Wherever You Are
I Always Make You Smile
Wherever You Are
I’M Always By Your Side
Wherever You Say
Kimi Wo Omou Kimochi
I Promise You Forever Right Now
I Always Make You Smile
Wherever You Are
I’M Always By Your Side
Wherever You Say
Kimi Wo Omou Kimochi
I Promise You Forever Right Now
KJ
memainkan lirik lagu di dalam nota itu buat April. April mendengarnya dengan
khusyuk. Suara KJ memukau hatinya namun dia tidak mengenali KJ. Dia hanya tahu
KJ datang sebagai tetamunya.
April
tidak melarikan anak matanya dari terus memandang wajah KJ. April seakan
mengingati sesuatu tetapi dia tidak bersuara.
April
bertepuk tangan sebaik KJ menghabiskan lagunya. Tetamu ayahnya ini memang
seorang penyanyi yang hebat pada April.
Puan
Rebecca menghidangkan air buat KJ. Dia gembira kerana suasa rumah agam ini
sudah berseri semula sejak kepulangan April.
“Macam
mana dengan luka di kepala awak?”
“Sudah
beransur pulih.”
“Baguslah.”
Di
mata KJ ini bukan lagi hantu April. Di matanya itu adalah April yang masih
berafas.
“Mana
ayah ni?”
“Ayah
kamu masih berada di pejabat.”
Tidak
elok ayah biarkan tetamunya menunggu lama.” Gumam April.
Puan
Rebecca tahu yang kedatangan KJ ini adalah untuk bertemu dengan April.
“Kalau
begitu April temankan KJ. April berbual dengan dia.”
“Okay
saja.”
April
menyuapkan biskut ke dalam mulutnya. Gelagatnya itu menjadi perhatian KJ.
Telatah yang sama ketika April bersamanya.
“Kenapa
awak senyum?”
KJ
menekup mulutnya.
“Maaf…”
“Awak
ni bila dilihat dari dekat comellah.” Spontan April menyentuh wajah KJ.
“Lelaki
tak comellah.”
Dahi
April berkerut.
“Saya
macam pernah dengar kata-kata ini.”
“Tapi
awak sudah melupakannya.”
April
menggigit jari.
“Ya…macam
ada sesuatu yang saya terlupa. Otak saya sudah tidak berfungsi dengan baik.”
Desis April.
“Awak
tak boleh mendesak otak awak untuk mengingatinya. Saya tak mahu lihat awak
sakit.”
“Tapi…saya
macam kenal awaklah.” April mengusap wajah KJ.
Mata
mereka bersatu. Kali ini lebih lama.
April
pantas melarikan anak matanya. KJ hampa. Mungkin April tidak akan mengingatinya
lagi. KJ menyerahkan nota lagu tersebut kepada April.
“Untuk
saya?”
“Ya…sebab
lagu ini awak yang tulis.”
“Emmm…”
Betul
itu tulisan tangannya. Tapi bagaimana pula boleh berada dengan lelaki ini?
“Saya
perlu balik. Ada urusan lain yang perlu saya segerakan.” KJ bingkas bangun.
“Awak
tak mahu tunggu ayah saya?”
“Lain
kali saya datang lagi.”
“Baiklah.”
April
menghantar KJ di muka pintu.
“Nanti
dulu.” April menahan. Dia cium pipi KJ. Satu lagi tindakan spontan dari April.
KJ
meraba pipinya.
“Awak?”
April
tersenyum.
KJ
menunggang motorsikal besarnya….
SUSUK
tubuhnya sama dengan lelaki di dalam bayangan aku itu. Aku yakin KJ adalah dia.
Aku mensti emncari jawapannya.
April
curi-curi masuk ke dalam bilik Pearl. Gambar-gambar KJ berada di dalam album
gambar Pearl. Kemudian dia membuka laptopnya dan mencari-cari blog milik Pearl.
Sebelum
ini dia memang suka melihat blog Pearl. Bayang-bayang wajah KJ mula menerpa ke
dalam minda April. Dahinya sudah dipenuhi dengan peluh dingin. April cuba
melawan kesakitan di kepalanya.
“KJ…”
Pandangan
mata April mulai kelam. Dia masih cuba mendapatkan jawapan bagi
gambaran-gambaran yang muncul. April tercungap-cungap di atas kerusinya.
“Betul,
bayangan dan suara lelaki itu adalah milik KJ.” Bisik hati kecilnya.
Dia gembira kerana suasa rumah agam ini sudah berseri semula sejak kepulangan April.
ReplyDeleteDi matanya itu adalah April yang masih berafas.
Aku mensti emncari jawapannya.
~ala..April xingt KJ lagi ke??huhuhuu