Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, February 28, 2013

Gadis Merah Jambu_Bab 6



Tony Eusuf dan Mama...

“PAGI-pagi sudah bermenung panjang Adreena?” Encik Aliff menyapa.

Tersentak Adreena. Mukanay merah. Janice sudah ketawa kecil.
“Jangan manjakan sangat pekerja. Nanti naik lemak.” Lelaki yang sentiasa mengikuti Encik Aliff itu bersuara.

Dulu Adreena fikir lelaki itu adalah klien Encik Aliff tetapi salah tafsirannya. Dia masih tidak mengenali nama lelaki misteri tersebut. Ingin bertegur sapa pun dia takut. Muka lelaki ‘misteri’ itu garang semacam. Matanya merenung Adreena seperti mahu menelan Adreena hidup-hidup. Bulu roma Adreena meremang.

“Adreena ni penyambut tetamu saya yang terbaik. Bukan setakat comel tetapi juga rajin buatkan saya air.” Encik Aliff memuji.
“Sekarang ini memang ramai pekerja yang menggoda boss.” Lelaki itu menambah.

Adreena mengetap bibir. Amboi! Main ikut sedap mulut lelaki ‘misteri’ itu berbicara ya. Dia bukan jenis pekerja yang sebegitulah. Apa lelaki itu ingat ini cerita dalam novel ke?

Encik Aliff ketawa kecil.
“Awak ni banyak sangat fikir negatiflah. Adreena….awak jangan ambil hati dengan kata-kata kawan saya ni.”
“Tidaklah Encik Aliff. Saya tak ambil hati.” Adreena cuba tersenyum semanis mungkin. Dalam hati dia menyumpah seranah lelaki ‘misteri’ itu.

“Oh! Saya terlupa nak perkenalkan. Ini kawan baik saya, Tony Eusuf.”

Mak oi! Nama macam pelakon. Nama lelaki ‘misteri’ ini Tony Eusuf. Nasib baik ibu bapa dia tak letak nama Tony Ja pelakon Thailand tu. Tapi aku lebih suka nama taukeh kedai bunga. Eh! Teringat pula pada mamat beku itu pula.

“Mulai hari ini Encik Eusuf akan bekerja dengan saya di bahagian kewangan syarikat.”
“Apa dia Encik Aliff? Maaf…saya melamun kejap tadi.” Adreena menggaru kepala. Janice sudah menggelengkan kepala. Mujurkan Encik Alif itu seorang ketua yang sporting.

Encik Aliff ketawa kecil dengan gelagat kalut Adreena.
“Saya kata mulai hari ini Encik Eusuf akan bekerja dengan saya di bahagian kewangan syarikat kita.”
“Hah!” Ternganga mulut Adreena. Selepas ini dia akan sentiasa melihat muka Tony Eusuflah.
“Awak ternganga pun tetap kecil mulut awak tu Adreena.” Komen Encik Aliff.
Adreena segera menutup mulutnya. Esh! Malu lagi depan lelaki ‘misteri’ itu. Lelaki itu ada nama tapi malaslah Adreena mahu ingat namanya.

“Bolehlah kamu berkenal-kenalan nanti.” Bisik Janice.
“Tak kuasa aku.” Desis Adreena.

“Kalau mahu mengumpat saya tak perlu cakap belakang.” Tony Eusuf mengambil bunga ros merah yang berada di kalangan ros merah jambu itu. Dia campakkan ros merah tersebut ke dalam tong sampah berdekatan.

Eeeiii..dengki! Adreena rasa mahu baling kasut tumit setengah inci tu ke kepala Tony Eusuf. Masa sekolah dulu dia terer baling bola lisut. Sasaran pastinya akan tepat.

Tony Eusuf menapak mengekori langkah Encik Aliff yang sudah jauh di hadapannya. Sakit hati Adreena dengan sikap Tony Eusuf.

Bunga ros merah itu taukeh kedai bunga yang bagi. Kiranya bunga yang istimewa. Janice mengusap-usap belakang  Adreena. Dia tahu Adreena sedang marah.

