Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Wednesday, March 6, 2013

Midnight - Part 15




APRIL dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Luka dikepala agak parah. KJ masih menanti diluar dengan baju yang berlumuran dengan darah April. KJ tidak senang duduk. Dia amat risaukan keadaan April. Dia kehilangan Pearl dan dia tidak mahu kehilangan April.

“Tuan Lincoln…nak air?” Nikkie menghulurkan air kepada Tuan Lincoln. Tuan Lincoln menggeleng.

“KJ…”
KJ juga turut menggeleng.

“Sabar KJ. Duduklah dulu.” Nikkie faham perasaan KJ dan Tuan Lincoln ketika ini.
“Nikkie…temankan saya ke luar sebentar.” Tuan Lincoln bersuara. Dia perlu menghubungi isterinya, Rebecca.
“Baiklah.”

KJ tinggal sendirian. Dia ada menghantar mesej kepada Micheal. Micheal ada membalasya dan akan datang ke hospital dengan kadar segera. Dia sudah tidak peduli apa yang bakal berlaku kepada Jerry.

“KJ…” Bayang Pearl muncul di depan mata KJ.
“Pearl…” Hanya dia yang nampak Pearl di situ.
Pearl melutut dan mengusap wajah KJ yang sedang duduk lesu itu.
“April akan selamat.” Pearl memujuk.
“Pearl…maafkan saya.”

Bibir Pearl memalitkan senyuman.

“Awak kena lupakan cerita lama. Saya juga bersalah pada awak.”
“Pearl…”
“Shhhh…” Pearl meletakkan jari telunjuknya pada bibir KJ. “Hati awak sudah ada April. Awak perlu lupakan cinta awak pada saya tapi jangan lupakan perkenalan kita.”
Air mata KJ mengalir.

Pearl ketawa halus.
“Pertama kali saya meihat awak menangis KJ.”
“Jangan gelakkan saya.”
“Takdir awak bersama April.”
Pearl mengucup dahi KJ.

“Pearl…saya…”
“Hati awak tidak menipu KJ. Awak sudah jatuh cinta pada April.”
Pearl meletakkan telapak tangannya pada dada KJ.

“Maafkan saya sebab mencintai April.”
“Awak tidak perlu minta maaf KJ. April lebih berhak mendapat cinta awak dari saya. Saya tahu dia sukakan awak.”
KJ menunduk.
“Terima kasih Pearl…”
“Jaga April baik-baik.”

Bayangan Pearl menghilang.

Pintu wad kecemasan itu terbuka. KJ terus merapati doktor yang merawat April.

“Bagaimana keadaan dia, doktor?”
“Dia sudah selamat tetapi hentakkan pada kepalanya mungkin akan memadam memorinya nanti.”
“Maksud doktor?”
“Saya tak pasti memori itu akan hilang seketika atau untuk selamanya. Mungkin juga hilang sebahagian…kita tunggu sampai dia sedar.” Doktor itu menepuk bahu KJ.
“Terima kasih doktor.”


“BAGAIMANA dengan keadaan April?” Tuan Lincoln terus bertanyakan April sebaik melihat April di bawa keluar dari wad kecemasan terbabit.

“April dah selamat.”
“Baguslah.” Tuan Lincoln menarik nafas lega.
“Saya akan temankan April sampai sedar.”
“Kj…baik awak tukar baju awak dulu.”
“Micheal akan bawakan baju untuk saya.”

“Pakcik juga mahu menemani April bersama kamu. Pakcik mahu tunggu sampai dia sedar.”
Tuan Lincoln tidak sanggup untuk melihat April sendirian lagi. Dia mahu menjalankan tugasnya sebagai seorang ayah.

“Kalau begitu saya pulang dulu.” Nikkie meminta diri.
Beruntung April kerana ada dua lelaki yang mengambil berat akan dirinya.

“Abang hantarkan Nikkie.”
Dia tergamam seketika. Dia menoleh. Nicholas!
“Abang…” Pasti KJ yang memanggil Nicholas.
“Pakaian untuk kau.” KJ menghulurkan beg kertas kepada KJ.
“Terima kasih Micheal.”
KJ tidak biasa untuk memanggil Micheal dengan nama Nicholas.
“Saya pulang dulu…” Ujar Nikkie.
“Terima kasih Nikkie.”
“Pertolongan kecil.”

