(Taukeh Kedai Bunga dan Gadis Merah Jambu)
“Certain varieties of cut flowers last longer
than others. Carnations, for example, can remain vibrant for long periods.
Roses have a shorter vase life, but are prized for their special and delicate
beauty. When buying flowers, be sure to ask your florist how long you should
expect your arrangement to last. Whatever variety you choose, a little TLC will
go a long way to keep your blooms looking fresh longer. Here are a few handy
tips that can help add days to their beauty!”
Amreez memberikan penerangan kepada
seorang pelancong asing wanita tentang penjagaan bunga. Pelancong wanita itu
tersenyum dan menganggukkan-anggukkan kepalanya.
“Keep
them in a cool spot 65 to 72 degrees Fahrenheit; 18 to 22 degrees Celsius, away
from direct sunlight, heating or cooling vents, direct drafts from a ceiling
fan, and the tops of televisions or radiators. Appliances like televisions give
off heat, causing flowers to dehydrate.”
“Keep
the floral foam soaked in water containing floral food provided by your
florist. Be sure to follow the directions on the package.”
“Keep
the vase filled with water containing floral food provided by your florist. Be
sure to follow the directions on the ackage. If the solution becomes cloudy,
replace it entirely. If possible, recut the stems by removing one to two inches
with a sharp knife. Remove leaves that will be below the waterline. Leaves in
water will promote bacterial growth that can harm the flowers.”
“Cut
the stem with sharp pruning shears. Place in warm water containing fresh floral
food to promote flower opening.”
“Floral
food is a combination of additives that help to nourish the flowers and
discourage bacteria from growing in the water. It is one of the best - and
easiest - ways to extend the life of your flowers. It is very important to
follow the directions on the package correctly. Improperly mixed floral food
can do more harm than good.” Serba sedikit tentang penjagaan bunga
diberikan kepada pelancong wanita tersebut.
“Thank
you very much Mr. Amreez.” Pelancong wanita menundukkan sedikit kepalanya
sebagai tanda terima kasih. Amreez menyambut dengan senyuman mesra. Dia
mengalihkan pandangan pada mamanya yang dari tadi memerhati dan mendengar
perbualan dia dengan pelancong wanita tersebut. Kagum Puan Sofiya dengan
pengetahuan Amreez tentang bunga.
Biarpun Amreez memiliki
segulung ijazah dalam bidang akaun namun anak lelaki itu lebih arif dengan bunga.
“Nasib baiklah taukeh kedai bunga
itu lelaki kalau tidak aku sudah cakap dia secantik bunga.” Suara salah seorang
pelanggan di situ.
“Ya. Tapi dia handsome.” Temannya mengiakan.
“Orang baik hati seperti dia sering
disakiti.”
Dahi
Puan Sofiya berkerut. Atie membuang bunga-bunga layunya di dalam plastik
sampah. “Kisah sedih tetap akan tercatit dalam kamus hidup kita.”
Puan Sofiya anggukkan kepala. Dia menyedari
yang dia telah banyak melukakan hati Amreez sejak anak itu kecil lagi. Dia mahu
menebus kesilapannya itu.
Seorang pelanggan wanita yang agak seusia
seperti Puan Sofiya mengahampiri Amreez.
“Kakak nak tahulah bunga yang paling sesuai
untuk dijadikan hiasan ruang tamu? Adik boleh cadangkan bunga apa yang sesuai?”
Wanita itu menyapa. Dia sudah puas berpusing-pusing di kedai bunga itu mencari
bunga yang sesuai. Semuanya cantik-cantik belaka.
“Daisy.
Bunga daisy senang ditanam kak dan tidak cerewet dari segi penjagaan. Kuntum
bunganya memang cantik dan berkelopak majmuk serta berbentuk bulat tumbuh pada
ketiak daun. Bunganya menyerupai bunga matahari dan tumbuh di hujung tangkai
yang panjang. Ada beberapa jenis daisy yang mengeluarkan bunga pelbagai warna
seperti putih, jingga, merah hati, kuning dan merah jambu. Daunnya pula
berwarna hijau tua yang agak besar serta panjang dan bergerigi di bahagian
tepinya, tumbuh dari bahagian bawah pokok yang tidak berbatang. Bunga daisy
sesuai ditanam di bawah cahaya matahari supaya cepat berbunga serta cantik
warnanya. Pokok ini cepat membiak jika dibaja selalu. Pembiakan dilakukan
melalui anak benih yang terdapat di sisi pokok atau belahan rumpun yang padat
dan boleh ditanam sama ada di dalam pasu atau di tanah. Jika ditanam secara
banyak di atas tanah ia menjadi amat menarik ketika bunganya berkembang.” Amreez
menerangkan sambil mengukir senyuman di bibir. Dia memberitahu setakat yang dia
tahu. Ilmu pengetahuan mengenai bunga ini tidaklah mendalam lagi. Masih banyak
yang perlu dia pelajari.
