Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Saturday, March 16, 2013

Gadis Merah Jambu_Bab 8


(Soal Hati Dan Perasaan)


APA hal yang si Tony Eusuf jeling-jeling dia? Dia ada buat salahkah pada mamat seorang itu? Adreena tidak puas hati betul dengan tingkah laku Tony Eusuf pengurus kewangan baru di tempat dia bekerja. Kenapalah Encik Aliff ambil mamat ni bekerjasama. Kalau dia anak boss memang dia tendang Tony Eusuf keluar dari syarikat. Menyemak sungguh.
            
Muka cembrut Adreena disedari oleh Tony Eusuf. Gadis seorang ini memang tidak sukakan dia dari awal perkenalan mereka. Biasalah perempuan ini mula-mula tidak suka lama-lama nanti akan jatuh hati. Dia akan tuju dan lihat Adreena meluahkan perasaan pada dia. Yakin sungguh Tony Eusuf ni.
            
Adreena geram melihat muka berlagak bagus Tony Eusuf. Kalau sudah tahu tidak suka berambuslah cepat dari pantri ni. Dari tadi duduk tak bangun-bangun. