Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Friday, January 7, 2011

566 Hari Mencari Cinta_Bab 20

“DATO’ Aminuddin melamar I” suara Firdayu sebaik saja Kid melabuh punggung dihadapannya.
            “Baguslah.” balas Kid pendek. Lepas ini sah-sah Firdayu akan kena serang dengan teman wanita bujang telajak itu. Kena buat kawalan dua puluh empat jam lah nanti.
            “Ah! Sayangnya dia masih belum layak menangani kekayaan Ruzair. Kalau tidak terus saja I terima lamaran dia tadi.” Firdayu mengeluh kecil sambil menongkat dagunya. Wajah kacak Ruzair terbayang di ruang matanya. Bersilih ganti dengan wajah lelaki yang hampir-hampir dia kecapi kekayaannya dulu.
            “Cik Firdayu ini bukannya mencari cinta tapi bermain dengan cinta.” Kid yang lebih mengeluh panjang. Susah betul nak bagi perempuan seorang ini sedar diri sikit. Asyik nak bermain-main saja. Hari dah kian berlalu. Dia masih tidak sedar-sedar ke?
            “Apa salahnya bermain dengan cinta. Lagipun pada I mencari cinta adalah satu perkara yang membosankan. Bad feeling! Tak seronok langsung!” Apa tidaknya calon-calon yang Kid senaraikan tak cukup hebat. Bosan gila! Rasa dah malas nak pergi bertemu janji.
            “Itu masalah Cik Firdayu. Apa pun Cik Firdayu kena patuhi perjanjian yang Cik Firdayu tandatangani sendiri. Ingat Cik Firdayu. Apa jua milik Cik Firdayu terletak dalam perjanjian tersebut.” Kid memang jenis tidak kenal erti jemu untuk mengingati Firdayu. Sampai adakalanya Firdayu naik fed-up.
            “I tahulah. Apa you ingat I bodoh sangat nak kehilangan harta pada perempuan tua tu! Tapi just kali ini I tak mahu lagi adakan temujanji dengan calon-calon yang you senaraikan tu. I nak ubah selera I.”
            “Ubah selera. Cik Firdayu tak pernah ubah selera pun saya tengok. Selera Cik Firdayu tetap pada barang yang berjenama bukan barangan tempatan.” Kid pandang tepat pada wajah Firdayu.
            “You perli I.”
            “Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya Cik Firdayu.”
            Firdayu menggigit bibir.
            “I rasa nak cekik-cekik leher you Kid. You inikan suka sangat nak menaikkan darah I. Mujurlah you pembantu terbaik I. If tidak dah lama I humban you keluar!”
            “Ouch! Saya tidak kisah Cik Firdayu. Saya seorang pekerja. Dan Cik Firdayu adalah boss. So Cik Firdayu boleh pecat saya bila-bila masa yang cik suka.”
            “No…no…no…I tak akan pecat pekerja terbaik I. Kalau I pecat you pasti you akan bekerja dengan Datin gempal tu nanti.” Firdayu menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Dia campak sebuah majalah di atas mejanya. Jelas muka Kid terpapar di muka depan majalah itu. Kacak! Baru dia tahu mamat skema depan matanya itu seorang lelaki yang kacak.
            “Oh! Cik Firdayu dah tengok rupanya.” Kid tidak teragak-agak mencapai majalah tersebut. Tiada apa-apa yang menarik pun pada majalah tersebut. Kid meletakkan kembali di atas meja kaca Firdayu.
            “Selama ini you sembunyi wajah kacak dari I ya Kid. Apa kata lepas ini you jadi model untuk pakaian I? I sekarang sedang kekurangnan model lelaki.” Firdayu memandang Kid tajam. Beranilah Kid kata tidak bersetuju dengan dia. Tengah kelam-kabut begini tak sempat dah nak cari muka model baru.
            “Saya menolak Cik Firdayu.” Dah agak dah jawapan yang Kid berikan. Kid kalau bab-bab gini memang susah nak pujuk dia. Tak kiralah dia setuju atau tidak Firdayu tetap akan paksa Kid naik atas pentas peragakan rekaan terbarunya. Takkan nak suruh model-model perempuan peragakan pakaian lelaki pulak.
            “I’m your boss so you kena ikut cakap I.”
            “Dalam offer letter tak suruh saya jadi model kat sini Cik Firdayu. Begitu juga dengan job yang buat sekarang ini. Jadi bodyguard, tukang masak dan driver tidak termaktub dalam kerja saya.”
            Ini ada ciri-ciri nak menunjukkan protes. Ada sesiapa ke yang menghasut PA kesayangan dia ini. Tak boleh jadi! Orang paling disyaki adalah Datin gempal itu. Apa nama dia…Ala Datin Sam untuk singkatan nama Shamsiah. Dia taruh ubat guna-guna pada Kid ke? Datin sekarang mana boleh percaya sangat. Banyak bela anak ikan. Orang yang cakap itu pun dua kali lima. Tak sedar diri yang awak itu pun jahat berhantu jugak.
            “Siapa dah hasut you ni? You dah berani nak membantah arahan dari I.”
            Firdayu rasa tidak puas hati.
            “Baru nak membantah sikit dah melenting. Tiada sesiapa nak hasut saya, Cik Firdayu. Saya memang tidak berminat naik atas pentas tayang body.”
            “Oooo…tayang muka depan majalah takper pulak.”
            “Siapa yang suruh saya jadi model iklan komersial tu, Cik Firdayu jugakan. Dalam hal itu bukan salah saya.” Kid betulkan kaca mata yang terletak atas batang hidungnya yang mancung itu.
            Firdayu merengus kecil. Kalau Kid dah kata tak nak maka bukan mudah untuk memaksa mamat skema tu. Firdayu kena cari alternatif lain. Dia mula memerah otak yang sekian lama tidak perah itu.
            “I rasa I tahu siapa yang boleh tolong I.” Bibir Firdayu mengukir senyuman.
            “Mesti plan yang tak baik punya.”
            “Tak kisahlah janji show I berjaya. Siapa suruh you tak mahu bantu I.”
            “Siapa lelaki malang yang cik nak pergunakan tu?”
            “Hamizi.”
            “Ooooo…penyanyi popular itu.” Kid anggukkan kepala aja.
Rasanya tiada masalah langsung Firdayu nak pujuk mamat tu jadi model dia. Hamizi pun salah seorang lelaki yang boleh tahan gatalnya. Siapa tak cair dengan godaan terlampau Firdayu. Ayat godaan Firdayu mengalahkan mat romeo. Firdayu bila buat lagak manja meremangkan bulu roma.

