambu _Intro

Amreez sudah bertemu semula dengan mama dia...tapi ke manalah papa dia menghilang pula agaknya? Ramai yang agak terkeliru siapa hero GMJ. Imraz atau Amreez...jawapannya anda pasti tahu?

Amreez sukakan bunga seperti papanya. Bunga yang warna-warni menceriakan  >_<
Konflik sudah memainkan peranan dalam GMJ tidak lama lagi. 

"Saya anggap hanya sebagai seorang kakak. Tidak lebih dari itu." Amreez langsung tidak memandang pada wajah Juliana.
"Takkan tiada sikit pun Reez?" Juliana tidak berpuas hati.
Amreez menggeleng.


Cover edit sendiri GADIS MERAH JAMBU.

Gadis merah jambu pula hadapi masalah dengan kerenah dari Tony Eusuf...Jalan cerita seterus sedang ditulis untuk ketengahkan konflik perisa GMJ...

Tq bagi anda yang mengikuti GMJ ...

Thursday, March 7, 2013

Calling_Intro

Romantik Misteri...

Seorang wartawan jelita (Jill) bertemu dengan lelaki misteri bernama Liam. Liam seorang lelaki kacak dan kaya mengalami amnesia dan sering dihantui mimpi ngeri yang memanggil-manggilnya...Liam tidak pernah dapat tidur lena. Pelbagai kaedah perubatan dilakukannya...namun tiada hasilnya...

Malahan dia selalu mendapat mimpi di sebuah pondok telefon berwana merah, di mana dia mendengar namanya diseru di situ...Bunyi telefon akan kedengaran dan Liam akan mengangkatnya dan menjawab panggilan terbabit ...si pemanggil akan merintih-rintih dengan suara amat menakutkan....

Apakah misteri di sebalik mimpi ngeri Liam itu, adakah kerana kisah silamnya atau sebaliknya?

Seorang wanita berpakaian seba putih berdiri tegak di hadapan Jill. Wanita itu membisu dan hanya menundukkan kepalanya.

"Siapa kamu?" 
Jill mengetap bibir.
"Siapa kamu?" Soalnya lagi.
Wanita itu mengangkatkan wajahnya...Matanya putih dan ada lelehan darah emngalir.
"Liam..Liam...." Nama itu diseru...

Jill berpaling. Dia melihat pula seorang lelaki kacak yang menggigil ketakutan memeluk tubuh di bilik gelap itu. Suasana sekelilingnya sudah berubah. Wanita tadi sudah tiada di depan matanya.

"Adakah kamu Liam?" Soalnya. Jill merapati dan menyentuh bahu lelaki itu.

Lelaki kacak itu tidak menjawab. Dia hanya menjerit-jerit seperti orang histeria.

"Jangan ganggu aku1 Jangan ganggu aku!" Tubuh Jill ditolak lalu dia berlari keluar dari bilik tersebut. 

Keadaan sekeliling Jill berubah lagi.

"Liam...Liam...." Nama itu diseru-seru. Jill menekup kedua-dua belah telinganya.

Jill menjerit lalu terjaga dari tidurnya. Dahinya dibasahi peluh dingin.

Midnight - Part 20




KJ menyusuri taman itu pada larut malam begini. Dia duduk di kerusi panjang itu sambil memandang ke arah langit. KJ mengukir senyuman. Kenangan bersama April bermain di mindanya. Gitar yang dibawa bersama itu dipetik dengan nada yang perlahan. Lagu ‘MIDNIGHT’ kegemaran April dimainkan.

April…nama April terpacul di bibir KJ. April sudah berada di dunia indahnya. April sudah bersama keluarganya. April sudah tidak mengingati kenangan bersamanya. Yang pasti April sudah melupakan dia.

Setitis air mata jatuh ke pipi KJ.

“KJ…”
Tergiang-giang suara manja April di gegendang telinga KJ. Tiada apa-apa lagi yang menarik untuk dia terus berada di sini.

Sebuah kereta berwarna hitam behenti berdekatan taman terbabit. Cermin kereta itu diturunkan.

