Mama...
AMREEZ meramas-ramas jari-jemarinya. Dia tidak menduga wanita itu akan
muncul semula setelah bertahun-tahun menghilangkan diri. Wanita itu masih
tampak anggun meskipun telah berusia. Wanita cuba tersenyum namun masih ada
tawar dalam senyuman itu.
Dia tahu Amreez masih marahkan dia. Dia tidak menyelami perasaan
Amreez. Dia hanya mahu mengikut kehendaknya selama ini. Dia sakit hati lalu
meninggalkan Amreez bersama papanya. Dia tahu silapnya kerana tidak pernah
mengambil tahu tentang Amreez. Dia menuntut fasakh dari Imraz tetapi tidak
menuntut putera tunggalnya Amreez. Perasaan Amreez terluka. Siapa menduga
papanya juga hilang tanpa berita. Puan Sofiya mengeluh kecil.
“Reez…” Panggil Puan Sofiya lembut. Tangannya teragak-agak mahu
menyentuh bahu Amreez itu.
“Reez sudah dewasa untuk tentukan hidup Reez.” Amreez menjarakkan
dirinya dari mama. Dia memeluk tubuh.
Puan Sofiya tergamam. Dia pandang wajah Amreez sayu. Anak yang dulu
kecil kini sudah meningkat dewasa. Amreez mewarasi kekacakan dan ketinggian papanya.
Jika dia mahu mengusap Amreez dia perlu menjongketkan kakinya.
“Papa ada cari Reez?”
“Papa dan mama sama saja. Mulut kata sayang tapi tinggalkan Amreez
sendiri juga.” Suara Amreez sedikit mengendur.
Puan Sofiya tersentap pagi.
“Mama tahu salah mama, tapi Reez tak boleh salahkan semua pada mama.”
Amreez memandang mamanya tajam.
“Kalau mama nak memujuk Reez ikut mama sekarang maka mama dah
terlambat.”
Puan Sofiya menekup mulutnya menahan sendu. Adakah hati Amreez sudah
sekeras batu.
“Amreez….”
“Mama…please…”
“Bagi mama peluang, sayang.”
“Peluang itu sudah tertutup mama.”
Ayat Amreez itu benar-benar menghiris hati Puan Sofiya.
“Budak tadi tu anak mama dengan suami baru amam ke?” Soal Amreez.
Matanya dialihkan pada kanak-kanak yang sedang duduk mengunyah buah epal yang
dia berikan. Kanak-kanak itu beruntung kerana mama menumpahkan kasih sayang
kepadanya.
Puan Sofiya gelengkan kepala.
“Mama tak kahwin lain. Budak ni anak kepada teman baik mama. Teman baik
mama selalu tinggalkan dia bersama mama.”
“Oh…”
“Reez…mama sayangkan Reez. Mama mahu Reez ikut mama.”
“Reez sudah biasa hidup tanpa mama dan papa di sisi. Lagipun Reez mahu
usahakan kedai bunga ini. Ini impian Reez.”
“Impian Reez sama dengan impian papa Reez juga.” Puan Sofiya mendengus.
“Mama tak usah memandang sinis dengan impian Reez.”
Bagi Amreez bunga-bunga itu mendamaikan hati. Haruman dan
warna-warninya membuatkan orang lain tersenyum apabila menerima kiriman dari yg
istimewa.
“Mama tidak bermaksud begitu.”
“Reez bahagia dengan hidup Reez sekarang. Reez dah tak perlukan mama
atau papa lagi.”
“Amreez Firdaus!” Puan Sofiya menyebut nama penuh Amreez. Dia terkilan
dengan kata-kata Amreez, seakan anak lelaki tunggalnya itu bukan lagi anak yang
manja itu.
Amreez sedar dia sudah menghiris hati mamanya. Hatinya juga turut
terhiris dengan sikap mama dulu. Amreez
belajar untuk menjadi seorang yang berhati batu.
“Harap mama hormati keputusan Reez.”
“Mama sayang pada Reez. Mama mahu Reez ada bersama mama semula.” Puan
Sofiya memujuk. Bukan mudah untuk dia menjejaki Amreez jika kedai bunga ini
tidak dibuka semula.
Amreez diam seketika.
“Mama tahu mama terlalu mengongkong hidup Reez. Mama buat begitu kerana
mama tidak mahu Reez jadi seperti papa. Papa hanya menjual bunga dan melayan
gadis-gadis yang berkunjung di kedai bunganya. Mama rasa malu. Mama rasa
cemburu. Mama jadikan kamu mangsa keadaan.” Puan Sofiya meluah rasa.
