Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Tuesday, February 19, 2013

Midnight - Part 7




“DATUK!”

Gelas yang dipegang terlepas dari tangan KJ tidak menduga datuk akan mencarinya hingga ke kota London ini. Dia memandang wajah datuk dan pembantu peribadinya itu. Datuk berdiri sambil memengang tongkatnya.

“Apa khabar Kyle Joon?” Datuk tersenyum.
KJ mengetap bibir. Riak kurang senang terpapar di wajah KJ.

“Kenapa datuk datang ke sini?”
“Hormati datuk awak, KJ.” Marah Eun Suh, pembantu peribadi datuknya itu.
“Saya sudah cakap yang saya tidak mahu pulang!”

“Kyle Joon…tempoh yang datuk berikan hampir tamat. Impian kamu untuk menjadi penyanyi itu tidak akan berjaya. Datuk tahu, lagu-lagu yang kamu tulis itu dinyanyikan oleh orang lain.” Datuk memandang KJ tajam.

KJ membisu.

“Kamu tidak akan mencapai impian kamu di kota ini? Ikut datuk balik, KJ.”
KJ gelengkan kepalanya.
“Tempoh yang datuk berikan masih ada. Saya tidak akan pulang selagi tempoh itu tidak tamat.”
Nyata KJ seorang yang degil.

“KJ…datuk perlukan kamu.” Eun Suh merapati KJ. Bahu KJ dipaut lembut. “Kamu saja waris tinggal.”
“Jika cucu-cucu datuk yang lain masih hidup tentu datuk tidak akan mencari dan memaksa saya kan?”

Selama ini datuk mementingkan diri sendiri. KJ terpinggir kerana sikap pilih kasih datuk. Apabila anak-anak dan cucu datuk dilanda musibah tsunami di Jepun, datuk baru menyedari kewujudannya. KJ tidak berminat dengan harta yang datuk ada. KJ ingin perhatian dan belaian kasih sayang. Ayah dan ibu meninggalkan KJ. Pearl juga telah meninggalkan KJ.

April…kini hanya hantu itu yang menemani KJ. Hidup KJ kembali bermaya setelah bertemu dengan April. Walau hantu itu ada banyak masalah dan kerenah KJ tidak kesunyian lagi. Telatah April adakala mencuit hatinya.

“Kj….kamu jangan melampau sangat! Datuk yang menanggung kamu setelah orang tua kamu tiada.” Eun Suh meninggikan suara. Pelanggan-pelanggan di kafe itu mula mengalihkan perhatian mereka.
Micheal mula tidak sedap hati melihat keadaan itu. Nasib baiklah pemilik kafe ini masih belum pulang. Jika Puan Jane ada di sini mahunya KJ dibuang kerja kerana menimbulkan kekecohan. Sayanglah jika KJ dipecat. KJ seorang pekerja yang rajin dan tidak cerewet dengan jadual kerja yang diberikan.

“Tolong…tolong jangan menimbulkan masalah saya di sini.” KJ membongkokkan tubuhnya.
Datuk memakukan matanya pada KJ.
“Datuk akan menjemput setelah impian kamu itu berkecai.”
Datuk memalingkan tubuhnya. Jika KJ sudah berdegil usah dipaksa lagi. Tempoh yang dia berikan masih berjalan. Eun Suh mengikut langkah Datuk.

“Terim kasih datuk.” Ucap KJ. Dia masih tidak mengangkat wajahnya.
“Ingat janji kamu itu. Datuk akan heret kamu balik jika kamu tidak tunaikan janji kamu.”

Saat itu KJ mengangkatkan wajahnya.

“Terima kasih datuk.” Ucapnya sekali lagi.

Eun Suh memimpin datuk masuk ke dalam kereta.

“Tuan kata mahu paksa dia pulang.”
“Awasi dia.”
“Baik tuan.”

Kereta berwarna hitam itu berlalu.

Glen dan Lydia merapati KJ. Mereka tidak pernah tahu akan latar belakang KJ selama KJ bekerja di kafe ini. Mereka hanya tahu KJ kacukkan korea-Inggeris.

“Datuk kau?”
KJ mengangguk.
“Dari korea?”
KJ mengangguk lagi.
“Saya mahu sambung kerja semula.”
“KJ! Kami belum habis soal siasat lagi ni.” Glen dan Lydia mengikut langkah KJ.

KJ berselisihan dengan Micheal. Micheal memalitkan senyuman di hujung bibir. Cerita semakin menarik.


KJ mengekori langkah Nikkie. Kerja gila yang dilakukannya itu hanya dibuat pada sebelah malam. Kerja tanpa gaji dari April. April hanya tahu mengarah sahaja. Malah KJ terpaksa menyewa apartmen sementara berhadapan dengan apartmen Nikkie. Wang saku dia yang melayang.
Kalau dia mahu tuntut ganti rugi dari April pun tidak berguna. April hantu. Mana ada duit.
KJ mengeluh lagi. April memerhatikan saja gelagat KJ. Dia suka melihat KJ gelabah begitu. Kalau KJ tidak membuli dia maka dia yang akan membuli KJ semula.

“Tiada apa yang menarik dengan hidup dia.” Gumam KJ.
“Ikut sajalah. Saya mahu lihat dia bertemu dengan Jerry.” April duduk di atas meja itu sambil menyilangkan kakinya.

“Dua hari saya ikut tak nampak pun dia bertemu dengan Jerry. Dia hanya balik kerja dan pergi kerja. Penatlah badan saya. Apartmen yang awak suka sewa sementara itu jauh dari tempat kerja saya.” Rungut KJ.

“Sabarlah…”
“Awak sajalah ekori dia.”
April buat muka.

“Hantu pun tahu nak merajuk juga ye.” KJ jongket keningnya. Dia menyuap kek yang tinggal separuh itu ke dalam mulutnya.

“Awak tak nak suapkan kek tu untuk saya?” April menyuakan mulutnya.
“Hantu tak perlu makan.” KJ menarik pinggan kek itu dari dicapai oleh April
April mencemik.

“KJ…”
“Ya…”
“Awak sunyi tak jika saya menghilang nanti?”
Suapan KJ terhenti. Dia pakukan anak matanya pada wajah April.
Entah mengapa dia tidak dapat menjawab soalan dari April itu.

April hanya tersenyum. 
“Awak mesti sunyi kan”
“Kenapa pula saya nak sunyi? Saya lagi lega sebab tiada pengacau.”
“Mengaku sajalah yang awak akan sunyi nanti.”
“Huh!”

April ketawa kecil.

“Saya suka tengok muka merah awaklah KJ. Comel.”
“Merepek!”
“Betullah. Saya puji ikhlas.”
KJ nampak sahaja dingin tetapi sebenarnya tidak.

“KJ…” April mencuit hidung KJ.
KJ menepisnya. Gelagat KJ diperhatikan oleh pelanggan di kedai kek tersebut. Ada yang menggelengkan kepala melihat KJ.
“Jangan buat hal di tempat awam.”
“Jerry…”

Jari runcing April menunding ke arah lelaki yang baru masuk ke kedai kek tersebut. KJ segera mengangkat majalah yang dibawa ketika Jerry melintasi mejanya. Jerry dilihat menghampiri meja yang diduduki oleh Nikkie. Riak wajah Jerry tampak keruh.

Mujur meja KJ berdekatan dengan meja Nikkie. Jadi dia boleh memasang telinga untuk mendengar perbualan Jerry dan Nikkie.

“Putus asa saja terhadap April.”
“Tidak…”
“Jerry…apa kurangnya saya?”
“Jangan desak saya lagi. Saya akan jaga April meskipun April tidak cintakan saya!”
“Jangan jadi bodoh!” Getus Nikkie. Jerry masih jadi orang bodoh untuk menjaga puteri yang sedang tidur lena itu.

Jaga April? Jerry kata akan jaga April meskipun April tidak cintakan dia? KJ dan April saling berpandangan.


“Nikkie…lebih awak berputus asa saja dengan saya.”

“Tidak! Saya tidak akan berputus asa dengan awak.”  Tegas Nikkie. Dia sudah cukup lama memendam perasaan di dalam hati. Masakan dia akan melepaskan Jerry begitu sahaja.

“Lagipun saya bersalah pada April.” Jerry menunduk.

“Kenapa awak perlu bersalah pada April? Kemalangan itu adalah musibah yang tidak boleh dijangkakan.”

Kemalangan? April ditimpa kemalangan? April menggengam rantai yang tersarung pada lehernya itu.

“Jika bukan saya…”
“Cukup! Saya tak mahu dengar awak menyalahkan diri awak lagi!” Nikkie memintas.

“April tidak akan terlantar begitu jika bukan sebab saya?!”

“Itu adalah takdir, Jerry. Awak harus menerimanya.”
“Awak tidak akan faham…”
Jerry seolah-lah menghukum dirinya.

20 comments:

  1. Rahsia dah hmpir terbongkar......

    ReplyDelete
  2. ermmmm.. cerita semkin suspen....

    ReplyDelete
  3. Aduhai....kak cite ni mkin saspen plak,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lg2 bce tgh2 mlm..lg la saspen,hehehe..sesuai dgn tajuknye midnight...

      Delete
  4. Xlama lg tau la april dia msh hidup....

    ReplyDelete
  5. yess! april da dengar yg die dah terlantar...mesti die pkir yg die msih hidop lgi XD

    ReplyDelete
  6. pergh...sanggup KJ berkorban utk April. Hohoho..Ada apa2 ke ni.. Tak sabarrrnyaa Pa'ah nak baca seterusnyaa.

    ReplyDelete
  7. XSABAR NK BC CITA SETERUSNYA....MSTI BYK AGI RAHSIA YG AKN TERBONGKAR SELEPAS INI....I LIKE.... <3

    ReplyDelete
  8. uitsss... makin lama makin menyebabkan jantungku berdebar2... misteri betul... huhuhu... tak sabar tunggu part2 seterusnya... cerita akak semua mmg best la... lain dari yg lain gitewww... :D

    ReplyDelete
  9. erkkkk saspen giler... apa yg berlaku sbnrnye??? April koma ker??? sambungan plss kak ya

    ReplyDelete
  10. cmplicatednye idop april tu.. hehehe tp dy sgt2x epi go luck kan... hehehe best2x... nak tggu smbungan dy... hehehe
    -netysiregar-

    ReplyDelete
  11. ohohoho..like3..
    suspen2..part 8 menanti..

    ReplyDelete
  12. semakin suspen dan semakin berdebar-debar, perasaan ingin tahu semakin meluak-luak.... >.<
    tak sabar nk tggu part 8
    ~Rabiatul Adawiyah~

    ReplyDelete
  13. makin best la cete nie kak..part 8 plak kak..xsabar nie..hehee
    -haslina yaya-

    ReplyDelete
  14. alahai!!! update laju2x kak... :P

    ReplyDelete
  15. “Nikkie…lebih awak berputus asa saja dengan saya.”

    kak,de perkataan tertinggal kan.. :)

    KJ ade perasaan kat April ke?? wa xsbr nk bce entry seterusnye.. (Y)
    -n0rlie-

    ReplyDelete