Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, February 21, 2013

Stalker - Bab 1


Prolog...

Dia heret dengan kasar gadis ayu itu masuk ke dalam lorong gelap yang sempit dan sunyi  Rontaan dan rayuannya langsung tidak diendahkan. Tubuh gadis itu dihenyakkan ke dinding batu. Dia cengkam wajah gadis malang itu. Bibirnya mengorak senyuman penuh makna. Gadis itu tidak mampu melawan. Kepalanya masih terasa pening dan khayal. Dia hentakkan kepala gadis itu pada dinding berulang-kali sehingga darah membasahi wajah ayunya. Gadis itu mengerang kesakitan. Dia ketawa kecil. Seronok memperlakukan gadis itu sedemikian. Hatinya berasa puas. Dia rentap kasar tudung ungu yang membaluti kepala gadis itu. Rambut si gadis yang ikal mayang itu terurai melepasi bahu. Dia gadis yang cukup menawan.

 “Me…me…mengapa?” Gadis itu memandang sayu meraih simpati. Darah tidak henti-henti mengalir dari luka di dahi dan bucu bibirnya. Dia berusaha untuk bangun namun tidak terdaya.

 “He…he…he…kau memang perempuan tidak berguna!” Leher gadis itu dicengkam kuat. Gadis itu mengalami sesak nafas. Mukanya mulai kebiruan. Dia tidak peduli kesakitan yang dialami oleh gadis itu. Apa yang ada di dalam kepalanyan ialah keseronokkan. Dia ketawa. Sebilah pisau dikeluarkan dari bajunya. Pisau itu diacukan pada wajah gadis itu. Tangan kasar itu menekup mulut si gadis. Hanya air mata yang mengalir bila wajah ayu itu dikelar-kelar tanpa belas kasihan. Dia ketawa kepuasan. 

Pisaunya mula menjalar ke pangkal leher si gadis. Dia sememangnya manusia berhatikan syaitan. Leher gadis itu dikelar hampir putus. Darah membuak keluar. Si gadis terkulai layu tidak bernyawa. Dia behenti dari ketawa. Dia pandang tubuh si gadis yang sudah menjadi mayat itu.

“Dah senyap. Kenapa kau tidak bersuara lagi.” Dia menggoncangkan tubuh gadis itu. Tiada reaksi. Lantas dia menampar muka gadis itu berkali-kali. Tidak juga bergerak. Tangan yang  berlumuran dengan darah itu mengusap wajahnya. Dia seakan gelisah pula. Dia bingkas bangun. Berjalan mundar-mandir. 

“Bodoh! Mengapa kau bunuh dia! Kenapa kau bunuh dia!” Dia memarahi diri sendiri. Dia pangku tubuh gadis malang itu. “Maaf…aku bukan sengaja nak menyakitkan kau. Aku tidak sengaja sayang.” Dia meratap sayu. Tubuh kaku itu dipeluk erat.seketika kemudian dia tolak kasar tubuh itu. Dia tertawa. Dia angkat pisaunya lalu bertubi-tubi dia menikam tubuh yang tidak bernyawa itu.

Mayat seorang gadis mahasiswa dijumpai oleh seorang pemungut sampah. Keadaan mayat gadis itu sungguh mengayat hati. Tragis dan mengerikan. Wajah gadis malang itu langsung tidak dapat dikenali. Hancur ditikam berpuluh-puluh kali. Begitu juga dengan tubuhnya yang hampir menampakkan isi perut. Orang ramai berpusu-pusu mengerumuni tempat kejadian. Barang-barang lain tidak terusik. Dompet dan pengenalan diri gadis itu masih berada dalam beg galasnya. Nyata orang yang melakukan pembunuhan itu syaitan yang bertopengkan manusia.

“Kamu sudah hubungi Inspektor Riyad?”
“Sudah tuan. Itu Inspektor Riyad.” Anggota polis itu menunding jari telunjuknya ke arah lelaki bertubuh tegap yang sedang menghampiri. Lelaki berusia dalam lingkungan 27 tahun itu tampak cemas. ASP Syukri menarik nafas panjang. 

“Inspektor Riyad….” ASP Syukri tidak mampu meneruskan kata-katanya. Lelaki itu tundukkan kepala seakan tidak sanggup memberitahu kenyataan yang sebenar. Malah dia juga tidak mampu menatap wajah anak muda itu.
 “Tuan…” Anggota polis itu memandang hiba. Dapatkah lelaki itu menghadapi kenyataan? Inspektor Riyad kaku memandang mayat yang ditutup dengan plastik hitam itu. Denyutan jantungnya semakin kencang. Manik-manik dingin memenuhi setiap inci ruang wajahnya.

“Riyad!” Dia tersentak apabila ASP Syukri menyentuh bahunya.