Kenapa mama perlu cemburu sedangkan kesetiaan papa hanya pada mama.
Papa merintih sewaktu mama melarikan diri dan meminta fasakh. Mama kata mama
tidak bahagia dan perkahwinan itu satu kesilapan. Amreez lihat papa menangis
selepas papa melepaskan mama. Papa seakan tidak bermaya dan papa hilang arah
tujuan alu dia juga menjadi mangsa keadaan.
Budak sekecilnya melihat perpecahan keluarga sendiri.
“Mama…Reez nak hidup sendiri.”
“Reez…bagi mama peluang ya.”
“Mama…”
“Reez….mama tidak kisah jika mama perlu duduk di kedai bunga ini
asalkan mama dapat bersama anak mama semula. Mama tidak kisah jika rumah Reez
tidak sebesar istana.”
Amreez termangu. Mengapa mama begitu beria-ia mahu hidup bersamanya?
Mama sanggup mencarinya hingga ke sini.
“Terpulang pada mama.”
Puan Sofiya mengukir senyuman. Esok dia akan angkut segala barang-barangnya
dan berpindah ke rumah Amreez. Kali ini dia tidak akan meninggalkan Amreez
selagi nyawa dikandung badan.
ADREENA terintai-intai di balik pintu kaca kedai bunga itu. Harap-harap
taukeh kedai bunga sudah keluar. Apabila sudah dipastikan taukeh kedai bunga
Adreena menarik nafas lega. Dia malas mahu terserempak dengan taukeh kedai
bunga yang banyak songeh itu.
“Kau ni macam pencuri saja aku tengok. Kau mahu menghendap barang
berharga di kedai aku ya.”
Kus semangat! Adreena lantas menoleh. Taukeh kedai bunga ada di
belakangnya. Taukeh kedai bunga siapkan berikan senyuman tidak ikhlasnya.
Senyuman yang menakutkan.
“Tiada barang berharga pun dalam kedai tu.” Gumam Adreena perlahan.
“Bunga-bunga tu berharga pada saya si gadis merah jambu.” Selamba
Amreez ketuk kepala Adreena dengan jambangan bunga ros merah itu.
Adreena menjuihkan bibir. Sabar sajalah dengan taukeh kedai bunga ini.
Jahat!
Adreena tetap melangkah masuk ke dalam. Dia sudah berjanji pada adik-adiknya
untuk belikan bunga dan coklat khas buat guru-gurunya sempena Hari Guru esok.
Rabak duit Adreena bulan ini. Matanya melilau mencari bunga-bunga yang harga
tidak lebih dari RM 10.00. Itupun kalau adalah. Jika emapat kuntum RM 10.00
memang molek sangat dah. Guru Azrien adalah dalam 5 orang kot. Itu belum campur
guru Ayuna dan Ayuni.
“Wah…lima kuntum bunga lily palsu ini RM 10.00. Diskaun yang menarik
ni.” Ala masakan nak bagi bunga mahu
ikut maksudh disebalik bunga itu kan?
Adreena mula membuat kira-kiranya.
“Taukeh kedai bunga! Bagi saya 20 kuntum bunga lily ni?” Adreena
memanggil Amreez dengan suara lantang.
Amreez mengambil 20 kuntum bunga lily yang dipinta.
“Lagi?”
“Saya mahu coklat, kad ucapan kecil, reben dan pembalut plastik
bunga-bunga?”
“Pembalut plastik bunga-bunga?”
“Yalah…saya nak balut bunga tu?”
“Ohhh…”
Taukeh kedai bunga ni sengaja pula dia buat muka terkejut. Bahan-bahan
yang Adreena perlukan telah disediakan. Tinggal keluarkan duit untuk membayar
semuanya.
“Mana pekerja lain?” Soal Adreena. Wajah Idin, John dan Atie tidak
kelihatan.
“Ada yang cuti dan ada yang pergi rehat.”
“Boss jaga kedai sendiri ya?”
“Ingat boss tahu goyang kaki sahaja ke?”
Taukeh kedai bunga kalau sudah bercakap bukan tahu menapis sedikit.
“Berapa semuanya ya?”
“RM 500.00 sahaja.”
“Hah!” Mulut Adreena terlopong. Terkebil-kebil mata Adreena macam tidak
percaya dengan jumlah yang diberikan.
