Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Friday, March 1, 2013

Midnight - Part 13




KJ agak keberatan untuk melangkah masuk ke rumah agam itu. Rumah itu adalah tempat Pearl sebelum ini. Malah dia tahu mama Pearl amat bencikan dia. Dia rasa bersalah pada Pearl dan Pearl juga berlaku curang di belakangnya.

KJ seakan melihat bayangan Pearl di hadapan laman rumah agam tersebut. Pearl berwajah sedih.

“KJ…” Nikkie agak pelik dengan tingkah-laku KJ.
“Awak seorang.”
“Tidak. Awak kena masuk sekali.”
Nikkie bercekak pinggang. Kj masih terpaku.
“Awak sajalah beritahu pada mereka.” KJ berpaling namun lengannya ditarik kasar oleh Nikkie.
“Kalau awak sayang Nikkie maka awak kena masuk berhadapan dengan mereka. Saya tidak peduli cerita lama awak dengan keluarga ini.” Rengus Nikkie.


“TUAN Lincoln…ada tetamu mahu berjumpa dengan tuan.” Wanita berpakaian orang gaji itu bersuara di luar bilik bacaan Tuan Lincoln.
“Suruh mereka pulang. Saya tidak berminat bertemu dengan sesiapa masa ini.” Tuan Lincoln yang sedang membelek album gambar itu membalas lantang.
“Tapi tuan ini berkaitan dengan Cik April.”

April? Album gambar itu ditutup kembali. Tuan Lincoln bingkas bangun dari kerusi menuju ke pintu. Tombol pintu bilik itu dipulas.

“Kau kata mereka tahu tentang April?”
Wanita itu mengangguk.

Tuan Lincoln mengikut langkah orang gajinya. Mata Tuan Lincoln terpaku pada wajah KJ. KJ adalah teman lelaki Pearl. Adakah KJ juga tahu tentang April?

 “Pakcik….” KJ tidak berani menatap wajah Tuan Lincoln yang serius itu.
“Kamu tahu di mana April berada?”
“Ya..”
“Di mana anak aku itu, KJ?” Tuan Lincoln tidak sabar.
“April terlibat dalam kemalangan dan dia koma.”
“Apa?”
Tuan Lincoln terduduk. Benarkah berita yang disampaikan oleh KJ itu? Kenapa dia tidak mendapat apa-apa panggilan dari pihak hospital.
“Jangan tipu pakcik.” Suara garau Tuan Lincoln bernada keras.
“KJ tidak tipu pakcik.” Nikkie mencelah.
“Kamu ini pula siapa?” Dia lupa pada gadis yang berada di sebelah KJ itu.
“Saya kawan April. Nama saya Nikkie. April bekerja sebagai model sambilan di agensi tempat saya bekerja.”

Selama ini Tuan Lincoln tidak mengendahkan tentang April. Dia tidak tahu teman-teman di sekeling April kecuali Jerry yang pernah menemuinya. Jerry memperkenalkan dirinya sebagai teman lelaki April. Jerry ada mengatakan yang April baik-baik sahaja.

“Bawa pakcik bertemu dengan April. Hospital mana April berada?”
KJ dan Nikkie saling berpandangan.
“April sudah dibawa keluar dari hospital tersebut oleh Jerry.” Nikkie bersuara bagi pihak KJ.

Mata Tuan Lincoln membulat besar. Jadi Jerry tahu di mana April? Mengapa Jerry menipu dia?

“Kini…April berada di tempat Jerry.” KJ menyambung.
“Kita perlu dapatkan April semula sebelum Jerry membawa April bersamanya. Selepas itu kita tidak dapat mengesan April lagi.”
Nikkie sudah lupakan perasaannya pada Jerry. Betul kata abangnya dulu, tidak berguna merayu pada yangn tidak sudi. Tambahan pula Jerry sedang sakit jiwa!

“Kalau begitu bawa pakcik ke rumah Jerry.” Tuan Lincoln bangun dan membuka langkahnya.
“Pakcik…”
Langkah Tuan Lincoln terhenti.
“Lupakan cerita lama. Apa yang berlaku pada pearl bukan salah kamu. Apa yang penting sekarang adalah April.”

Tuan Lincoln tidak pernah menyalahkan KJ atas kematian Pearl. Semua itu adalah takdir yang tersurat.

KJ merasa lega dengan kata-kata yang diucapkan oleh Tuan Lincoln. Dia yang takut, takut menghadapi keluarga itu setelah kematian Pearl.


“SAYA mahu pulang…” Sayu mata April memandang Jerry.

Jerry duduk di sisi katil sambil mengusap-usap wajah April. Dia tidak akan sesekali melepaskan April pergi. April akan hidup bersamanya. Dia sudah mencari kediaman lain buat dia dan April. Mereka akan pergi meninggalkan kota London ini.

“April…mereka sudah tidak sayang awak lagi. Awak sudah lupa apa yang mereka buat pada awak?” Jerry mengoncang-goncangkan tubuh April.
“Tapi…”
“Awak sudah berjanji akan ikut saya. April….ita sudah buat janji sehidup dan semati. Mereka menghalang perhubungan kita.” Jerry cuba meracuni fikiran April.
“Em…”
“Jangan fikir lagi. Saya akan sentiasa melindungi dan menjaga awak.”
“Em…”

April tidak banyak bercakap. Namun hatinya tertanya-tanya empunya suara yang sering berbisik pada telinganya itu.

April bangun menghadap ke jendela sebaik Jerry keluar dari bilik tersebut. Dia pasti ada seseorang yang telah dia lupai dalam fikirannya itu. Tapi siapa?

Jerry sudah siap-sedia mengemas pakaian-pakaiannya. Dia masih tidak boleh berasa lega selagi dia dan April tidak keluar dari kota London ini. Apabila dia bertentang dua mata dengan KJ seakan dia tewas dengan lelaki itu. KJ ada sesuatu yang tiada padanya. KJ mempunyai daya tarikan hingga April boleh jatuh cinta pada lelaki itu tanpa sedar.

Argh! Lelaki kacukan Korea itu tidaklah sehebat mana berbanding dengan dia yang punya harta dan kekayaan. Dia boleh membahagiakan April. 

5 comments:

  1. Tinggal beberapa bab je lg nk abis dh..xsabarnyer nk tau ending citer nie..:-)

    ReplyDelete
  2. kak cepat kak kasi hbis cite nie.. hihihiii

    ReplyDelete
  3. brdebar2nyee nak tunggu ending dia....

    ReplyDelete