AKU kembali ke sini
mengenangkan memori luka silam. Aku kembali setelah rajuk di hati ini reda. Aku
kembali untuk berhadapan semula dengan kisah silam. Dan aku kembali untuk
membuka lembaran baru dalam hidupku…
Di sini, aku dilahirkan…di
sini aku dibesarkan…dan di sini jua aku menerima tohmahan itu. Demi kasihku
pada emak dan kasihku pada ayah aku rela dihukum. Aku tahu tiada sesiapa untuk
aku di sini lagi. Ayah menghadap Ilahi setahun yang lalu dan ibu menyusul
mengikut ayah untuk bertemu di sana kelak. Air mataku mengalir apabila membaca
surat terakhir dari ayah.
Hanya kafe buruk ini
peninggalan ayah buat Benji…
“Mummy…daddy…I’m back.”
****
USAI
solat subuh Benji tidak meneruskan tidurnya. Dia berteleku duduk menghadap komputernya.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berpagi-pagilah
(subuh) di dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan
dan kerjayaan.
(Hadis Riwayat Tabarani dalam al-Awsath).
Jari-jemari Benji lincah menekan papan
kekunci. Namun dia lebih banyak bermain
dengan tetikus di dalam adobe photoshop
itu. Dia sedang mereka menu makanan dan minuman untuk kafenya yang akan dirasmikan
esok. Pelbagai warna dicantumkan pada abjad-abjab yang sudah dipilih. Benji
mahu tulisan pada menunya lebih jelas dan mudah dibaca.
Benji bersandar pada kerusinya setelah beberapa
minit menyiapkan rekaan menu. Dia menongkat dagu seakan tidak berpuas hati
dengan rekaan menu tersebut. Benji mula meramas-ramas rambutnya. Kalau tangan
yang tiada seni memang tidak akan menjadi. Alih-alih dia bukan internet. Laman sosial
facebook menjadi pilihan. Pagi-pagi begini dia mengharapkan gadis itu berada
dalam talian facebook. Ada bantuan yang ingin dipinta. Kiranya bantuan
kecemasan. Dia sudah benar-benar buntu dengan rekaan menunya.
Hampa. Gadis itu tiada dalam talian facebook.
Benji jarang berinteraski dengan gadis lain. Facebook bukanlah ruang komunikasi
yang menjadi tatapan harian Benji seperti mereka yang saban masanya dihabiskan
pada laman sosial itu. Benji sekadar membuat akaun itu untuk
pengisian masa lapang. Rakan facebooknya boleh
dibilang dengan jari.
Benji termangu seketika. Kenapa dia tidak
terfikirkan lebih awal. Facebook boleh dgunakan untuk perniagaan juga. Benji
tersenyum sendiri. Dia perlu membuka satu lagi akaun
facebook untuk kafenya, Mi Manchi diambil dalam bahasa Itali. Mi Manchi dalam bahasa melayunya saya rindu awak. Nama kafenya agak
pelik bukan.
Argh! Rekaan menunya masih belum disudahkan dia
sudah memikirkan perkara lain pula. Skrin komputer itu direnung lagi. Software Adobe Photoshop ini pun temannya yang masukkan ke dalam
komputer. Kononnya mudah untuk membuat rekaan-rekaan dan mencantumkan gambar
kelak. Adobe Illustrator haram dia
gunakan. Software itu lagi memeningkan
kepalanya.
Masa sudah suntuk. Dia print-out dululah mana yang patut. Cantik atau tidak lain kira.
Benji alihkan lirikkan anak mata pada gambar yang terletak pada dada mejanya
itu.
“Mummy…daddy…masanya
sudah tiba.”
hmm..setakat ni dh ada unsur suspens.. :)
ReplyDeletesy tertanya2 sape lah gadis yg benji tggu tu.. heroin nya kah?? :D