Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, February 21, 2013

Gadis Merah Jambu_Bab 4



 Bila mata bertentang mata...

100 kuntum bunga ros merah jambu sudah berada di hadapan mata Adreena. Dia menelan air liur berkali-kali. Wajah beku Amreez sudah tidak berani ditatap. Adreena mengerling Janice. Moga Janice memahami situasinya ketika ini. Ya, Janice memang memahami situasi Adreena. Janice membuka beg tangannya. Sejumlah wang yang mencukupi dihulurkan kepada John yang menjadi juruwang itu.

“Terim kasih…” ucap John ramah.
Adreena mengerling Amreez. Lelaki itu sudah mengalihkan pandangan ke arah lain. Taukeh kedai bunga yang angkuh!
“Hai…boleh berkenalan. Nama I Janice.”
Sempat lagi Janice adakan sesi suai kenal bersama John.  Adreena mengetap bibir. Janice melengah-lengahkan masa pula.
“Janice…” Adreena menyiku lengan Janice.
“Sekejaplah…” desis Janice. Dia sedang cuba mendapatkan nombor telefon dari John.
“Esh!”

Adreena mengaturkan langkahnya ke pintu kedai bunga itu bersama 100 bunga ros merah jambu tersebut.  Geram pula dia dengan Janice.

“Bunga tidak akan berseri jika pembeli tidak punya hati yang ikhlas.”
Taukeh kedai bunga ini memang suka menyakitkan hati.
“Siapa kata hati saya tidak ikhlas?”
“Awak benar-benar sukakan bunga atau kenangan awak bersama si ‘dia’ di sini?”

Tanpa sedar mata mereka saling beradu. Hati Adreena berdebar kecil. Laju dia melarikan anak matanya.

“Cinta budak kecil pun awak hendak ambil kisah ke? Itu kan cinta monyet.” Gumam Adreena.
“Cinta monyet? Betul juga. Budak kecil memang sukakan cinta monyet.”
Tangan Amreez masih sibuk menyusun bunga-bunga di bakul tersebut. Sekiranya ada permintaan dari pelanggan baru Amreez mengubah bunga-bunga tersebut. Jika tiada tugas tersebut adalah milik Atie.

Adreena memuji hasil gubahan Amreez dalam hati. Dia pun tidak sekreatif Amreez. Cara gubahan bunga Amreez pun ada seperti Abang Im. Kalau Abang Im muncul semula bukankah bagus? Abang Im boleh menjawab segala persoalan yang bermain di dalam minda Adreena? Abang Im boleh jelaskan hubungannya dengan Amreez. Betulkah Amreez anak dia?  Adreena tidak pandai untuk menjadi seorang penyiasat.

“Taukeh kedai bunga…”
Amreez mengangkat wajahnya. Adreena tersengih.
“Betulkah taukeh kedai bunga anak Abang Im?” Senagaj diajukan soalan itu.
Reaksi Amreez mesti berubah.
“Awak tak patut panggil ayah saya Abang Im. Awak patut panggil dia pakcik!” Amreez menjegilkan matanya besar-besar.

Betul kata Atie. Amreez tidak mesra alam langsung. Tidak seperti Abang Im. Abang Im pandai melayan pelanggan dia dengan lemah lembut dan sopan santun. Abang Im murah dengan senyuman. Otak Adreena masih lagi mengingati Abang Im meskipun dia tahu Abang Im itu adalah bapa kepada si taukeh kedai bunga yang menjengkelkan hati ini. Cinta pertama sudah berkecai maka Adreena perlu mencari cinta keduanya. Tapi di mana?

“Suka hati sayalah!” Cebik Adreena.
“Awak akan terima bunga ros hitam nanti. Sumpahan untuk awak.”

Bunga ros hitam? Ada ke bunga ros hitam? Adreena musykil sekejap. Dia belum pernah melihat bunga ros berwarna hitam pula.

“Tak baik menyumpah orang.”
Adreena lembut orangnya. Memang kena dengan personaliti dia. Itu dari sudut pandangan
Amreez. Adreena ini jenis yang senang sekali kena buli.

