Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Monday, February 25, 2013

Midnight - Part 11



“APRIL…” KJ meliar melihat persekitaran bilik aparmentnya itu.

Kenapa April tidak muncul malam ini? April takut dia dimarahi kerana membuat kacau dalam konsert Faith ke? KJ tidak akan memarahi April tentang perkara itu. Dia ada perkara lebih mustahak dari Faith.

“April!” Serunya lagi.
“KJ..” April muncul tepat-tepat di hadapan KJ.
“Awak memang mahu buat saya kena lemah jantung.”KJ mengurut dada.
April masih menundukkan kepala.

“Jangan bimbang…saya tak marah awal pasal konsert Faith tu.”
Laju April mengangkat wajahnya.
“Betul ni?”
“Betul…”
April memeluk KJ. Ops! Tiba-tiba dia menembusi tubuh KJ. April melihat keadaan dirinya.
Sebelum ini dia boleh menyentuh KJ tanpa ada masalah begini.

“Mungkin awak akan bersatu semula dengan tubuh awak.” KJ cuba mengusap-usap wajah April. Dia masih dapat menyentuhnya lagi.
“Awak sudah tahu di mana tubuh saya?”
“Ya. Saya perlu bertindak cepat sebelum Jerry membawa lari tubuh awak.”
“Jerry mahu bawa lari tubuh saya?”
KJ angguk.
“Tapi…kenapa?

“Cuba awak ingat semula kejadian tersebut. Kemalangan yang menyebabkan awak koma.” KJ mahu April sendiri mengingatinya semula.

April mengecilkan anak matanya.

Dia cuba ingat kemalangan itu. Dia cuba untuk ingat segala-galanya yang sebelum ini kabur di fikiran.

Hari tersebut…

“April…nanti dulu.” Jerry memaut lengan April kasar.
“Sakitlah. Lepaskan!”
“Apa hubungan awak dengan Nick?”
“Maksud awak Nicholas?”
“Siapa lagi? Bukan main intim awak dengan dia.” Jerry mula berkeras.
April tidak suka dengan reaksi Jerry. Jerry nampak saja lembut tetapi bila dia berkeras menakutkan April.

“Jerry…lebih baik kita berpisah. Saya sudah cuba yang terbaik untuk hubungan kita ini.”
“Adakah kerana Nick?”
April menggeleng.
“Tiada langsung keserasian antara kita.” Mungkin silap April kerana cuba untuk menerima Jerry di dalam hatinya.

Satu-persatu memori masuk ke dalam minda April semula.

Muzik lantang membingitkan telinga April. Dia tidak gemar berparti atau menghadiri parti. Jerry yang mendesaknya ke sini sekadar menemani.

“Saya mahu minta maaf dengan awak, April. Semalam saya terlalu berkasar.”
Jerry memaut jemari April erat.
April tersenyum. “Baiklah. Saya maafkan awak. Tapi Jerry…saya sudah fikirkan semula tentang hubungan kita ini. Saya harap awak faham.”
“Ya, saya faham.”
“Terima kasih Jerry. Kita masih boleh bersahabat bukan?”
“Ya.”
Jerry seakan tidak bermasalah dengan keputusan yang dibuat oleh April.

“Saya hantar awak pulang.”
“Em…okay. Lagipun hari sudah larut malam.” April mengikut Jerry tanpa rasa sangsi. Lagipun dia takut untuk pulang sendirian. Tambahan pula Nikkie tidak menemaninya.

“Kereta awak sudah elok ya?”
“Rosak sedikit sahaja.” Jerry tersenyum.

April melangkah masuk ke dalam perut kereta.

“April…boleh awak pandu untuk saya. Kepala saya pening sikitlah.”
“Tiada masalah. Lagipun saya sudah ada lesen kereta.” April mengenyitkan sebelah matanya.
“Ini pertama kali awak membawa kereta?”
“Jangan risau. Saya yakin dengan diri sendiri.”
“Baiklah.”

Siapa menduga kereta yang dipandu April mengalami kemalangan dan menjunam ke dalam sungai Thames. Brek kereta Jerry tidak makan. Namun April sempat menolak Jerry keluar. Dan dia…

April memengang kepalanya.
Apakah kemalangan tersebut dirancang oleh Jerry? Brek kereta itu Jerry yang rosakkan
sendiri. Jerry mahu dia mati bersamanya. Adakah terkaan April itu tepat.

“Jerry yang rosakkan brek keretanya.” KJ seakan sudah dapat meneka apa yang bermain di minda April.
“Jadi, Jerry mahu saya mati bersamanya?”
KJ mengangguk.
“Awak pernah dengar ayat ini? ‘Jika saya tidak memiliki dia maka orang lain juga tidak akan memiliki dia’.”

April telah tersalah orang. Fikirnya Nikkie yang menganiayai dia. Diari Nikkie itu seperti Nikkie yang menyebabkan dia jadi begini.  April menggigit bibir.

“Saya sudah dapat alamat hospital awak ditempatkan.” KJ menunjukkan secebis kertas yang diberikan oleh Micheal.
“KJ…terima kasih.” Air mata April bergenang.
“Jangan menangis depan saya.” KJ mula cemas.
“Kalau saya mahu menangis juga.”
“Janganlah…”
“Awak memang comellah KJ.” April menyapu sisa air mata yang bergenang.
“Lelaki tak comellah.” Desis KJ.

Adakah dia dapat melihat senyuman April selepas ini?

“AWAK sudah gila!”

Idea Jerry untuk memindahkan April ke hospital lain tidak boleh diterima oleh Nikkie.

“Ini saja jalannya untuk saya bersama April.”
“Jerry….” Nikkie memengang kedua-dua belah lengan Jerry.
“Nikkie…saya hanya ingin bersama April. Saya tidak mungkin akan bersama awak.”
“Awak ada sorokkan sesuatu dari saya kah?”
“Itu bukan urusan awak.”
“Jerry…jawab soalan saya.” Nikkie menekan suaranya.

Jerry membisu. Matanya hanya terarah pada tubuh April yang masih terlena di atas katil serba putih itu.

“Jerry…jawab soalan saya?” Nikkie mengulang kata-katanya.
Jerry menarik kedua-dua belah tangan Nikkie. Wajah yang sentiasa lembut mulai menjadi bengis.

“Jangan campuri hidup saya dan April!”
Nikkie tersentak. Ini bukan lagi Jerry yang dia kenali itu.
“Jerry…”
“Saya akan bawa April bersama saya. Kami akan hidup bahagia untuk selamanya tanpa ada pengacau di antara kami.”
Wajah April diusap dengan penuh kasih sayang.
“Awak sudah gila agaknya Jerry.”
“Ya…saya gila dengan cinta April.” Akui Jerry.

Nikkie menekup mulutnya lantas keluar dari bilik wad tersebut. Air mata Nikkie bercucuran.

3 comments:

  1. wah...xsabar nak tau entry seterusnya nie...mcm mana kj nak selamatkan april...

    ReplyDelete
  2. mmng gile la jerry tu
    ~n0rlie~

    ReplyDelete
  3. bestnya.......klau buat novel sah meletup nih...

    ReplyDelete