“Pokok
ini sesuai ditanam di tanah yang bersaliran baik terutama tanah berpasir. Selain
membiarkan kuntuman daisy mekar di dalam pasu atau di halaman ia juga boleh
dijadikan bunga keratan untuk menghiasi sudut di dalam ruang tamu kerana
bunganya tahan agak lama. Bunganya besar memiliki banyak ranggi berwarna kuning
terang dengan ukuran melintang antara 10 hingga 15 sentimeter. Spesies pokok
hiasan ini mampu menarik serangga yang turut membantu proses pendebungaan untuk
menghasilkan biji benih bagi pertumbuhan anak benih baru. Hayatnya hanya dalam
tempoh semusim. Persekitaran taman perlu ditanam semula dengan anak benih baru
apabila pokok yang lama tidak lagi berbunga, layu dan menyerlahkan daun yang
pudar warnanya."
“Hmmmm. Kakak ni bukan arif sangat
pasal bunga tapi kakak sukakan bunga. Bunga itu indah." Wanita itu tersenyum.
“Bunga itu indah jika kita menjaga
dan membelainya.”
“Macam jaga anak pula.” Wanita itu
ketawa kecil. Amreez turut tertawa. Pertama kali Atie melihat Amreez mesra
pelanggan. Setelah membeli bunga yang dicadangkan wanita itu meminta diri. Kedai
bunga itu walaupun kecil tapi bunga-bunganya terjaga dengan rapi dan indah
sekali.
Amreez mengalihkan
pandangan pada mamanya dan Atie. Senyumannya tadi sudah hilang entah ke mana. Sekejap
sahaja riak wajahnya itu berubah. Dia kerling pada beg-beg pakaian mama. Mama
begitu beria-ia mahu pindah masuk ke rumahnya.
Jika mama tidak tahan
dengan rumah kecilnya itu mama pasti akan keluar dari rumah itu sendiri. Dia
tidak akan memaksa.
ADREENA tidak mengerti mengapa dia perlu lalu di hadapan kedai bunga
itu semasa pulang mahupun semasa dia pergi kerja. Hari-hari mahu beli bunga. Tabiat
yang luar biasa ke? Dia pun tidak tahu. Adreena masih berdiri di luar ke kedai bunga
itu. Sebelum pulang tadi dia mendapat pesanan dari Tony Eusuf. Lelaki itu mahu
mejanya juga ada bunga segar dan dia hanya mahu Adreena membelikan bunga
untuknya. Gila!
Adreena tidak jadi
untuk melangkah masuk ke kedai bunga itu. Dia berpaling dan meneruskan sisa
baki langkahnya untuk terus pulang ke rumah. Dia perlu memasak untuk makan
malam nanti. Sebaik langkah Adreena sudah jauh pintu kaca kedai itu terbuka.
Amreez memandang kiri dan kanan. Dia seakan perasan ada orang di luar tadi.
Firsatnya mengatakan lembaga di luar tadi adalah gadis merah jambu.
Kenapa agaknya gadis
merah jambu tidak singgah ke kedai bunganya. Pasti ada yang tidak kena. Taukeh
kedai bunga, kau pun dingin dan garang sagat pada gadis merah jambu. Cubalah
berlembut sedikit.
Balik kerja mesti
dapat tekanan jiwa dengan sikap adik-adiknya. Mereka ingat kakaknya yang comel ini
orang gaji agaknya. Saban hari perlu mengemas rumah yang bersepah. Pitam
melayan kerenah adik-adik yang nakal dan degil.
“Kak Reen…cepatlah
masak. Yuna dan Yuni laparlah.” Rengek si kembar.
“Makan saja kerja
korang ya.” Desisnya.
“Kalau bukan kakak
yang masak siapa lagi. Azrien pandai goreng telur saja.” Azrien mencelah.
“Hm. Itu buat kerja
sekolah atau surat cinta?” Adreena menyoal.
“Kerja sekolah. Tak
caya tengok.” Azrien mengangkat buku latihannya.
