Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Monday, February 25, 2013

Midnight - Part 11



“APRIL…” KJ meliar melihat persekitaran bilik aparmentnya itu.

Kenapa April tidak muncul malam ini? April takut dia dimarahi kerana membuat kacau dalam konsert Faith ke? KJ tidak akan memarahi April tentang perkara itu. Dia ada perkara lebih mustahak dari Faith.

“April!” Serunya lagi.
“KJ..” April muncul tepat-tepat di hadapan KJ.
“Awak memang mahu buat saya kena lemah jantung.”KJ mengurut dada.
April masih menundukkan kepala.

“Jangan bimbang…saya tak marah awal pasal konsert Faith tu.”
Laju April mengangkat wajahnya.
“Betul ni?”
“Betul…”
April memeluk KJ. Ops! Tiba-tiba dia menembusi tubuh KJ. April melihat keadaan dirinya.
Sebelum ini dia boleh menyentuh KJ tanpa ada masalah begini.

“Mungkin awak akan bersatu semula dengan tubuh awak.” KJ cuba mengusap-usap wajah April. Dia masih dapat menyentuhnya lagi.
“Awak sudah tahu di mana tubuh saya?”
“Ya. Saya perlu bertindak cepat sebelum Jerry membawa lari tubuh awak.”
“Jerry mahu bawa lari tubuh saya?”
KJ angguk.
“Tapi…kenapa?

“Cuba awak ingat semula kejadian tersebut. Kemalangan yang menyebabkan awak koma.” KJ mahu April sendiri mengingatinya semula.

April mengecilkan anak matanya.

Dia cuba ingat kemalangan itu. Dia cuba untuk ingat segala-galanya yang sebelum ini kabur di fikiran.

Hari tersebut…

“April…nanti dulu.” Jerry memaut lengan April kasar.
“Sakitlah. Lepaskan!”
“Apa hubungan awak dengan Nick?”
“Maksud awak Nicholas?”
“Siapa lagi? Bukan main intim awak dengan dia.” Jerry mula berkeras.
April tidak suka dengan reaksi Jerry. Jerry nampak saja lembut tetapi bila dia berkeras menakutkan April.

“Jerry…lebih baik kita berpisah. Saya sudah cuba yang terbaik untuk hubungan kita ini.”
“Adakah kerana Nick?”
April menggeleng.
“Tiada langsung keserasian antara kita.” Mungkin silap April kerana cuba untuk menerima Jerry di dalam hatinya.

Satu-persatu memori masuk ke dalam minda April semula.

Muzik lantang membingitkan telinga April. Dia tidak gemar berparti atau menghadiri parti. Jerry yang mendesaknya ke sini sekadar menemani.

“Saya mahu minta maaf dengan awak, April. Semalam saya terlalu berkasar.”
Jerry memaut jemari April erat.
April tersenyum. “Baiklah. Saya maafkan awak. Tapi Jerry…saya sudah fikirkan semula tentang hubungan kita ini. Saya harap awak faham.”
“Ya, saya faham.”
“Terima kasih Jerry. Kita masih boleh bersahabat bukan?”
“Ya.”
Jerry seakan tidak bermasalah dengan keputusan yang dibuat oleh April.

“Saya hantar awak pulang.”
“Em…okay. Lagipun hari sudah larut malam.” April mengikut Jerry tanpa rasa sangsi. Lagipun dia takut untuk pulang sendirian. Tambahan pula Nikkie tidak menemaninya.

“Kereta awak sudah elok ya?”
“Rosak sedikit sahaja.” Jerry tersenyum.

April melangkah masuk ke dalam perut kereta.

“April…boleh awak pandu untuk saya. Kepala saya pening sikitlah.”
“Tiada masalah. Lagipun saya sudah ada lesen kereta.” April mengenyitkan sebelah matanya.
“Ini pertama kali awak membawa kereta?”
“Jangan risau. Saya yakin dengan diri sendiri.”
“Baiklah.”

Siapa menduga kereta yang dipandu April mengalami kemalangan dan menjunam ke dalam sungai Thames. Brek kereta Jerry tidak makan. Namun April sempat menolak Jerry keluar. Dan dia…

April memengang kepalanya.
Apakah kemalangan tersebut dirancang oleh Jerry? Brek kereta itu Jerry yang rosakkan
sendiri. Jerry mahu dia mati bersamanya. Adakah terkaan April itu tepat.

“Jerry yang rosakkan brek keretanya.” KJ seakan sudah dapat meneka apa yang bermain di minda April.
“Jadi, Jerry mahu saya mati bersamanya?”
KJ mengangguk.
“Awak pernah dengar ayat ini? ‘Jika saya tidak memiliki dia maka orang lain juga tidak akan memiliki dia’.”

April telah tersalah orang. Fikirnya Nikkie yang menganiayai dia. Diari Nikkie itu seperti Nikkie yang menyebabkan dia jadi begini.  April menggigit bibir.

“Saya sudah dapat alamat hospital awak ditempatkan.” KJ menunjukkan secebis kertas yang diberikan oleh Micheal.
“KJ…terima kasih.” Air mata April bergenang.
“Jangan menangis depan saya.” KJ mula cemas.
“Kalau saya mahu menangis juga.”
“Janganlah…”
“Awak memang comellah KJ.” April menyapu sisa air mata yang bergenang.
“Lelaki tak comellah.” Desis KJ.

Adakah dia dapat melihat senyuman April selepas ini?

“AWAK sudah gila!”

Idea Jerry untuk memindahkan April ke hospital lain tidak boleh diterima oleh Nikkie.

“Ini saja jalannya untuk saya bersama April.”
“Jerry….” Nikkie memengang kedua-dua belah lengan Jerry.
“Nikkie…saya hanya ingin bersama April. Saya tidak mungkin akan bersama awak.”
“Awak ada sorokkan sesuatu dari saya kah?”
“Itu bukan urusan awak.”
“Jerry…jawab soalan saya.” Nikkie menekan suaranya.

Jerry membisu. Matanya hanya terarah pada tubuh April yang masih terlena di atas katil serba putih itu.

“Jerry…jawab soalan saya?” Nikkie mengulang kata-katanya.
Jerry menarik kedua-dua belah tangan Nikkie. Wajah yang sentiasa lembut mulai menjadi bengis.

“Jangan campuri hidup saya dan April!”
Nikkie tersentak. Ini bukan lagi Jerry yang dia kenali itu.
“Jerry…”
“Saya akan bawa April bersama saya. Kami akan hidup bahagia untuk selamanya tanpa ada pengacau di antara kami.”
Wajah April diusap dengan penuh kasih sayang.
“Awak sudah gila agaknya Jerry.”
“Ya…saya gila dengan cinta April.” Akui Jerry.

Nikkie menekup mulutnya lantas keluar dari bilik wad tersebut. Air mata Nikkie bercucuran.

Sunday, February 24, 2013

Teman Pengganti - Bhgn 1




*Cerita ini ditulis hanya ada 10 bahagian sahaja...^^

JAY pandang muka Joe tidak berkelip. Joe masih boleh tersenyum setelah menerima perkhabaran berita tentang kematian orang tuanya itu. Apakah Joe tiada hati dan perasaan? Joe anak tunggal dalam sebuah keluarga yang kaya raya. Segala harta kekayaan tentu sahaja akan menjadi milik Joe sepenuhnya.

"Kau tak nak balik, Joe." 

Joe gelengkan kepalanya.

"Jangan diikutkan rajuk yang panjang." Jay menepuk lembut bahu teman baiknya itu.

Joe menghela nafas kecil. Dia bingkas bangun lalu memimpin Jay masuk ke biliknya. 

"Kau jangan risaukan aku. Aku okay di sini."

Joe membantu diri. Bunyi tapak kaki jelas menunjukkan Joe sudah keluar dari biliknya. 

Jay hairan dengan sikap Joe. Mereka bersahabat baik dari kecil. Joe bukan begini orangnya. Dari seorang periang Joe menjadi pendiam. Tambahan pula apabila Joe menyalahkan dirinya menyebabkan dia menjadi buta begini. Dia tidak menghukum Joe. Apa yang terjadi adalah takdir dari Allah. Jay redha kerana terpaksa menangguhkan pelajarannya.

Pengembumian kedua orang tuanya telah diuruskan oleh sanak saudaranya di sana. Joe masih tidak mahu pulang. Joe setia menemaninya di sini. Puas didesak namun Joe tidak mengedahkannya.

"Joe..."
"Please Jay...Aku tak mahu kau sebut lagi hal itu. Biarpun harta mereka berlonggok depan mata aku, akau takkan pandang." Tegas nada suara Joe.
"Walau seburuk dan sekejam mana pun mereka, mereka tetap orang tua kau, Joe."
"Aku tidak kisah jadi anak derhaka." 

Jay menggelengkan kepala perlahan. Keras betul hati Joe.

"Joe...aku bukan mahu jaga tepi kain kau. Aku heran kenapa kau berdendam dengan mereka sampai begini sekali? Kau merajuk tak nak dan sanggup menjaga orang buta seperti aku."

Joe membisu. Bila ditanya akan punca sengketanya pasti dia tidak akan menjawab. 

"Jay...aku bawa kau masuk ke dalam. Luar ni sejuklah. Lagipun kau bukannya sihat sangat." Joe mengalih topik perbualan mereka.

Joe sudah menganggap Jay sebagai adik sendiri. Jay muda tiga tahun darinya. Ada jua yang salah mentafsir persahabatan mereka. Ada yang mengatakan mereka pasangan homoseksual kerana keakraban mereka. Joe tidak ambil hati dengan kata-kata nista mereka. Tuhan lebih tahu...

Lima tahun dahulu...

"PAPA tak restui hubungan kamu dengan perempuan ini Joe! Perempuan apa kalau belum menikah sudah mengandung!" Suara Tan Sri Aziz memetir. 

Joe sudah dapat mengagak jawapan yang papa berikan kepadanya. Dia genggam erat jemari Rafika.