“Kau mintalah lagi sekuntum bunga pada taukeh kedai bunga tu nanti.”
“Gila! Dia cakap aku perasan nakkan dia pula.”
Janice tersengih. Marahnya Adreena.
“Bawa bertenang Reen. Aku tahu kau sedang angin dengan Tony Eusuf itu.”
“Tahu tak apa!”

TONY Eusuf namanya macam mat salih. Ada darah kacukan. Tinggi lampai tapi mukanya serius dua puluh empat jam. Seorang lagi mamat beku yang Adreena temui selain taukeh kedai bunga. Tony Eusuf ke? Tony Ja ke? Tetap tak boleh lawan dengan Abang Im yang romantik. Bapa orang juga yang Adreena kenangkan. Kenapa tidak kenangkan Amreez Firdaus anak lelaki Abang Im. Baru sama padan kan?

Adreena menepuk-nepuk mukanya. Asal ingat pada Abang Im mesti dia akan ingatkan Amreez jugak. Apa yang tidak kena dia ni?

“Reen…telefon kau berbunyi tu?”
“Apa dia?”
“Kau ni memang kuat berangan. Telefon kau berbunyi tu.” Janice memuncungkan bibirnya pada telefon bimbit Adreena yang terletak di atas meja penyambut tetamu itu.

Alamak! Mama yang menelefon.

“Assalamualaikum mama…”
“Waalaikumusalam…dua kali mama call kamu ke mana?” Soal Puan Mariam.
“Reen…Reen ke tandas tadilah mama.” Adreena berdalih.
“Oh…Mama kerja sampai malam. Kamu tolong ambil Ayuna dan Ayuni di sekolah nanti ya? Jangan lupa pula.”
“Baiklah mama.” Hari-hari lain pun Adreena yang akan mengambil si kembar itu dari sekolah. Adakala dik lelakinya Azrien yang menjemput Ayuna dan Ayuni. Mujur saja sekolah adik-adiknya tidak jauh dari kawasan flat tempat tinggal mereka.

Mama selalu sahaja sibuk dengan kerja. Adreena dan adik-adiknya jarang berbual dengan mama di rumah. Mama pulang bila mereka sudah masuk tidur.
Setelah mengucapkan kata salam Puan Mariam mematikan talian telefon. Ibu tunggal sepertinya memerlukan pendapatan yang lebih untuk menyara keluarganya. Syukurlah Adreena boleh membantu sedikit.

JULIANA memerhatikan Amreez dari jauh. Dia tidak faham kenapa Amreez sanggup meninggalkan segala kesenangan hidup hanya kerana mahu mengusahakan kedai bunga ini. Amreez memang bodoh. Itu yang difikirkan oleh Juliana. Dia akan memaksa Amreez menutup kedai bunga itu dan bekerja semula di bawah syarikat milik keluarganya.

Teman di sebelahnya itu tidak mengerti dengan kelakuan Juliana yang mengharapkan kasih orang yang tidak sudi. Tambahan pula lelaki itu jauh lebih muda dari Juliana. Juliana sanggup menolak lamaran-lamaran lelaki lain kerana Amreez Firdaus.

Forget it…Dia tidak akan sukakan kau.” Qisti mendengus. Dia juga jelak dengan sikap Juliana yang tidak sudah-sudah mengejar cinta dari Amreez.
“Aku akan buat dia sukakan aku.”
Stupid!Jangan buat perkara yang menjejaskan imej kau.” Marah Qisti.
“Aku tak boleh nak anggap Amreez macam adik angkat aku. Aku tahu dia keluar dari syarikat kerana perasaan aku pada dia.”
“Biarkan dia dengan cara hidup dia. Jangan kacau dia.”

Juliana menggeleng.
“Aku akan buat dia kembali dalam hidup aku semula.” Tekad Juliana.
Qisti gelengkan kepala. Juliana memang sudah gila.

Amreez terbatuk kecil. Ada orang sedang mengata tentang dia agaknya. Dia menggosok-gosokkan sedikit hidungnya. Bunga-bunga yang sudah layu Amreez gantikan dengan bunga yang lebih segar. Perniagaannya hari ini agak kurang baik sedikit.

Lagipun Amreez sedang membuat promosi kedai bunganya melalui online. Selain bunga dia juga menyediakan cenderahati kecil untuk dibeli oleh pelanggan. Contohnya coklat. Penghantaran
pula diberikan secara percuma. Ada pelbagai idea lagi di dalam fikiran Amreez untuk memajukan semula kedai bunga ini.

Amreez terasa seluar ditarik. Dia menundukkan kepalanya. Seorang kanak-kanak lelaki sedang menarik seluar jeansnya itu.  Kanak-kanak itu menunjukkan pada kotak coklat berbentuk hati itu. Amreez membongkokkan tubuhnya lalu mengangkat kanak-kanak terbabit.

“Mana ibu?” Soalnya.
Kanak-kanak itu menghalakan jari terlunjuknya pada seorang wanita yang sedang menuju ke kedai bunga itu.
Kening Amreez bertaut. Riak wajahnya seratus-peratus berubah.

“Amreez…” Ujar wanita itu sebaik merapati Amreez. Kanak-kanak itu segra diambil dari Amreez.

Amreez tidak menduga setelah bertahun wanita itu menghilang akhirnya muncul di hadapan mata. Dia tidak mengharapkan wanita itu muncul kembali. Dia sudah puas mengharap sebelum ini.

Bersambung...

Wednesday, February 27, 2013

Gadis Merah Jambu_Bab 5



Kenangan Taukeh Kedai Bunga...

AMREEZ telekupkan gambar tersebut pada dada meja. Apabila dia melihat gambar tersebut, dia akan rasa sakit hati. Amreez penjamkan matanya rapat-rapat. Zaman kanak-kanak tidak seindah kanak-kanak lain. Bayangan budak perempuan comel bertoacang dua itu bermain di mindanya.

“Mama…comelnya budak tu!” Amreez menggoncang-goncangkan tangan mamanya.
“Reez tak boleh kawan dengan budak macam tu.” Tegah mamanya.
“Kenapa?”
“Tak sesuai!”

Amreez mengetap bibir. Dia ingin mahu berkawan namun mama selalu menghalang pergaulannya dnegan budak-budak lain. Dia seperti dikongkong. Saban waktu dia hanya menghabisakan masa dengan dengan memabaca buku atau bermain komputer di rumah. Amreez berasa bosan. Mama asyik menyuruhnya belajar…belajar….dan belajar…

Amreez cemburu melihat teman-teman yang seusia bermain di luar. Gelak tawa mereka menambahkan sakit di hati Amreez dengan sikap mama yang mengongkong. Adakala dia sengaja mencari pasal dengan teman-teman seusia di sekolah untuk mendapatkan perhatian. Mama akan merotan tetapi papa akan melindungi dia. Jika mama bergaduh dengan papa maka dia akan menjadi mangsa mama.

“Amreez!” Mama sudah meninggikan suara.

Amreez menoleh. Dia menyorokkan bunga-bunga tersebut di bawah katil. Mama menyeringai melihat apa yang dilakukan oleh dia. Mama menarik keluar bunga-bunga yang telah digubah itu dari bawah katil. Amreez kecut perut.

“Kau pun sudah ikut perangai papa kau! Mama tak suka! Mama tak suka.”
Bunga-bunga yang sudah digubah cantik itu dihempaskan ke lantai lantai. Mama bangun dan memijak-mijak bunga itu dengan kakinya.
Kemudian mama keluar dengan menghempaskan pintu bilik Amreez. Amreez menangis melihat bunganya yang sudah hancur dikerjakan oleh mama.

Gubahan-gubahan bunga yang dibuatnya itu adalah hasil dari ajaran papa. Dia belajar senyap-senyap dengan papa tanpa pengetahuan mama. Lagipun mama sibuk dengan urusan bisnes kecantikkan dari menguruskan pakai, makan dan minumnya.  Dia ditinggalkan bersama orang gaji atau dengan papa. Namun segala tindakannya akan dipantau oleh mama.