Amreez tersenyum. Dia suka melihat wajah gelabah Adreena.
“Just kidding.”
Adreena mencemik. Boleh taukeh kedai bunga buat gurauan tidak kelakar
dengan dia.
“Dua kotak coklat ni saya bg free untuk adik-adik kau. Semua
sekali RM 73.50.”
Nasib baik tidak lepas dari budget yang dibuat.
“Mana awak tahu saya ada adik?”
Taukeh kedai bunga bijak meneka.
“Masakan awak nak bagi hadiah pada guru-guru awak pulak. Awak tu sudah
tua bangka. Rasanya susah nak jumpa bekas pelajar bagi hadiah pada bekas
gurunya.”
Ikut sedap mulut taukeh kedai bunga kata dia tua bangka.
“Ini wangnya. Duit baki dua puluh sent u boleh simpan.” Adreena buka
langkah dan beredar. Langkah yang cukup bergajalah kononnya.
Amreez ketawa kecil. Gadis merah jambu yang comel dan mudah gelabah.
finally!!! dpt gak dating dgn amreez...
ReplyDeleteTak sangka Amreez pandai bergurau. Comel je. <3
ReplyDelete“Budak tadi tu anak mama dengan suami baru amam ke?” Soal Amreez. " akak..ada spelling error.. supposed MAMA kn
ReplyDeleteTq bgtau ...
Deletebest nk lgi....
ReplyDeleteHaha... Amreez kuat bergurau. Mengada! -Fatin Liyana (FB)-
ReplyDeleteHahaha.. Best sngt.. :D
ReplyDelete~Nur Syafiqah Alia Rashid
Dh terjawab sudah siapa wanita misteri tu.. Rupanya mama reez..sekarang baru nk rayu ank pulang ke pangkuan dia.. Dulu tinggal kn je ank mcm tu je.. Lau 20 kuntum bunga lily =rm500 cnfrm saya pun xbeli..hehehe..saje je si reez ni nk kna kn adreena..
ReplyDeleteok...1st time bce cerita ni..buatkn saya rasa nk tau lebih lnjut lg pasal cerita ni..Amreez dan gadis merah jambu...memng best.. akak cepat2 buat bab 8.. x sabar dah ni... hihihihi
ReplyDeleteHaha..bestnye..x sangka amreez pndai bergurau...
ReplyDeletezara nak jadi gadis merah jambu gak la kak ya..hahaha
ReplyDeleteklao ade naratif kat dalam beberapa dialog antara mama amreez lagi impressive sebab nk ksi efek perasaan tu lagi kuat
ReplyDeleteKomen yg cukup baik ^^
Deletekan kak ilya suruh kasi komen jujur sy ikot je :)
DeleteTq...akak okay je...jadi boleh tahu kelemahan
DeleteIzzati Aisyah Md Nor:
ReplyDeleteowh,mama die rupanya...sian plak kat mama die disebabkan sikap cemburu terhadap suaminya..minat anak dia pun terpaksa disekat jugak...tapi kasih sayang seorang ibu..mmg nak tgok anak dia bahagia dgn memilih jalan hidup tersendiri..
hahaha...pandai melawak gak si Amreez nie ek..ingat ke tahu tunjuk muka garang je..terkena plak Reen dgn ayat "tua bangka" tu...
p/s:sokong klau GMJ dijadikan novel...kisah yg lain dripada yg lain..;)
-disebabkan saya tak tau nak buat ape malam nie,saya marathon GMJ padahal kerja ada...tapi rasa tergerak hati nak baca so x leh nak sekat2..hahaha..cepat2 smbung bab 8 GMJ ye akak-..chaiyok3..
hahaha pndai gak "tokey kedai bunga" yg serius tu bergurau erk... mesti cute je muke Amreez mse tu kan...
ReplyDeletekak cepat2 kasi smbung xsbr nk tggu perkembangan antara "GMJ" ngn "TKB"
amreez sukaa sgt wat adreena gelabah tp lembut jugak ati amreez ni . x sabar nk tggu sambunganny .
ReplyDeletecomel rsanya gaya reena terkebil2 tuh .. hehehe .. menarik jalan ceritanya .. kalau dpanjangkan lagi mngkin lagi baik .. :)
ReplyDeleteapa2 pun chaiyok2 kak ilya .. sya sntiasa skong kak ilya ..u r de best .. :)
best3x
ReplyDeletehaha.. tak sangka pandai juga amreez tu bergurau...
~Rabiatul Adawiyah~