KJ duduk di sisi katil April. Tuan Lincoln keluar untuk mengisi perutnya sebentar. KJ tidak berselera untuk makan. Dua kali April ditimpa musibah dari orang yang sama. KJ tidak dapat memaafkan Jerry atas apa yang berlaku pada April.

KJ menggenggam jemari halus milik April. Dia kucupnya lembut. KJ mahu jadi orang pertama yang dilihat oleh April sebaik gadis itu membuka matanya.

KJ tertidur di sisi April. Genggaman tangannya masih tidak dilepaskan. Tuan Lincoln membuka baju sejuk yang dipakai lalu diselimutkan pada tubuh KJ. Dari sinar mata KJ dia tahu KJ mencintai April sebagaimana KJ mencintai Pearl.

“Abang…”
“KJ bukan punca kematian Pearl. Kita tidak seharusnya menyalahkan dia.”
 Puan Rebecca mengangguk. Dia mengikut rasa amarah dan membenci KJ atas kematian anaknya Pearl. Dia tidak memikirkan perasaan KJ. KJ juga menderita hati dan perasaan.
“Ibu bapa juga mementingkan diri sendiri.” Ujar Tuan Lincoln lagi.

Tuan Lincoln memeluk bahu isterinya.
“Kita jangan ganggu mereka.” Bisik Puan Rebecca perlahan.
Mereka melangkah keluar dari wad persendirian terbabit. 

Monday, March 4, 2013

Gadis Merah Jambu_Bab 7


 Mama...

AMREEZ meramas-ramas jari-jemarinya. Dia tidak menduga wanita itu akan muncul semula setelah bertahun-tahun menghilangkan diri. Wanita itu masih tampak anggun meskipun telah berusia. Wanita cuba tersenyum namun masih ada tawar dalam senyuman itu.

Dia tahu Amreez masih marahkan dia. Dia tidak menyelami perasaan Amreez. Dia hanya mahu mengikut kehendaknya selama ini. Dia sakit hati lalu meninggalkan Amreez bersama papanya. Dia tahu silapnya kerana tidak pernah mengambil tahu tentang Amreez. Dia menuntut fasakh dari Imraz tetapi tidak menuntut putera tunggalnya Amreez. Perasaan Amreez terluka. Siapa menduga papanya juga hilang tanpa berita. Puan Sofiya mengeluh kecil.

“Reez…” Panggil Puan Sofiya lembut. Tangannya teragak-agak mahu menyentuh bahu Amreez itu.
“Reez sudah dewasa untuk tentukan hidup Reez.” Amreez menjarakkan dirinya dari mama. Dia memeluk tubuh.

Puan Sofiya tergamam. Dia pandang wajah Amreez sayu. Anak yang dulu kecil kini sudah meningkat dewasa. Amreez mewarasi kekacakan dan ketinggian papanya. Jika dia mahu mengusap Amreez dia perlu menjongketkan kakinya.

“Papa ada cari Reez?”
“Papa dan mama sama saja. Mulut kata sayang tapi tinggalkan Amreez sendiri juga.” Suara Amreez sedikit mengendur.

Puan Sofiya tersentap pagi.

“Mama tahu salah mama, tapi Reez tak boleh salahkan semua pada mama.”
Amreez memandang mamanya tajam.
“Kalau mama nak memujuk Reez ikut mama sekarang maka mama dah terlambat.”

Puan Sofiya menekup mulutnya menahan sendu. Adakah hati Amreez sudah sekeras batu.

“Amreez….”
“Mama…please…”
“Bagi mama peluang, sayang.”
“Peluang itu sudah tertutup mama.”

Ayat Amreez itu benar-benar menghiris hati Puan Sofiya.

“Budak tadi tu anak mama dengan suami baru amam ke?” Soal Amreez. Matanya dialihkan pada kanak-kanak yang sedang duduk mengunyah buah epal yang dia berikan. Kanak-kanak itu beruntung kerana mama menumpahkan kasih sayang kepadanya.

Puan Sofiya gelengkan kepala.

“Mama tak kahwin lain. Budak ni anak kepada teman baik mama. Teman baik mama selalu tinggalkan dia bersama mama.”
“Oh…”
“Reez…mama sayangkan Reez. Mama mahu Reez ikut mama.”
“Reez sudah biasa hidup tanpa mama dan papa di sisi. Lagipun Reez mahu usahakan kedai bunga ini. Ini impian Reez.”
“Impian Reez sama dengan impian papa Reez juga.” Puan Sofiya mendengus.
“Mama tak usah memandang sinis dengan impian Reez.”