 PINTU biliknya terkuak perlahan. Papa datang untuk memujuk. Papa duduk di sisinya. Rambutnya diusap dnegan penuh kasih dan sayang. Amreez mengesat air mata yang mengalir.

“Mama sayangkan Reez. Mama tertekan dengan kerja.”
“Tipu! Mama dan papa tak sayang Reez.”
“Bukan begitu…Kami sangat-sangat sayangkan Reez. Reez satu-satunya anak yang kami ada.” Papa memujuk lembut.

Amreez mengetap bibir. Sendunya sudah behenti.
“Mama…rosakkan gubahan bunga Reez.”
Papa tersenyum.
“Lain kali hati-hati. Reez kan tahu mama tak suka dengan kerja papa?”
“Emmm…tapi Reez suka bunga. Bunga cantik.”
Papa tersenyum lagi.
“Jika papa tiada nanti papa nak Reez uruskan kedai bunga papa.”
“Reez suka!”

Jari kelingking mereka bertaut.

Semuanya sudah berlalu. Papa hilang entah ke mana? Amreez menghela nafas kecil. Dia tidak boleh melelapkan matanya malam ini. Amreez bangun dan menuju ke jendela. Tubuhnya yang tidak berbaju itu melihatkan otot-otot yang sedikit menonjol.

Amreez sanggup meninggalkan kerjaya sebagai seorang akauntan di syarikat besar ayah angkatnya demi impian mengusahakan kedai bunga milik papa.

Taukeh kedai bunga tidak suka dikongkong….

“TIADA muka lain yang beli bunga jika bukan muka kau!”

Kus semangat! Adreena mengurut dada. Awal pula taukeh kedai bunga ni ada di kedainya?
Amreez memandang tajam gadis kecil molek yang memakai tudung berwarna merah jambu dan berbaju kurung rona kehitaman itu.

“Saya beli bunga dengan bayran sekali. Bukan ambil percuma pun.” Gumam Adreena.
“Kau nak ros merah jambu kan?” Sejambak bunga ros merah jambu yang sudah dibalut kemas dengan pembalut itu dihulurkan kepada Adreena.
Adreena tersenyum. Macam tahu-tahu saja taukeh kedai bunga ni.
“Terima kasih.” Wang bertukar tangan.

Adreena ingin segera beredar. Dia takut masuk lambat ke tempat kerjanya.

“Gadis merah jambu!” Amreez memanggil.
Langkah tapak kaki Adreena terhenti.
“Saya bagi wang tak cukup ke?”
“Ini untuk kau.” Sekuntum bunga ros berwarna merah dihulurkan kepada Adreena.
Adreena kerut dahi.
“Percuma ke?”
“Percumalah sebab gadis merah jambu hari ni nampak comel.” Ujar Amreez.
“Macam tak ikhlas je nak bagi percuma.” Adreena kerling wajah Amreez yang sentiasa ekspirasi dingin itu.
“Tak padan mulut kecil kau ni. Banyak songeh juga. Ambil sajalah.”
Amreez mendengus kecil
“Terima kasih taukeh kedai bunga.” Ucap Adreena.
Adreena cepat-cepat beredar. Deras langkah Adreena menapak. Amreez gelengkan kepala. Adreena itu jenis mudah gelabah dan kelibut.

“Ada apa-apa ke bagi ros merah pada gadis merah jambu?”  Terjongket-jongket kening Atie.
“Jangan sibuk.”
“Makcik nak sibuk juga pada boss yang muda lagi hensem ini.”

Amreez buat tidak peduli. Dia menyusun-yusun bunga yang perlu diletakkan di luar kedainya itu.

“Kalau sudah jatuh suka apa salahnya? Gadis merah jambu pun masih solo.” Laung Atie.

Makcik kecik ni memandai buat spekulasi sendiri. Ingat mudah ke untuk jatuh suka pada seseorang itu. Amreez Firdaus jenis lelaki sedemikian. Tapi entahlah…dia melayan dingin semua orang disekelilingnya. Tambahan pula dengan eksprasi wajahnya yang sukar untuk menunjukkan sebarang perasaan itu. Beku!

JANICE terkebil-kebil melihat sekuntum bunga ros merah yang Adreena belai-belai manja itu. Siapa pula yang memberikan pada Adreena? Ini yang membuatkan Janice mahu menyibuk ingin tahu. Adreena sudah ada kekasih ke?”

“Sejak bila dapat ros merah ni?”
Adreena tersengih.
“Dari taukeh kedai bunga.”
What?!
Mulut Janice terlopong.
“Kau jangan buat lawaklah Reen.”
“Aku tak buat lawak. Betul…taukeh kedai bunga yang berlagak tu bagi.”
Janice usap dagu. Pelik bin ajaib pula.
“Apa motif taukeh kedai bunga tu?”
Adreena jongket bahu.
“Kita kena siasat ni.” Sambung Janice lagi.
Adreena ketawa kecil.
“Kalau motif dia mahu mengorat atau adalah tidak betul sama sekali.”
“Betul jugak kata kau.”
Mereka sama-sama menongkat dagu. Taukeh kedai bunga itu memang sukar untuk difahami. 

Tuesday, February 26, 2013

Stalker - Bab 4



Sesi fotografi hari ini sungguh memenatkan Nureen.  Nasib baik budak photographer itu kacak orangnya. Kalau tidak alamatlah kena sembur. Banyak sangat komen dari mulut anak muda itu. Ada saja tidak kena dari pandangan matanya. Nureen melemparkan senyuman manis pada Danny, photographer baru di Chythia Model Agency. Danny tidak membalasnya. Anak muda itu segera menyimpan kameranya di dalam beg.

“I perlu beredar sekarang. I ada kerja lain diluar.” Ujar Danny. Nureen mencebik.

Dalam hati Nureen gembira bukan kepalang. Musuh ketatnya sudah tiada. Padan muka dengan perempuan itu. Sejak kehadiran Julia dia bagaikan terpinggir dalam dunia peragaan. Julia bolot segala-galanya daripada dia. Ada show sana ada show sini semua Julia yang kebas. Dia sakit hati. Dendamnya pada Julia sudah terbalas walaupun bukan dia yang melakukannya. Dia akan rampas balik apa yang Julia rampas darinya. Dan Khalil semestinya akan kembali ke sisi dia. Nureen melirik senyuman di bibir.

“Reen ada polis nak jumpa you!” Wajah Dino terpacul di muka pintu. Nureen tersentak. Kenapa pula polis ingin berjumpa dengan dia?
“Cepatlah Reen!” Getus Dino. Dino dengan lemah-gemalainya menarik lengan Nureen. Nureen terpaksa mengikut langkah Dino.

Pintu bilik tetamu itu dikuak. Detektif Heris dan Detektif Ridhuan melemparkan senyuman.

“Sorry…Reen I kenalkan pada you ini Detektif Heris dan yang macho itu Detektif Ridhuan. Mereka datang nak interview you pasal kes bunuh Julia.” Dino sempat mengenyitkan mata kepada Detektif Ridhuan. Detektif Heris ketawa kecil dengan gelagat Dino. Detektif Ridhuan jungkit bahu. Nureen melabuhkan punggung atas sofa diikuti oleh Dino. Nureen menyilangkan kaki hingga menampakkan betisnya yang putih dan gebu itu. Detektif Heris kerling Detektif Ridhuan di sebelahnya. Perempuan ni…

“Maaf sekiranya kedatangan kami mengganggu Cik Nureen.” Detektif Heris memulakan bual bicara.

“Em…Apa tujuan encik polis berdua nak berjumpa dengan I. Setahu I, I tak tiada buat kesalahan undangn-undang yang besar. Setekat saman kereta itu adalah.” Balas Nureen.
“Kedatangan kami bukan kerana saman kereta Cik Nureen tapi berkaitan kes pembunuhan Julia Hussain.” Jelas Detektif Heris. Dia mengeluarkan sebuah alat perakam. Segala perbualan mereka akan dirakamkan nanti. Keadaan itu buat Nureen tidak selesa.

“Apa kena mengena pula pembunuhan Julia dengan I. Hey! You all jangan nak tuduh I bunuh perempuan itu pulak. I saman you all nanti!” Gerutu Nureen. Terjegil biji matanya. Detektif Heris memandang Detektif Ridhuan. Kerek punya perempuan.

“Cik Nureen kami tidak bermaksud begitu. Kami tidak kata Cik Nureen bunuh Julia Hussain. Kami hanya menjalankan tugas yang diberikan kepada kami. Cik Nureen cuma sekadar tersenarai antara suspect pembunuhan Julia Hussain. Harap Cik Nureen boleh memberikan kerjasama.” Detektif Heris masih berlembut.

What! I antara suspect pembunuhan perempuan itu. How dare you! Walaupun I benci sangat pada Julia but I tidak sampai tahap nak bunuh dia!”
“Reen tak baik you berkelakuan kasar gitu. You macam perempuan datang bulan pula. Buat apa nak marah-marah jika you tak bunuh Julia.” Dino mencelah. Nureen menjegilkan biji matanya sebesar mungkin. Dino buat selamba. Dia tidak takut. Nureen tidak berani nak belasah dia depan dua anggota polis itu.

“Satu lagi you tu tak sedar-sedar lagi ke yang you dah tak layak di panggil Cik. You sudah bergelar Puan Nureen.” Tambah Dino lagi. Menyirap darah Nureen dibuatnya.
Dino sengaja mencari nahas.
“Sotong you jangan campur urusan peribadi I. You nak I jadikan you sotong bakar!” Desis Nureen.

“Eeeeiii…takutnya I.” Dino buat muka mengejek.
“Maaf…benarkah Cik Nureen ini sudah berkahwin?” Detektif Ridhuan menyampuk. Tidak boleh dibiarkan Nureen dan Dino saling bertelagah. Tugas mereka akan terganggu nanti. Nureen telan air liur. Berita tentang dia sudah berkahwin itu sudah tersebar luas. Semuanya gara-gara gadis wartawan tempoh hari.

“Ya…kenapa salahkah?” Lambat-lambat Nureen menjawab soalan yang diajukan.
“Jadi berita itu bukan semata-mata khabar anginlah. Benarlah Cik Nureen dan Khalil adalah pasangan suami isteri?” Nureen angguk lemah. Sampai bila dia perlu menutup rahsia itu.

“Kami sudah tiga tahun berkahwin. Kami nikah secara rahsia di sempadan. Saya yang minta perkahwinan itu dirahsiakan. Julia juga tidak tahu perkara itu.”
“Berapa lama Cik Nureen mengenali mangsa? Sya difahamkan Cik Nureen dan mangsa pernah bersahabat baik sebelum bermusuhan.?”
“Hmm…I mengenali mangsa sejak di bangku sekolah lagi. I kakak angkat dia ketika itu. I yang bawa Julia masuk dalam dunia modeling ni. I ada beri amaran pada Julia agar jangan mendekati Khalil.” Nureen mengeluh kecil.

“Jadi salah satu punca permusuhan Cik Nureen dan mangsa kerana seorang lelaki.” Nureen anggukkan kepala.
“Julia cantik dan masih muda. Dia boleh dapat lelaki yang jauh lebih baik dan punya kelas yang tinggi. Mengapa dia nak goda husband I jugak. Dia buat rumahtangga I bergolak.” Nureen menyuarakan  rasa tidak puas hatinya. “I berani mengatakan yang I begitu happy dengan kematian Julia.”

“Ju bukan seorang gadis yang tidak bertimbang rasa. Itu salah you Reen. You yang rahsiakan perkahwinan you itu. Pada I Khalil lari dari you because dia tak tahan dengan sikap cemburu you. Lelaki ni perlu dibelai dan dikasihi bukan hari-hari dimakin hamun you.” Bidas Dino.
“I memang jahat. Tapi sejahat-jahat I ini I tidak membunuh orang tahuh! Maybe Khalil yang bunuh Julia. Khalil pastinya sudah dapat hidu hubungan sulit Julia dengan beberapa lelaki VIP di luar sana.” Nureen melenting.

