Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Wednesday, February 20, 2013

Coke & Sundae - Prolog (Bab2)




Bila Sundae Diselamatkan Oleh Coke

SYAKIR memeriksa tangki minyak motorsikal TZM nya. Cantik! Minyaknya masih penuh. Dia usap lembut motorsikalnya itu. Hari ini boleh Syakir merempit di atas jalan raya setelah sebulan motorsikalnya tu berada di bengkel. Dia tidak perlu berlari ke sekolah keesokkan hari berteman anjing kesayangan Mr. Chan. Donnie mesti kecewa gila kerana tidak dapat berlari bersamanya lagi. Hahahaha…Syakr ketawa angkuh. Gelagatnya diperhatikan oleh Syamil yang sedang membaca buku di buaian.

Apa kena pulak dengan alongnya itu? Ketawa di waktu matahari tengah terik atas kepala. Gila ke? Syamil tahulah yang ‘bini kesayangan’ abangnya itu sudah pulih dari unit rawatan rapi. Syamil mengibas-gibas baju t-shirtnya. Panas! Dia sudah minum lima gelas air kosong pun masih terasa dahaganya.

“Syam...along mahu keluar sebentar.” Syakir memakai helmet di kepala.
“Along nak mana? Syam nak ikut.” Syamil bingkas turun dari buaian.
“Tak boleh! Syam duduk rumah tolong mak siram pokok bunga. Bunga-bunga mak sednag layu tak cukup air tu. Along ada aktiviti kurang sihat. Along nak merempit!”

Berderum-derum bunyi motorsikal Syakir. Inilah masanya untuk melepaskan gian. Dia memecut laju meninggalkan pekarangan rumah.

“Mak! Along merempit!” jerit Syamil di luar. Kelibat Syakir sudah tiada di depan matanya. Macam biasa dia akan membuat aduan kepada emak.

Puan Mahani yang sedang sibuk membuat karipap itu bergegas keluar mendapatkan Syamil.

“Mana along kau?”
“Dah lesap mak. Dia cakap hendak buat aktiviti kurang sihat. Dia merempit mak.” ujar Syamil.
“Bertuah punya anak. Kalau mak tahu mak biarkan saja motorsikalnya tersadai di bengkel motor Ah Chong tu.” desis Puan Mahani.
“Elok mak gari saja motorsikal along tu. Biar hari-hari along pergi sekolah jalan kaki.” Syamil memberikan cadangan bernas buat emaknya.
Puan Mahani berfikir sejenak.
“Betul juga cakap Syam.”



“UHUK! Uhuk!” Kurang asam jawa punya motor. Dia bagi asap kat muka aku. Azyan terbatuk-batuk kecil. Entah mamat motor mana yang lalu di sebelahnya tadi. Asap bukan main hitam. Busuk!
Azyan memeriksa laksa yang di bawanya. Mujur laksa kegemarannya itu tidak terjejas dengan bau asap tadi. Sudahlah mamat itu buat pencemaran bunyi siap buat pencemaran udara sekali. Habislah nipis lapisan ozon kita. Pencemaran berlaku disebabkan oleh manusia itu sendiri.

“Hai Azyan! Pergi beli laksa kat gerai Kak Munah ke?” tegur suara di belakangnya. Bunyi kayuhan basikal itu amat dikenali. Siapa lagi kalau bukan anak Mak Timah Radio, budak tiga suku bernama Fadhil itu.

Azyan mencebik. Budak Fadhil ni memang tidak serik-serik mengacau dia.

“Aku bukan beli laksa tapi aku beli bom atom!” balas Azyan keras.
“Eiii…takutnya!” Fadhil ketawa mengekeh.
“Sekejap lagi aku pergi bom rumah kau.” Azyan menjegilkan biji matanya.
“Bomlah aku tak takut.” Fadhil mengenyitkan matanya pada Azyan.

Azyan bengkek. Fadhil suka mencabar kewibawaan anak gadis Encik Idris ini. Kata orang sabar itu ada batasnya. Tapi sabar Azyan selalunya tidak terbatas. Nasib baik dia pakai seluar senaman maka bolehlah dia lakukan aksi 18sg. Dia tendang basikal basikal BMX yang ditunggang oleh Fadhil itu sekuat hati. Fadhil hilang keseimbangan lalu jatuh tertonggeng. Azyan ketawa puas hati. Rasakan!

Azyan pandang kiri dan kanan. Sebelum ada orang lain nampak aksi tidak senonohnya itu lebih baik dia cabut lari. Dia biarkan saja Fadhil tertonggeng mengaduh kesakitan sendirian.

“Senangnya dalam hati….kalau beristeri dua…seperti dunia…ana yang punya…” Azyan berjalan sambil menyanyi riang. Hentam sajalah kalau lirik lagu Madu Tiga itu tidak betul.

Terliur sudah Azyan nak makan laksa ni. Azyan sudah tidak sabar menjejakkan kaki ke rumah. Biasanya laksa Kak Munah edisi terhad. Hari ini dia memang bertuah sebab menjadi orang pertama yang membeli laksa Kak Munah. Okaylah…kita sambung semula lagu kita tadi.

