Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, March 7, 2013

Midnight - Part 17




SURAT bersampul putih itu KJ letakkan atas meja Puan Jane.

“Kamu sudah nekad?”
KJ mengangguk.

“Kamu pekerja yang rajin KJ. Sayang untuk melepaskan kamu pergi.” Puan Jane turut berat hati mahu menerima surat behenti dari KJ.
“Saya hanya bekerja untuk sementara di sini.”
“KJ…awak saya hormati keputusan yang awak buat. Saya tahu bukan mudah untuk awak membuat keputusan ini.”
“Terima kasih puan.”
KJ membongkokkan sedikit tubuhnya.

Glen dan Lydia meluru sebaik KJ keluar dari bilik pejabat Puan Jane. Mereka tahu KJ mahu behenti. Hanya Micheal yang tidak terkejut dengan keputusan yang KJ buat.

KJ tidak melupakan telatah Glen dan Lydia. Mereka sanggup mengupah si penangkap hantu untuk memburu hantu di bilik apartmennya. Sayang sebab hantu yang cantik itu sudah kembali kepada tubuhnya semula.

“Kau nak balik ke Korea?”
“Ya.”
“Bagaimana dengan cita-cita kau?”
“Saya akan uruskan bisnes keluarga di Korea.”

Lydia monyok. Dia pasti akan merindui KJ nanti.
“Saya belanja kamu semua kek keju?” Sambung KJ semula.

Dua hari lagi datuk akan menjemputnya. KJ mahu bersama mereka sepuas-puasnya. Dia juga sudah mengemaskan barang-barang di bilik apartmen itu. KJ mengangkat kotak-kotak yang sudah kemas digamkan.

Gambar dia bersama Pearl turut dimasukkan ke dalam kotak. Semua kenangan Pearl akan disimpan di dalam kotak tersebut. Telatah April terbayang di ruang mata KJ. Beberapa minggu dia bersama hantu April itu memang menghiburkan hati.

Esok, dia akan pergi melawat April. Beberapa lirik lagu di atas kertas itu KJ capai. Lirik lagu kesukaan April. April yang menulisnya. KJ tersenyum sendiri. April punya sikap yang berbeza dari Pearl. April sentiasa menceriakan.

“April…”
April terjaga dari tidurnya. Bayangan lelaki dalam mimpinya itu memanggil namanya lagi. Siapakah gerangan lelaki itu? Kenapa April tidak nampak akan wajahnya?

April bangun dan membuka jendela. Dia memandang ke langit. Malam itu cahaya bulan sangat terang. Rambut April yang mulai panjang itu terbuai dengan desiran angin malam.

1 comment: