Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Tuesday, March 19, 2013

Mi Manchi Kafe_Kafe (Prolog)




AKU kembali ke sini mengenangkan memori luka silam. Aku kembali setelah rajuk di hati ini reda. Aku kembali untuk berhadapan semula dengan kisah silam. Dan aku kembali untuk membuka lembaran baru dalam hidupku…

Di sini, aku dilahirkan…di sini aku dibesarkan…dan di sini jua aku menerima tohmahan itu. Demi kasihku pada emak dan kasihku pada ayah aku rela dihukum. Aku tahu tiada sesiapa untuk aku di sini lagi. Ayah menghadap Ilahi setahun yang lalu dan ibu menyusul mengikut ayah untuk bertemu di sana kelak. Air mataku mengalir apabila membaca surat terakhir dari ayah.

Hanya kafe buruk ini peninggalan ayah buat Benji…

“Mummy…daddy…I’m back.”



****

USAI solat subuh Benji tidak meneruskan tidurnya. Dia berteleku duduk menghadap komputernya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berpagi-pagilah (subuh) di dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kerjayaan.

(Hadis Riwayat Tabarani dalam al-Awsath).

Jari-jemari Benji lincah menekan papan kekunci.  Namun dia lebih banyak bermain dengan tetikus di dalam adobe photoshop itu. Dia sedang mereka menu makanan dan minuman untuk kafenya yang akan dirasmikan esok. Pelbagai warna dicantumkan pada abjad-abjab yang sudah dipilih. Benji mahu tulisan pada menunya lebih jelas dan mudah dibaca.

Benji bersandar pada kerusinya setelah beberapa minit menyiapkan rekaan menu. Dia menongkat dagu seakan tidak berpuas hati dengan rekaan menu tersebut. Benji mula meramas-ramas rambutnya. Kalau tangan yang tiada seni memang tidak akan menjadi. Alih-alih dia bukan internet. Laman sosial facebook menjadi pilihan. Pagi-pagi begini dia mengharapkan gadis itu berada dalam talian facebook. Ada bantuan yang ingin dipinta. Kiranya bantuan kecemasan. Dia sudah benar-benar buntu dengan rekaan menunya.

Hampa. Gadis itu tiada dalam talian facebook. Benji jarang berinteraski dengan gadis lain. Facebook bukanlah ruang komunikasi yang menjadi tatapan harian Benji seperti mereka yang saban masanya dihabiskan pada laman sosial itu. Benji sekadar membuat akaun itu untuk
pengisian masa lapang. Rakan facebooknya boleh dibilang dengan jari.

Benji termangu seketika. Kenapa dia tidak terfikirkan lebih awal. Facebook boleh dgunakan untuk perniagaan juga. Benji tersenyum sendiri. Dia perlu membuka satu lagi akaun
facebook untuk kafenya, Mi Manchi diambil dalam bahasa Itali. Mi Manchi dalam bahasa melayunya saya rindu awak. Nama kafenya agak pelik bukan.

Argh! Rekaan menunya masih belum disudahkan dia sudah memikirkan perkara lain pula. Skrin komputer itu direnung lagi. Software Adobe Photoshop ini pun temannya yang masukkan ke dalam komputer. Kononnya mudah untuk membuat rekaan-rekaan dan mencantumkan gambar kelak. Adobe Illustrator haram dia gunakan. Software itu lagi memeningkan kepalanya.

Masa sudah suntuk. Dia print-out dululah mana yang patut. Cantik atau tidak lain kira. Benji alihkan lirikkan anak mata pada gambar yang terletak pada dada mejanya itu.

Mummy…daddy…masanya sudah tiba.”

1 comment:

  1. hmm..setakat ni dh ada unsur suspens.. :)
    sy tertanya2 sape lah gadis yg benji tggu tu.. heroin nya kah?? :D

    ReplyDelete