Bagi Amreez bunga-bunga itu mendamaikan hati. Haruman dan warna-warninya membuatkan orang lain tersenyum apabila menerima kiriman dari yg istimewa.

“Mama tidak bermaksud begitu.”
“Reez bahagia dengan hidup Reez sekarang. Reez dah tak perlukan mama atau papa lagi.”
“Amreez Firdaus!” Puan Sofiya menyebut nama penuh Amreez. Dia terkilan dengan kata-kata Amreez, seakan anak lelaki tunggalnya itu bukan lagi anak yang manja itu.
Amreez sedar dia sudah menghiris hati mamanya. Hatinya juga turut terhiris dengan sikap mama dulu.  Amreez belajar untuk menjadi seorang yang berhati batu.

“Harap mama hormati keputusan Reez.”
“Mama sayang pada Reez. Mama mahu Reez ada bersama mama semula.” Puan Sofiya memujuk. Bukan mudah untuk dia menjejaki Amreez jika kedai bunga ini tidak dibuka semula.

Amreez diam seketika.

“Mama tahu mama terlalu mengongkong hidup Reez. Mama buat begitu kerana mama tidak mahu Reez jadi seperti papa. Papa hanya menjual bunga dan melayan gadis-gadis yang berkunjung di kedai bunganya. Mama rasa malu. Mama rasa cemburu. Mama jadikan kamu mangsa keadaan.” Puan Sofiya meluah rasa.

Kenapa mama perlu cemburu sedangkan kesetiaan papa hanya pada mama. Papa merintih sewaktu mama melarikan diri dan meminta fasakh. Mama kata mama tidak bahagia dan perkahwinan itu satu kesilapan. Amreez lihat papa menangis selepas papa melepaskan mama. Papa seakan tidak bermaya dan papa hilang arah tujuan alu dia juga menjadi mangsa keadaan.

Budak sekecilnya melihat perpecahan keluarga sendiri.

“Mama…Reez nak hidup sendiri.”
“Reez…bagi mama peluang ya.”
“Mama…”
“Reez….mama tidak kisah jika mama perlu duduk di kedai bunga ini asalkan mama dapat bersama anak mama semula. Mama tidak kisah jika rumah Reez tidak sebesar istana.”

Amreez termangu. Mengapa mama begitu beria-ia mahu hidup bersamanya? Mama sanggup mencarinya hingga ke sini.

“Terpulang pada mama.”
Puan Sofiya mengukir senyuman.  Esok dia akan angkut segala barang-barangnya dan berpindah ke rumah Amreez. Kali ini dia tidak akan meninggalkan Amreez selagi nyawa dikandung badan.

ADREENA terintai-intai di balik pintu kaca kedai bunga itu. Harap-harap taukeh kedai bunga sudah keluar. Apabila sudah dipastikan taukeh kedai bunga Adreena menarik nafas lega. Dia malas mahu terserempak dengan taukeh kedai bunga yang banyak songeh itu.

“Kau ni macam pencuri saja aku tengok. Kau mahu menghendap barang berharga di kedai aku ya.”

Kus semangat! Adreena lantas menoleh. Taukeh kedai bunga ada di belakangnya. Taukeh kedai bunga siapkan berikan senyuman tidak ikhlasnya. Senyuman yang menakutkan.

“Tiada barang berharga pun dalam kedai tu.” Gumam Adreena perlahan.
“Bunga-bunga tu berharga pada saya si gadis merah jambu.” Selamba Amreez ketuk kepala Adreena dengan jambangan bunga ros merah itu.

Adreena menjuihkan bibir. Sabar sajalah dengan taukeh kedai bunga ini. Jahat!

Adreena tetap melangkah masuk ke dalam. Dia sudah berjanji pada adik-adiknya untuk belikan bunga dan coklat khas buat guru-gurunya sempena Hari Guru esok. Rabak duit Adreena bulan ini. Matanya melilau mencari bunga-bunga yang harga tidak lebih dari RM 10.00. Itupun kalau adalah. Jika emapat kuntum RM 10.00 memang molek sangat dah. Guru Azrien adalah dalam 5 orang kot. Itu belum campur guru Ayuna dan Ayuni.

“Wah…lima kuntum bunga lily palsu ini RM 10.00. Diskaun yang menarik ni.”  Ala masakan nak bagi bunga mahu ikut maksudh disebalik bunga itu kan?

Adreena mula membuat kira-kiranya.
“Taukeh kedai bunga! Bagi saya 20 kuntum bunga lily ni?” Adreena memanggil Amreez dengan suara lantang.
Amreez mengambil 20 kuntum bunga lily yang dipinta.
“Lagi?”
“Saya mahu coklat, kad ucapan kecil, reben dan pembalut plastik bunga-bunga?”
“Pembalut plastik bunga-bunga?”
“Yalah…saya nak balut bunga tu?”
“Ohhh…”

Taukeh kedai bunga ni sengaja pula dia buat muka terkejut. Bahan-bahan yang Adreena perlukan telah disediakan. Tinggal keluarkan duit untuk membayar semuanya.

“Mana pekerja lain?” Soal Adreena. Wajah Idin, John dan Atie tidak kelihatan.
“Ada yang cuti dan ada yang pergi rehat.”
Boss jaga kedai sendiri ya?”
“Ingat boss tahu goyang kaki sahaja ke?”
Taukeh kedai bunga kalau sudah bercakap bukan tahu menapis sedikit.
“Berapa semuanya ya?”
“RM 500.00 sahaja.”
“Hah!” Mulut Adreena terlopong. Terkebil-kebil mata Adreena macam tidak percaya dengan jumlah yang diberikan.
Amreez tersenyum. Dia suka melihat wajah gelabah Adreena.
Just kidding.”

Adreena mencemik. Boleh taukeh kedai bunga buat gurauan tidak kelakar dengan dia.

“Dua kotak coklat ni saya bg free untuk adik-adik kau. Semua sekali RM 73.50.”
Nasib baik tidak lepas dari budget yang dibuat.
“Mana awak tahu saya ada adik?”
Taukeh kedai bunga bijak meneka.
“Masakan awak nak bagi hadiah pada guru-guru awak pulak. Awak tu sudah tua bangka. Rasanya susah nak jumpa bekas pelajar bagi hadiah pada bekas gurunya.”
Ikut sedap mulut taukeh kedai bunga kata dia tua bangka.
“Ini wangnya. Duit baki dua puluh sent u boleh simpan.” Adreena buka langkah dan beredar. Langkah yang cukup bergajalah kononnya.

Amreez ketawa kecil. Gadis merah jambu yang comel dan mudah gelabah.

Sunday, March 3, 2013

Midnight - Part 14





“TUAN muda…” Orang gaji mengetuk pintu bilik Jerry dengan kuat.

“Kenapa ni?” Wajah cemas orang gajinya itu dipandang.
“Ada kekecohan di luar. Tetamu yang datang hari itu. Dan seorang lelaki tua yang menagku dia ayah kepada Cik April.”

Anak mata Jerry membulat besar. Tuan Lincoln…

“Kau jaga Cik April. Jangan bagi dia keluar dari biliknya. Pastikan dia sudah bersiap.” Jerry memberikan perintah.
“Baik tuan muda.”

Kenapa rancangannya perlu ada halangan begini? Jerry mengetap bibir. Dia tidak mahu berlengah lagi. Dia perlu bertindak segera. Jerry mengarahkan pengawalnya menyiapakan kereta dan mereka akan keluar dari pintu belakang.

Jerry menyuruh pengawalnya membawa beg pakaian yang perlu. Dia segera meluru ke bilik April ditempatkan.

“April…”
“Jerry…kenapa?”
“Kita perlu pergi sekarang.”
“Pergi ke mana?” April sedikit binggung dengan sikap Jerry.
“Tempat yang hanya ada kita berdua?”

April mengerutkan dahi.

“Tapi?”
“Tak perlu tapi lagi!” Jerry meninggikan suaranya.
April terkedu.
“Maaf…kita perlu pergi dari sini. Saya tak sanggup berpisah dengan awak. Saya hanya cintakan awak.” Jerry memengang kedua-dua pipi April.

“Em..”

Jerry memaut jemari halus April lalu menariknya keluar dari bilik tersebut. April hanya mengikut langkah Jerry.

“April…” Suara itu masih berbisik pada telinganya.
“KJ…” Nama itu terpacul keluar dari bibir April.

 Dia merentap tangannya dari Jerry. Jerry tersentak dengan tindakan drastik April.

“Jerry!” Nikkie melaung nama Jerry dengan kuat.
Dia sudah mula menggegaskan pagar automatik itu.
“Kita tak boleh berlengah macma ni lagi.” KJ turus memanjat pagar automatik tersebut. Itu sahaja cara yang ada.
“Hati-hati.” Pesan tuan Lincoln. Hati tuanya mula cemas.