"Papa tak boleh pisahkan kami. Joe dan Fika sudah menikah! Anak dalam kandungan Fika anak yang sah!" Mereka bukan mengadakan hubungan yang terlarang. 

Joe dan Rafika sepakat menikah secara senyap kerana tidak mahu menimbulkan kata nista kelak. Hubungan halal itu diredhai Allah. Joe mengambil tindakan berani menikahi secara bersembunyi di kampung Rafika tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuklah sahabat baiknya Jay. Jay berada di luar negara bersama ibu saudaranya.

Terjegil biji mata Tan Sri Aziz.

"Kamu benar-benar menconteng arang ke muka papa, Joe..." Tan Sri Aziz kecewa dengan sikap anak tunggalnya itu. Dia pandang wajah isterinya. Puan Sri Adawiyah turut mempunyai perasaan yang sama seperti suaminya itu.

"Tinggalkan perempuan itu Joe." Puan Sri Adawiyah memujuk. Perempuan ini punca perhubungan antara mereka anak-beranak beretakkan.

Joe menggeleng.

"Joe tidak akan tinggalkan isteri dan anak Joe! Joe akan tinggalkan rumah ini dan Joe tidak jejak ke dalam rumah ini lagi!"  Joe menarik tangan Rafika. Rafika menitiskan air matanya.

"Kau akan menyesal Joe! Kau akan menyesal kerana membantah kata-kata papa!" 

Kebahagiaan yang dikecapi hanya seketika. Taktik licik Tan Sri Aziz telah memisahkan Joe dengan Rafika. Rafika telah difitnah. Joe yang mengikut rasa panas barannya telah menjatuh talak tiga kepada Rafika. Telajak perahu boleh diundur tetapi telajak kata sesal seumur hidup.

Kebenaran yang diterima telah membawa rajuknya ke bumi Sweden ini. Dia menumpang di rumah Jay. Segala kesedihan ditutup dengan gelak tawa dan senyuman di bibir sehinggalah Jay diterima kemalangan kerana menyelamatkan nyawanya. Kemalangan itu meragut nyawa ibu saudara Jay dan daya penglihatan Jay.


 JOE menyiram bunga-bunga yang ditanam oleh Jay. Jay memang minat menanam bunga dan Joe akan membantu. Katanya bunga dapat memberikan ketenangan dan menyegarkan suasana.

Joe memandang bunga-bunga yang sudah berbunga itu. Hati dipaut rasa pilu. Tanpa sedar setitis air mata jatuh ke pipinya. 

Fika...maafkan abang, sayang...pastinya anak kita sudah besarkan sayang...Joe bercakap sendiri.

"Joe..." Seorang wanita berambut keperangan menyapanya lembut. Wanita fasih berbahasa melayu.

Joe berpaling. Air matanya disapu.

"Joe....kamu menangis?" Tegurnya.
"Shhh..." Joe meletakkan jari telunjuk di bibir.
"Joe...saya sudah uruskan semua yang awak pintakan. Betul awak sudah fikirkan semasak-masaknya?"
"Jay satu-satunya saudara saya di dunia ini. Saya rasa dia adalah pilihan yang terbaik. Dan saya yakin Jay mampu menguruskan segalanya nanti."
Tapi awak perlu beritahu pada dia."
"Laura...dia hanya perlu tahu apabila saya sudah tiada nanti."
Wanita bernama Laura itu mengetap bibir.
"Jika begitu saya akan buat seperti yang awak ingini. Saya akan memaklumkan hal ini kepada Encik Bakhtiar di Malaysia."
"Terima kasih Laura."
"Kawan Jay adalah kawan saya juga." Laura tersenyum.

"Siapa yang datang Joe?" Jay sudah muncul di muka pintu bersama tongkatnya.
"Laura..."
"Laura? Kenapa datang tak telefon dulu."
"Maaflah Jay, saya sekadar singgah di sini untuk melihat bunga-bunga awak saja." Sempat Laura mengenyitkan mata Joe.
"Tengok bunganya atau kumbangnya?" Jay berseloroh.
"Hey kawan, kau itu kumbang yang lebih kacak dari aku." Joe memaut leher Jay.
Laura ketawa kecil.

Midnight - Part 10



KJ bagaikan tidak percaya berita yang terpapar di dalam akhbar itu. Konsert Faith hura-hara dan menjadi konsert yang paling teruk untuk penyanyi popular itu. Faith cukup-cukup dimalukan di atas pentas. KJ pecah ketawa jua melihat wajah Faith dan Jena tu di dada akhbar. Di belakang baju Faith ada kertas dilekatkan. Perkataan yang ditulis adalah ‘PENIPU! PENCURI LAGU!’. Siapalah yang empunya angkara ya?

Pihak media sedang kecoh dengan isu Faith yang menyanyi bukan lagu ciptaannya sendiri. Faith menyanyi lagu ciptaan orang lain. Faith dikatakan tidak layak mendapat gelaran artis serba boleh. Hairan? Bagaimana perkara ini menjadi kecoh?