BERSERI-seri muka Aliyah bila melihat Alfi muncul di balik pintu ‘Rosette Fashion Designer’. Mulanya memang Alfi keberatan mahu jejakkan kaki di ‘Rosette Fashion Designer’ poison ivy tu. Bukan apa perempuan itu memberbahaya. Kena selalu berjaga-jaga. Tidak menduga pula yang Aliyah bekerja di ‘Rosette Fashion Designer’ syarikat pereka milik Firdayu. Dia tidak mahu Firdayu tahu yang dia punya hubungan dengan Aliyah. Dia takut Aliyah diapa-apakan oleh wanita jahat itu. Payah nak menangani wanita licik seperti Firdayu.
            Terpinga-pinga Aliyah bila Alfi bergegas menarik dia keluar dari ruang utama syarikat itu. Tercengang-cengang teman sekerja yang lain. Mulalah mereka saling berbisik sesama sendiri. Dan kebetulan ketika itu Firdayu baru keluar dari pintu lif. Tajam matanya melihat kelibat Alfi dan Aliyah yang baru masuk ke dalam lif berdekatan. Firdayu mengorak senyuman kecil. Langkah kakinya dihayunkan masuk ke dalam ‘Rosette Fashion Designer’ itu.
            “Awak macam takut-takut saja bila nampak Cik Firdayu tadi?” ujar Aliyah sebaik saja mereka keluar dari bangunan setinggi sepuluh tingkat itu. Merka menuju ke sebuah gerai yang berdekatan untuk menjamu selera..
            “Ermmm…Saya tidak sukakan dialah, awak.”
            “Kenapa?” Aliyah kehairanan.
            “Awak takkan tak pernah dengar khabar angin tentang dia. Dia bukannya wanita yang baik. Saya cukup benci dengan dia.”
            Aliyah tersentak. Jadi Alfi mengenali Firdayu. Patutlah! Dan betullah Alfi yang menajdi isu perbualan Firdyau dan Datuk Wasef tempohari. Memang dia ada banyak dengar desas-desus cerita pasal Firdayu di pejabat. Ada juga rasa tidak senang hati dengan sikap Firdayu tapi cepat-cepat dia buang. Dia tak patut timbulkan perasaan tidak enak pada Firdayu. Sedangkan wanita itu tidak pernah pula complain pasal kerja dia.
            “Saya tidak nampak yang cacat cela pada Cik Firdayu. Mungkin orang cemburukan dia sebab dia cantik dan cerdik. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan dalam usaha sebegini muda.”
            “Apa pun saya mahu awak berhati-hati. Wanita itu seorang yang licik.” Alfi memberikan peringatan kepada Aliyah. Dia risaukan keselamatan Aliyah. Aliyah adalah orang dia sayang selain mama dan adiknya. Mana mungkin dia akan biarkan Aliyah ditimpa kecelakaan.
            “Baiklah.”
            Aliyah anggukkan kepala. Kalau bukan dia ingin mencari abangnya di kota, dia tidak akan jejakkan kakinya di sini. Dia juga diburu keresahan. Biar pun atuk mengatakan abang seorang yang baik dia tetap rasa takut kehadirannya ditolak. Abang memang tidak tahu akan kewujudan dia. Arwah ibu dan arwah ayahnya berkahwin setelah arwah ibu berpisah dengan suami pertamanya. Sekalipun sudah berpisah, arwah ibunya Tidak melupakan tannggungjawab sebagai ibu kepada abangnya.
            Aliyah terperanjat bila terasa bahunya ditepuk perlahan. Bukan Alfi yang menepuknya tapi lelaki berkaca mata yang berbingkai tebal itu. Pembantu peribadi Firdayu. Lelaki yang cukup gerun bila terpandang wajah tidak berperasaan dia itu. Aliyah menelan air liur. Alfi kelihatan berlagak selamba. Tidak diduga kehadiran Kid di situ. Kid menanggalkan kaca matanya sambil merenung pasangan kekasih itu.
            “Kebetulan…” suara Kid. Kid merenung Alfi atas bawah. Budak cute yang selalu diusik oleh Firdayu. Tak sangka pulak Aliyah berpacaran dengan Alfi.
            “Encik Kid. Tak sangka kita berjumpa di sini. Saya masih belum ucapkan terima kasih pada Encik Kid lagi.” Alfi tidak mungkin melupakan lelaki yang menolongnya itu. Dia nyaris kehilangan pekerjaan kerana Firdayu.
            “Tidak perlu berencik-encik dengan saya. Panggil saya Abang Kid sudah cukup.”
Kid jenis yang agak merendah diri. Terkebil-kebil mata Aliyah melihat wajah Kid yang tanpa berkaca mata putih itu. Macam seseorang pernah dia lihat. Alfi juga berperasaan seperti Aliyah.
            “Ehemmm…ehemmmm…” Kid terbatuk-batuk kecil bila menyedari Alfi dan Aliyah merenung dia tidak berkelip.
            Tersentak Alfi dan Aliyah. Aliyah dan Alfi saling berpandangan. Merona merah muka mereka. Apa tidaknya baru mereka perasan. Kid ni bila dua kali pandang macam rupa perempuan pun ada. Cantik! Mata  kid yang cantik. Di tabah pula dengan bulu keningnya yang panjang.
            Telefon bimbit bergegar di dalam poket seluar Kid. Seketika Kid bercakap di talian. Mesti Kid sedang bercakap dengan Firdayu. Alfi dan Aliyah hanya mengagak. Kid memohon diri untuk beredar. Dia terlupa pada kot yang tersangkut di kerusi. Aliyah memanggil namun kelibatnya sudah hilang dari pandangan mata mereka. Aliyah mengeluh kecil. Diraba-raba poket kot tersebut. Mata Aliyah terjegil besar. Kid tertinggal dompet duitnya!

566 Hari Mencari Cinta_Bab 19

“KOPI Cik Firdayu.” Kid menghulurkan cawan kopi kepada Firdayu. Firdayu anggukkan kepala. Dia letakkan cawan kopi di sisi lukisannya. Sehari suntuk dia perlu siapkan rekaan fesyen terbarunya itu. Sakit segala urat sendinya. Balik nanti dia nak minta Kak Diah uratkan badan. Jika tidak mahu esok tak datang pejabat dah. Mahu terbuntang atas katil sampai petang.

“Kelam kabut kerja I bila you tiada. I tak patut benarkan you bercuti untuk iklan komersial Datin gempal itu.” rungut Firdayu. Aliyah tak banyak membantu. Orang baru. Lepas ini jangan harap dia nak bagi Kid cuti lagi.

