Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, March 7, 2013

Midnight - Part 20




KJ menyusuri taman itu pada larut malam begini. Dia duduk di kerusi panjang itu sambil memandang ke arah langit. KJ mengukir senyuman. Kenangan bersama April bermain di mindanya. Gitar yang dibawa bersama itu dipetik dengan nada yang perlahan. Lagu ‘MIDNIGHT’ kegemaran April dimainkan.

April…nama April terpacul di bibir KJ. April sudah berada di dunia indahnya. April sudah bersama keluarganya. April sudah tidak mengingati kenangan bersamanya. Yang pasti April sudah melupakan dia.

Setitis air mata jatuh ke pipi KJ.

“KJ…”
Tergiang-giang suara manja April di gegendang telinga KJ. Tiada apa-apa lagi yang menarik untuk dia terus berada di sini.

Sebuah kereta berwarna hitam behenti berdekatan taman terbabit. Cermin kereta itu diturunkan.

“Kyle…” Datuk sudah memanggilnya.
Datuk tidak memaksa KJ. Cucu tunggalnya itu yang ingin pulang bersamanya. Dia sendiri tidak menduga dengan keputusan yang dibuat oleh KJ sedangkan cucunya itu bakal menempah nama di persada seni muzik. KJ melepaskan peluang begitu sahaja.

 KJ bingkas bangun. Gitarnya ditinggalkan atas kerusi itu. Dia melangkah masuk ke dalam perut kereta tersebut.

“Kamu sudah fikirkan masak-masak?” Soal datuk lagi.
KJ angguk.
“Ya..”
“Kamu sudah sedia untuk uruskan bisnes keluarga?”
“Ya…”
“Mari kita pergi Eun Suh.” Arah datuk kepada Eun Suh.
“Baik tuan.”
Selamat tinggal April…..

Kereta itu begerak laju. Gitar itu diambil oleh seseorang yang sudah keluar dari tempat persembunyiannya. Seorang gadis cantik yang cukup dikenali. Gadis itu mengukir segaris senyuman di hujung bibir.


Tiga bulan kemudian…

Seoul – Korea

KJ merenung gambar April di dalam telefon bimbitnya. Gambar itu diambil secara curi-curi ketika sesi pengambaraan iklan April dan Nikkie. Dia datang tanpa disedari oleh April. Dia ingin bertemu dengan April dan mengucapkan selamat tinggal. Namun dia berat untuk berbuat sedemikian.

Pintu bilik pejabatnya itu diketuk perlahan. Seorang gadis melangkah masuk. KJ mengangkat kepalanya.

“Tuan Kyle…saya sudah setkan temujanji tuan dengan klien terbabit.”
“Terima kasih.” KJ mengukirkan senyuman.

KJ bangun dari kerusi eksklusifnya itu. Dia cukup sejak dengan sut serba hitam itu. Rambutnya juga sudah dikalerkan semula dengan warna hitam. Penampilan KJ sudah jauh berubah berbanding dulu. Dia sudah tampak lebih matang.

“Bakal pengarah kita memang kacak.” Bisik salah seorang pekerjanya.
“Aku tak tahu tuan pengarah ada cucu kacukan orang putih? Malah ada rupa macam Lee Gi Kwang penyanyi kumpulan BEAST tu.”
“Dia pandang kita.” Pekerja wanita itu menyiku temannya.

KJ melemparkan senyumannya lagi.

“Boleh pengsan tengok senyuman dia yang comel tu.”

KJ menuju ke arah kereta yang sudah sedia menunggu. Dia masuk ke tempat duduk pemanduan.

“Saya akan bawa kereta sendiri. Katakan pada datuk yang saya tidak balik untuk minum petang bersamanya.” Ujar KJ kepada pemandunya.
“Baik tuan.”

Kereta mewah itu meluncur laju menuju ke Restoran Elbon The Table, sebuah restoran Itali yang wajib dikunjungi apabila melancong di Seoul. Restoran itu terletak di Garosu-gil, Sinsa-dong diundi sebagai salah satu daripada 50 restoran terbaik di dunia dalam senarai S Pellegrino.

Mata KJ meliar menjadi klien tersebut. Dia menuju ke arah meja yang mana telah ditempah kahas untuk pertemuan mereka. Klien itu sedang sibuk menghadap menu di muka. Seorang gadis?

“Selamat petang…” KJ menyapa lembut.
Menu di tangangadis itu diturunkan.

Serta-merta wajah KJ berubah.

“Selamat petang Kyle Joon…” Gadis cantik itu mengulumkan senyuman. Dia mengenyitkan mata pada
KJ.

“April!”

April bangun dan memeluk tubuh KJ.

“Awak memang kacak tapi sut ni tak sesuai dengan awaklah.” April menarik kedua-dua pipi KJ. Air mata April bergenang.

KJ menyeringai. Perangai April masih ada yang belum berubah.

“April…bukankah awak sudah tidak mengingati saya?”

“Saya sudah ingat semuanya…bila saya dengar lagu itu saya sudah ingat awak sedikit dan saya cuba terus memulihkan memori saya sendiri. Saya sengaja mengatakan saya tidak ingat kerana otak saya yang lembab ini masih samar-samar.” Jelas April panjang lebar.

“April…awak…” KJ menghela nafas kecil.

Satu ciuman hinggap pada pipi KJ. April akan ucapkan terima kasih juga kepada datuk KJ yang menaja tiketnya ke Korea. Datuk juga yang mengaturkan temujanji ini khas buat KJ.
“Saya suka pada awak.” Ucap April.
“Suka saja.”
“Malulah perempuan mulakan dulu.” Cebik April.
“Saya cintakan awak.”
KJ medakap tubuh April erat.

April tersenyum.
“Saya juga.” Bisiknya.

Saat itu KJ ternampak bayangan Pearl yang tersenyum dan menghilang.

“Sudikah awak menjadi permaisuri hati saya?” KJ melutut dan melamar April. Tangannya dihulurkan kepada April.

“Saya sudi.” April menyambut huluran tangan KJ.


KJ memetik tali gitar. Satu lagu dinanyikan khas buat isteri yang tersayang. April yang berada di dalam pangkuannya tersenyum manja.

Sungguh dia merasa bahagia berada di samping KJ dan mereka bakal menimang cahaya mata.

“Saya cintakan awak..” Bisik KJ pada telinga April.

Salji bakal turun tidak lama lagi di Korea…

I’m Telling You
I Softly Whisper
Tonight (x2)
You Are My Angel ..

Aishiteru Yo
Futari Wa Hitotsu Ni
Tonight (x2)
I Just Say ..

Wherever You Are
I Always Make You Smile
Wherever You Are
I’M Always By Your Side
Wherever You Say
Kimi Wo Omou Kimochi
I Promise You Forever Right Now

I Don’t Need A Reason
I Just Want You Baby
Alright
Alright
Day After Day ..

Kono Saki Nagai Koto Zutto
Douka Konno Boku To Zutto
Shinu Made
Stay With Me
We Carry On ..

Wherever You Are
I Always Make You Smile
Wherever You Are
I’M Always By Your Side
Wherever You Say
Kimi Wo Omou Kimochi
I Promise You Forever Right Now
Wherever You Are

I Never Make You Cry
Wherever You Are
I Never Say Goodbye
Wherever You Say
Kimi Wo Omou Kimochi
I Promise You Forever Right Now

Bokura Ga Deatta Hi Wa
Futari Ni Totte Ichiban Me NO Kinen No Subeki Hi Da Ne
Soshite Kyou To Iu Hi Wa
Futari Ni Totte Niban Me No Kine No Subeki
Hi Da Ne ..

Kokoro Kara Aiseru Hito
Kokoro Kara Otoshii Hito
Kono Boku No Ai No Mannaka Ni Wa
Itsumo Kimi Ga Iru Kara

Wherever You Are
I Always Make You Smile
Wherever You Are
I’M Always By Your Side
Wherever You Say
Kimi Wo Omou Kimochi
I Promise You Forever Right Now

Wherever You Are ..
Wherever You Are ..
Wherever You Are ..

Epilog…

“”Cantikkan permandangan waktu malam di sini.” Seorang gadis menyapa.
“Ya…memang cantik.” Balas lelaki itu. Dia menggosok-gosok tangannya yang sejuk.
“Saya tahu awak mesti lupa bawa sarung tangan awak.” Gadis itu menghulurkan sepasang sarung tangan kepada lelaki itu.

“Terima kasih…” Ucapnya.
“Boleh kita berkenalan di waktu malam yang cukup indah ini.” Gadis menghulurkan tangan.
“Tentu saja.” Lelaki itu membalas seraya tersenyum.

“Saya Nikkie…”
“Saya Jerry…”
Mereka saling berjabat tangan….


Tamat

Terima kasih
Lanalia…
Februari 2013

Midnight - Part 19



“AWAK sudah berputus asa?” Nikkie tepat memandang wajah sugul KJ. April pun satu. Entah bila ingatannya mahu pulih. Orang lain dia ingat hanya KJ yang dilupai. Seksanya jika orang yang disukai melupakan kita.

“Saya sudah cukup gembira melihat dia bahagia.”
“Kj…awak tak boleh mengalah begitu saja.”
“Esok datuk saya akan datang. Saya akan balik korea.”
Nikkie hela nafas kecil.

“Jadi…awak betul-betul akan balik ke sana.”
“Ya. Lagipun saya tiada apa-apa lagi yang ada di sini kecuali kenangan.”
“Kenapa perlu ada kesudahan begini.” Nikkie pula merasa sebak.

“Ini namanya takdir.”
“Biar saya hentak kepala April semula. Mana tahu dia akan ingat awak.” Getus Nikkie.
KJ ketawa.
“Sesuka hati awak mahu hentak kepala orang ya.”
“Susah sangat mahu ingat.”

Walau singkat perkenalan Nikkie dengan KJ, Nikkie menyenangi KJ. Dia tidak hairan jika Pearl mahupun April akan jatuh cinta pada lelaki ini. KJ mudah mesra dan ada sesuatu yang istimewa pada KJ yang sukar untuk
Nikkie luahkan dengan kata-kata.

“Awak jagakan April bagi pihak sangat.”
“Jangan buat ayat sedih dengan saya.”
Nikkie mencebik.
“Awak sudah berputus asa dengan Jerry?”
“Em…”
“Masih cintakan dia?”
“Sikit.”
“Carilah dia. Ubati hati dia.” KJ tahu dalam hati Nikkie masih tertulis nama Jerry.
“Awak sudah maafkan Jerry?”
“Saya sukar nak maafkan apa yang dia lakukan pada April tetapi tiada manusia yang tidak buat silap kan? Mungkin saya patutkan maafkan dia sedangkan April masih boleh menerima dia sebagai seorang sahabat.”

Nikkie mengacau melarutkan gula di dalam kopinya itu dengan sudu.

“Perlukah saya mencari Jerry. Dia menolak cinta saya banyak kali.”
“Awak suruh saya cuba untuk memulihkan ingatan April pada saya tapi awak juga tak mahu mencuba untuk mengubati hati Jerry.”

“Saya sudah takut untuk mencuba. Soal cinta ini pernah membuatkan saya membenci pada
April. April pula menganggap saya sebagai sahabat baiknya.”
“Awak kena terus mencuba sebab Jerry tidak hilang ingatan seperti April.” KJ memberikan kata perangsang buat Nikkie.

Nikkie berfikir sejenak.
“Kj…terima kasih.”
“Saya yakin awak pasti akan Berjaya meraih cinta Jerry.”
KJ jongketkan kening.
Senyum Nikkie melebar.