KJ dapat melepasi pagar itu lalu dia melompat turun. KJ bergegas menuju ke pintu utama lalu diketuk dengan kuat. Tiada jawapan yang diberikan.

“April!!!!”

KJ mula menendang pintu utama itu berkali-kali.

“KJ!” April terdengar namanya dipanggil.
“April…jangan pedulikan dia.” Jerry menarik tangan April.
April merentap kasar tangannya dari cengkaman Jerry. April merenung Jerry tajam.
“Saya tidak akan ikut awak.”
“April…awak sudah berjanji dengan saya.”
“Tipu! Saya tidak berjanji dengan awak!” Rengus April.

Hati Jerry dipalu rasa terluka dengan bicara dari April itu. Ingatan April sudah pulih sedikit demi sedikit.

“Awak tetap akan ikut saya.” Jerry perlu bertindak kasar. Dia menarik tangan April.
“Lepaskan saya!” Jerit April.
Jerry terus menarik April. April tetap cuba melawan dan tidak mahu mengikut langkah Jerry hingga dia tersilap langkah lalu tergelincir. April jatuh bergolek-golek di atas anak tangga tersebut. Kepalanya terhantuk pada bucu anak tangga. Darah pekat mengalir dari luka di kepala April. Pandangan mata April kelam dan gelap.

Pintu utama rumah agam Jerry terbuka luas. KJ meluru masuk.

“April!” Serentak suara KJ dan Jerry bersatu. KJ terus mendakap tubuh April yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Jerry terpaku. KJ merenung wajah Jerry dengan pandangan marah atas apa yang berlaku pada April.

“Dia bukan milik kau!”

KJ mengangkat tubuh April. April perlu segera dibawa ke hospital. Tubuh Jerry menggigil. Lemah segala urat sendinya. Dia jatuh terduduk. Orang gaji dan pengawalnya segera mendapatkan Jerry.

“Buka pintu pagar itu sekarang!” KJ meninggikan suaranya pada orang gaji Jerry.
“Ba…baik…”

Nikkie dan Tuan Lincoln berlari anak mendekati KJ.
“April…” Tuan Lincoln tidak dapat menahan amarah dalam hati apbila melihat April yang berlumuran darah dalam dakapan KJ.
“Kita perlu bawa April ke hospital segera.” Ujar KJ.
Tuan Lincoln tidak jadi untuk menerpa ke arah Jerry. Keselamatan April lebih utama.

“Jerry…awak memang teruk!” Nikkie meluahkan rasa kecewanya.
“Nikkie…” 

Friday, March 1, 2013

Midnight - Part 13




KJ agak keberatan untuk melangkah masuk ke rumah agam itu. Rumah itu adalah tempat Pearl sebelum ini. Malah dia tahu mama Pearl amat bencikan dia. Dia rasa bersalah pada Pearl dan Pearl juga berlaku curang di belakangnya.

KJ seakan melihat bayangan Pearl di hadapan laman rumah agam tersebut. Pearl berwajah sedih.

“KJ…” Nikkie agak pelik dengan tingkah-laku KJ.
“Awak seorang.”
“Tidak. Awak kena masuk sekali.”
Nikkie bercekak pinggang. Kj masih terpaku.
“Awak sajalah beritahu pada mereka.” KJ berpaling namun lengannya ditarik kasar oleh Nikkie.
“Kalau awak sayang Nikkie maka awak kena masuk berhadapan dengan mereka. Saya tidak peduli cerita lama awak dengan keluarga ini.” Rengus Nikkie.


“TUAN Lincoln…ada tetamu mahu berjumpa dengan tuan.” Wanita berpakaian orang gaji itu bersuara di luar bilik bacaan Tuan Lincoln.
“Suruh mereka pulang. Saya tidak berminat bertemu dengan sesiapa masa ini.” Tuan Lincoln yang sedang membelek album gambar itu membalas lantang.
“Tapi tuan ini berkaitan dengan Cik April.”

April? Album gambar itu ditutup kembali. Tuan Lincoln bingkas bangun dari kerusi menuju ke pintu. Tombol pintu bilik itu dipulas.

“Kau kata mereka tahu tentang April?”
Wanita itu mengangguk.

Tuan Lincoln mengikut langkah orang gajinya. Mata Tuan Lincoln terpaku pada wajah KJ. KJ adalah teman lelaki Pearl. Adakah KJ juga tahu tentang April?