“Ingatkan Cik Firdayu suka bila saya tiada.”

“Suka hotak you! Sengsara adalah!” marah Firdayu. Huru-hara bila Kid tiada. Terpalit senyuman kecil di hujung bibir Kid. Tahu juga Firdayu menghargai khidmat dia di sini.
“Saya minta maaf Cik Firdayu. Tapi bukan salah saya. Cik Firdayu yang benarkan saya bercuti.”

“Hmmm!” Firdayu menjeling Kid. “Apa kata malam ini you memasak di vila I? Dah lama I tak rasa masakan you. Orang gaji baru I masak tak sedap.” Mata Firdayu menumpukan perhatian pada kertas kerja. Babah selalu cari orang gaji yang tidak kena pada citarasanya. Masak tak reti. Kemas rumah pun tak teratur. Semak mata tengok keadaan dalam vila itu. Babah seorang saja yang suka. Tak ada komen langsung keluar dari mulut babah.

“Apa kata saya carikan Cik Firdayu orang gaji yang baru? Saya ada kenal chef-chef yang agak terkenal jugak.

“You perli I Kid.” Firdayu beliakkan biji mata merenung Kid.

“Perli apanya pula. Kan Cik Firdayu kata tadi orang gaji baru Cik Firdayu masak tak sedap. Chef masak mesti lebih sedapkan sebab mereka ada sijil kelulusan dalam bidang masakan. Macam-macam masakan dari pelbagai negara Cik Firdayu boleh rasa.”

“I just nak rasa masakan dari you. Lepas ini you kena jadi tukang masak I juga bila I perlukan.” Ada saja tugas yang mengarut Firdayu berikan pada Kid. Tugas PA dah macam tugas Butler. 

“Kalau macam itu cik kenalah gandakan gaji saja sebab gaji yang cik berikan hanya untuk tugas saya sebagai PA cik tidak lebih dari itu.” Kid buat tawar menawar. 

Firdayu mengetap bibir. Berkira juga mat skema seorang ini. Dia bermain-main dengan pensil mekanikal yang berada di tangannya. Perlu berfikir sejenak.

“Okay-okaylah. I up akan gaji you.”

“Deal! I akan masakkan untuk you bila-bila masa you inginkan.” 

“Buat dessert sekali. I suka makan dessert buah you. Sedap.” pujian ikhlas dari Firdayu. Kid mengangkat kening. 

“Nampaknya kita kena tangguhkan untuk calon temujanji seterusnya memandangkan Cik Firdayu sibuk dengan kerja Cik Firdayu yang tertangguh. Saya pinta selepas ini Cik Firdayu sila bertanggungjawab dengan kerja cik.” Kid mencapai lukisan-lukisan rekaan yang telah disiapkan oleh Firdayu. Sungguh kreatif rekaan pakaian yang Firdayu hasilkan. Dia amat sukakan rekaan pakaian muslimah ini. Firdayu akan lebih cantik jika mengenakan pakaian ini ditubuhnya. 

“Eloklah tu. I pun dah bosan asyik keluar bersama calon-calon yang tidak memenuhi criteria lelaki idaman I. You memang tak pandai pilih calon suami I. Carilah yang hebat-hebat macam Ruzair.” Mulalah Firdayu bagi komen macam-macam. Dullu dia juga yang tidak kisah dengan pemilihan calon yang diberikan. Perempuan seorang ini makin cerewet.

“Baiklah Cik Firdayu. Saya akan cari lelaki-lelaki yang hebat seperti Cik Firdayu inginkan.”

“Tak perlulah Kid. I ada empat calon yang sesuai untuk I sekarang ini. I akan pilih salah seorang dari mereka untuk calon cinta I.” Meleret senyuman nakal di bibir Firdayu. Kid tak terperanjat pun. Dia memang dah tahu yang perempuan seorang ini banyak muslihat. Licik! Perempuan plastik!

Calon-calonlah adalah Encik Ruzair Tan Sri Hamzah jutawan muda terkenal, Encik Hamizi Jasni penyanyi yang digilai ramai, Encik Ahmad Alfi Datuk Wasef lelaki muda pertama jadi perhatian, Dato’ Aminuddin Rashid bujang telajak yang kaya raya. Dia seorang yang romantis dan Mr Philip mamat cina kacukkan mat salih itu. Tiada seorang pun mamat yang miskin dan tidak berharta dalam senarai. Apa salahnya pilih, abang jual burger ke, mamat kerja dekat Mc Donald ke? Penggembala lembu ke? Koman-koman cikgu sekolah. Rasanya semua terus reject dek Firdayu walaupun hensem macam mana pun.

“Setahu saya calon-calon idaman Cik Firdayu tu sudah ada yang punya. Tak baik kacau keharmonian hubungan orang lain. Apa kata cik pilih Encik Syah Izuan tu tak pun Encik Helmi itu. Dua orang lelaki yang tak kurang hebatnya.” 

“Kalau nakkan mereka dah lama I on tahu. Dua mamat tu menjengkel hati I tahu tak. You saja nak memanaskan hati I.” 

“Apa salahnya dipanaskan kalau dah selalu sejuk Cik Firdayu.” tutur Kid. Dia angkat cawan yang sudah kosong itu. Firdayu tidak membalas. Tiada gunanya. Kid bukan kisah pun kalau dia melenting. Kebal betul mat skema seorang ini dengan maki hamun dia.

Sebaik saja keluar dari bilik Firdayu, muka Dato’ Aminuddin Rashid terpacak di depan pintu masuk. Lelaki awal 40-an itu membawa sejambak bunga bersamanya. Biasalah lelaki idaman Firdayu mesti kacak dan segak. Dan lebih utamanya banyak harta berlori-lori. No money no talk! Dato’ Aminuddin mengaturkan langkah ke bilik Firdayu. Yang nyata kehadiran Dato’ Aminuddin mengejutkan staf-staf di ‘Rosette Fashion Designer. Jangan tak kenal. Dato’ Aminuddin juga antara lelaki terkaya di kota metropolitan ini. Hampir-hampir menandingi kekayaan Ruzair Tan Sri Hamzah.

Dato’ Aminuddin melintasi Kid dengan senyuman manis yang terukir di bibir. Mestilah maniskan takkan masam pulak. Maklumlah wanita yang digilai itu perawan jelitawan. Wanita idaman lelaki masa kini.

“Cik Firdayu ada?” tegurnya lembut. Kid sekadar anggukkan kepala. Inilah lelaki yang kenali Firdayu ketika mengadakan pertunjukkan di Shanghai. Firdayu tidak putus hubungan dengan lelaki ini.