“Kalaulah April tiada dalam hati awak, mesti saya pikat awak, KJ.” Nikkie mengusik.
“Apa salahnya…”
Mereka berbual hingga Nikkie meminta diri untuk kembali ke agensi tempat kerjanya. Dia perlu hadiri sesi pengambaraan iklan.

“Awak mahu ikut saya. April ada bersama saya nanti.”
“Tidak mengapa.” KJ menolak.
“Kalau begitu jumpa lagi.”
“Bye-bye.”


APRIL bercekak pinggang sebaik melihat kelibat Nikkie. Nikkie tersengih sambil menguis anak rambut yang terjuntai di dahi.
“Awak jumpa kekasih hati ya?”
“Jumpa kekasih hati awak?”
“Kekasih hati saya” Muka April berkerut.
“KJ…awak masih tak ingat dia?”
“Kj..”
“Emmm…”
“Oh! Lelaki yang suka mainkan lagu untuk saya bila dia datang menziarahi ayah saya.”
“Dia menziarahi awaklah. Buat apa dia nak menziarahi ayah awak pula. Lembab!” Nikkie menunjalkan jari telunjuknya pada dahi April.

“KJ itu teman lelaki saya ke?”
“Belum jadi teman lelaki lagi tapi awakkan suka pada dia.”
“Saya tak ingatlah.” April memicit kepala yang tidak sakit.
“Saya hairan tau. Orang yang paling dalam hati awak, awak boleh tak ingat dia. Hanya dia seorang sahaja yang awak lupakan.” Gerutu Nikkie.

“Saya betul-betul tidak boleh ingat.”
“Dia mahu balik ke korea. Itu sahaja yang boleh saya beritahu pada awak.”
Nikkie masuk ke tempat persalinan pakaian.

KJ menarik begnya keluar. Kunci bilik apartmen itu diserahkan kepada tuan empunya apartmen. Barang-barangnya yang lain sudah diangkat keluar dan dihantarkan ke korea. Semua diuruskan oleh datuk.

KJ menekan punat lif. Dia masih mengharapkan April akan muncul di hadapannya tika ini. Masa itu masih ada lagi untuk dia dan April. KJ sudah memaklumkan kepada datuknya yang dia mahu berisar-siar dipersekitaran kota ini sebelum mereka bertolak lewat malam nanti. 

Midnight - Part 18





Wherever You Are
I Always Make You Smile
Wherever You Are
I’M Always By Your Side
Wherever You Say
Kimi Wo Omou Kimochi
I Promise You Forever Right Now

KJ memainkan lirik lagu di dalam nota itu buat April. April mendengarnya dengan khusyuk. Suara KJ memukau hatinya namun dia tidak mengenali KJ. Dia hanya tahu KJ datang sebagai tetamunya.

April tidak melarikan anak matanya dari terus memandang wajah KJ. April seakan mengingati sesuatu tetapi dia tidak bersuara.

April bertepuk tangan sebaik KJ menghabiskan lagunya. Tetamu ayahnya ini memang seorang penyanyi yang hebat pada April.

Puan Rebecca menghidangkan air buat KJ. Dia gembira kerana suasa rumah agam ini sudah berseri semula sejak kepulangan April.

“Macam mana dengan luka di kepala awak?”
“Sudah beransur pulih.”
“Baguslah.”

Di mata KJ ini bukan lagi hantu April. Di matanya itu adalah April yang masih berafas.

“Mana ayah ni?”
“Ayah kamu masih berada di pejabat.”
Tidak elok ayah biarkan tetamunya menunggu lama.” Gumam April.

Puan Rebecca tahu yang kedatangan KJ ini adalah untuk bertemu dengan April.

“Kalau begitu April temankan KJ. April berbual dengan dia.”
“Okay saja.”

April menyuapkan biskut ke dalam mulutnya. Gelagatnya itu menjadi perhatian KJ. Telatah yang sama ketika April bersamanya.

