Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, March 7, 2013

Midnight - Part 16



APRIL sudah sedar namun tidak dapat mengencam wajah KJ. Dia hanya mengenali Tuan Lincoln dan yang lain. Dia hanya tidak mengenali KJ. Kenapa hanya KJ yang tiada di dalam kotak ingatannya. April cuba mengingati namun kepalanya terasa sakit.

“Jangan desak dia untuk mengiangati.” Itu pesanan doktor kepada KJ.

KJ meraup wajahnya. Dugaan apakah ini?

“Betul kau tidak ingat KJ?” Soal Nikkie.
April gelengkan kepala.

“Masakan anak ayah tidak ingat lelaki yang penting berada di hatinya ni.” Giliran Tuan Lincoln bertanya.

April geleng lagi.

“Dia betul-betul sudah lupakan KJ.” Keluh Nikkie.
“Mungkin April akan ingat semula nanti.” Suara Puan Rebecca yang duduk di birai katil itu.

“Maafkan pakcik…”
“Tidak mengapa.” KJ cuba tersenyum. Apa yang penting baginya April sudah selamat dan berada di dalam keluarganya semula.
“Saya minta diri dulu.”
“Baiklah. Cuba-cubalah buat sesuatu untuk April mengingati kamu semula. Pintu rumah pakcik sentiasa terbuka untuk kamu.”
Tuan Lincoln menepuk bahu KJ.
“Terima kasih pakcik.”
“Terima kasih kepada kamu kerana membawa April kembali pulang ke pangkuan pakcik.”

KJ berlalu. Micheal sudah sedia menunggu.

“Penat?”
“Sedikit.”
“Kau mahu kerja semula.”
KJ menggeleng.
“Bagaimana dengan bidang muzik kau?”
“Aku akan lepaskannya.”
“Kau serius?”
“Ya.”

Entah mengapa semangat KJ hilang begitu saja.
“Bagaimana dengan Jerry?”
“Tuan Lincoln memutuskan tidak mendakwa Jerry atas permintaan dari April. Jerry akan berangkat ke Itali malam ini.”
“Em…”
“Kau hampa bukan? April mengingati Jerry tetapi tidak mengingati kau.”
“Em…”
“Jangan mengeluh. Kau perlu cuba untuk kembalikan ingatan si hantu yang cantik itu pada kau.” Micheal mengetuk kepala KJ.
“Sakit!”
“Aku nak bagi kau bangun sikit.”

KJ mencebik.


APRIL memakukan pandangan matanya pada Jerry. Jerry merayu pada Tuan Lincoln untuk bertemu dengan April buat kali terakhir. Kepala April masih berbalut kemas. Lukanya masih pulih dan April masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Maafkan saya.”
“Em…”

Jerry bingkas bangun.

“Saya mahu ucapkan selamat tinggal kepada awak.”
“Em…”
“Katakan sesuatu untuk saya, April.”
“Sebenarnya sukar untuk saya memaafkan awak. Tapi saya tahu awak terlalu mencintai saya hingga awak sanggup berbuat demikian.”
“Saya obses dengan cinta. Saya jadi teruk kerana cinta.” Jerry mengakui kesilapannya.

“Saya sudah jadi hodoh kerana awak tau. Saya kena tunggu rambut saya tumbuh kembali.” April menjuihkan bibirnya. Rambutnya terpaksa dicukur sedikit atas kepala untuk menjahit luka tersebut.

“Maaf…”
“Berapa kali awak mahu minta maaf.”
“Saya rasa kesal dan saya rasa bersalah.”
“Jerry…awak masih kawan saya.”
“Saya masih sukar untuk menerimanya. Rasa cinta itu masih ada di dalam hati saya.”

Jerry memenjamkan matanya. Dia membuka semula dan memandang ke langit.

“Awak pasti akan bertemu dengan cinta sejati awak.”
“Terima kasih April.”
“Terima kasih jua kerana mencintai saya.”
Jerry menarik nafas. Udara yang segar di taman bunga milik keluarga April ini. Semuanya sudah berakhir.
“Saya perlu berangkat pergi. Saya gembira mengenali awak, April.”
Jerry menghulurkan tangannya.
“Saya juga…”

Jerry menapak ke arah keretanya. Dia melambaikan sebelah tangannya.

“Jangan lupa kirimkan emel kepada saya!” Laung April.


KJ mengusap dagu melihat Jena yang merayu-rayu kepadanya itu. Nama Faith sudah tenggelam. Sebelum ini Jena bermegah dengan lagu-lagu ciptaan untuk Faith yang dicuri dari KJ. Orang seperti ini tidak perlu dikasihani.  Elok sangat Faith dikecam oleh pihak wartawan dan peminatnya.

KJ tekad untuk keluar dari bidang hiburan. Dia tidak suka keringatnya dipergunakan oleh manusia seperti Jena dan Faith. Dia sudah bosan dengan janji-janji manis mereka.

“KJ.” Faith menahan langkah KJ. Faith cantik tapi hati Faith tidak secantik wajahnya.
“Saya tidak akan bantu awak lagi. Awak boleh menyanyi dengan lagu ciptaan awak sendiri kan?”
“KJ…saya dan Jena sudah menyesal.”
KJ tersenyum sinis.
“Saya tidak akan menulis lagu untuk orang macam awak. Ini pun sudah kira baik saya tidak bawa awak dan Jena ke muka pengadilan.”
KJ segera melintasi Faith.

“KJ!” Faith menghentakkan kakinya.

KJ menyandang gitarnya di bahu. Nombor telefon bimbitnya ditekan.

“Datuk…”
“Kyle…akhirnya kamu menghubungi datuk.”
“Saya ada sesuatu mahu berbicara dengan datuk. Datuk ada masakah?”
“Datuk sentiasa lapang untuk kamu.”
“Boleh datuk menjemput saya dalam dua hari lagi…”

KJ yakin ini adalah keputusan yang tepat.

“Kamu sudah berubah fikiran?”
KJ menggigit bibir.
“Ya…”
“Baiklah…datuk akan menjemput kamu dalam masa dua hari lagi. Kamu masih ada masa untuk menukar fikiran kamu.”
“Terima kasih datuk.”

KJ meneruskan langkah ke kafe tempat dia bekerja sementara waktu itu. Puan Jane juga sudah pualng dari melancong. Dia akan meletakkan jawatannya sebagai pelayan di kafe tersebut. Dia tahu keputusannya bakal mengejutkan semua orang.

Dia akan merindui mereka semua nanti terutamanya April. Buat masa ini KJ masih belum bersedia untuk bertemu dengan April.

No comments:

Post a Comment