Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Sunday, February 17, 2013

10 Perkara Saya Benci Pada Dia - Bhgn II





Bahagian II

Dua bulan kemudian…

“PANASNYA….” Awin kibas muka dengan tangan. Air mineral sudah satu botol dia teguk. Dia cukup tidak suka dengan sukaneka yang dianjurkan oleh syarikat setiap tahun. Kulit cantik dia terbakar nanti kena cahaya matahari. Sebelum ini dia tidak menyertai mana-mana acara dalam sukaneka syarikat. Tapi tahun ini nama dia tersenarai dalam acara-acara tersebut. Siapa lagi yang tenyeh namanya menjadi peserta kalau bukan si rambut landak itu.

“Ambil ni kesat peluh.” Al Hadi letakkan tuala kecil pada kepala Awin.
“Jangan bagi saya tuala yang ada bau peluh awak!” Awin campakkan tuala tersebut pada rumput.
“Tuala tu bersih. Bau peluh saya pada tuala ni.” Al Hadi letakkan tuala yang baru dia kesat peluh itu pada kepala Awin.
“Pengotor!” Awin campakkan pada tanah.
Al Hadi ketawa kecil.

Turun naik nafas Awin. Awin penat dengan sukaneka yang disertai. Semua acara ada nama dia.

“Sukan bagus untuk kesihatan.”
“Kenapa lah awak suka menyibuk dengan saya. Awak tahu tak saya cukup benci dengan awak.” Getus Awin.
“Boleh beritahu saya 10 sebab saja awak benci pada saya.” Al Hadi kerling Awin.

Awin ni banyak songeh. Ada yang baik macam aku depan mata pun mahu menolak. Eh! Memandai pula aku ni. Aku bukan tatse Awin. Macam Awin selalu cakap. Not my taste! Whatever lah Awin!

“10 perkara saya benci pada awak ya? Kejap saya fikir.”
“Itu pun awak nak fikir.”

Aku rasa banyak perkara aku tak suka pada si rmabut landak ni. Kalau aku cakap dia kecil hati maka itu dia punya pasal. Dia yang suruh aku bagi tahu.

“Pertama, Saya tak suka bebelan dari awak, kedua…awak perasan bagus, ketiga…saya tak suka kaki sibuk macam awak, keempat…saya tak suka rambut landak awak, kelima…saya tak suka senyuman jahat awak, keenam…saya tak awak tenung-tenung muka ayu saya…” Awin tarik nafas.

Al Hadi sudah tersenyum meleret.

“Sambung semula…ketujuh…jangan kompelin penampilan saya, kelapan….jangan cerita hal
saya pada emak kesayangan awak. Saya tahulah awak anak tuan rumah saya. Kesembilan…jangan ekori saya, kesepuluh…jangan hantar kapal terbang kertas awak ke rumah saya.”

Ambik kau, Al Hadi. Aku lupa mahu memberitahu pada korang yang aku dan Al Hadi berjiran. Aku sewa rumah milik emak Al Hadi. Emak Al Hadi ni ada buat sewa beberapa buah rumah yang dibelinya di taman itu. Orang banyak duit. Aku mula-mula memang tak tahu Al Hadi ni anak tuan rumah aku. Well…terperangat beruk aku, bila emak dia kenalkan kami suatu beberapa minggu lepas. Lepas itu, aku selalu dapat kapal terbang kertas dari Al Hadi. Dia bagi ayat teguran dalam kapal terbang kertas tu.


You got it!
Al Hadi tersenyum…
“Saya tegur penampilan awak sebab ia menjolok mata. Awak tu perempuan…kan saya pernah cakap pada awak yang nafsu lelaki ada satu iaitu perempuan. Kalau awak berpakaian menutup aurat kan sopan. Jangan kata pula bila sampai seru baru nak buat. Dalam Islam menutup aurat itu wajib. Kalau saya salah…maafkan saya. Anyway…saya tahu saya pun tak adalah baik sangat tapi mahukan yang baik-baik untuk awak sebab saya tak benci awak.”

Awin tersentap.

“Saya tak sentuh awak apa-apa kan?”

Ya…Al Hadi menjarakkan sedikit dirinya bila bercakap dengan dia. Al Hadi tidak pernah bertepuk tampar dengan dia.

Malulah kau, Awin. Kau bagi 10 perkara kau benci pada dia tapi dia cakap dia tak benci kau pun. Siap bagi nasihat baik-baik. Aku tengok Al Hadi dengan staf perempuan lain pun dia jaga perhubungan.

“Hadi…kenapa awak tak benci saya?”
“Sebab saya suka awak.”

What?! Dia sukakan kau, Awin.

****

HAMPER-hamper yang dimenangi langsung tidak dikisahkan lagi. Kuat juga dia bersukan. Acara yang disertai membuahkan hasil Mula-mula dia memang sengaja mahu menunjuk-nunjuk pada Al Hadi tapi lepas itu niatnya mati begitu saja.