Dato’ Aminuddin mengetuk pintu bilik pejabat Firdayu sebelum melangkah masuk. Seperti kebiasaan bila ada cerita hot mereka mula berlonggok di satu tempat. Mana lagi kalau bukan di meja Kid. Hanya Luqman dan Aliyah yang melekat di kerusinya menyiapkan rekaan.

“Wah! bukan main poison ivy tu. Setahu I Dato’ Aminuddin dah ada girlfriends. Model lagi tu. Bila masa pulak dia terjerat dengan poison ivy ni?” gerutu Rosimah. Tidak puas hati dengan pengaruh Firdayu terhadap lekai-lekai kaya ini.

“Lelaki bila terpandang perempuan cantik mudah lupa diri. You lupa ke yang Cik Firdayu kita lebih cantik dari model yang tak cukup makan tu. Tiada lagi lelaki kaya tidak terlepas kena ngap dengan Cik Firdayu.” sampuk Linda. Aliyah hanya mendengar tidak pernah menyampuk sepatah kata pun. Rosimah yang menarik dia bersama untuk bergosip.

“I sependapat dengan Lin.” celah Andy. Dia kerling pada Kid yang sibuk menghadap skrin komputernya. Kid mana pernah mengutuk boss bersama mereka. Bodoh betul asyik ikut apa saja telunjuk perempuan jahat itu.

“I heran tengok lelaki-lelaki cair bila tengok pison ivy tu. Entah-entah dia pakai minyak pelaris kot. Pelik tau.” Rosimah menyatakan kemusykilannya. Siap yang tidak pelikkan. Lelaki-lelaki yang mengejar Firdayu itu ada kekasih yang tidak kurang hebatnya. Sanggup mereka tinggalkan kekasih mereka demi Firdayu.

“Isk! Tak mungkinlah zaman dah moden begini orang masih gunakan benda-benda syirik tu. Lagipun Cik Firdayu mana percayakan benda-benda macam itu. Hantu pun dia tak percaya.”

“Hantu pun takut dengan dia Imah.” desis Andy.

“Kalau dia rampas boyfriends I, memang kaw-kaw I kerjakan dia.”

“Kau ada boyfriends ke Imah?” soal Linda.

“Dia mana ada boyfriendslah. Perasan saja yang lebih. Ingat you mampu nak tandingi poison ivy tu.You tak layak Imah.” selar Andy. 

Rosimah memang selalu tunjuk diri dia bagus. Ini lagi seorang perempuan yang tidak sedar diri. Ada hati nak bersaing dengan Firdayu yang sah-sah memang perempuan high class tiada tandingan. Ukur bajulah di badan sendiri. Setakat mulut saja yang hebat berkata-kata tiada maknanya. Firdayu yang jahat itu tidak akan mampu ditumpaskan.

“Kalau nak mengumpat pasal Cik Firdayu, boleh tak kamu sekalian pergi ke tempat lain? Saya ada kerja yang perlu siapkan sekarang.” Kid bersuara. Satu-persatu dia pandang muka teman-teman sekerjanya itu tajam.

“Entah korang ni. Mengumpat dekat dengan meja boyfriends I. Tengok dia dah marah tau.” Andy menyampuk. Siap urut-urut bahu Kid lagi. Geli-gelemenlah.

Kid bingkas bangun. Macam biasa. Kid heret Andy dan humban mamat lembut tu ke mejanya semula. Kepala Andy tepat masuk ke dalam bakul sampah. Makan sampah kawan tu. Siapa suruh nak menggatal dengan Kid. Mengata Linda, dia pun sama tidak sedarkan diri. Yang lain hanya bertepuk tangan melihat Andy kena humban dengan Kid. Kid memang tak suka bila Andy ambil kesempatan pada dia. Mulalah Andy buat gaya manjanya hentak-hentak tangan dan kaki. Tidak puas hati dengan layanan Kid pada dia. Benci tau!

Rosimah dan Linda menghampiri Andy yang masih terbaring di lantai. Mula-
mula dulu memang mereka terkejut lihat Andy kena humban sekarang tidak lagi. Maklumlah mereka orang baru bekerja. Andy dikira orang lama berada di ‘Rosette Fashion Designer’ bersama Luqman.

“Dia tidak akan sukakan you, Andy. Terimalah hakikat.” Linda menepuk-kepuk lembut bahu Andy.

“Huhuhuhu…” Andy merengek-rengek halus. 

Pada waktu yang sama Firdayu keluar bersama Dato’ Aminuddin. Firdayu kerut dahi tengnok keadaan Andy yang terbaring atas lantai dengan tong sampah yang berselerakkan. Dia pandang ke muka Kid. Kid biasalah tak tunjuk reaksi apa-apa pun. Ligat menyiapkan kerja di komputernya. Firdayu menghela nafas panjang. Tahu sajalah kalau Andy berkeadaan begitu teruk semestinya ia adalah perbuatan Kid. 

“Staf I memang suka bergurau, Dato’.” Firdayu ketawa halus.

“Good. Itu akan mengeratkan hubungan antara mereka lagi.”

“I hantar you keluar.”

“Thanks. I harap you pertimbangkannya Cik Firdayu.”

“I akan pertimbangankan.” Firdayu menghantar Dato’ Aminuddin hingga ke pintu keluar. Kemudian dia menjeling ke arah Kid yang buat-buat tidak nampak. Deras langkah tapak kaki Firdayu merapati meja Kid.

“Kid! Come in!” arahnya keras.

“Baik Cik Firdayu.” Kid bingkas bangun.