“Kalau isteri tua merajuk…balik ke rumah isteri muda…kalau dua-dua merajuk ana kahwin tiga! Mesti pandai pembohong mesti pandai…”

“Aduh…aduh…” Bunyi suara orang mengerang kesakitan memotong nyanyian tidak merdu Azyan. Potong stim betullah!

Kali ini Azyan toleh kiri dan kanan lagi. Tiada sesiapa pun. Dia mengerutkan dahi. Siapa pula yang mengerang di persimpangan jalan berani mati ini. Masakan ada  anak buluh betong kot? Tapi sini mana buluh betong.
“Aduh…aduh….” Bunyi suara orang mengerang kesakitan itu masih jelas kedengaran dalam gegendang telinga Azyan. Azyan yang memang suka tunjuk berani itu mencari-cari gerangan yang empunya suara.

Mata terpaku pada sebuah motorsikal TZM yang tersadai di tepi jalan raya itu. Azyan berlari-lari anak merapati motorsikal berkenaan. Dia mengusapkan dagu. Remuk belakang motorsikal ini. Kesian….Ini mesti kes langgar lari. Tapi macam dia kenal dengan ini motorsikal. Pedulikan…Mungkin motorsikal pelanduk dua serupa. Apa yang penting dia mesti mencari penunggang motorsikal berkenaan. Harap-harap tuannya tidak mengalami kecederaan parah seperti motorsikalnya ini. Minta dipanjang umurnya…Amin.

Seorang pemuda kelihatan tertirap tidak jauh dari motorsikal tersebut. Agaknya itu tuannya kot! Apalah Azyan ini. Kalau sudah lihat pada keadaan pemuda itu pastilah dia tuan yang empunya motorsikal. Boleh pulak dia main agak-agak. Kita tinggalkan menatang yang tidak bernyawa itu dan kita selamatkan makhluk yang sedang bernyawa itu dulu. Itu pun kalau masih bernafas lagi.

“Encik kemalangan ke?” Azyan kemukakan soalan paling bodoh. Azyan menepuk dahi. Sudah tentulah dia mengalami kemalangan.

“Aduh! Sakitnya…” Pemuda yang masih memakai helmet di kepala itu mengerang.
“Ini mesti awak merempit ni. Itulah buat kerja tidak berfaedah.” getus Azyan. Tengok gaya pun ada calon mat rempit.

Azyan membantu lelaki itu bangun. kesian tengok tertirap begitu. Ini mesti buat aksi superman tapi tidak jadi. Azyan main agak saja. Azyan mengeluarkan sapu tangan hello kittynya berwarna pink lalu dibalutkan pada lengan pemuda itu yang luka.

Alamak! Macam mana aku nak menelefon ambulan? Aku mana ada telefon bimbit. Ayah memang tidak bagi aku pakai telefon bimbit masa sekolah. Dia kata nanti aku boleh hanyut dalam pelajaran. Azyan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia pandang pemuda yang masih dibaluti dengan helmet itu. Apa pasal pemuda itu tidak mahu membuka helmetnya? Muka dia hensem sangat ke? Ala tak luaklah kalau tunjuk pada aku seorang.

“Awak tunggu sini saya pergi minta bantuan yang terdekat.”

Pemuda itu anggukkan kepalanya. Dia langsung tidak berani untuk bersuara.Mata yang tersembunyi di sebalik helmet itu hanya memerhatikan langkah Azyan yang sudah hilang dari pandagan mata. Hatinya tersentuh melhat sapu tangan Hello Kitty yang membalut luka pada lengannya itu. “Terima kasih Azyan.” kata-kata itu hanya terucap dari dalam hatinya.

13 comments:

  1. Penangan coke n sundae..Adik saya dh teruja dok baca novel coke n sundae.. Dr pg smpai mlm, dok baca novel je.smpai snggup tido lewat nk abiskn jgk baca novel coke n sundae I n II...Ari tu saya ckap novel tu best, dia xcaya. Sekali baca terus xlepas novel tu..hehehe.. Siap tnya lg akak dh keluar novel baru ke tidak.. Dia ckap novel2 akak best sgt..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dear...sbb suka CNS...Kirim salam kat adik ya...:)

      Delete
  2. baguih betol syakir wat aktiviti kurang sehatt ... baek nya azyan ... so sweet !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus Syakir tu...hehehe...merempit...

      Delete
  3. Huhuhu.... baiknya Azyan~ :D
    Itu lah Syakir... Buat lagi xtvt kurang sihat merempit tu... kan dah kena sedas... nasib baik ada org nak tolong kalau tak nangis la sorang2 kat situ... hehe.. lepas ni Syakir mesti kena lari dengan Donnie tu... haha...

    ReplyDelete
  4. hoyeah!! buah hati pengarang jantung dh beraksi..wiwit!! hahaha,,

    ReplyDelete
  5. Hehe..syakir kew yg xcdent tu kak ilya? Agak2 klu azyan taw tu syakir...dye nk tlg x ek? Hehe...sweet lh depa nie..hehe

    ReplyDelete
  6. Bibit-bibit cinta sedang mengetuk pintu hati Syakir...
    hahaha....
    so sweet....
    :-)

    ReplyDelete
  7. Sweet nyaaa...rindu dgn shakir dgn azyan.....

    ReplyDelete