Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Friday, February 22, 2013

Stalker - Bab 3



Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Inspektor Riyad melaporkan diri awal pagi di ibu pejabat setelah cutinya ditarik balik. Kes pembunuhan Julia telah diserahkan sepenuh kuasa kepadanya. Dia dipertanggungjawabkan menyelesaikan kes pembunuhan tersebut. Inspektor Riyad meneliti fail kes pembunuhan Julia yang baru diperolehi dari Detektif Heris. Mungkin makan masa dua atau tiga hari lagi dia akan dapat laporan sepenuhnya dari unit forensik. Laporan bedah siasat juga masih belum dikeluarkan.

JULIA HUSSAIN – MODEL YANG BARU MENEMPAH NAMA DALAM DUNIA MODELING MATI DIBUNUH DENGAN KEJAM.

Tajuk utama di muka surat pertama akbar itu buat Inspektor Riyad terkesima. Cepatnya berita pembunuhan itu dicetakkan. Ini mesti kerja wartawan perempuan semalam. Sangkanya wartawan itu sudah tidak punya bahan buat cerita bila dia musnahkan pita recorder milik wartawan itu. Dia tidak boleh pandang rendah pada kebijaksanaan wartawan itu lagi. Inspektor Riyad melemparkan suratkhabar ke dada meja. Dia bersandar pada kerusinya. Dia menyelak helaian kertas dalam fail tesebut.

“Sebelum ini terdapat kes yang sama melibat dua lagi model jelita dibunuh dengan cara yang sama. Leher dikelar hampir putus, tubuhnya ditikam bertubi-tubi hampir hancur dan matanya dikorek keluar. Mata mangsa tidak dijumpai. Barangkali pembunuh sampai ia sebagai koleksinya.” Inspektor Riyad letakkan kembali fail itu di atas meja.
           
“Agaknya pembunuh sakit jiwa.” Sampuk Detektif Heris.
“Apa motif dia sebenarnya? Pembunuh nampaknya hanya memburu mangsanya dari kalangan model yang jelita.”
“Besar kemungkinan pembunuh gilakan gadis-gadis jelita. Terlalu fanatik terhadap kecantikkan hingga dia sanggup membunuh dan sasaran yang paling sesuai adalah model. ‘STALKER’ boleh dikaitkan dengan kes ini.” Detektif Heris membuat andaian.

“Kita tidak pasti sama ada ianya kerja seorang ‘STALKER’. Kita perlu menjalankan penyiasatan yang lebih terperinci. Heris saya mahu awak jalankan siasatan dengan kadar segera. Jangan terlepas walau seorang pun yang terlibat dengan Julia.”

“Baik tuan!”
“Saya akan minta Detektif Ridhuan untuk membantu awak.” Inspektor Riyad bingkas bangun.
“Buat masa ini Nureen dan Khalil adalah suspek utama kita dalam kes ini. Minta Detektif Elena selidik latar belakang kedua-dua suspek.”
“Baik tuan!”

Inspektor Riyad menekan butang interkom.

“Ya. Ada apa?”
“Tuan...seorang gadis bernama Gina di dalam talian ingin bercakap dengan tuan? Tuan mahu saya sambungkan?”
“Baik. Sambungkan pada saya.” Seketika Inspektor Riyad berbual di dalam telefon. Setelah ganggang diletakkan dia alihkan pandangan ke arah Detektif Heris semula.

“Heris ke rumah Gina sekarang.”
“Baik tuan.”

Mereka pantas mengatur langkah.
Gina tidak beralih mata menatap tag nama yang terpaku pada baju serangam Inspektor Riyad. Riyad Akashah. Nama itu memang sesuai sekali dengan orangnya. Bertubuh sasa dan tinggi lampai. Dia juga memiliki seraut wajah dan mata yang cukup menawan untuk memikat hati gadis yang melihatnya. Termasuk Gina.

Inspektor Riyad capai diari yang dihulurkan kepada Gina. Dia belek helaian setiap muka surat dalam diari tersebut. Catitan dalam diari banyak berkisar tentang kehidupan seharian Julia dan juga kisah cintanya. Tiada yang menarik. Namun mata Inspektor Riyad tertacap pada salah satu catitan pada pertengahan muka surat diari itu.

“Gina. Saya harap awak boleh berterus terang dengan saya.” Mata berwarna hazel itu merenung tepat ke dalam anak mata Gina. Gementar sedikit Gina dengan renungan tajam yang memukau itu. Perlahan-lahan Gina menganggukkan kepala.

“Julia pernah alami kemalangan yang mencacatkan wajahnya?”
“Apa maksud tuan?”
“Gina...awak fashion designer di Chythia Model Agency juga merangkap teman baik mangsa. Awak yang paling akrab dengan mangsa. Mangsa pernah melakukan plastic surgery untuk kecantikkan pada wajahnya.”

“Hah!” Mulut Gina terlopong besar. Julia buat pembedahan plastik. Kenapa dia tidak mengetahuiya. Setahu dia Julia tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan yang parah. Jadi kecantikkan pada wajah Julia adalah kecantikkan yang palsu.
“Cik Gina?”
“Saya tidak tahu akan hal terbabit. Arwah memang tidak pernah bercerita kepada saya. Saya memang teman baik dia tapi tidak semestinya semua rahsia dia saya tahu tuan.” Balas Gina.