566 Hari Mencari Cinta_Bab 18

DATUK Wasef meleret senyuman melihat Aliyah yang duduk tidak jauh dari meja dia dan Firdayu. Boleh tahan juga cantiknya Aliyah itu. Nampak seperti gadis yang bersopan santun. Manis dengan tudung di kepalanya. Dia difahamkan Kid sedang bercuti untuk beberapa hari. Itu yang Firdayu beritahu padanya. Kid mana pernah ambil cuti. Hairan juga Datuk Wasef. Biarlah…Ada Kid pun menyesakkan nafas dia untuk berdua-duaan dengan Firdayu. Mata Kid tajam sangat macam mata burung hantu. Langsung tidak boleh bermanja-manja dengan buah hati pengarang jantungnya itu. Sudahlah Kid tidak mahu berganjak dari sisi Firdayu.
            Kesempatan ini membuka peluang untuk Datuk Wasef meraih jemari runcing Firdayu. Rindu benar pada wanita itu. Semenjak dua menjak ini Firdayu agak liat mahu bertemujanji dengan dia. Dia perasan Firdayu lebih menumpukan perhatian pada lelaki jutawan yang kacak itu. Siapa lagi kalau bukan Ruzair. Ruzair tampak memberikan respon yang baik juga. Cis! Ruzair kan sudah punya tunangan. Kenapa perlu mahu memotong jalan dia. Pantang betul kalau ada orang yang cuba merampas perempuan yang dia suka. Yang merimaskan pesaingnya itu seorang lelaki yang hebat dipandangan mata wanita. Ruzair dipuji melangit oleh Firdayu. Firdayu tidak pernah memuji dia sebegitu. Firdayu memandang rendah dengan keupayaannya. Datuk Wasef tidak boleh terima dengan penghinaan Firdayu. Dia akan buktikan dia lebih hebat dari lelaki-lelaki yang mendampingi Firdayu itu.
            “Apa yang you menungkan Datuk? You takut you tergugat ke?” Selepas bertemu pengedar dari China Firdayu melencong bertemu dengan Datuk Wasef. Tidak henti-henti orang tua itu menghubungi telefon bimbitnya kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi bila skandal Firdayu dengan Ruzair makin hebat diperkatakan dalam media.
            “I bosan untuk menunggu kata putus dari bibir you. I tak mampu nak menahan gelora di hati I melihat you bersama Ruzair. I tahu I tidak sekacak Ruzair dan lelaki-lelaki yang mendampingi you.” Datuk Wasef meramas-ramas jemari Firdayu.
            “I tidak perlukan lelaki pengecut! Kalau you takut you boleh tarik diri dari permainan ini.” desis Firdayu. Dia memang muak dengan pujuk rayu Datuk Wasef yang tak henti-henti mendesak itu. Tunggu masa saja untuk say good bye pada Datuk Wasef.
            Wajah Datuk Wasef berubah. Dia kerling pada Aliyah. Gadis itu sedang sibuk
menulis sesuatu dalam buku notanya. Apakah gadis itu memasang telinga untuk mendengar perbualan antara dia dengan Firdayu. Datuk jua memerhati keadaan sekeliling. Manalah tahu jika ada paparazzi yang memerhati mereka. Tidak dapat nampak kelibat yang mencurigakan hatinya.
            “Firdayu…fikirkan semula. I boleh membahagiakan you. I boleh turuti segala kemahuan you.”
            Firdayu meledak ketawa. Kata-kata Datuk Wasef menggelikan anak tekak dia. Nak bahagiakan dia konon. Kau tak mampu Datuk tua!
            “Datuk…Ikhlas I cakap yang you tak mampu berikan apa yang I inginkan. I mahukan semua harta milik you termasuklah harta yang ada pada kedua-dua isteri kesayangan you itu. Berapa kali I bilang pada you yang I perempuan jahat dan tamak!” Firdayu tidak berselindung tentang perihal dirinya.
            Diam membisu Datuk Wasef. Dia memang tidak dapat memenuhi permintaan Firdayu itu. Permintaan itu amat berat bagi Datuk Wasef. Sukar mahu melepaskan Datin Naemah dan isteri keduanya itu. Dia takutkan amarah anak yang dua orang itu. Mereka lebih membela mama mereka dari papa mereka ini. Ketika dia berkahwin lain pun ditentang hebat oleh anak lelakinya Alfi. Alfi yang paling membenci dia. Tidak tahu bagaimana mahu memujuk anak lelaki tunggalnya itu. Dia tidak akan membiarkan Alfi terus berada di luar sana dengan kesempitan hidup. Datuk Wasef mengupah orang untuk mengawasi Alfi sepanjang masa. Dan dia tidak senang hati bila Firdayu merapati anak lelakinya itu.
            “Apakah you mahu bermusuh dengan I, Cik Firdayu?” soalnya. Sungguhpun dia seorang yang tida bertanggungjawab pada keular dia masih ambil tentang anak-anaknya.
            “You ingat I takutkan you. Datuk berhati-hati bila bermain dengan I. I lebih memerbahaya daripada api.” Firdayu merapatkan wajah ke arah Datuk Wasef. Tertelan air liur Datuk Wasef. Firdayu tersenyum meleret.
            “Jangan melibatkan anak I dalam permainan kita, Cik Firdayu. I tahu you mahu pergunakan dia untuk menjatuhkan I.”
            “I tahu orang-orang Datuk mengawasi anak Datuk itu. Tapi I tak berani nak jamin Datuk yang I akan lepaskan dia. Sewajarnya Datuk yang patut memberi peringatan pada dia agar tidak mendekat I.” Jangan haraplah dia akan melepaskan Alfi masuk ke dalam jerat percintaan yang direncanakan.
            “Damn you Firdayu!” Datuk Wasef naik angin. Firdayu tidak mungkin akan bagi muka pada dia lagi. Apa yang patut Datuk Wasef buat kali ini. Menghapuskan Firdayu. Itu satu kerja yang mudah dilakukan. Firdayu lebih licik. Silap haribulan dia yang jatuh bankrap.
            “Hey Datuk Wasef! Setiap permainan ada bayarannya. You tak boleh behenti separuh jalan jika you mahu lihat anak you yang cute tidak jatuh dalam pelukkan I.” Sedikit pun Firdayu tidak takut dengan Datuk Wasef. Pengaruh dia lebih besar dari lelaki tua itu.
            “Firdayu…you…you…” Datuk Wasef tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Dia tunduk merenung lantai. Otaknya kosong. Lelaki tunduk dengan seorang wanita. Haruskah dia melutut demi Alfi.
            Bodoh punya orang tua. Gertak sikit sudah kecut. Dia hanya bermain-main tarik tali dengan Alfi. Sedikit pun tidak serius mana. Afli hanya budak kecil yang tidak matang. Terjejas sudah gelaran buaya tua yang disandang oleh Datuk Wasef.
            “Datuk…jangan ambil serius sangat dengan kata-kata I tadi. I tak mahulah jahat sangat pada Datuk. Datuk dah banyak habiskan masa dengan I. I amat hargainya Datuk.” Firdayu menarik kot baju Datuk Wasef. “Kita masih berkawan seperti biasa Datuk Wasef.” sambungnya lagi.
            Aliyah bukan sengaja mahu memasang telinga dengar perbualan Firdayu dan Datuk Wasef. Kalau setakat jarak satu meja mestilah dengar sedikit. Bila dengar nama Alfi, Aliyah rasa tidak sedap hati.Adakah Alfi teman lelaki dia itu? Kalau boleh dia tidak mahu ada sesuatu yang buruk berlaku pada Alfi. Betulkah Firdayu sedahsyat ini? Amaran yang tidak endahkan itu mula diambil berat oleh Aliyah