Awin henyakkan punggung di atas sofa. Kak Ainun yang sednag menonton televisyen hairan melihat Awin yang seperti orang tidak bersemangat itu. Kalau mahu dikatakan kalah dalam
acara sukaneka yang Awin serta masakan banyak hamper begini besar-besar pulang ke rumah sewa mereka. Apa kena pula dengan si Awin ni. Pagi tadi bukan main dia kecoh pasal Al Hadi anak tuan rumah mereka itu. Al Hadi katanya menganiaya dia.

“Akak tengok Awin moody semacam.”
“Sikitlah…”
“Hadi kompelin lagi ke?”
“Em…”


“Hadi tu budak baiklah Awin. Jangan pandang rendah hanya semata-mata dia ofis boy di tempat kerja Awin.”

Kak Ainun tahu Awin pandang kebendaan.

Awin buat muncung panjang.

Kak Ainun pula bagi kata nasihat. Aku tahulah aku ni tengok kebendaan. Aku bukan apa, aku nak juga hidup terjamin bila ada suami nanti. Aku berangan hendak suami kaya. Aku duduk goyang kaki di rumah. Boleh macam tu…tak elokkan otak aku ni. Fikir mahu hidup senang saja.


Awin pandang wajah dia pada cermin. Allah berikan dia seraut wajah yang cantik. Dia berbangga namun kata Al Hadi kecantikkan itu tidak seharusnya dipamerkan kepada umum. Biarlah kecantikkan itu tersembunyi disebalik kesopanan seorang wanita. Kencantikkan yang halal menjadi tatapan lelaki yang bergelar suami. Apa maksud Al Hadi itu?



Whatever…Awin sudah terikut ayat Al Hadi.

Dia termenung sejenak. Dalam almarinya itu bukannya ada baju yang labuh-labuh seperti jubbah ataupun baju kurung. Dia hanya ada blaus dan skirt pendek. Seluar panjang adalah dua tiga helai.
  

Al Hadi ada kata, menutup aurat itu wajib dan tidak perlu tunggu sampai seru.



****


“ANAK emak ni makin nakal ya usik-usik Awin.” Emak menjeling Al Hadi tajam. Bukan dia tidak tahu anak bujangnya itu ada main layangkan kapal terbang kertas di rumah sebelah. Awin selalu mengadu.

“Sikit nakalnya emak.”
“Kalau sudah suka pergi jumpa ornag tuanya. Tak perlu nak bercinta-cinta. Kahwin terus. Bercinta lepas kahwin.”
Amboi ayat emak.
“Bapa dia kejar Hadi dengan parang tak mak?”
“Kalau niat baik tiadanya dia nak kerja Hadi dengan parang. Mengarut betul anak emak ni.”

Al Hadi ketawa kecil.

“Hadi takut pinangan Hadi ditolaklah emak. Hadi ni ofis boy saja.”
“Belum cuba belum tahu.”
“Hadi mahu bagi masa untuk Awin dululah emak. HAdi hendak lihat perubahan dia tapi Hadi tak mahu dia berubah kerana Hadi.”

Emak melirik senyuman.

“Emak doakan untuk Hadi.”
“Sayang emak.”
“Anak emak ni memang manja…”
“Manja dengan emak saja.”
“Nanti dah kahwin manja dengan isteri pula. Emak kena tinggal.”

 Emak buat muka merajuknya. Saja mahu mengusik Al hadi.

“Emak kalau suka merajuk-rajuk nanti makin naik kedutan pada muka emak.”
“Anak emak ni…” Emak tarik-tarik pipi Al Hadi.

7 comments:

  1. Uiks..cepatnya kak ya..tapi bagus cepat2..ekekek
    suka laki macam Al hadi tu..mampak sweet dr dalam..Ekekek

    ReplyDelete
  2. hmm bila baca cerita nie.. senyuman yg meleret dan jahat mengingatkan saya pada sesorang yg saya x suka >,< nice story k.ilya
    >>huda93<<

    ReplyDelete
  3. laki cam hadi..susah nk crik lagi2 time zaman skrg nie..klao btol2 sy jumpe org cmnie kn bezz ><

    ReplyDelete
  4. Sweetnya hadi... Oitsss... biarpun office boy asalkan hidup akhirat bekalan agama cukup... hehe... kalau dapat laki kaya lagi hensem tu kira bonus ah... hihi... ingat senang kenak jumpa laki macam hadi tu... hihi

    ReplyDelete
  5. hadi hantar kapal terbang kertas..alahai..sweet sgt
    -haslina yaya-

    ReplyDelete
  6. bestnye lau jumpa llki cm hadi tu... s0 sweet

    ReplyDelete