April? Nama itu yang terkeluar dari bibir KJ. April sahaja yang tahu tentang perkara tesebut. Ini mesti angkara April. Tidak syak lagi! Aptil punya kerja. Diakan hantu. Ops! April masih belum jadi hantu. Dia masih hidup lagi. Malam ini KJ akan soal siasat April.

“KJ…” Lydia memanggilnya separuh berbisik.
Kening KJ bercantum. Apa hal pula dengan Lydia ni? Kafe masih belum dibuka.
“Cepatlah…” Desis Lydia perlahan.
KJ bingkas mendekati Lydia yang sedang terintai-intai di balik pintu ruang dapur itu.

Jerry! Jerry sedang bersemuka dengan Micheal. Bagaimana pula Jerry boleh bertemu dengan Micheal? Banyak perkara tidak dijangka telah terjadi.

“Mana Glen?”
“Glen pergi belum sampai lagi. Dia kata dia lewat sedikit.”
“Oo…”

“Nicholas…” Jerry merenung wajah Micheal tajam. Puas dia mencari Nicholas. Lelaki itu bersembunyi di sini.
“Aku Micheal. Di sini aku dikenali sebagai Micheal.” Micheal juga memberikan riak wajah yang cukup serius.

Suasana di dalam kafe itu menjadi hening.

“Nick...aku betul-betul minta maaf. Aku telah menyebabkan April jadi begitu.”
Micheal menyilangkan kedua-dua belah tangannya.
“Kau perlu beritahu apa yang berlaku pada April kepada keluarganya.”
Jerry menggeleng.
“Aku rasa mereka tidak perlu tahu.”

Lydia mengalih pandang pada KJ.
“Siapa April?”
KJ jongket bahu.
“Kenapa lelaki itu panggil Micheal dengan nama Nicholas?” Soalnya lagi.
“Kalau awak nahu awak tanyalah pada Micheal.” Balas KJ.
“Tak beranilah mahu tanya dia. Awak pun tahu Micheal tu dingin macam ais sikit.”
KJ tersenyum.

Mereka berdua memasang telinga lagi.

“Apa yang kau buat itu salah. Keluarga April berhak tahu!” Keras nada suara Micheal.
“Keluarga? Mereka mengabaikan April selama ini. Malah ayah April menyimpan rahsia itu bertahun-tahun lamanya.”
“Rahsia apa?”
“April itu anak kandung Tuan Lincoln.”

Muka Micheal berubah. April sedarah sedaging dengan Tuan Lincoln? Kenapa Tuan Lincoln merahsiakan identiti April yang sebenar? April bukannya budak kecil lagi. Dis sudah dewasa.

“Kau tidak akan dapat sorokkan April selamanya. Tuan Lincoln akan tahu juga di mana April berada.”
“Aku tidak akan benarkan!”
“Jerry…Kenapa kau masih berdegil.”
“Aku bertanggungjawab ke atas April. Aku punca April terlantar koma di hospital.”

April koma? Jadi roh April itu…KJ mengusap dagu.

“Ya. Kau perlu bertanggungjawab dan menjawab pada ayah April. Kau nak April mati bersama kau tapi sebaliknya lain yang berlaku.” Micheal menarik kolar baju Jerry.

Jerry terdiam.

KJ tersentak. Jerry mahu April mati bersamanya?

“Maafkan aku Nick. Aku fikir kau ada perhubungan dengan April. Aku takut April akan meninggalkan aku jadi aku..aku…” Kata-kata Jerry terhenti di situ.
“Kau memang bodoh!”
“Aku tahu aku salah.”
“Kau tak layak buat April!”

Micheal melepaskan pautan pada kolar baju Jerry.

“Kau tak patut berada di sini.”
“Ya…aku tahu. Aku mahu bawa April pergi bersama aku.”

Terbeliak mata KJ. Gila Jerry ni!
“Kau fikir April akan rela ikut kau bila dia sedar dan dia tahu kemalangan itu telah dirancang oleh kau.”
Micheal mula berang.
“April pasti akan bersama aku. Dia pun ingin lari dari keluarganya bukan? Hanya aku yang layak bersama dia.”

Satu penumbuk hinggap di pipi Jerry. Bucu bibirnya berdarah.

“Kau sesekali cuba di luar kewarasan akal kau, Jerry!” Marah Micheal.
Jerry memengang pipinya yang perit.
“Keluar dari sini! Sebelum aku pecahkan muka kau!” Arah Micheal. Jarinya sudah menunding ke muka pintu.

Jerry berpaling dan meluru keluar.

KJ segera mendapatkan Micheal sebaik kelibat Jerry tidak kelihatan lagi.

“Micheal…”
Bahu KJ ditepuk.
“Cepat cari April. Maklumkan keadaannya pada keluarga April. Jangan pedulikan perkara lain.” Micheal separuh berbisik.

Lydia yang tidak tahu-menahu kisah sebenar memberikan reaksi yang keliru. Banyak persoalan timbul di kepala Lydia.