“100 kuntum  bunga ros ertinya akan kekal bersama bahagia seabad lamanya dan akan kekal setia hingga lanjut usia…tapi jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Ianya hanya trivia dan informasi tambahan sahaja.”

Amreez juga tahu tentang bunga. Mestilah…diakan anak Abang Im.

“Jadi…apa maksud yang terseirat pada ros hitam?” Soal Adreena ingin tahu.
“Ros hitam maksudnya sumpahan. Kalau awak dapat ros hitam awak akan terkena sumpahan.” Amreez menjongketkan keningnya.
“Sumpahan…betul ke?”

Gadis merah jambu sudah takut? Padan muka? Amreez ketawa kecil. Dia sekadar mengusik gadis itu.

“Saya sudah katakan tadi… tapi jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Ianya hanya trivia dan informasi tambahan sahaja. Dan ianya tidak semestinya betul. Setiap ciptaan Allah S.W.T mempunyai rahsia yang tersendiri yang kadang kala tidak diketahui dan tidak terfikir dek akal manusia. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan, semuanya terdapat keunikannya yang tersendiri yang tidak sama dengan tumbuhan lain.”

“Em…maksud awak?”
“Saya bagi awak contoh satu adalah pokok bunga tahi ayam atau dengan nama saintifiknya dikenali sebagai Lantana camara terkenal dengan baunya yang kurang menyenangkan. Walau bagaimanapun, bunga tahi ayam boleh dikategorikan sebagai antara tumbuhan yang mempunyai bunga yang cantik dan menawan. Tumbuhan ini biasanya digunakan dalam perubatan herba. Ekstrak daripada daun Lantana camara ini mengandungi antimicrobial, fungicidal, insecticidal dan nematicidal.  Daunnya berkesan untuk mengurangkan bengkak akibat daripada infeksi kuman. Ini disebabkan oleh kandungan turpineol dan furfurol di dalamnya.
Turpineol merupakan sejenis minyak atsiri yang bersifat antiseptik yang boleh membunuh kuman. Manakala furfurol pula bersifat fungsida yang berkesan merawat penyakit kulit yang diakibatkan oleh kulat. Cara rawatannya ialah dengan menampalkan daun bunga ini yang ditumbuk pada bahagian yang sakit. Selain itu, ia juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk mengubati kanser, cacar air, demam campak, asma, ulcers, tekanan darah tinggi dan malaria.”

Wow! Penerangan yang cukup berguna buat Adreena. Dia pun tidak suka bau pada bunga tahi ayam.

“Terima kasih atas informasi yang berguna.” Adreena memalitkan senyuman di bibir comelnya.
“Tekak saya haus sebab banyak bazirkan air liur untuk gadis merah jambu yang bayk tak tahu apa-apa ni. Saya mahu basahkan tekak dulu.”

Adreena menjuihkan bibir.  Taukeh kedai bunga yang tidak ikhlas.

“Reen…” Janice sudah terpacul di depannya dengan senyuman panjang. Dapat nombor telefon dari John agaknya?
“Dah sudah ke?”
“Dah..” Janice memaut lengan Adreena. Sempat Janice mengorat di sini.
“Aku kena ambil adik-adik aku di rumah jiran. Jiran aku membebel pula jika aku lambat ambil mereka. Lepas itu aku akan kena bebel dengan mama setelah aduan diterima.” Adreena mengeluh kecil.
“Kau kakak yang baik, Reen.” Janice menepuk lembut bahu temannya itu.

ADREENA betul-betul seorang yang penyabar. Ayuna dan Ayuni sudah buat ruang tamu rumah mereka berselerak dengan kertas yang digunting sana sini. Azrien hanya membiarkan adik-adik kembarnya membuat sesuka hati. Dia leka dengan kerja sekolahnya. Tidak boleh langsung ditinggalkan rumah beberapa minit.

“Yeah!! Kak Reen dah baik.” Ayuna dan Ayuni terlonjak-lonjak mendapatkan kakaknya itu. Mereka yakin Adreena pasti ada membelikan mereka sesuatu.
“Ini aiskrim untuk Yuna dan Yuni.” Dua batang aiskrim Wall itu dihulurkan kepada Ayuna dan Ayuni. Kalau sudah dapat aiskrim mereka akan duduk diam.

Adreena merapati Azrien. Adik lelakinya yang seorang ini memang tidak boleh diharap sangat. Konon sibuk sangat dengan kerja sekolah dia. Adreena menarik buku latihan Azrien. Dia mahu lihat kerja yang dibuat oleh Azrien itu. Bibir comel Adreena terketap-ketap mahu menahan lava gunung berapinya dari meletup.

Azrien tersengih-sengih macam kerang busuk. Rahsia sudah terbongkar! Dia mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

Tak padan dengan budak sekolah rendah sudah pandai menulis surat cinta. Adreena bercekak pinggang. Dia sengaja tayangkan buku latihan yang ada tulisan pen berwarna pink itu kepada Azrien. Pen berwarna pink yang Azrien pakai itu adalah miliknya. Tidak syak lagi.

“Siapa Rosmary ni?”
“Cikgu Bahasa Inggeris Azrien.”
“Cikgu?”
Azrien angguk.
Ya, Allah…budak seorang ini tulis surat cinta kepada cikgu dia. Dia kecil dulu pun tak pandai mahu tulis-tulis surat cinta kepada Abang Im tau.
“Siapa ajar main tulis surat cinta ni?”
“Belajar sendirilah. Tapi Azrien buka laptop akak. Azrien cari dalam internet.”
Terbeliak biji mata Adreena.
Azien baru berusia 11 tahun sudah pandai main-main internet sendiri. Bahaya betul budak-budak sekarang. Jangan dia ajar Ayuna dan Ayuni pula. Karang si kembar itu terikut hantar surat sinta pada cikgu lelaki pula. Mahu mama pengsan nanti.

“Kak Reen report pada mama nanti.”
“Ala Kak Reen….janganlah!” Azrien buat muka simpati.
“Azrien perlu kena denda!”
“Kak Reen boleh denda tapi jangan kasi tahu mama. Mati Azrien kena cekik dengan mama.”
Azrien pun tahu takut dengan mama. Eloklah sangat dia mendenda Azrien. Adik yang seorang ini kemain pemalas kalau dalam bab tolong-menolong ini.
“Baiklah. Kak Reen tak report pada mama.”
Azrien menarik nafas lega. Selamat…dia mengurut dada.
“Apa dendanya?”

Adreena melirik senyuman. Kali ini dia akan kulikan adiknya itu cukup-cukup.

12 comments:

  1. Comel la adreena nie....innocent je...

    ReplyDelete
  2. Bestlh kak ilya cte nie..xsbar nk tunggu bab 5..♡♥♡

    ReplyDelete
  3. Nur Syafiqah Alia RashidFebruary 21, 2013 at 8:51 PM

    Best sngt..

    ReplyDelete
  4. cite akak semua best2.... xsabar nk tnggu sambunggan...
    :)

    ReplyDelete
  5. hahaha..tu la org tua2 selalu ckap telajak perahu boleh diundur, terlajak ckap sndri tanggung..:)
    100 kuntum bunga ros tu kena byar..hehehe..nasib bek la janice ada duit lbih, kalo x lagi malu adreena..cian kat dia...siap kna perli psai cinta monyet lak tu..

    ReplyDelete
  6. ahahaha..kelakar adik reen tu..surat cintan ye..pandai ek..kecik2 dah pandai cintan cintun..

    ReplyDelete
  7. makin menarik...:)
    -haslina yaya-

    ReplyDelete
  8. lagi terre adik si reen tu dri dia.. wakakaka siap wat surt cinta bagai...

    ReplyDelete
  9. Izzati Aisyah Md Nor:

    keras betul hati si Amreez tu..mmg tak mesra alam...

    pandai sungguh adik Reen..kecik2 dah tulis surat cinta utk cikgu plak tu...hihihi

    ReplyDelete