“Kyle…” Datuk sudah memanggilnya.
Datuk tidak memaksa KJ. Cucu tunggalnya itu yang ingin pulang bersamanya. Dia sendiri tidak menduga dengan keputusan yang dibuat oleh KJ sedangkan cucunya itu bakal menempah nama di persada seni muzik. KJ melepaskan peluang begitu sahaja.

 KJ bingkas bangun. Gitarnya ditinggalkan atas kerusi itu. Dia melangkah masuk ke dalam perut kereta tersebut.

“Kamu sudah fikirkan masak-masak?” Soal datuk lagi.
KJ angguk.
“Ya..”
“Kamu sudah sedia untuk uruskan bisnes keluarga?”
“Ya…”
“Mari kita pergi Eun Suh.” Arah datuk kepada Eun Suh.
“Baik tuan.”
Selamat tinggal April…..

Kereta itu begerak laju. Gitar itu diambil oleh seseorang yang sudah keluar dari tempat persembunyiannya. Seorang gadis cantik yang cukup dikenali. Gadis itu mengukir segaris senyuman di hujung bibir.


Tiga bulan kemudian…

Seoul – Korea

KJ merenung gambar April di dalam telefon bimbitnya. Gambar itu diambil secara curi-curi ketika sesi pengambaraan iklan April dan Nikkie. Dia datang tanpa disedari oleh April. Dia ingin bertemu dengan April dan mengucapkan selamat tinggal. Namun dia berat untuk berbuat sedemikian.

Pintu bilik pejabatnya itu diketuk perlahan. Seorang gadis melangkah masuk. KJ mengangkat kepalanya.

“Tuan Kyle…saya sudah setkan temujanji tuan dengan klien terbabit.”
“Terima kasih.” KJ mengukirkan senyuman.

KJ bangun dari kerusi eksklusifnya itu. Dia cukup sejak dengan sut serba hitam itu. Rambutnya juga sudah dikalerkan semula dengan warna hitam. Penampilan KJ sudah jauh berubah berbanding dulu. Dia sudah tampak lebih matang.

“Bakal pengarah kita memang kacak.” Bisik salah seorang pekerjanya.
“Aku tak tahu tuan pengarah ada cucu kacukan orang putih? Malah ada rupa macam Lee Gi Kwang penyanyi kumpulan BEAST tu.”
“Dia pandang kita.” Pekerja wanita itu menyiku temannya.

KJ melemparkan senyumannya lagi.

“Boleh pengsan tengok senyuman dia yang comel tu.”

KJ menuju ke arah kereta yang sudah sedia menunggu. Dia masuk ke tempat duduk pemanduan.

“Saya akan bawa kereta sendiri. Katakan pada datuk yang saya tidak balik untuk minum petang bersamanya.” Ujar KJ kepada pemandunya.
“Baik tuan.”

Kereta mewah itu meluncur laju menuju ke Restoran Elbon The Table, sebuah restoran Itali yang wajib dikunjungi apabila melancong di Seoul. Restoran itu terletak di Garosu-gil, Sinsa-dong diundi sebagai salah satu daripada 50 restoran terbaik di dunia dalam senarai S Pellegrino.

Mata KJ meliar menjadi klien tersebut. Dia menuju ke arah meja yang mana telah ditempah kahas untuk pertemuan mereka. Klien itu sedang sibuk menghadap menu di muka. Seorang gadis?

“Selamat petang…” KJ menyapa lembut.
Menu di tangangadis itu diturunkan.

Serta-merta wajah KJ berubah.

“Selamat petang Kyle Joon…” Gadis cantik itu mengulumkan senyuman. Dia mengenyitkan mata pada
KJ.

“April!”

April bangun dan memeluk tubuh KJ.

“Awak memang kacak tapi sut ni tak sesuai dengan awaklah.” April menarik kedua-dua pipi KJ. Air mata April bergenang.

KJ menyeringai. Perangai April masih ada yang belum berubah.

