Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Sunday, February 10, 2013

Midnight - Part 2





KJ masih berselubung di dalam selimut. Dia mengambil cuti sakit selama dua hari. Apa yang menakutkannya hantu bernama April itu berada lagi di dalam apartmen miliknya. Hantu itu sedang berjalan mundar –mandir di hadapan katilnya.

April merengus kecil melihat gelagat KJ. Selamba dia menarik selimut yang menyelubungi KJ itu.

“Betulkah saya dah mati?” April menyoal KJ.
KJ menutup matanya. Dia menganggukkan kepalanya.
“Patutlah bila saya balik rumah semua orang bersedih. Mereka tak nampak saya. Tapi mereka hanya berkabung untuk kakak saya dan tiada berkabung untuk saya.”
April mengusap dagu. “Kalau saya sudah mati mesti saya ada kubur?” Sambungnya.
KJ mengangguk lagi. Selimutnya ditarik semula.

“Awak ingatlah sendiri apa yang berlaku pada awak.” Desis KJ.
“Masalahnya saya tak ingat.” Gumam April. Dia mula duduk di biarai katil. April menongkat dagu sambil memandang KJ yang duduk memengang kedua belah lututnya.
“Itu masalah awak dan bukannya masalah saya.”
“Tapi akan jadi masalah pada awak kerana hanya awak seorang sahaja yang dapat melihat saya.”
“Saya tak mahu masuk campur urusan awak.”
“Janganlah awak jadi kejam sangat. Lagipun awak kenal mendiang kakak tiri saya kan?”
KJ membisu. Dia memandang wajah April. April adalah hantu yang cantik dia temui.

“Betul ke awak adik Pearl?”
April mengangguk laju.
“Kenapa saya tak tahu tentang kewujudan awak?”
“Pearl tidak sukakan saya. Pearl marah sebab ibu saya telah rampas ayah dia. Saya pula tidak suka ambil tahu perihal Pearl kecuali pasal awak. Saya suka baca kisah awak dalam blog Pearl.” April mengangkatkan keningnya.

April ada mengatakan yang pearl dan dia berlainan ibu dan ayah. Wajah mereka juga tiada iras langsung. KJ tidak menafikan April jauh lebih cantik dari pearl. Pastinya ibu April wanita yang jelita.

“Hmmm…masakan awak langsung tidak ingat apa yang berlaku pada awak?”
April menggeleng laju.
Hantu pun hilang ingatan.

“Perkara terakhir awak ingat?”
“Saya dengar bungi gegaran yang kuat.”
KJ menghela nafas kecil.
“Lagi…”
“Pandangan mata saya gelap-gelita. Sedar-sedar saya sudah berada di sini?”
Giliran KJ mengusap. Hilang pula rasa takutnya terhadap April.

“Klu tak nampak pembayang.”
“Awak cuba mulakan siasatan dengan family saya. Awak kena cari ayah saya.”
“Gila?! Awak ingat saya ni penyiasat persendirian ke? Saya tak berani mahu dekati keluarga Pearl.”
April buntu seketika.
“Di mana ibu awak?”
Wajah April bertukar sayu.
“Ibu dah tiada.”
“Maaf...selama ini awak hidup sendiri ke?”
April angguk.
“Saya tidak tinggal dengan keluarga ayah. Tambahan pula setelah ibu tiada ayah rujuk semula dengan ibu Pearl. Saya ikut haluan sendiri. Saya jadi model sambilan dan saya juga suka melancong.”
“Rumit keluarga awak ini.” komen KJ

April hanya melirik senyuman.

TANGAN yang berselirat dengan wayar itu digenggam erat. Jerry merenung sayu pada gadis yang terlantar di atas katil hospital itu. Sudah hampir sebulan gadis itu tidur lena. Kenapa nasib malang mesti menimpa ke atas gadis kesayangannya itu.
“April…”
“Jeryy…” Ada jemari halus menyentuhnya dari belakang.
“Nikkie…”
“Awak sudah saban hari di sini. Kesihatan awak kena jaga juga.”
“Saya mahu menunggu April sampai sedar.”
“Awak patut beritahu pada ayah dia tentang keadaan dia.”
“Tak perlu. Lagi pun April sudah putus hubungan dengan mereka.”

Nikkie terkedu. Jerry begitu mengambil berat perihal April setelah kemalangan ngeri itu berlaku. Nikkie tidak senang hati melihat Jerry berduka begini.

“Biar saya yang menunggu di sini pula. Awak balik mandi dan rehat. Awak boleh datang semula setelah tenaga awak kembali pulih.” Nikkie memujuk.
“Saya tidak bertenaga selagi April tidak sedar diri. Ini semua salah saya.”
“Jerry…ini adalah takdir. Takdir telah menguji kamu dan dia.”

Jerry meraup wajahnya. Ya…takdir telah mempermainkan mereka. April sanggup menolak dia keluar dan membiarkan dirinya di ambang maut. April dapat diselamatkan namun seperti mayat tidak bernyawa begini.

