Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, March 7, 2013

Midnight - Part 19



“AWAK sudah berputus asa?” Nikkie tepat memandang wajah sugul KJ. April pun satu. Entah bila ingatannya mahu pulih. Orang lain dia ingat hanya KJ yang dilupai. Seksanya jika orang yang disukai melupakan kita.

“Saya sudah cukup gembira melihat dia bahagia.”
“Kj…awak tak boleh mengalah begitu saja.”
“Esok datuk saya akan datang. Saya akan balik korea.”
Nikkie hela nafas kecil.

“Jadi…awak betul-betul akan balik ke sana.”
“Ya. Lagipun saya tiada apa-apa lagi yang ada di sini kecuali kenangan.”
“Kenapa perlu ada kesudahan begini.” Nikkie pula merasa sebak.

“Ini namanya takdir.”
“Biar saya hentak kepala April semula. Mana tahu dia akan ingat awak.” Getus Nikkie.
KJ ketawa.
“Sesuka hati awak mahu hentak kepala orang ya.”
“Susah sangat mahu ingat.”

Walau singkat perkenalan Nikkie dengan KJ, Nikkie menyenangi KJ. Dia tidak hairan jika Pearl mahupun April akan jatuh cinta pada lelaki ini. KJ mudah mesra dan ada sesuatu yang istimewa pada KJ yang sukar untuk
Nikkie luahkan dengan kata-kata.

“Awak jagakan April bagi pihak sangat.”
“Jangan buat ayat sedih dengan saya.”
Nikkie mencebik.
“Awak sudah berputus asa dengan Jerry?”
“Em…”
“Masih cintakan dia?”
“Sikit.”
“Carilah dia. Ubati hati dia.” KJ tahu dalam hati Nikkie masih tertulis nama Jerry.
“Awak sudah maafkan Jerry?”
“Saya sukar nak maafkan apa yang dia lakukan pada April tetapi tiada manusia yang tidak buat silap kan? Mungkin saya patutkan maafkan dia sedangkan April masih boleh menerima dia sebagai seorang sahabat.”

Nikkie mengacau melarutkan gula di dalam kopinya itu dengan sudu.

“Perlukah saya mencari Jerry. Dia menolak cinta saya banyak kali.”
“Awak suruh saya cuba untuk memulihkan ingatan April pada saya tapi awak juga tak mahu mencuba untuk mengubati hati Jerry.”

“Saya sudah takut untuk mencuba. Soal cinta ini pernah membuatkan saya membenci pada
April. April pula menganggap saya sebagai sahabat baiknya.”
“Awak kena terus mencuba sebab Jerry tidak hilang ingatan seperti April.” KJ memberikan kata perangsang buat Nikkie.

Nikkie berfikir sejenak.
“Kj…terima kasih.”
“Saya yakin awak pasti akan Berjaya meraih cinta Jerry.”
KJ jongketkan kening.
Senyum Nikkie melebar.

“Kalaulah April tiada dalam hati awak, mesti saya pikat awak, KJ.” Nikkie mengusik.
“Apa salahnya…”
Mereka berbual hingga Nikkie meminta diri untuk kembali ke agensi tempat kerjanya. Dia perlu hadiri sesi pengambaraan iklan.

“Awak mahu ikut saya. April ada bersama saya nanti.”
“Tidak mengapa.” KJ menolak.
“Kalau begitu jumpa lagi.”
“Bye-bye.”


APRIL bercekak pinggang sebaik melihat kelibat Nikkie. Nikkie tersengih sambil menguis anak rambut yang terjuntai di dahi.
“Awak jumpa kekasih hati ya?”
“Jumpa kekasih hati awak?”
“Kekasih hati saya” Muka April berkerut.
“KJ…awak masih tak ingat dia?”
“Kj..”
“Emmm…”
“Oh! Lelaki yang suka mainkan lagu untuk saya bila dia datang menziarahi ayah saya.”
“Dia menziarahi awaklah. Buat apa dia nak menziarahi ayah awak pula. Lembab!” Nikkie menunjalkan jari telunjuknya pada dahi April.

“KJ itu teman lelaki saya ke?”
“Belum jadi teman lelaki lagi tapi awakkan suka pada dia.”
“Saya tak ingatlah.” April memicit kepala yang tidak sakit.
“Saya hairan tau. Orang yang paling dalam hati awak, awak boleh tak ingat dia. Hanya dia seorang sahaja yang awak lupakan.” Gerutu Nikkie.

“Saya betul-betul tidak boleh ingat.”
“Dia mahu balik ke korea. Itu sahaja yang boleh saya beritahu pada awak.”
Nikkie masuk ke tempat persalinan pakaian.

KJ menarik begnya keluar. Kunci bilik apartmen itu diserahkan kepada tuan empunya apartmen. Barang-barangnya yang lain sudah diangkat keluar dan dihantarkan ke korea. Semua diuruskan oleh datuk.

KJ menekan punat lif. Dia masih mengharapkan April akan muncul di hadapannya tika ini. Masa itu masih ada lagi untuk dia dan April. KJ sudah memaklumkan kepada datuknya yang dia mahu berisar-siar dipersekitaran kota ini sebelum mereka bertolak lewat malam nanti. 

1 comment:

  1. “Awak jagakan April bagi pihak sangat.”

    Mungkin saya patutkan maafkan dia sedangkan April masih boleh menerima dia sebagai seorang sahabat.”

    Orang yang paling dalam hati awak, awak boleh tak ingat dia.

    ReplyDelete