DI sudut lain ada sepasang mata sedang memerhati. Ruzair mengetap bibir melihat kemesraan Firdayu dengan Datuk Wasef. Kebetulan mereka terserempak ketika Fatin merengek-renggek mahu makan di restoran ala Jepun itu. Rasa cemburu menyelubungi hati Ruzair. Tidak tahu kenapa? Makin dekat dilihat makin marak api cemburu di hati Ruzair sedangkan mereka bukanlah kenal rapat sangat.
Dia pandang Fatin yang sedang berselera menjamu makanannya. Betul kata Fahmy. Fatin tiada kurang cantiknya dengan Firdayu. Cuma Firdayu lebih up to date dalam berpakaian.
Di situ menyerlahnya kejelitaan Firdayu.
            Sedikit pun sushi di pinggan Ruzair tidak terusik. Fatin memandang tunangnya itu dengan kerutan di dahi. Sejak kebelakangan ini Ruzair memang nampak berlainan sedikit. Agak lebih dingin. Fatin tahu apa punca. Pastinya ini kerja Firdayu yang tidak pernah duduk diam mahu memusnahkan keharmonian hubungan dia dengan Ruzair. Firdayu dengki! Nak balas dendam pada dialah tu. Memang padan dengan muka kena malukan dulu. Kalau dia tidak dapat maka Firdayu boleh takkan dapat jugak. Fatin pelik macam mana budak baik macam Rusky boleh jatuh hati dengan perempuan jahat seperti Firdayu itu. Nasib baik dia dapat pikat abang Rusky yang jauh sepuluh kali ganda hensemnya dari Rusky. Pengarah besar dalam Teraju Utama Corporation lagi. Mana Firdayu tidak cemburu. Sebab itu Fatin tidak menoleh ke belakang bila Ruzair melamarnya.
            “Kenapa tak usik langsung makanan you, sayang. You sakit ke?” soal Fatin lembut. Ruzair gelengkan kepala perlahan.
            “ I tidak apa-apa. You jangan risaulah sayang.”
            “You ada masalah dengan syarikat? Please jangan bawa mood you itu ketika keluar bersama I. You dah berjanji dengan I kan.” rengus Fatin. Dia tidak sukalah mood romantik mereka terganggu disebabkan hal yang remeh temeh.
            “I’m sorry sayang.” Ruzair meramas-ramas jemari Fatin. Dia angkat dan dikucupnya lembut. Cara itu boleh meredakan kemarahan Fatin.
            “Apa kena dengan you, Ruz. Kebelakangan ini you banyak sangat berangan bila bersama I. I tunang you. Jika you ada masalah you boleh berkongsi dengan I.” Fatin merendah suaranya. Dia amat berharap Ruzair meluahkan kegusaran di hati.
            “I tidak apa-apa.’
            “Really.”
            “Yes.
            Ruzair tidak mahu Fatin tahu gelora yang sedang meangganggu fikirannya ini. Tidak wajar menyakiti gadis sebaik Fatin Nadira. Fatin tidak pernah sekali mengkhianati perasaannya. Argh! Perempuan itu! Perempuan itu punca dia resah begini. Dia tidak sepatutnya rapat dengan Firdayu Fahrin. Dia yang mengendahkan nasihat Fahmy. Mampukah dia melontarkan wajah jelita dari kotak fikirannya? Ruzair telah terperangkap dengan perasaan sendiri.
            “Tak sangka jumpa you all di sini.” suara gemersik Firdayu memecah ke dalam gendang telinganya. Berubah sama sekali wajah kacak Ruzair. Firdayu sekadar meleret senyuman sambil memaut erat lengan Datuk Wasef. Aliyah sudah sedia menanti di luar.
            “Cik Firdayu.” Agak gugup tutur kata Ruzair. Ruzair tidak berani untuk menatap wajah Firdayu.
            “Sorry…ingat nak join tadi tapi I ada hal sedikit di luar dengan Datuk Wasef. Lain kali saja kita makan bersama Encik Ruzair.”
            “Elok pun kalau you tak join bersama I dengan Ruz. Apa lagi pergilah cepat dengan teman lelaki you yang tua kerepot itu.” desus Fatin. Getiklah nak tengok muka Firdayu yang sengaja buat mengada-ngada itu.
            “Si tua ini teman lelaki I. Sorrylah. Datuk Wasef just kawan baik I. Betulkan Datuk?” Firdayu mengerling Datuk Wasef. Datuk Wasef anggukkan kepala. Sakit jua hatinya bila Firdayu panggil dia si tua.
            “Ermmm…Cik Firdayu. Thanks for your helping tempohari.”
            “Small matters. Lagipun kebetulan kereta kita sama jenis. So tiada masalah I pinjam spare part tayar I pada you. I akan tuntut hutang you nanti. Bye-bye.” Firdayu menarik Datuk Wasef. Mereka beriringan keluar dari restoran tersebut.
            Turun naik nafas Fatin. Api kemarahannya bernyala-nyala. Nampak gaya terkaan dia memang tepat. Ruzair ada affair dengan Firdayu.
            “I akan explain pada you nanti.” ujar Ruzair tenang. Dia menyuapkan sushi yang tidak berusik itu ke dalam mulutnya.

TELEFON bimbit Firdayu bergentar di dalam beg tanya. Nama Philip tertera di situ. Firdayu melirik senyuman. Agak lama dia tidak bertanya khabar dengan lelaki itu. Orang bisnes. Sibuk dengan dunia perniagaannya.
            “Helo…”
            “HellohoneyHow are you? I miss u so much!” terus-terang Philip mengatakan rindukan padanya.
            “I’m fine. Miss you too.” balas Firdayu. Jika Philip sudah menefon pastinya lelaki itu berada di sini. Ini membuatkan Firdayu tida sabar ingin bertemu dengan lelaki itu. Phillip…lelaki itu sepertinya. Antara mereka tidak hubungan yang istimewa. Mereka rapat tetapi tidak lebih dari teman untuk melepaskan kesunyian di hati.
            Firdayu berbual-bual mesra dengan Philip sambil diperhatikan oleh Aliyah. Aliyah pasti itu panggilan dari salah seorang teman Firdayu. Dia hanya membisukan diri. Hatinya gundah bila mendengar perbualan Firdayu dengan Datuk Wasef. Perlukah dia mengadukan hal ini pada Alfi? Aliyah mengetap bibir.
            Mereka sampai di ‘Rosette Fashion Designer’ agak lewat petang. Firdayu keluar sebaik sahaja menyelesaikan apa yang perlu di pejabatnya. Dia telah membuat temujanji dengan Philip. Aliyah dududk kembali di atas mejanya. Dia menongkat dagu.
            “Hah! Cik Firdayu buli you ke?” Linda menegur.
            Pantas Aliyah menggelengkan kepalanya. Luqman muncul membawa beberapa kertas rekaan di tangannya. Lelaki segak itu mengukir senyuman. Diletakkan kertas rekaan itu atas meja Aliyah.
            “Ini untuk panduan you. You kena siapkan beberapa rekaan pakaian untuk show kita next week.” ujarnya.
            “Next week!
            “Ya. Next week. Tema kita pakaian untuk muslimah. I rasa tiada masalah untuk you.”
            Aliyah anggukkan kepala. Dia tiada masalah untuk menghasilkan rekaan pakaian muslimah. Dicapai salah satu rekaan yang diberikan oleh Luqman. Sungguh menakjubkan hasil rekaan tersebut.
            “Ini…”
            “Itu rekaan cincai dari Cik Firdayu.” Luqman memotong.