“April…bukankah awak sudah tidak mengingati saya?”

“Saya sudah ingat semuanya…bila saya dengar lagu itu saya sudah ingat awak sedikit dan saya cuba terus memulihkan memori saya sendiri. Saya sengaja mengatakan saya tidak ingat kerana otak saya yang lembab ini masih samar-samar.” Jelas April panjang lebar.

“April…awak…” KJ menghela nafas kecil.

Satu ciuman hinggap pada pipi KJ. April akan ucapkan terima kasih juga kepada datuk KJ yang menaja tiketnya ke Korea. Datuk juga yang mengaturkan temujanji ini khas buat KJ.
“Saya suka pada awak.” Ucap April.
“Suka saja.”
“Malulah perempuan mulakan dulu.” Cebik April.
“Saya cintakan awak.”
KJ medakap tubuh April erat.

April tersenyum.
“Saya juga.” Bisiknya.

Saat itu KJ ternampak bayangan Pearl yang tersenyum dan menghilang.

“Sudikah awak menjadi permaisuri hati saya?” KJ melutut dan melamar April. Tangannya dihulurkan kepada April.

“Saya sudi.” April menyambut huluran tangan KJ.


KJ memetik tali gitar. Satu lagu dinanyikan khas buat isteri yang tersayang. April yang berada di dalam pangkuannya tersenyum manja.

Sungguh dia merasa bahagia berada di samping KJ dan mereka bakal menimang cahaya mata.

“Saya cintakan awak..” Bisik KJ pada telinga April.

Salji bakal turun tidak lama lagi di Korea…

I’m Telling You
I Softly Whisper
Tonight (x2)
You Are My Angel ..

Aishiteru Yo
Futari Wa Hitotsu Ni
Tonight (x2)
I Just Say ..

Wherever You Are
I Always Make You Smile
Wherever You Are
I’M Always By Your Side
Wherever You Say
Kimi Wo Omou Kimochi
I Promise You Forever Right Now

I Don’t Need A Reason
I Just Want You Baby
Alright
Alright
Day After Day ..

Kono Saki Nagai Koto Zutto
Douka Konno Boku To Zutto
Shinu Made
Stay With Me
We Carry On ..

Wherever You Are
I Always Make You Smile
Wherever You Are
I’M Always By Your Side
Wherever You Say
Kimi Wo Omou Kimochi
I Promise You Forever Right Now
Wherever You Are

I Never Make You Cry
Wherever You Are
I Never Say Goodbye
Wherever You Say
Kimi Wo Omou Kimochi
I Promise You Forever Right Now

Bokura Ga Deatta Hi Wa
Futari Ni Totte Ichiban Me NO Kinen No Subeki Hi Da Ne
Soshite Kyou To Iu Hi Wa
Futari Ni Totte Niban Me No Kine No Subeki
Hi Da Ne ..

Kokoro Kara Aiseru Hito
Kokoro Kara Otoshii Hito
Kono Boku No Ai No Mannaka Ni Wa
Itsumo Kimi Ga Iru Kara

Wherever You Are
I Always Make You Smile
Wherever You Are
I’M Always By Your Side
Wherever You Say
Kimi Wo Omou Kimochi
I Promise You Forever Right Now

Wherever You Are ..
Wherever You Are ..
Wherever You Are ..

Epilog…

“”Cantikkan permandangan waktu malam di sini.” Seorang gadis menyapa.
“Ya…memang cantik.” Balas lelaki itu. Dia menggosok-gosok tangannya yang sejuk.
“Saya tahu awak mesti lupa bawa sarung tangan awak.” Gadis itu menghulurkan sepasang sarung tangan kepada lelaki itu.

“Terima kasih…” Ucapnya.
“Boleh kita berkenalan di waktu malam yang cukup indah ini.” Gadis menghulurkan tangan.
“Tentu saja.” Lelaki itu membalas seraya tersenyum.

“Saya Nikkie…”
“Saya Jerry…”
Mereka saling berjabat tangan….


Tamat

Terima kasih
Lanalia…
Februari 2013