“Jerry…”
“Baiklah…” Jerry bangun dan melangkah keluar.

Nikkie mengalihkan pandangan matanya pada tubuh April yang terlantar atas katil itu. Dia mengetap bibir. Sorotan mata Nikkie sudah berubah. Ada kebencian terpapar pada wajahnya yang lembut itu.

Nikkie merapati katil April.
“Kau patut mati April…” Bisik pada telinga April. Nikkie tersenyum sinis.

Nikkie cemburukan April. Kemalangan yang menimpa April adalah satu peluang untuk Nikkie lebih rapat bersama Jerry. Nikkie mendoakan agar April mati lebih cepat. Tambahan pula doktor mengatakan sel otak April mempunayi masalah. Berkemungkin jua April tidak akan mampu bertahan lebih lama untuk hidup.

“Aku akan rampas Jerry dari kau.”

APRIL seperti terdengar ada suara di telinganya. Bisikkan suara itu tidak beberapa jelas di dengari. Dia menoleh ke arah KJ yang sibuk memotong daun salad itu.

“KJ…” Panggilnya lembut.
KJ mengangkat wajahnya.
“Hantu boleh makan ke?” Soalnya.

KJ menjongket bahu. Manalah dia tahu hantu boleh makan atau tidak? Ini kali pertama dia bersua dengan hantu. Sebelum ini dia hanya menonton di televisyen dan membaca buku sahaja.

“Awak lapar tak?”
April menggeleng.
“Awak takkan laparlah tu.”
Sandwich yang sudah dibuat telah siap. Perut KJ memang sednag kosong tika ini.

April muncung panjang. Dia masih duduk membelek majalah hiburan. Mata April tertacap pada wajah lelaki di dalam majalah terbabit. Mata April membulat besar.

“KJ!” Dia melaung KJ yang sedang lahap mengunyah sandwichnya.
“Ya…” KJ menyahut.
“Mari ke sini…”
“Ada apa?”
“Marilah...”

KJ merapati April. Jari April menunjukkan gambar seorang gadis yang berdiri dengan salah seorang lelaki di dalam majalah itu. Tandan dahi KJ berkerut.
“Awak kenal dia?”
“Teman saya di agensi model tu. Dia model tetap di situ. Awak tolong cari dia. Mungkin dia tahu apa yang berlaku pada saya.” Jelas April.
“Dia boleh dipercayaikah?”
“Tentu saja. Nama dia Nikkie.”

Apa boleh buat, KJ perlu membantu April.

KJ membuka laptopnya. Dia mencari nama agensi model yang disebutkan oleh April itu. Agensi model tersebut terletak di kota London. Tiada masalah untuk KJ mencarinya.

20 comments:

  1. Watak nikkie watak antagonis, April plak sweet, antara KJ dgn Jerry siapa yg akan dpt mnawan hati April hehe nice story :)
    >>huda93<<

    ReplyDelete
  2. Jean mmg tak suka baca cerita yang seram, tapi midnight nie macam lain jer..nak tahu kisah selanjutnya! ^^ P/s : kak Ilya penulisan akak mmg best ;)

    ReplyDelete
  3. Huhu..baru berkesempatan mau baca..hehe..nak jenguk fb xdpt..sob..sob..pape pun..nak part 3 kak..ekekekek

    ReplyDelete
  4. akak,yg ni xnak buat novel ke?interesting story sis,:-)

    ReplyDelete
  5. teerbaeklh kak..laen dr laen..ske sgt2 <3

    ReplyDelete
  6. cerita ni lain dari yang penah baca ... banyak misteri yg tak dketahui,, menarikkk ... tak sabaq nak tunggu next entry ...

    ReplyDelete
  7. semangat nak menang notebook hahaha XD
    continue eh akak .. hehe :)

    ReplyDelete
  8. Wow, bestnya. sambung lagi kak. lain daripada lain :D ~Fatin Liyana~

    ReplyDelete
  9. ops lupa fb name : Nur Sabrina Auni

    ReplyDelete
  10. a.k.a Puteri Haron :akak menarik...makin x sabar nak thu kisah selanjutnya....kite tunggu...

    ReplyDelete
  11. ok.. sya smakin fham citer ni.. n smakin menarik.....
    cepat smbung ekk,... hehehe :)

    ReplyDelete
  12. Hihihihi kak ilya....terbaik... Baru amy fhm....

    ReplyDelete
  13. citer semakin menarik.. tak sabar nk tggu part3 (>___<)<3 <3
    citer ni mcm ada iras2 skit movie korea don't worry, i'm a ghost,
    apa2 pun citer ni mmg best... kak Ilya cepat2 smbg ye citer ni, tak sabar nk tahu...

    ~ Rabiatul Adawiyah ~ <3 <3

    ReplyDelete
  14. knape april tu koma?
    ingatkan april tu dah mati

    ReplyDelete
  15. Hihihi....br paham cite die,cite ni len dr yg len,cpt smbung cite ni kak...

    ReplyDelete