566 Hari Mencari Cinta_Bab 17

FIRDAYU menghempaskan tubuhnya atas sofa. Dia melepaskan keluhan berat. Hari ini dia dapat ceramah free dari ustaz tak bertuliah ustaz Syah Izuan. Nasib baik dia bijak menangani emosi diri. Jika tidak mahu saja muka Syah Izuan itu di simbah dengan Apple jusnya. Dia nak Syah Izuan dimalukan. Tapi kerlingan tajam Kid yang buat dia terbantut mahu meneruskan niat di hatinya itu. Celaka punya Kid. Boleh pula dia menghendap aku pergi bertemujanji. Mesti pasal kes mamat gila tempoh hari itu. Firdayu meramas-ramas rambutnya yang mengurai melepasi bahu itu. 

“Kenapa dengan anak gadis babah ni? Ada masalah ke dengan temujanji tadi?” Encik Fahrin merapati anak tunggalnya itu. 

Firdayu mencebik. Babah mestilah tahukan apa yang membelenggu otak dia. Kid kan sentiasa inform pada babah pasal senarai jodohnya itu. Babah takkan tahu apsal pencarian jodoh itu kalau Kid tidak gatal buka mulut. Apa yang menarik sangat tentang perkahwinan? Hidup seorang lagi best! Harta pun banyak. Aiseh! Lupa pulak yang dia ada buat perjanjian bodoh dengan orang tua gayut itu. Firdayu memandang kalendar yang terlekat pada dinding. Tiga bulan telah berlalu. Dia masih boleh bersikap sambil lewa. Awal lagi.

“Yue rasa nak stop saja dengan senarai jodoh yang babah dan Kid buat tu. Yue nak buat senarai jodoh Yue sendiri.” 

“La…mana boleh buat begitu sayang. Yue kan dah janji dengan babah akan ikut senarai jodoh tu. Lagipun mereka semua calon lelaki yang bersesuai dengan Yue.”

“Bersesuaian babah kata. Habis yang tersenarai nama orang gila tu apa babah nak jawab pada Yue. Mujur saja Yue tidak diapa-apakan tahu. Malu Yue tahu. Pereka fesyen terkenal dipermainkan oleh orang gila.”

“Okaylah tu. Jika tidak asyik Yue saja yang permainkan orang.”

“Babah.” Yue sudah menghentakkan kaki. Bencilah bila babah pun ketawakan dia. Dia menggigit bibir. Dia tidak peduli. Dia akan cara dia tersendiri untuk mencari cinta selama 566 hari itu. 

“Yue. Nenek ada calling babah tadi. Dia ajak kita pulang ke vila. Ada kenduri kesyukuran.”

“Tak mahulah. Rimaslah nak pakai baju kurung tu. Babah pun tahu Yue bukannya suka dengan Vila keramat Nenek. Menyeramkan. Entah-entah Nenek ada membela. Yue tak mahu jadi pengganti.” 

“Apa yang Yue mengarut sangat ni. Tak baik buruk sangka dengan nenek.” Encik Fahrin mengetuk perlahan kepala Firdayu. Cabul sungguh mulut anak gadisnya itu.

“Eleh. Sebelum ini ada nenek ambil kisah pasal kita. Tak ada kan. Nenek tu memang selalu ada tipu muslihatnya babah. Dulu bukan main sayang lagi pada cucu-cucu dia yang berbelas orang itu. Terutamanya Fatin anak Dato’ Nasrin dan Datin Kalsom. Siap letak nama Fatin sebagai bakal pewaris harta. Alih-alih lepas jumpa kita balik orang tua gayut itu buat pertukaran dengan Yue pulak. Nak kata nyanyuk masih betul lagi.”

Memang susah nak yakinkan Firdayu yang Nenek bukan lagi macam dulu-dulu. Nenek dah baik dah berubah. Nenek hanya mahu menebus kesilapan lalu. Ingin berbaik-baik dengan musuh ketatnya Firdayu. 

“Yue dah lupa ya. Kita hanya manusia biasa Yue. Nenek pun manusia biasa. Semua orang ada buat silap. Bagilah peluang pada nenek.”

“Huh! Jangan haraplah Yue berbaik-baik dengan orang tua gayut itu. Kalau boleh Yue nak nenek tinggal sehelai sepinggang. Biar nenek pada kedana.”

“Angkuh betul anak babah ni. Babah nasihatkan Yue jangan pandang rendah pada nenek. Ingat Yue masih tak dapat lagi cari lelaki yang Yue cintai. Babah tak mahu cinta kontrak.” Encik Fahrin memberikan peringatan pada anak gadisnya itu. Bukan apa Firdayu bukan boleh percaya sangat. Sama saja dengan sikap mak mertuanya itu. Banyak tipu muslihat.

“Yue tahulah. Tak perlu babah nak beri peringatan pada Yue berulang-ulang kali.” Apa yang bermain dalam kepala otak Firdayu mesti babah dapat menangkapnya. Itu yang payah. Dia memang ada fikirkan rancangan sedemikian.

“Ingat Yue. Tidak mahu ada cinta kontrak.” Babah pula angkat-angkat kening. Makin cemberut muka Firdayu. Sah-sah Kid akan mengawasi dia dengan makin ketat lagi.
“Babah ingat Yue tak boleh cari cinta Yue ke?’

“Iya ke? Babah memang sentiasa yakin dengan Yue.” Encik Fahrin ketawa kecil. Saja diperlinya anak gadisnya itu. Ingat mudah ke nak mencari cinta kalau perngai pun macam playgirl. Asyik bertukar-tukar pasangan saja. Tak pernah ada yang kekal. Nak kata bercinta tak ada angaunya pulak. 