 “Pakcik….” KJ tidak berani menatap wajah Tuan Lincoln yang serius itu.
“Kamu tahu di mana April berada?”
“Ya..”
“Di mana anak aku itu, KJ?” Tuan Lincoln tidak sabar.
“April terlibat dalam kemalangan dan dia koma.”
“Apa?”
Tuan Lincoln terduduk. Benarkah berita yang disampaikan oleh KJ itu? Kenapa dia tidak mendapat apa-apa panggilan dari pihak hospital.
“Jangan tipu pakcik.” Suara garau Tuan Lincoln bernada keras.
“KJ tidak tipu pakcik.” Nikkie mencelah.
“Kamu ini pula siapa?” Dia lupa pada gadis yang berada di sebelah KJ itu.
“Saya kawan April. Nama saya Nikkie. April bekerja sebagai model sambilan di agensi tempat saya bekerja.”

Selama ini Tuan Lincoln tidak mengendahkan tentang April. Dia tidak tahu teman-teman di sekeling April kecuali Jerry yang pernah menemuinya. Jerry memperkenalkan dirinya sebagai teman lelaki April. Jerry ada mengatakan yang April baik-baik sahaja.

“Bawa pakcik bertemu dengan April. Hospital mana April berada?”
KJ dan Nikkie saling berpandangan.
“April sudah dibawa keluar dari hospital tersebut oleh Jerry.” Nikkie bersuara bagi pihak KJ.

Mata Tuan Lincoln membulat besar. Jadi Jerry tahu di mana April? Mengapa Jerry menipu dia?

“Kini…April berada di tempat Jerry.” KJ menyambung.
“Kita perlu dapatkan April semula sebelum Jerry membawa April bersamanya. Selepas itu kita tidak dapat mengesan April lagi.”
Nikkie sudah lupakan perasaannya pada Jerry. Betul kata abangnya dulu, tidak berguna merayu pada yangn tidak sudi. Tambahan pula Jerry sedang sakit jiwa!

“Kalau begitu bawa pakcik ke rumah Jerry.” Tuan Lincoln bangun dan membuka langkahnya.
“Pakcik…”
Langkah Tuan Lincoln terhenti.
“Lupakan cerita lama. Apa yang berlaku pada pearl bukan salah kamu. Apa yang penting sekarang adalah April.”

Tuan Lincoln tidak pernah menyalahkan KJ atas kematian Pearl. Semua itu adalah takdir yang tersurat.

KJ merasa lega dengan kata-kata yang diucapkan oleh Tuan Lincoln. Dia yang takut, takut menghadapi keluarga itu setelah kematian Pearl.


“SAYA mahu pulang…” Sayu mata April memandang Jerry.

Jerry duduk di sisi katil sambil mengusap-usap wajah April. Dia tidak akan sesekali melepaskan April pergi. April akan hidup bersamanya. Dia sudah mencari kediaman lain buat dia dan April. Mereka akan pergi meninggalkan kota London ini.

“April…mereka sudah tidak sayang awak lagi. Awak sudah lupa apa yang mereka buat pada awak?” Jerry mengoncang-goncangkan tubuh April.
“Tapi…”
“Awak sudah berjanji akan ikut saya. April….ita sudah buat janji sehidup dan semati. Mereka menghalang perhubungan kita.” Jerry cuba meracuni fikiran April.
“Em…”
“Jangan fikir lagi. Saya akan sentiasa melindungi dan menjaga awak.”
“Em…”

April tidak banyak bercakap. Namun hatinya tertanya-tanya empunya suara yang sering berbisik pada telinganya itu.

April bangun menghadap ke jendela sebaik Jerry keluar dari bilik tersebut. Dia pasti ada seseorang yang telah dia lupai dalam fikirannya itu. Tapi siapa?

Jerry sudah siap-sedia mengemas pakaian-pakaiannya. Dia masih tidak boleh berasa lega selagi dia dan April tidak keluar dari kota London ini. Apabila dia bertentang dua mata dengan KJ seakan dia tewas dengan lelaki itu. KJ ada sesuatu yang tiada padanya. KJ mempunyai daya tarikan hingga April boleh jatuh cinta pada lelaki itu tanpa sedar.

Argh! Lelaki kacukan Korea itu tidaklah sehebat mana berbanding dengan dia yang punya harta dan kekayaan. Dia boleh membahagiakan April.