“Tolong…tolong ceritakan hal yang sebenarnya Micheal.” Pinta KJ.
“Kau betul-betul nak tahu?”
KJ angguk.


“KISAH cinta tiga antara April, Jerry dan Nikkie tidaklah serumit mana jika April awal-awal menolak Jerry terus. Kau tahu Nikkie juga memendam perasaan? Jerry obses dengan cinta dan tidak mahu melepaskan April. Dia mahu April mati bersamanya dalam kemalangan tersebut. Dia rosakkan brek kereta itu. Dia tidak mahu April menjadi milik sesiapa.”  Micheal memulakan bicara sebaik mereka tinggal berdua sahaja di kafe tersebut.

Betullah Jerry itu gila. Manusia sanggup jadi gila dan buta hati kerana CINTA! April menjadi mangsa Jerry.

“Mengapa keluarga April langsung tidak tahu kemalangan yang menimpa April?”
“Semuanya di bawah kawalan Jerry. Jerry tahu latar belakang April. Kisah hidup April. Dia selidik semuanya. Tambahan pula kemalangan tersebut berlaku pada hari kematian Pearl.”Jelas Micheal.

“Kenapa perlu tukar nama? Kenapa tidak maklumkan kemalangan tersebut kepada keluarga April?”
KJ memakukan matanya pada wajah Micheal yang sentiasa tampak tenang itu.
“Saya ada sebab saya sendiri. Dan saya berpegang pada janji. Janji bodoh yang saya buat pada Jerry.”
Rokok di tangan sudah tidak sedut lagi. Micheal biarkan ia terus menyala hingga ke penghujungnya.

Kemalangan yang menimpa April tiada kena-mengena dengan Nikkie.

“Saya perlu tahu di mana hospital yang menempatkan April segera?”
Micheal mengeluarkan sekeping kertas dari kocek seluarnya.
“Ini pertolongan akhir dari saya.”

“Adakah Jerry juga tahu tentang saya?”
“Ya, dia tahu tentang kamu juga. Berhati-hati dengan Jerry.”
Ayat Micheal yang terakhir berbaur pesanan.

Selamatkan April…Selamatkan April, KJ.
Ada bisikan halus pada telinga KJ. Suara itu?
PEARL!

TUAN Lincoln memandang potret wajah Pearl dan April. Tangan yang sudah dimamah usia itu mengusap-usap potret wajah kedua-dua anak perempuannya itu. Hati Tuan Lincoln dipaut rasa kekesalan. Dia mengharapkan April kembali ke sisinya semula. Tapi di mana April berada kini?

“April…maafkan ayah. Angela…maafkan aku.” Air matanya menitis.
“Abang…” Puan Rebecca memaut bahu suaminya. Dia wanita angkuh yang tamakkan kasih sayang suaminya seorang.

“Kau sudah puas hatikan?”

Puan Rebecca menundukkan kepalanya. Apa yang berlaku pada April dan ibunya adalah berpunca dari sikap iri hatinya.
“Maafkan Becca…”
“Ikhlaskah kau mengucapkan kata maaf itu?”

Puan Rebecca tidak membalas.

“Kenapa kau diam?”
Tuan Lincoln menepis jemari halus Puan Rebecca yang mula menyentuh wajah tuanya itu.
“Cukuplah kau buat hidup aku menderita. Aku kehilangan Angela. Aku kehilangan Pearl dan aku bakal kehilangan April. Semua orang yang menyayangi aku meninggalkan aku satu-persatu.”
“Aku tidak akan meninggalkan abang.” Puan Rebecca memeluk Tuan Lincoln.

“Aku mahukan anak aku kembali.”
“Kita akan cari April.”
“Kau sanggup terima April…”
“Aku sudah cukup derita setelah kehilangan Pearl. Aku sudah menyesal. Percayalah pada aku.” Rintih Puan Rebecca.

Rasa kesal itu akan terubat setelah April kembali.

Saturday, February 23, 2013

Queen Control_QC2



“TUAN pengarah nak saya callkan hospital bahagia ke?” Soal Apple sebaik sahaja mereka berada berdua di dalam bilik pejabat mewah Tiryaq. Tiryaq berdiri menghadap ke arah bangunan-bangunan pencakar langit. Mulut Tiryaq masih tidak letih mengunyah gula-gula getahnya tadi.
            
Tiryaq memalingkan tubuhnya. Bibir basah itu mengukirkan senyuman yang sukar untuk dipamerkan selama ini.“Apple! Awak tidak jemu ke tengok muka saya?” Dia renung setiausaha di hadapannya itu. Apple kerutkan dahi. Lain yang ditanya lain pula jawabnya.
            
“Kalau nak saya cakap yang jujur memanglah ada ketikanya saya bosan juga menghadap muka tuan pengarah.” Balasnya bersengaja. Tiryaq ketawa kecil. Bagus! Bagus! Jawapan jujur yang dia suka. Apple adalah orang yang paling dia percayai.
            