Inspektor Riyad hulurkan kad yang tersisip dalam diari itu. Berkerut dahi Gina bila melihat nama yang tertera dalam kad tersebut.

“Awak kenal dengan Dr. Ikhwan Ruzair?”

Gina gelengkan kepala.

“Tuan!” Detektif Heris bergegas mendapatkan Inspektor Riyad. Sebotol pil ubat diserahkan kepada Inspektor Riyad.
“Julia ambil ubat penenang diri. Julia ada alami masalah psikologi?” Inspektor Riyad pandang Gina. Ada keluhan pada bibir gadis itu.

“Saya tidak tahu pula tuan. Arwah tidak suka orang lain ganggu privacy dia termasuklah saya teman baik dia sendiri.”
“Hmm...”

2.00 P.M. SURIA KLCC. Satu pertunjukkan fesyen sedang berlangsung dengan meriah. Model-model lelaki dan perempuan memperagakan pelbagai fesyen pakaian atas pentas. Muzik bergema bercampuk-aduk dengan keriuhan suara penonton. Benar-benar membingitkan telinga. Detektif Heris dan Detektif Ridhuan terpaksa bersesak dengan orang ramai. Sesekali Detektif Ridhuan merungut sendirian.

“Mana satu suspek  kita?” Tanya Detektif Ridhuan separuh berbisik.
“Itu...gadis yang memakai serba merah itu.” Balas Detektif Heris
“Cantik orangnya.”

Detektif Heris senyum kelat. Apa guna muka cantik kalau hati busuk. Cantik itu bukan setakat luaran saja tapi jua dalamnya. Detektif Heris membuka fail coklat yang di bawa bersamanya itu. Dia lihat butir-butir yang terkandung dalam fail tersebut.
Nureen Khan Idris. 27 tahun. Bekas model dari DREAM’S Agency. Dulu merupakan teman baik mangsa sekarang musuh ketat mangsa. Punca permusuhan. Mangsa dikatakan bercinta dengan suaminya, Khalil yang dikahwini secara rahsia.

Dino merungt-rungut sendirian. Angin dia dengan perangai Nureen yang mengada-ngada dan cerewet. Katanya pakaian rekaan Dino tidak menunjukkan bentuk tubuhnya yang langsing dan seksi itu. Rekaan Dino ketinggalan zaman. Dino tiada taste tinggi. Pedih telinga Dino dikritik oleh model jelita itu. Dihadapan Puan Chythia pula.

“Sabarlah Dino.” Pujuk Fiona yang kebetulan datang melawat temannya itu.
“Sabar you kata. Sabar I ada hadnya Fiona. Sejak Julia mati si Nureen tu makin naik tocang pulak! Meluat I tengok gelagat perempuan tu. Dahlah mulut dia laser sangat.” Bebel Dino. Fiona ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.

“Entah-entah Nureen yang bunuh Julia.”
“Mulut you jangan celupar Dino. Tak baik tuduh orang sebarangan.” Marah Fion.
“I pun sependapat dengan Dino. Nureen dengki dengan Julia kerana Julia lebih jelita dan popular dari dia. Julia pulak bercinta dengan Khalil seorang ahli perniagaan yang berjaya.” Sampuk salah seorang model di situ. Yang lain hanya menganggukkan kepala menyokong kata-kata temannya itu

“Tiba-tiba si Nureen itu mengaku Khalil husband dia. Mereka menikah di sempadan senyap-senyap. Tak faham aku konflik mereka bertiga itu.” Gerutu Dino.
“Benarkah khabar berita tu Dino. You jangan mereka-reka cerita pulak.” Fiona menjeling tajam Dino.
“I takkan cakap kalau berita itu tidak betul Fiona. I ada bukti.”
“Menarik. Cerita I pasti akan meletup kali ini.” Fiona mengulum senyuman.
“Shhh....dia datang sini”
Nureen kerling tajam model-model dalam bilik persalinan itu. Dia tahu mereka sedang mengutuk akan dirinya. Nureen buat muka selamba. Buat apa dia nak takut. Bukan dia yang bunuh perempuan tidak sedar diri itu.

“Hani! Hani! mana pulak budak make-up ni pergi. Make-up I dah luntur dimakan peluh ni.” Nureen memandang sekeliling. Jurumekapnya tidak kelihatan di situ. Fiona datang menghampiri.

“I boleh tolong make-upkan you..” Fiona menawarkan diri.
“Are you seriously. Don’t make me joke okay.”
“Trust me. I boleh buat lebih baik dari jurumekap you.”

“Okey. If sesuatu berlaku pada wajah I, I akan kerjakan wajah you comel itu.” Nureen memberi amaran. Fiona hanya tersengih. Dia kenyitkan mata pada Dino. Dino tahu kemampuan Fiona. Gadis itu sememangnya ada pengalaman dalam bidang solekkan. Model-model lain mencebik. Meluat dengan perangai angkuh Nureen.

2 comments:

  1. rasa macam nureen akan jadi mangsa seterusnnya ja .. hmm~

    ReplyDelete
  2. Mata mangsa tidak dijumpai. Barangkali pembunuh sampai ia sebagai koleksinya.”

    I akan kerjakan wajah you comel itu.

    ....................................................

    sape la yg bunuh d0rg tu sume erk..ermmm

    ReplyDelete