 Dia membuka langkah menghampiri mayat tersebut. Dalam hati dia berdoa gadis malang yang terbaring kaku itu bukan adiknya. Terketar-ketar tangannya menyingkap plastik hitam tersebut. Hancur luhur hatinya melihat wajah yang hancur ditikam itu. Anak matanya bulat membesar bila memandang pakaian yang dikenakan oleh gadis malang tersebut. Seluar jeans hitam dan t-shirt lengan panjang berwarna ungu. Tidak salah lagi, itu pakaian yang dipakai oleh adiknya semalam. Seorang anggota polis menyerahkan beg galas dan kad ID pelajar kepadanya. Sudah terbukti mayat yang terbujur kaku itu adalah adiknya, Atira!
             
“Ya Allah! Atira!” Dia lantas mendakap tubuh adik kesayangannya yang sudah kaku tidak bernyawa. Saat itu air mata lelakinya mengalir keluar.

“Atira! Atira bangunlah dik. Jangan takutkan abang!” Dia meraung sekuat-suat hatinya. Kejam! Sungguh kejam cara kematian adik kesayangannya itu. Beberapa anggota polis cuba menenangkan Inspektor Riyad. Naik gila lelaki itu dibuatnya. Dia benar-benar sukar menerima kenyataan adik kesayangannya itu sudah tidak punya walau satu hembusan nafas pun. 

“Bawa bertenang Riyad.” ASP Syukri turut merasai kesedihan  Inspektor Riyad. Dia sendiri sukar untuk mempercayai gadis malang itu adalah adik Inspektor Riyad.
 
“Atira maafkan abang, dik.” Jika malam itu dia menjemput Atira dari kelas malamnya tentu perkara ini tidak terjadi. 

Atira tidak kaku di situ. Atira masih berdiri, ketawa dan bergurau-senda dengan dia. Dia tidak patut biarkan Atira pulang sendirian. Dia penyebab kematian Atira. Fikirannya kosong. Kejutan hebat itu menyebabkan Inspektor Riyad hampir jatuh terjelepuk di situ. Mujur ASP Syukri sempat memaut tubuhnya. ASP Syukri meminta dua anggota polis membantu dia memapah Inspektor Riyad masuk ke dalam ambulans.

“Bertenang Riyad. Bertenang.” Sayup-sayup kedengaran suara ASP Syukri ke dalam telinganya. Seketika kemudian dia sudah tidak ingat apa-apa lagi. Pandangan matanya gelap-gelita.

 1

“HELLO…Hello siapa yang bercakap ini. Setiap kali buat panggilan senyap saja tidak mahu bersuara. I buat report polis nanti.” Julia merengus geram. Dia hempaskan telefon bimbitnya. Perbuatan Julia menjadi perhatian teman-teman sekerjanya.

“What wrong Ju? You ada problem ke?” Tegur Gina teman baiknya. Julia gelengkan kepala.
“Don’t worry I tak apa-apa.” Desis Julia. Dia lepaskan rambut yang disanggul rapi itu.
“Are you sure?” Gina masih rasa sangsi.
 “I okay. Just tertekan dengan kerja saja.” Julia menepuk bahu Gina.

 Gina mengeluh kecil. Julia jenis yang suka menyimpan rahsia. Bukan dia tidak tahu dengan masalah Julia. Pastinya dari gangguan telefon bisu itu. Entah siapalah yang mempermainkan Julia. Adakah Nureen? Apa tidaknya, mereka kini bermusuhan kerana Khalil. Lelaki berhidung belang itu.
 
Julia mengemaskan pakaiannya masuk ke dalam beg. Sesi penggambaran telah selesai setengah jam tadi. Lega rasanya. Esok bolehlah dia hilangkan stress dengan berehat di rumah sepanjang hari. Panggilan Khalil juga tidak dibalas. Berderet missed call dari Khalil dalam telefon bimbitnya. Dia buat tidak endah. Malas dia mahu melayan lelaki berhidung belang itu. Mengaku bujang rupanya sudah berkahwin. Tidak dia sangka isteri Khalil adalah Nureen. Mengamuk sakan Nureen bila dapat hidu perhubungan antara dia dengan Khalil. Bukan salah dia. Dia tidak tahu-menahu yang Khalil sudah berkahwin. Nureen pula merahsiakan perkahwinan mereka. Menyesal dia menerima cinta Khalil tanpa unsul periksa. Sudahnya Nureen masam muka dengannya. Tidak bertegur-sapa.
              
“You tak nak ikut kita orang pergi enjoy malam ini.”
“I letihlah malam ni G ina. I nak balik rumah tidur.”
“By the way I balik lambat malam ini. Maybe I tidur rumah Mala. You tak takut tinggal rumah seorang.”
“Kalau setakat disakat hantu tu I boleh tahan lagi Gina. Kucing you pun ada temankan I.” Julia tersengih. Boleh dia buat lawak masa ini. 

“If dah itu kata you, I tak paksa. Pastikan you kunci semua pintu dan tingkap. Jangan lupa kasi si Montel I makan. Kucing I itu bukan you tak tahu pantang lewat sikit bagi makan mulalah dia memprotes.” Pesan Gina. Bagaimana pun Gina masih bimbangkan keselamatan Julia. Entah mengapa malam itu dia rasa tidak sedap hati.
“Okay Ju. Take care.”
“You too.” Gina berlalu pergi menyertai teman-teman yang lain.

Julia memerhati sehingga teman-temannya itu hilang dari pandangan mata. Dia hela nafas panjang. Pantas tangannya menarik beg galas ke bahu. Dia berjalan menuju ke pintu lif.  Beberapa minit kemudian dia sudah berada di tempat letak kereta. Julia masukkan beg galasnya dalam  bonet kereta. Ketika dia ingin melangkah masuk ke dalam perut kereta telinganya menangkap bunyi derapan tapak kasut. Julia segera berpaling. Tiada sesiapa. Dia terasa seperti diekori tadi. Khalayan dia agaknya. Julia masuk ke dalam kereta. Enjin kereta Volvo berwarna putih itu dihidupkan.
             
12.30 Malam. Bunyi desiran air mencurah-curah di dalam bilik mandi. Alunan muzik ringan dimainkan dalam ruang bilik yang agak luas itu. Julia melangkah keluar dari bilik mandi. Dia menyarungkan baju tidur nipis memperlihatkan lekuk tubuhnya yang langsing. Dia duduk di birai katil sambil menyisir rambut separas pinggang itu.
            
 Bunyi deringan telefon ruang tamu buat Julia bergegas keluar. Dia angkat ganggang telefon.
              
”Hello...”          
Senyap.
”Hello...siapa di sana?” 
Senyap.
  
”Kamu lagi. Mengapa kamu suka ganggu I! Kamu sudah melampau! Kamu juga yang mengirim berpuluh-puluh surat kosong kepada I. Apa motif kamu buat begitu? Kamu buat panggilan begini lagi I akan adukan pada pihak polis.” Marah Julia.

”He...he...he...” Bunyi ketawa seakan berbisik itu buat darah Julia menyirap. Dia hempaskan ganggang telefon. 

Julia tersentak mendengar bunyi deraian gelas di sudut dapur. Berdebar-debar jantung Julia dicengkam rasa takut. Dia mengambil sebilah gunting bersamanya. Julia menghendap perlahan ke ruang dapur. Satu bayangan hitam pantas menerpa ke arah Julia. Dia angkat kedua belah tangannya.
            
“Argh!!” Julia menjerit lantang. Terasa pedih pada lengan kirinya. Gunting dalam tangan terlepas dari pegangan.
             
“Meow...” Bunyi itu amat Julia kenali. Dia mengurut dada tanda lega. Rupanya si Montel kucing kesayangan Gina. Julia cekak pinggang dengan kenakalan Montel. Senyuman terukir di bibir. Julia mendukung Montel ke ruang tamu. Dia labuhkan punggung atas sofa. Tangan mengusap-usap bulu Montel yang lembut. Montel lena dalam ribaan Julia. Montel kacukkan kucing Parsi dan kucing biasa. Gina membela Montel  dari kecil lagi. Kucing itu diberikan oleh teman lelaki Gina sebagai hadiah jadi. Bertuah Gina mempunyai teman lelaki yang begitu baik dan penyayang.
            
Montel tiba-tiba bingkas bangun. Matanya bulat membesar. Meremang bulunya. Montel tampak garang seakan melihat sesuatu.
            
“Sayang kenapa ni?” Julia mengusap kepala Montel. Tidak pernah dia lihat Montel mempunyai reaksi begitu sekali.
             
“Kamu nampak apa Montel?” Julia memalingkan kepalanya ke belakang. Belum sempat dia mengeluarkan suara, mulutnya telah ditekup. Montel turun dari ribanya lalu menyorok di bawah meja tamu. Julia meronta-ronta bergelut dengan tetamu tidak diundang itu. Tubuhnya terbaring atas lantai. Julia tidak berdaya untuk melawan lagi.
            
“Wanginya rambut kau.” Dia mencium rambut Julia. Julia tidak dapat bersuara atau menjerit. Mulutnya ditutup serapat-rapatnya. Ketakutan jelas terpamer pada wajah putih bersih itu. Bulat mata Julia bila sebilah pisau diacukan ke mukanya. Julia memandang sayu memohon simpati. Pisaunya mula menjalar hingga ke pangkal leher. Air mata Julia sudah mula mengalir. Dia mengorak senyuman. Sepantas kilat leher Julia dikelar hidup-hidup. Julia mengelupur seperti ayam kena sembelih. Darah membuak keluar. Tidak cukup dengan itu, dia menikam tubuh Julia bertubi-tubi sehingga gadis itu tidak bergerak. Matanya terbuntang luas. Julia sudah putus nafas.
             
Si pembunuh mengusap-usap lembut wajah yang berlumuran dengan darah itu. Dia tunduk untuk mendengar denyupan jantung Julia. Dia kerutkan dahi. Tubuh Julia digoncangkan beberapa kali. Julia tidak juga memberikan sebarang reaksi. Julia benar-benar sudah tidak bernyawa. Dia ketawa mengekeh.
            
“He...he...he...dia dah mati. Dia dah mati. Kau dah bunuh dia.” Dia berbicara sendiri. Dia melihat darah yang mencemari sarung tangannya.
             
“Jahanam kau! Kenapa kau bunuh dia!” Tidak tahu dia memarahi siapa. Sedang-
kan hanya dia dan mayat Julia berada dalam rumah itu. Dia mengerang sambil menekup kepalanya. Dia menangis di sisi mayat Julia seketika. Kemudian dia termanggu sendirian. Akhirnya dia ketawa mengekeh.
             
“He...he...he...kau dah tidur. Lena kau tidur.” Dia membelai rambut Julia. Dia bongkokkan tubuh lalu mengangkat tubuh kaku Julia. Dia kendong mayat Julia masuk ke bilik tidur. Julia dibaringkan atas katil.
           
“Permaisuriku aku ada hadiah istimewa buat kau. Kau pasti menyukainya.”

Gina memulas tombol pintu. Hairan kerana pintu utama rumahnya tidak berkunci. Gina letakkan beg tangan atas sofa. Dalam hati Gina mengeluh kecil dengan sikap Julia. Cuai benar. Keluar sampai tidak kunci pintu rumah. Kalau dimasuki pencuri bagaimana? Habis harta benda mereka dikebas. Dia bersandar seketika atas sofa.
             
“Meow...” Gina dikejutkan dengan bunyi si Montel. Montel menggesel-gesel kakinya. Gina angkat tubuh Montel duduk atas ribaannya.
             
“Kau belum makan lagi ya Montel. Ju ni tak boleh harap langsung.” Bebel Gina sendirian. Angin dia kurang baik. Malam tadi dia terserempak Faiz berkepit dengan perempuan lain di kelab malam. Dia serang Faiz tanpa berfikir panjang. Faiz dengan selamba memutukan perhubungan mereka malam itu juga. Sakit hati Gina. Malu pun dapat. Tidak sangka Faiz berubah begitu cepat. Faiz bukan lagi lelaki yang dia kenali dulu. Gina mengesatkan air matanya. Dia dukung Montel ke ruang dapur. Makan bijirin berjenama Whiskas itu ke dalam mangkuk sederhana besar. Dia suakan kepada Montel. Lahap Montel meratah makanan kegemarannya itu.
             
Gina bingkas naik ke tingkat atas. Dia lihat pintu bilik Julia terbuka luas. Gina kerutkan dahi. Pelik. Julia tidak pernah membiarkan biliknya tidak berkunci. Apakah gadis itu berada di dalam biliknya? Julia merengus kecil. Dia melangkah masuk. Bilik tersebut agak gelap. Gina gelengkan kepala bila terpandang susuk tubuh yang berselubung atas katil.

“Ju...matahari sudah tegak atas kepala kau masih tidur lagi.” Desis Gina. Dia menarik langsir yang menutup jendela. Pancaran cahaya matahari menembusi ruang dalam bilik itu. Gina  menghampiri Julia yang disangka sedang tidur.

Tubuh Julia digoyangkan lagi. Masih tiada reaksi. Gina rasa tidak sedap hati. Julia tidak bergerak langsung. Matanya terpaku pada warna merah yang melekat pad selimut Julia. Warna merah seakan darah! 

“Ju...Ju...wake up.” Gina menggoncangkan tubuh Julia. Tiada reaksi. Tidur mati betul si Julia itu. “Ju...Ju...you tak panas ke berselubung begini?” Getus Gina.

“Ju...you jangan takutkan I.” Gerutu Gina. Tangan Gina pantas menyingkap selimut pada tubuh Julia. Bola mata Gina bulat membesar. Julia yang berlumuran darah terbaring atas tilamnya. Gina menekup mulut melihat leher Julia yang hampir putus itu tanpa kedua belah biji mata.
 
“Julia!!!” Gina menjerit sekuat-kuat hatinya.

6 comments:

  1. Err..sungguh real..ni smpai bab bpe pulak kak ya?

    ReplyDelete
  2. b0leh bayangkan pe perasaan Gina mse tgok mayat jue...mau tr0ma...huhuhuu

    ReplyDelete