Tiryaq menarik nafas panjang. Dia kembali ke tempat duduknya. Laci meja kaca itu dibuka perlahan. Sampul surat berwarna putih itu dia hulurkan kepada Apple. Raut wajah Apple berubah. Lambat-lambat Apple mengambilnya.
            
Surat apa pula yang Tuan Pengarah berikan kepadanya ini. Tiada nama tertera pada sampul surat berkenaan. Surat wasiat? Tak mungkin. Kalau surat cinta pastinya berbau harum semerbak. Rasanya Tuan Pengarah tidak pernah melayangkan surat cinta kepada perempuan. Perempuan yang layangkan surat cinta untuknya termasuklah staf-staf di syarikat ini. Dia tukang bacakan untuk Tuan Pengarahnya. Apple nak muntah pun ada ketika membaca ayat-ayat syahdu yang terkandung di dalam surat-surat tersebut.
            
Ke hadapan kekanda Tiryaq yang handsome....Itu antara ayat yang menggelikan anak tekak Apple. Ayat macam budak sekolah yang sedang belajar cinta monyet. Lepas habis baca surat cinta yang berbakul-bakul itu, Apple akan bungkuskan dalam plastik sampah. Tiryaq bukan suka benda tidak berfaedah menyemak di dalam bilik pejabatnya. Dia rimas jika bilik pejabatnya berselerak. Tapi! Lain pula pada hari ini. Fail-fail kerjanya berlonggok-longgok atas meja. Satu fail kerja pun tidak diusik oleh tuan pengarahnya.
            
“Surat ini untuk awak tapi bukan surat cinta ya. Awak baca setelah saya tidak tunjuk muka dalam syarikat ini. Kalau awak baca sekarang, maka saya akan behentikan awak kerja 24 jam!” Tiryaq memandang tepat ke dalam anak mata setiausahanya itu.
            
Ada-ada sajalah tuan pengarahnya ini.
           
“Tuan pengarah mahu ke mana?”
           
“Saya ada kerja part-time di luar sana.”
            
Kerja part-time? Harta tidak habis dimakan pun mahu buat kerja sampingan. Biar betul Tuan Pengarahnya ini?
           
“Tuan Pengarah memang buang tabiat. Tuan pengarah dah nak mati ke?”  Gerutu Apple.
            
Sekali lagi Tiryaq menjentik dahi luas Apple.
            
“Cabulnya mulut awak ye. Kalau saya mati, bersorak kaum kerabat Tengku Irysad. Awak bukan tidak tahu mereka tidak sukakan saya.”
            
“Siapa yang salah dalam hal ini? Tuan Pengarah jugakan. Siapa suruh Tuan Pengarah pecat Tengku Tyea dari jawatannya. Semestinya Tengku Tyea akan memberontak.”
            
Tiryaq ketawa kecil. Isu Tengku Tyea dilucutkan jawatan dari TIR Holding’s menggamitkan ahli lembaga pengarah yang lain. Dia hanya memberikan surat hitam putih pada Tengku Tyea melalui Apple. Mereka amat jarang sekali bertemu sejak Tiryaq memangku jawatan sebagai Pengarah di TIR Holding’s. Dia tidak memerlukan pekerja yang punya rekod buruk seperti Tengku Tyea. Perempuan itu sengaja mencetuskan kontroversi untuk meraih undi dalam lembaga pengarah. Biasalah politik dalam syarikat. Tengku Tyea memang ada hati ingin menjatuhkan Tiryaq dari kerusi pengarah.
            
Tiryaq berbeza dengan ayahandanya Tengku Irsyad yang lebih bertolak-ansur. Pekerja yang gagal mengikut peraturan dan mempunyai displin yang teruk akan terus dipecat. Tiada rayuan mahupun surat-menyurat. Ini cara Tiryaq memerintah TIR Holding’s. Erti kata lain Tiryaq adalah diktator berkuku besi.
            
“Awak risaukan saya? Terharunya saya, Apple.” Tiryaq menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. “Awak sukakan saya ye....”
            
“Kalau saya lempang karang tuan pengarah akan pecat saya pulak. Tuan Pengarah benar-benar menguji kesabaran saya.” Apple bercekak pinggang. Pening dia melayan otak tiga suku tuan pengarah seorang ini. Ayahanda tuan pengarah tidak begini pula peelnya.
            
Apple tidak faham mengapa tuan pengarah tiada perkataan ‘Tengku’ di hadapan namanya tidak seperti kakak tirinya Tengku Tyea. Mungkin kerana Bonda Arfah dari golongan orang kebanyakkan. Bonda Arfah isteri kedua Tengku Irsyad. Dengarnya Tengku Tyea bukan anak kandung Tengku Irsyad. Tengku Ratna pernah berkahwin dengan sepupunya dan melahirkan Tengku Tyea. Setelah suaminya meninggal dunia, Tengku Irsyad mengahwini Tengku Ratna atas belas kasihan. Kisah Tengku Irysad dengan Bonda Arfah dia kurang pasti. Adakah mereka berkahwin atas dasar cinta atau sebaliknya? Kemusykilan itu bertambah kerana Tiryaq tidak berbin kepada nama Tengku Irsyad. Rumit dia mahu memikirkan susun jalur keluarga tuan pengarahnya ini.
            
