Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Tuesday, February 26, 2013

Stalker - Bab 4



Sesi fotografi hari ini sungguh memenatkan Nureen.  Nasib baik budak photographer itu kacak orangnya. Kalau tidak alamatlah kena sembur. Banyak sangat komen dari mulut anak muda itu. Ada saja tidak kena dari pandangan matanya. Nureen melemparkan senyuman manis pada Danny, photographer baru di Chythia Model Agency. Danny tidak membalasnya. Anak muda itu segera menyimpan kameranya di dalam beg.

“I perlu beredar sekarang. I ada kerja lain diluar.” Ujar Danny. Nureen mencebik.

Dalam hati Nureen gembira bukan kepalang. Musuh ketatnya sudah tiada. Padan muka dengan perempuan itu. Sejak kehadiran Julia dia bagaikan terpinggir dalam dunia peragaan. Julia bolot segala-galanya daripada dia. Ada show sana ada show sini semua Julia yang kebas. Dia sakit hati. Dendamnya pada Julia sudah terbalas walaupun bukan dia yang melakukannya. Dia akan rampas balik apa yang Julia rampas darinya. Dan Khalil semestinya akan kembali ke sisi dia. Nureen melirik senyuman di bibir.

“Reen ada polis nak jumpa you!” Wajah Dino terpacul di muka pintu. Nureen tersentak. Kenapa pula polis ingin berjumpa dengan dia?
“Cepatlah Reen!” Getus Dino. Dino dengan lemah-gemalainya menarik lengan Nureen. Nureen terpaksa mengikut langkah Dino.

Pintu bilik tetamu itu dikuak. Detektif Heris dan Detektif Ridhuan melemparkan senyuman.

“Sorry…Reen I kenalkan pada you ini Detektif Heris dan yang macho itu Detektif Ridhuan. Mereka datang nak interview you pasal kes bunuh Julia.” Dino sempat mengenyitkan mata kepada Detektif Ridhuan. Detektif Heris ketawa kecil dengan gelagat Dino. Detektif Ridhuan jungkit bahu. Nureen melabuhkan punggung atas sofa diikuti oleh Dino. Nureen menyilangkan kaki hingga menampakkan betisnya yang putih dan gebu itu. Detektif Heris kerling Detektif Ridhuan di sebelahnya. Perempuan ni…

“Maaf sekiranya kedatangan kami mengganggu Cik Nureen.” Detektif Heris memulakan bual bicara.

“Em…Apa tujuan encik polis berdua nak berjumpa dengan I. Setahu I, I tak tiada buat kesalahan undangn-undang yang besar. Setekat saman kereta itu adalah.” Balas Nureen.
“Kedatangan kami bukan kerana saman kereta Cik Nureen tapi berkaitan kes pembunuhan Julia Hussain.” Jelas Detektif Heris. Dia mengeluarkan sebuah alat perakam. Segala perbualan mereka akan dirakamkan nanti. Keadaan itu buat Nureen tidak selesa.

“Apa kena mengena pula pembunuhan Julia dengan I. Hey! You all jangan nak tuduh I bunuh perempuan itu pulak. I saman you all nanti!” Gerutu Nureen. Terjegil biji matanya. Detektif Heris memandang Detektif Ridhuan. Kerek punya perempuan.

“Cik Nureen kami tidak bermaksud begitu. Kami tidak kata Cik Nureen bunuh Julia Hussain. Kami hanya menjalankan tugas yang diberikan kepada kami. Cik Nureen cuma sekadar tersenarai antara suspect pembunuhan Julia Hussain. Harap Cik Nureen boleh memberikan kerjasama.” Detektif Heris masih berlembut.

What! I antara suspect pembunuhan perempuan itu. How dare you! Walaupun I benci sangat pada Julia but I tidak sampai tahap nak bunuh dia!”
“Reen tak baik you berkelakuan kasar gitu. You macam perempuan datang bulan pula. Buat apa nak marah-marah jika you tak bunuh Julia.” Dino mencelah. Nureen menjegilkan biji matanya sebesar mungkin. Dino buat selamba. Dia tidak takut. Nureen tidak berani nak belasah dia depan dua anggota polis itu.

“Satu lagi you tu tak sedar-sedar lagi ke yang you dah tak layak di panggil Cik. You sudah bergelar Puan Nureen.” Tambah Dino lagi. Menyirap darah Nureen dibuatnya.
Dino sengaja mencari nahas.
“Sotong you jangan campur urusan peribadi I. You nak I jadikan you sotong bakar!” Desis Nureen.

“Eeeeiii…takutnya I.” Dino buat muka mengejek.
“Maaf…benarkah Cik Nureen ini sudah berkahwin?” Detektif Ridhuan menyampuk. Tidak boleh dibiarkan Nureen dan Dino saling bertelagah. Tugas mereka akan terganggu nanti. Nureen telan air liur. Berita tentang dia sudah berkahwin itu sudah tersebar luas. Semuanya gara-gara gadis wartawan tempoh hari.

“Ya…kenapa salahkah?” Lambat-lambat Nureen menjawab soalan yang diajukan.
“Jadi berita itu bukan semata-mata khabar anginlah. Benarlah Cik Nureen dan Khalil adalah pasangan suami isteri?” Nureen angguk lemah. Sampai bila dia perlu menutup rahsia itu.

“Kami sudah tiga tahun berkahwin. Kami nikah secara rahsia di sempadan. Saya yang minta perkahwinan itu dirahsiakan. Julia juga tidak tahu perkara itu.”
“Berapa lama Cik Nureen mengenali mangsa? Sya difahamkan Cik Nureen dan mangsa pernah bersahabat baik sebelum bermusuhan.?”
“Hmm…I mengenali mangsa sejak di bangku sekolah lagi. I kakak angkat dia ketika itu. I yang bawa Julia masuk dalam dunia modeling ni. I ada beri amaran pada Julia agar jangan mendekati Khalil.” Nureen mengeluh kecil.

“Jadi salah satu punca permusuhan Cik Nureen dan mangsa kerana seorang lelaki.” Nureen anggukkan kepala.
“Julia cantik dan masih muda. Dia boleh dapat lelaki yang jauh lebih baik dan punya kelas yang tinggi. Mengapa dia nak goda husband I jugak. Dia buat rumahtangga I bergolak.” Nureen menyuarakan  rasa tidak puas hatinya. “I berani mengatakan yang I begitu happy dengan kematian Julia.”

“Ju bukan seorang gadis yang tidak bertimbang rasa. Itu salah you Reen. You yang rahsiakan perkahwinan you itu. Pada I Khalil lari dari you because dia tak tahan dengan sikap cemburu you. Lelaki ni perlu dibelai dan dikasihi bukan hari-hari dimakin hamun you.” Bidas Dino.
“I memang jahat. Tapi sejahat-jahat I ini I tidak membunuh orang tahuh! Maybe Khalil yang bunuh Julia. Khalil pastinya sudah dapat hidu hubungan sulit Julia dengan beberapa lelaki VIP di luar sana.” Nureen melenting.

“Kenapa Cik Nureen sanggup tuduh suami Cik Nureen sendiri?” Desis Detektif Heris.
“I kenal benar dengan sikap Khalil. Dia selalu mengintip pergerakkan Julia. Mereka pernah bertelingkah bila Khalil nampak Julia berkepit dengan lelaki lain ke disko.”
“Terima kasih kerana meluangkan masa untuk kami.” Pita rakaman dimatikan. Detektif Heris dan Detektif Ridhuan bingkas bangun. Pada masa yang sama telefon bimbit Nureen berbunyi.

Excuse me.” Nureen pantas menjawab panggilan telefon itu. Berkerut-kerut dahi Nureen. Entah dia menerima panggilan dari siapa. Nureen mendengus lalu mematikan telefonnya.
“Gila!” Desis Nureen.

Sejak kebelakangan ini kerap benar dia menerima panggilan bisu. Bila di angkat senyap. Kadang-kala dia cuma dengar ketawa seakan berbisik. Siapalah yang berani mempermainkan dia.

“Apa pun pandangan you terhadap I, really…I bukan pembunuh Julia. Sekali pun kami sering bertegang leher but I still punya kewarasan akal fikiran dari melakukkan kerja tidak berperikemanusiaan itu.” Kedua-dua detektif muda itu sekadar menganggukkan kepala. Mereka berlalu pergi.

3 comments:

  1. Xlama lg nureen akn jadi mangsa...heeeeee

    ReplyDelete
  2. k0mp0m pasni julia lak yg jd mngsa....hihiii

    ReplyDelete