“Kenapa awak senyum?”
KJ menekup mulutnya.
“Maaf…”

“Awak ni bila dilihat dari dekat comellah.” Spontan April menyentuh wajah KJ.
“Lelaki tak comellah.”

Dahi April berkerut.
“Saya macam pernah dengar kata-kata ini.”
“Tapi awak sudah melupakannya.”

April menggigit jari.
“Ya…macam ada sesuatu yang saya terlupa. Otak saya sudah tidak berfungsi dengan baik.” Desis April.
“Awak tak boleh mendesak otak awak untuk mengingatinya. Saya tak mahu lihat awak sakit.”
“Tapi…saya macam kenal awaklah.” April mengusap wajah KJ.

Mata mereka bersatu. Kali ini lebih lama.

April pantas melarikan anak matanya. KJ hampa. Mungkin April tidak akan mengingatinya lagi. KJ menyerahkan nota lagu tersebut kepada April.

“Untuk saya?”
“Ya…sebab lagu ini awak yang tulis.”
“Emmm…”
Betul itu tulisan tangannya. Tapi bagaimana pula boleh berada dengan lelaki ini?

“Saya perlu balik. Ada urusan lain yang perlu saya segerakan.” KJ bingkas bangun.
“Awak tak mahu tunggu ayah saya?”
“Lain kali saya datang lagi.”
“Baiklah.”

April menghantar KJ di muka pintu.

“Nanti dulu.” April menahan. Dia cium pipi KJ. Satu lagi tindakan spontan dari April.
KJ meraba pipinya.
“Awak?”
April tersenyum.

KJ menunggang motorsikal besarnya….


SUSUK tubuhnya sama dengan lelaki di dalam bayangan aku itu. Aku yakin KJ adalah dia. Aku mensti emncari jawapannya.

April curi-curi masuk ke dalam bilik Pearl. Gambar-gambar KJ berada di dalam album gambar Pearl. Kemudian dia membuka laptopnya dan mencari-cari blog milik Pearl.

Sebelum ini dia memang suka melihat blog Pearl. Bayang-bayang wajah KJ mula menerpa ke dalam minda April. Dahinya sudah dipenuhi dengan peluh dingin. April cuba melawan kesakitan di kepalanya.
“KJ…”

Pandangan mata April mulai kelam. Dia masih cuba mendapatkan jawapan bagi gambaran-gambaran yang muncul. April tercungap-cungap di atas kerusinya.

“Betul, bayangan dan suara lelaki itu adalah milik KJ.” Bisik hati kecilnya.

Midnight - Part 17




SURAT bersampul putih itu KJ letakkan atas meja Puan Jane.

“Kamu sudah nekad?”
KJ mengangguk.

“Kamu pekerja yang rajin KJ. Sayang untuk melepaskan kamu pergi.” Puan Jane turut berat hati mahu menerima surat behenti dari KJ.
“Saya hanya bekerja untuk sementara di sini.”
“KJ…awak saya hormati keputusan yang awak buat. Saya tahu bukan mudah untuk awak membuat keputusan ini.”
“Terima kasih puan.”
KJ membongkokkan sedikit tubuhnya.

Glen dan Lydia meluru sebaik KJ keluar dari bilik pejabat Puan Jane. Mereka tahu KJ mahu behenti. Hanya Micheal yang tidak terkejut dengan keputusan yang KJ buat.

KJ tidak melupakan telatah Glen dan Lydia. Mereka sanggup mengupah si penangkap hantu untuk memburu hantu di bilik apartmennya. Sayang sebab hantu yang cantik itu sudah kembali kepada tubuhnya semula.

“Kau nak balik ke Korea?”
“Ya.”
“Bagaimana dengan cita-cita kau?”
“Saya akan uruskan bisnes keluarga di Korea.”

Lydia monyok. Dia pasti akan merindui KJ nanti.
“Saya belanja kamu semua kek keju?” Sambung KJ semula.

Dua hari lagi datuk akan menjemputnya. KJ mahu bersama mereka sepuas-puasnya. Dia juga sudah mengemaskan barang-barang di bilik apartmen itu. KJ mengangkat kotak-kotak yang sudah kemas digamkan.

Gambar dia bersama Pearl turut dimasukkan ke dalam kotak. Semua kenangan Pearl akan disimpan di dalam kotak tersebut. Telatah April terbayang di ruang mata KJ. Beberapa minggu dia bersama hantu April itu memang menghiburkan hati.

Esok, dia akan pergi melawat April. Beberapa lirik lagu di atas kertas itu KJ capai. Lirik lagu kesukaan April. April yang menulisnya. KJ tersenyum sendiri. April punya sikap yang berbeza dari Pearl. April sentiasa menceriakan.

“April…”
April terjaga dari tidurnya. Bayangan lelaki dalam mimpinya itu memanggil namanya lagi. Siapakah gerangan lelaki itu? Kenapa April tidak nampak akan wajahnya?

April bangun dan membuka jendela. Dia memandang ke langit. Malam itu cahaya bulan sangat terang. Rambut April yang mulai panjang itu terbuai dengan desiran angin malam.

Midnight - Part 16



APRIL sudah sedar namun tidak dapat mengencam wajah KJ. Dia hanya mengenali Tuan Lincoln dan yang lain. Dia hanya tidak mengenali KJ. Kenapa hanya KJ yang tiada di dalam kotak ingatannya. April cuba mengingati namun kepalanya terasa sakit.

“Jangan desak dia untuk mengiangati.” Itu pesanan doktor kepada KJ.

KJ meraup wajahnya. Dugaan apakah ini?

“Betul kau tidak ingat KJ?” Soal Nikkie.
April gelengkan kepala.

“Masakan anak ayah tidak ingat lelaki yang penting berada di hatinya ni.” Giliran Tuan Lincoln bertanya.

April geleng lagi.

“Dia betul-betul sudah lupakan KJ.” Keluh Nikkie.
“Mungkin April akan ingat semula nanti.” Suara Puan Rebecca yang duduk di birai katil itu.

“Maafkan pakcik…”
“Tidak mengapa.” KJ cuba tersenyum. Apa yang penting baginya April sudah selamat dan berada di dalam keluarganya semula.
“Saya minta diri dulu.”
“Baiklah. Cuba-cubalah buat sesuatu untuk April mengingati kamu semula. Pintu rumah pakcik sentiasa terbuka untuk kamu.”
Tuan Lincoln menepuk bahu KJ.
“Terima kasih pakcik.”
“Terima kasih kepada kamu kerana membawa April kembali pulang ke pangkuan pakcik.”

KJ berlalu. Micheal sudah sedia menunggu.

“Penat?”
“Sedikit.”
“Kau mahu kerja semula.”
KJ menggeleng.
“Bagaimana dengan bidang muzik kau?”
“Aku akan lepaskannya.”
“Kau serius?”
“Ya.”

Entah mengapa semangat KJ hilang begitu saja.
“Bagaimana dengan Jerry?”
“Tuan Lincoln memutuskan tidak mendakwa Jerry atas permintaan dari April. Jerry akan berangkat ke Itali malam ini.”
“Em…”
“Kau hampa bukan? April mengingati Jerry tetapi tidak mengingati kau.”
“Em…”
“Jangan mengeluh. Kau perlu cuba untuk kembalikan ingatan si hantu yang cantik itu pada kau.” Micheal mengetuk kepala KJ.
“Sakit!”
“Aku nak bagi kau bangun sikit.”

KJ mencebik.


APRIL memakukan pandangan matanya pada Jerry. Jerry merayu pada Tuan Lincoln untuk bertemu dengan April buat kali terakhir. Kepala April masih berbalut kemas. Lukanya masih pulih dan April masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Maafkan saya.”
“Em…”

Jerry bingkas bangun.

“Saya mahu ucapkan selamat tinggal kepada awak.”
“Em…”
“Katakan sesuatu untuk saya, April.”
“Sebenarnya sukar untuk saya memaafkan awak. Tapi saya tahu awak terlalu mencintai saya hingga awak sanggup berbuat demikian.”
“Saya obses dengan cinta. Saya jadi teruk kerana cinta.” Jerry mengakui kesilapannya.

“Saya sudah jadi hodoh kerana awak tau. Saya kena tunggu rambut saya tumbuh kembali.” April menjuihkan bibirnya. Rambutnya terpaksa dicukur sedikit atas kepala untuk menjahit luka tersebut.

“Maaf…”
“Berapa kali awak mahu minta maaf.”
“Saya rasa kesal dan saya rasa bersalah.”
“Jerry…awak masih kawan saya.”
“Saya masih sukar untuk menerimanya. Rasa cinta itu masih ada di dalam hati saya.”

Jerry memenjamkan matanya. Dia membuka semula dan memandang ke langit.

“Awak pasti akan bertemu dengan cinta sejati awak.”
“Terima kasih April.”
“Terima kasih jua kerana mencintai saya.”
Jerry menarik nafas. Udara yang segar di taman bunga milik keluarga April ini. Semuanya sudah berakhir.
“Saya perlu berangkat pergi. Saya gembira mengenali awak, April.”
Jerry menghulurkan tangannya.
“Saya juga…”

Jerry menapak ke arah keretanya. Dia melambaikan sebelah tangannya.

“Jangan lupa kirimkan emel kepada saya!” Laung April.


KJ mengusap dagu melihat Jena yang merayu-rayu kepadanya itu. Nama Faith sudah tenggelam. Sebelum ini Jena bermegah dengan lagu-lagu ciptaan untuk Faith yang dicuri dari KJ. Orang seperti ini tidak perlu dikasihani.  Elok sangat Faith dikecam oleh pihak wartawan dan peminatnya.

KJ tekad untuk keluar dari bidang hiburan. Dia tidak suka keringatnya dipergunakan oleh manusia seperti Jena dan Faith. Dia sudah bosan dengan janji-janji manis mereka.

“KJ.” Faith menahan langkah KJ. Faith cantik tapi hati Faith tidak secantik wajahnya.
“Saya tidak akan bantu awak lagi. Awak boleh menyanyi dengan lagu ciptaan awak sendiri kan?”
“KJ…saya dan Jena sudah menyesal.”
KJ tersenyum sinis.
“Saya tidak akan menulis lagu untuk orang macam awak. Ini pun sudah kira baik saya tidak bawa awak dan Jena ke muka pengadilan.”
KJ segera melintasi Faith.

“KJ!” Faith menghentakkan kakinya.

KJ menyandang gitarnya di bahu. Nombor telefon bimbitnya ditekan.

“Datuk…”
“Kyle…akhirnya kamu menghubungi datuk.”
“Saya ada sesuatu mahu berbicara dengan datuk. Datuk ada masakah?”
“Datuk sentiasa lapang untuk kamu.”
“Boleh datuk menjemput saya dalam dua hari lagi…”

KJ yakin ini adalah keputusan yang tepat.

“Kamu sudah berubah fikiran?”
KJ menggigit bibir.
“Ya…”
“Baiklah…datuk akan menjemput kamu dalam masa dua hari lagi. Kamu masih ada masa untuk menukar fikiran kamu.”
“Terima kasih datuk.”

KJ meneruskan langkah ke kafe tempat dia bekerja sementara waktu itu. Puan Jane juga sudah pualng dari melancong. Dia akan meletakkan jawatannya sebagai pelayan di kafe tersebut. Dia tahu keputusannya bakal mengejutkan semua orang.

Dia akan merindui mereka semua nanti terutamanya April. Buat masa ini KJ masih belum bersedia untuk bertemu dengan April.