“Apple...awak pasti merindui saya nanti.”
            
“Saya rasa saya yang akan duduk di hospital bahagia nanti.” Apple merengus kecil. Betullah fius dalam kepala Tuan Pengarah sudah tercabut satu. Dia yang melayannya pun sudah sakit jiwa.
            
“Awak tempahkan untuk saya sekali. Boleh kita main boss dengan pekerja di sana nanti.”
            
Apple tidak membalas. Jalan terbaik keluar dari bilik Tuan Pengarah. Tiryaq hanya tersenyum simpul. Dia tiada niat mahu membuli Apple. Dia sekadar mahu mengusik setiausaha yang bermata empat itu. Liat juga Apple mahu mengukirkan senyuman di muka yang sentiasa tegang itu.

THE Proposal adalah filem kegemaran Putri Tasnim. Berapa belas kali dia menonton filem itu di wayang tanpa ada rasa bosan. Watak Sandra Bullock di dalam filem The Proposal itu seperti dirinya. Wanita elegant yang berkerjaya. Bezanya dia tidak perlu berkahwin olok-lok untuk tidak ditukarkan ke tempat lain. Dan hari ini dia telah memiliki dvd filem kegeramannya itu. Putri Tasnim berkira-kira mahu menontonnya setelah menyelesaikan visual untuk produk terbaharu Elite.
            
Hard Rock cafe adalah salah sebuah tempat Putri Tasnim melepak. Dia lebih suka minum sendirian di situ tanpa ditemani oleh sesiapa. Tiada sahabat mahupun teman lelaki. Dia lebih mementingkan kerjayanya di Elite. Elite adalah nombor satu. Tanpa usaha kerasnya Elite tidak jadi seperti sekarang. Elite masih berada di bawah.
            
Putri Tasnim membuka beg tangannya. Sebuah novel berbahasa Inggeris dikeluarkan. Shopaholic hasil karya novelis Sophie Kinsella itu dibelek muka suratnya. Putri Tasnim amat menggemari penulis dari British ini. Dia mengumpul koleksi novel dari Sophie Kinsella.
            
Hi!  Are you alone? Or you ada teman?” Seorang lelaki berkaca mata hitam menegurnya. Putri Tasnim menoleh. Dia pandang lelaki itu atas dan bawah. Dia mencebikkan bibir. Not my taste! Kalau lelaki sepsis buaya memang terkenal di kota ini.
            
Can I sit with you?” Lelaki itu melirik senyuman di bibirnya. Dia sudah lama memerhatikan gadis cantik itu di sini.
            
Yes! Why not?” Balas Putri Tasnim. Tempat ini untuk semua orang. Takkan dia mahu menghalau lelaki itu pula. Dia buat tidak endah lelaki yang asyik mencuri pandang ke arahnya itu. Dia tahulah dia cantik. Perasanlah kau Tasnim!
           
“I Nazrin....you?”
            
Aduhai…lelaki itu sudah mula menghulurkan salam perkenalan pula? Putri Tasnim bingkas bangun. Dia menutup novelnya.
            
Soryy...you’re not qualified. Go home...look into the mirror first!” Putri Tasnim berlalu sambil melambaikan tangan. Lelaki itu mengetap bibir. Perempuan sombong! Dia fikir dia cantik sangat! Boleh blahla...
            
Putri Tasnim menuju ke kereta volkswagennya. Dia campakkan beg tangannya ke tempat duduk belakang. Enjin keretanya dihidupkan. Putri Tasnim memandu keluar dari tempat letak kereta terbabit. Lebih baik dia pergi shopping! Gelagatnya diperhatikan oleh seorang lelaki yang turut berada di tempat parkir kereta itu. Lelaki tersebut melirik senyuman di bibir. Dia melangkah masuk ke dalam keretanya.
            
“Wow! Wanita macam dia pakai Volkswagen new Golf GTI. Branded tu! I tidak faham kenapa you asyik mengekori dia. You kenal kenal dia?” Teman di sebelahnya bersuara.
           
Of course! I dengan dia pernah sama-sama belajar di United States of America dalam art and design. She is talented in the field of art and design. I like her very much.”
            
What?
           
I say I like her!
            
“Tihran...are you serious!” Gadis tomboy yang berkulit hitam manis itu merenung tepat pada wajah teman baiknya. Tihran tersengih. Dia anggukkan kepala.
            
What wrong Jackie?Adakah pilihan I adalah salah?”
            
Jackie menggelengkan kepala. Dia bukan tidak sukakan pilihan Tihran tetapi...entahlah. Dia tidak berapa berkenan dengan Putri Tasnim. Lagak perempuan itu sudah menunjukkan segalanya. Beberapa hari ini, dia diheret oleh  Tihran untuk mengekori perempuan itu. Dia terpaksa ambil cuti emergancy. Mujur Susie sudi cover line untuknya. Dia risau jika Bong dapat tahu yang dia ambil cuti semata-mata melakukan aktiviti tidak berfaedah ini. Jackie garu kepala.
            