Kali ini memang betul
Azrien menyiapkan kerja sekolahnya. Cukuplah dia kantoi sekali dengan kakaknya
itu. Telinga dia bukannya tahan dengan bebelan mama dan kakak. Dia satu-satunya
anak lelaki dalam keluarga. Kalau sudah besar nanti dia mahu ringan beban mama
dan kakak. Mama dan kakak sudah pesan belajar rajin-rajin.
Adreena membuat
senaman ringan sedikit. Senaman kepala juga diperlukan. Hari ini memang dia
cukup letih di tempat kerja dan kini ditambah pula keletihan itu untuk kerja-kerja
rumah. Dia tidak seperti gadis lain yang punya masa lapang untuk berlipur-lara
di luar. Dia punya tanggungjawab pada keluarga. Kalau orang kata dia seperti
katak di bawah tempurung pun dia terima. Satu semenanjung dia belum jelajahi
inikan pula satu Malaysia. Kalau dia bercuti siapa mahu menjaga adik-adiknya
ini. Mama sibuk 24 jam sehari.
Apron sudah tersarung
pada tubuhnya. Dia tidak perlu ke pasaran saban hari. Stok untuk masakan sudah
disediakan bagi satu minggu. Adreena bercadang mahu masak udang lemak cili api.
Dia mengeluarkan kunyit hidup, serai, daun kunyit dan udang dari peti sejuk. Untuk
sayurnya pula Adreena mahu masak tumis kacang buncis. Dia suka menyediakan
masakan ringkas dan mudah disediakan. Azrien akan membantukan mengupas bawang
dan memotong bahan-bahan yang diperlukan.
“Kak reen…”
“Ya,”
“Minggu depan ada
pertandingan bercerita antara sekolah. Azrien masuk bertanding tau. Kak Reen
datanglah tengok. Mama mesti tak boleh datang.” Mata Azrien sudah menjadi merah
gara-gara memotong bawang merah. Kejap lagi keluar air matalah tu.
“Em…tapi akak tak
boleh nak janji.”
“Ala…datanglah Kak
Reen. Bawalah Yuna dan Yuni sekali. Lagipun hari sabtu. Kak Reen kan cuti.”
Azrien sperti mengharap. Kesian pula pada adiknya itu.
“InsyaAllah akak
datang.”
“Terima kasih Kak Reen.”
Ceria wajah Azrien walau sudah mengalir air mata. Pedih kerana bawang bukan
menangis.
best nak lagi..btw cantik bunga 2 kak ilya
ReplyDeletefarah syafira
Izzati Aisyah Md Nor:
ReplyDeletewah3x..entry kali nie bnyak sungguh info pasal penjagaan bunga...:)
Amreez ade instinct bila gadis merah jambu datang kat kedai dia..hehehe...tulah,kurangkan sikap garang tu skit...brulah org tak takut nak datang..tpi takpe,dah tau kesedihan dia sebelum nie kan..so,mmg die perlukan masa untuk berubah..lagipun dia bru nak sesuaikan diri dgn kedatangan semula mama dia..oh,sedih plak dengan kisah hidup Amreez...huhuhu
kak ilya,ade typo..Bawalah Yuna dan Yuni "seklai".patutnya "sekali"...:)
Wah ada lagi...sob2 dah semak pun ada gak ye...hehehehe tq bgtau dear...
DeleteAmreez rindu kat adreena...
ReplyDeletehehehe...dah ada kimia nampaknya....
ari ni banyak belajar tentang bunga dari amreez...thanks to amreez...
Seed169 you're really my top follower :) tq very much dear
DeleteX rugi bca citer nie.. Bnyk ilmu yg bermanfaat diselitkan.. Dr bab 1 lg dh diselitkn dgn jenis2 bnga serta makna2 tersirat disebalik warna sekuntum bunga.. Bab nie diselitkan info penjagaan bunga plak.. Saya suka sgt..:-)
ReplyDeleteTerima kasih Noraini...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWahh .. bnyk info pasal bunga yg Sye dpt Biler Bce Citer K.ilya Ni .. Suke Sangat2 :)
ReplyDeletebest byak perkara bru diketahuii
ReplyDeleteni yg best bile bace pasal bunge
ReplyDeletewlaupon amreez ni llaki tpi tau bnyak pasal bunga
mmg trbaik lah
Puteri binti Haron
ReplyDeleteFirasat Amreez pada GMJ mmg kuat....sampai boleh cam itu GMJ dia...sweet..
hehehe... amreez dah mula pandai rindukan adreena... :D
ReplyDeletebila baca citer ni saya semakin tahu ttg bunga... :)
Rabiatul Adawiyah~~