“Yue dah jumpa calon yang sesuai dah babah.” 

“Ruzair bukan.” Encik Fahrin bijak meneka. Tak boleh nak buat apa-apa. Pandai-pandailah Fatin menjaga tunangnya. 

“Yup. Lelaki yang paling layak menjadi bakal menantu babah.” Firdayu tersenyum girang. Encik Fahrin gelengkan kepala. Firdayu nak rampas Ruzair dari Fatin semata-mata nak balas dendam bodohnya saja. Kalau nak bagi nasihat pun tiada gunanya. Firdayu bukan jenis yang mendengar kata.

KE mana saja langkah Kid, Datin Sam akan ekori. Naik rimas pun ada Firdayu melihatnya. Orang dah kata tak nak masih nak dipaksa-paksa juga. Kid pun bukan nak halau datin berlemak satu badan itu. Buat selamba dek dia saja. Datin Sam buat muka kesiannya depan Kid. Dia tak mahu ambil orang lain selain Kid. Kid mesti jadi model iklan komersial dia. Tidak dihiraukan mata tajam Firdayu yang mengerling. Datin Sam terus-menerus mengganggu Kid. 

Andy sudah makin jealous. Rosimah dan Linda ketawa mengekeh. Siapa boleh tahan tengok sikap bolayan Kid. Bila penat Datin Sam duduk di sofa tamu. Mengeluh panjang wanita itu. Apa tidaknya. No reaction dari lelaki bernama Kid itu. Hampir boleh berputus asa kalau begini. Datin Sam bermuka monyok. Teh yang dihidangkan oleh Aliyah pekerja baru di ‘Rosette Fashion Designer’ langsung tidak berusik. Mujur gadis itu sedia menemani dan berbual dengan Datin Sam berbanding dengan pekerja yang lain. Ramah dan lemah lembut. Bukan seperti boss di ‘Rosette Fashion Designer’. Jahat berhantu. Tak tahu perempuan jenis apa Firdayu itu. Ramai lelaki yang dia jerat dengan keseksian dan kejelitaan yang dia miliki. Bodoh betul lelaki-lelaki itu.

Hampir luruh jantung Datin Sam dan Aliyah apabila Kid muncul di hadapan mereka secara mengejut. Kid memandang tajam ke arah Datin Sam. Tiada segaris senyuman terukir di bibir Kid. Tampak dia begitu serius sekali. Aliyah pandang wajah Kid yang serius tidak berkelip mata. Dia mengulum senyuman. Tidak kisahlah jika senyumannya itu tidak berbalas. Lelaki itu melayan dia dengan baik. Segala kerjanya diberikan tunjuk ajar oleh lelaki itu.

“Saya akan tolong datin.” Kid membuka mulutnya. Serta-merta wajah Datin Sam berubah. Ceria seratus-peratus.

“Thank you Kid. Thank you. I’m so glad.”

“Jangan ucapkan terima kasih pada saya tapi ucapkan pada boss saya. Dia yang suruh saya terima tawaran awak itu sebab dia dah jelak tengok awak datang sini hari-hari kacau hidup saya.” Kid mengerling pada Firdayu yang sedang bersandar di dinding menyilangkan tangan. Apa lagi ternganga mulut Datin Sam. Kalau ada lalat pasti gerenti masuk ke dalam lubang gua yang terbuka luas itu. Betullah budak Kid ini hanya akan menurut arahan dari Firdayu.

“I tak faham kenapa you boleh bertahan bekerja dengan Cik Firdayu you itu. Kan lebih baik you bekerja sepenuh masa dengan I. I boleh bayar lebih dari dia.” Datin Sam cebirkan bibir ke arah Firdayu. 

“Maaf datin. Saya lebih senang bekerja dengan Cik Firdayu.” Pengakuan yang tidak tahu sama ada jujur atau pun tidak. 

“I rasa you kena guna-guna dengan perempuan jahat itulah Kid. Lebih baik you berubat. I boleh syorkan bomoh yang bagus untuk you.” Memang Datin Sam tak sayang mulut. Kalau Firdayu dengar sah-sah kena gayang dengan poison ivy itu. Lebih baik Datin Sam jangan cari bala dengan Firdayu. 

“Jaga-jaga mulut datin bila menyebut tentang boss saya. Saya tak mahu datin timbulkan masalah dengan dia. Datin pun kenal dia bagaimana orangnya.” 

“Betul juga kata you. I pun tak mahu dia buat kacau dalam hidup I. Porak peranda nanti.” Datin Sam mengusap dagu yang penuh lemak berkrim itu. Semua mak datin sudah menyedari kebahayaan wanita jelita bernama Firdayu itu. Sebagai langkah berjaga-jaga elakkan diri dari menimbulkan masalah yang melibatkan Firdayu.

Aliyah lega kerana Firdayu melepaskan jua Kid untuk membantu Datin Sam menyempurnakan iklan komersialnya. Walaupun dia masih baru di syarikat itu, Aliyah tidak merasakan Firdayu wanita yang amat teruk. Ada masanya wanita itu boleh di bawa berbincang. Tengok saja Luqman. Tiada masalah berkaitan dengan kerjanya. Itu sebab Luqman boleh dilantik menjadi ketua fashion designer di syarikat berkenaan.

“Cik Liya…you take over my job untuk beberapa hari ini.” Kid mengalihkan pandangan mata kepada Aliayah. Tersentak Aliyah.

“Me?” soal Aliyah bagai tidak percaya. Menggantikan tempat Kid di sisi Firdayu bukan satu kerja yang mudah. Hampir dua puluh jam mengikut punggung Firdayu. Boleh
ke Aliyah melakukan yang terbaik? Rasa tidak yakin pula.

“Don’t worry. Cik Firdayu memang cerewet tapi dia tak makan orang. Buat saja kerja yang dia suruh.” suara Kid. Tiada orang lebih layak menggantikan tempat untuk seketika melainkan gadis lemah lembut itu.

Aliyah menundukkan kepala. Pandangan redup Kid menyejukkan hati. Bagaikan ada kemesraan antara dia dengan Kid. Sikap Kid yang macam stone itu tidak menghalang Aliyah merapati lelaki itu. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya. 

“Good! Awak boleh mulakan tugas awak sekarang.”

“Now?” Aliyah pula ternganga mulut. Kid anggukkan kepalanya. Aliyah perlu menemani Firdayu bertemu dengan pengedar mereka dari China selepas makan tengahari. Pengedar tersebut amat penting pada Firdayu untuk mendapatkan kain-kain yang bermutu tinggi.