“I cantik tak?” Soal Jackie. Tihran tidak berkelip mata memandang teman baiknya itu.. Apa hal pula dengan Jackie ni? Tiba-tiba tanya soalan pelik. Argh! Jawab sajalah.

           
“You cantik kalau you ubah penampilan kejantanan you itu.” Balas Tihran. Jackie tersengih. Tengok! Siapa kata awek tomboy tak cantik. Tihran kata dia cantik.            

“I laparlah. Jom! Kita pergi melantak.” Jackie menepuk-nepuk perutnya.
            
“I pun lapar jugak ni. Kita pergi Pizza Hut boleh.”
            
No problem!

PUTRI Tasnim merentap gelang Jed dari tangan lelaki berambut keperangan itu. Dia tidak berpuas hati! Dia yang nampak gelang itu dahulu. Amoi yang berada di depan mata mereka itu gelengkan kepala. Gelang jed yang tinggal satu itu juga yang menjadi rebutan kedua-dua pelanggannya ini.
           
Putri Tasnim membulat biji matanya sebesar mungkin. Dia ingat dengan membesarkan biji matanya lelaki itu akan takut. Minta maaflah. Lelaki itu hanya ketawa melihat gelagat kebudakkannya.
            
“Apple...mata dia besar macam mata ikan emas dalam aquarium saya.” Dia bersuara pada gadis bermata empat di sisinya itu.
            
Apa?! Berani dia samakan mata aku dengan mata ikan emas dia. Putri Tasnim pijak kaki lelaki itu dengan kasut tumit tinggi.
            
“Aduh! Apa ni main kasar!” Lelaki itu menjerit kecil. Terjengket-jengket dia dibuatnya.
            
Rasakan! Padan dengan muka kau! Bibirnya mungilnya mengukir senyuman sinis. Dia angkat kepala lalu menuju ke kaunter pembayaran. Gelang Jed itu diberikan kepada amoi menjaga kaunter berkenaan. Wang not sebanyak dua ratus ringgit dihulurkan. Lenggoknya menjadi perhatian pelanggan lain di dalam kedai Jed dan Kristal terbabit. Si lelaki bersiul manakala si perempuan meluat dengan gedik santai Putri Tasnim.
            
“Kalau kaki Tuan Pengarah berlubang kita pergi saja ke hospital.” Suara Apple. Dia duduk mencangkung menghadap muka Tuan Pengarahnya. Berkerut seribu muka Tuan Pengarah.
            
“Awak kena dukung saya. Saya rasa macam tak boleh berjalan ni.” Renggek Tiryaq.
            
Apple mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya.
            
“Helo Veelu! Tuan pengarah kesayangan you cedera parah di sini. Boleh you datang di...” Apple menyatakan tempat mereka berada kepada lelaki bernama Veelu di dalam talian itu. Veelu adalah salah seorang pengawal peribadi Tiryaq yang bertubuh sasa sebesar Malek Noor. Seorang lagi bernama Deen. Pengawal peribadi yang seorang itu lebih besar dari Veelu. Kedua-duanya bermuka bengis.
           
Veelu dan Deen selalunya akan mengawasi tuan pengarah. Mereka perlu menjaga keselamatan tuan pengarah dengan ketat. Al-maklumlah tuan pengarah ramai musuh dalam selimut. Tuan pengarah pula yang mengada-ngada tidak mahu kedua pengawal peribadinya mengekori dia. Dia mahu berjalan membeli-belah hanya ditemani oleh setiausahanya, Apple.
            
“Awak sengaja panggil Veelu datang sini.”
            
“Dia sahaja yang larat dukung tuan pengarah. Tuan pengarah boleh bermanja dengan dia.” Apple pula tersengih kali ini. Tiryaq menghela nafas kecil.

“TUAN!” Veelu menyerbu ke arah Tiryaq. Dia memeriksa keadaan tuan pengarah kesayangannya itu. Tiada pula kecederaan yang berat. Apple kata tuan pengarah cedera parah. Veelu mengerling Apple tajam. Apple sekadar menyilangkan tangan.
            
“Saya hanya cedera kecil sahaja.” Tiryaq menunjukkan kaki kirinya yang dipijak oleh perempuan tadi. Sakitnya masih berdenyut.
            
“Siapa yang berani mencederakan tuan? Biar saya belasah dia sampai lumat!” Veelu mengepal penumbuknya.
            
“Tunggu apa lagi. You dukung tuan pengarah kita ini bawa balik ke singgahsana dia.” Apple mengarah. Veelu angguk kepala.
            
“Eh-eh-eh...nanti dulu....Saya...” Belum Tiryaq habis berbicara tubuhnya sudah diangkat oleh Veelu. Semua mata memandang ke arah mereka. Tiryaq rasa dia macam tuan puteri pulak kena dukung dengan pengawal istana. Apple benar-benar mengenakan dia. Dia hanya tersenyum dan memberikan lambaian kepada orang ramai yang mengunjungi kawasan itu.