“Kenapa Cik Nureen sanggup tuduh suami Cik Nureen sendiri?” Desis Detektif Heris.
“I kenal benar dengan sikap Khalil. Dia selalu mengintip pergerakkan Julia. Mereka pernah bertelingkah bila Khalil nampak Julia berkepit dengan lelaki lain ke disko.”
“Terima kasih kerana meluangkan masa untuk kami.” Pita rakaman dimatikan. Detektif Heris dan Detektif Ridhuan bingkas bangun. Pada masa yang sama telefon bimbit Nureen berbunyi.

Excuse me.” Nureen pantas menjawab panggilan telefon itu. Berkerut-kerut dahi Nureen. Entah dia menerima panggilan dari siapa. Nureen mendengus lalu mematikan telefonnya.
“Gila!” Desis Nureen.

Sejak kebelakangan ini kerap benar dia menerima panggilan bisu. Bila di angkat senyap. Kadang-kala dia cuma dengar ketawa seakan berbisik. Siapalah yang berani mempermainkan dia.

“Apa pun pandangan you terhadap I, really…I bukan pembunuh Julia. Sekali pun kami sering bertegang leher but I still punya kewarasan akal fikiran dari melakukkan kerja tidak berperikemanusiaan itu.” Kedua-dua detektif muda itu sekadar menganggukkan kepala. Mereka berlalu pergi.

Monday, February 25, 2013

Midnight - Part 12




KJ menghalakan motorsikalnya ke tempat parkir. April berada di tempat duduk belakang motorsikal itu masih memeluk KJ. Dia berharap apabila dia sudah sedar nanti dia dapat memeluk KJ begini sambil menunggang motorsikal KJ.

“April…”
April membuka matanya. Aduh! Dia berangan lagi.
“Kita dah sampai..” Sambung KJ. KJ membuka sarung tangannya.

“KJ…terima kasih sekali lagi.”
“Saya hanya memberika pertolongan yang kecil sahaja.”
April memeluk KJ.
“Lihat? Tubuhnya seakan sudah berinteraksi dengan tubuh saya yang sedang terbaring di dalam sana tu.”
Ya, April sudah semakin menghilang.
“Cepat…” Tangan April di tarik.

KJ meluru masuk ke dalam hospital terbabit. Gelagatnya itu menjadi perhatian orang di sekelilingnya itu. Dia seakan menarik seseorang yang tidak wujud di mata kasar mereka. KJ mendekati kaunter pertanyaan.

“Saya mahu wad yang menempatkan gadis bernama April…”
Gadis jururawat itu memandang wajah KJ.
“Sebentar…” Gadis itu membuat semakan. “Cik April berada di blik wad nombor…”
“Terima kasih.”

KJ terus-terus menarik tangan April sambil berlari anak menuju ke bilik wad yang diberikan. Dia berharap April masih tidak dipindahkan keluar oleh Jerry.

KJ dan April sudah berdiri di depan pintu bilik wad berkenaan. KJ menarik nafas kecil lalu memulas tombol pintu wad tersebut.

Matanya terpaku melihat katil yang sudah kosong. Mereka sudah terlambat. April terjelepuk di atas lantai.

“April…”
KJ melihat tubuh April mula menghilang.
“KJ…” Tangan April cuba mencapai tangan KJ.
Jemari mereka terpaut tetapi hanya seketika. April menghilang perlahan-lahan di mata KJ.

“April!!!!” KJ melaungkan nama April.
April sudah menjawab panggilannya itu.
“Aprilllll….”
KJ tersandar di dinding. Dia meraup wajahnya berkali-kali. April benar-benar sudah hilang dari pandangan mata kasar KJ.


APRIL membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berdenyut kuat. Dia melihat persekitaran di ruang bilik yang luas itu. Di mana dia berada? Itu persoalan yang timbul di dalam kepala April.

“April…” Ada suara memanggil namanya. Suara itu? Siapa yang memanggilnya? April cuba memandang sekeliling. Tiada sesiapa di dalam bilik tersebut.

April bangun perlahan-lahan sambil memengang kepalanya. April bingung sendiri kerana tidak mengingati apa-apa.

“Tuan muda!” Ada suara bergema sebaik pintu bilik itu terkuak.

Bunyi deraian kaca di lantai mengejutkan April. April memijakkan kakinya ke lantai. Pandangan matanya masih samar-samar.

“April…” Ada tangannya memaut tubuhnya.

Suara itu? Itu bukan suaranya…Dia mencari suara yang sering menaggilnya April itu? Suara yang penuh dengan kelembutan. Siapa pemilik suara itu?

“April…awak sudah sedar.”
Tubuhnya didakap erat. April menolak tubuh sasa tersebut. Entah mengapa dia rasa tidak selesa.
“Awak?”
“Saya Jerry…Jerry kekasih awak…Awak sudah lupa ke?”

Jerry? April cuba mengingati nama itu.

“Jerry…” Bibirnya sedikit bergetar menyebut nama Jerry.
Jerry mengangguk. Dia berasa lega kerana April mengingati dirinya.
“Baguslah awak ingat pada saya.” Tubuh April didakap semula.
“Apa yang telah berlaku Jerry?”
“Awak rehat dahulu. Bila awak sudah segar saya akan ceritakan pada awak semuanya…” Jerry tersenyum manis.

Jerry menarik semula selimut April. Rambut April diusap lembut. Baguslah April tidak punya memori yang jelas sekarang.

“Tuan muda.” Orangnya gaji merapati lantas berbisik sesuatu di telingan Jerry.
Kening Jerry bertaut Reaksinya kurang senang dengan makluman dari orang gajinya itu.

“Awak berehat ya. Saya ada urusan sebentar. Nanti saya datang semula.”
April angguk seraya membalas senyuman Jerry.

Jerry menuruni anak tangga lalu melangkah ke ruang tamu rumah agamnya itu. Wajah Jerry menjadi kelat melihat tetamu yang tidak undang tersebut. Dia kenal dengan lelaki itu. KJ!

“Mana April?” KJ terus mencengkam leher kolar baju Jerry. Dia tahu Jerry yang membawa April keluar dari hospital tersebut.
Jerry sinis melakarkan senyuman di bibirnya.
“Dia kekasih aku! Kau tiada hak untuk mengetahui di mana dia.”
“Dia bukan kekasih kau!”
“KJ…lupakan April. Dia milik aku!”
KJ menggeleng…
“Di mana April?”
“Aku sudah cakap kau tak berhak bertemu dengan dia!”
Jerry masih berkeras.

KJ hilang pertimbangan. Dia menumbuk muka Jerry. Jerry terdorong ke belakang. Pengawal keselamatan di rumah agam Jerry segera memaut tubuh KJ.

Jerry meludah darah dari mulutnya. Cis! Budak tak guna. Dia sudah kena dengan penumbuk dari Nicholas dan kini dari KJ pula. Wajah kacaknya akan cacat nanti.

“Halau dia keluar!” Arah Jerry kepada pengawalnya.
“Baik tuan muda.”

“Jerry! Aku pasti akan dapatkan April!” KJ jerit lantang. Tubuhnya ditolak keluar. Pagar automatik itu tertutup sendiri.
“Awak okay?” Nikkie meluru membantu KJ.
“Saya okay.” Balas KJ lembut.
“Saya tidak menduga Jerry jadi begini?” Suara Nikkie penuh kesal.
“Hati manusia bukan boleh dijangka.”

KJ mencari Nikkie dan menceritakan segala-galanya pada Nikkie. Nikkie pada mulanya tidak percaya dan mengatakan KJ gila. Namun apabila Micheal diheret bersamanya baharu Nikkie mula cuba mempercayai KJ.

Nikkie benci pada April tetapi tidak tergamak untuk membunuh April meskipun dia ada niat sedemikian.

“Ada jalan lain tak?” Soal KJ.
“Saya takut Jerry akan melarikan April lebih jauh. Kita jumpa dengan ayah April.”
“Awak tahu alamat rumah keluarga April?”
“Saya tahu.”
KJ menarik tangan Nikkie.