Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Wednesday, March 6, 2013

Midnight - Part 15




APRIL dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Luka dikepala agak parah. KJ masih menanti diluar dengan baju yang berlumuran dengan darah April. KJ tidak senang duduk. Dia amat risaukan keadaan April. Dia kehilangan Pearl dan dia tidak mahu kehilangan April.

“Tuan Lincoln…nak air?” Nikkie menghulurkan air kepada Tuan Lincoln. Tuan Lincoln menggeleng.

“KJ…”
KJ juga turut menggeleng.

“Sabar KJ. Duduklah dulu.” Nikkie faham perasaan KJ dan Tuan Lincoln ketika ini.
“Nikkie…temankan saya ke luar sebentar.” Tuan Lincoln bersuara. Dia perlu menghubungi isterinya, Rebecca.
“Baiklah.”

KJ tinggal sendirian. Dia ada menghantar mesej kepada Micheal. Micheal ada membalasya dan akan datang ke hospital dengan kadar segera. Dia sudah tidak peduli apa yang bakal berlaku kepada Jerry.

“KJ…” Bayang Pearl muncul di depan mata KJ.
“Pearl…” Hanya dia yang nampak Pearl di situ.
Pearl melutut dan mengusap wajah KJ yang sedang duduk lesu itu.
“April akan selamat.” Pearl memujuk.
“Pearl…maafkan saya.”

Bibir Pearl memalitkan senyuman.

“Awak kena lupakan cerita lama. Saya juga bersalah pada awak.”
“Pearl…”
“Shhhh…” Pearl meletakkan jari telunjuknya pada bibir KJ. “Hati awak sudah ada April. Awak perlu lupakan cinta awak pada saya tapi jangan lupakan perkenalan kita.”
Air mata KJ mengalir.

Pearl ketawa halus.
“Pertama kali saya meihat awak menangis KJ.”
“Jangan gelakkan saya.”
“Takdir awak bersama April.”
Pearl mengucup dahi KJ.

“Pearl…saya…”
“Hati awak tidak menipu KJ. Awak sudah jatuh cinta pada April.”
Pearl meletakkan telapak tangannya pada dada KJ.

“Maafkan saya sebab mencintai April.”
“Awak tidak perlu minta maaf KJ. April lebih berhak mendapat cinta awak dari saya. Saya tahu dia sukakan awak.”
KJ menunduk.
“Terima kasih Pearl…”
“Jaga April baik-baik.”

Bayangan Pearl menghilang.

Pintu wad kecemasan itu terbuka. KJ terus merapati doktor yang merawat April.

“Bagaimana keadaan dia, doktor?”
“Dia sudah selamat tetapi hentakkan pada kepalanya mungkin akan memadam memorinya nanti.”
“Maksud doktor?”
“Saya tak pasti memori itu akan hilang seketika atau untuk selamanya. Mungkin juga hilang sebahagian…kita tunggu sampai dia sedar.” Doktor itu menepuk bahu KJ.
“Terima kasih doktor.”


“BAGAIMANA dengan keadaan April?” Tuan Lincoln terus bertanyakan April sebaik melihat April di bawa keluar dari wad kecemasan terbabit.

“April dah selamat.”
“Baguslah.” Tuan Lincoln menarik nafas lega.
“Saya akan temankan April sampai sedar.”
“Kj…baik awak tukar baju awak dulu.”
“Micheal akan bawakan baju untuk saya.”

“Pakcik juga mahu menemani April bersama kamu. Pakcik mahu tunggu sampai dia sedar.”
Tuan Lincoln tidak sanggup untuk melihat April sendirian lagi. Dia mahu menjalankan tugasnya sebagai seorang ayah.

“Kalau begitu saya pulang dulu.” Nikkie meminta diri.
Beruntung April kerana ada dua lelaki yang mengambil berat akan dirinya.

“Abang hantarkan Nikkie.”
Dia tergamam seketika. Dia menoleh. Nicholas!
“Abang…” Pasti KJ yang memanggil Nicholas.
“Pakaian untuk kau.” KJ menghulurkan beg kertas kepada KJ.
“Terima kasih Micheal.”
KJ tidak biasa untuk memanggil Micheal dengan nama Nicholas.
“Saya pulang dulu…” Ujar Nikkie.
“Terima kasih Nikkie.”
“Pertolongan kecil.”

KJ duduk di sisi katil April. Tuan Lincoln keluar untuk mengisi perutnya sebentar. KJ tidak berselera untuk makan. Dua kali April ditimpa musibah dari orang yang sama. KJ tidak dapat memaafkan Jerry atas apa yang berlaku pada April.

KJ menggenggam jemari halus milik April. Dia kucupnya lembut. KJ mahu jadi orang pertama yang dilihat oleh April sebaik gadis itu membuka matanya.

KJ tertidur di sisi April. Genggaman tangannya masih tidak dilepaskan. Tuan Lincoln membuka baju sejuk yang dipakai lalu diselimutkan pada tubuh KJ. Dari sinar mata KJ dia tahu KJ mencintai April sebagaimana KJ mencintai Pearl.

“Abang…”
“KJ bukan punca kematian Pearl. Kita tidak seharusnya menyalahkan dia.”
 Puan Rebecca mengangguk. Dia mengikut rasa amarah dan membenci KJ atas kematian anaknya Pearl. Dia tidak memikirkan perasaan KJ. KJ juga menderita hati dan perasaan.
“Ibu bapa juga mementingkan diri sendiri.” Ujar Tuan Lincoln lagi.

Tuan Lincoln memeluk bahu isterinya.
“Kita jangan ganggu mereka.” Bisik Puan Rebecca perlahan.
Mereka melangkah keluar dari wad persendirian terbabit. 

1 comment: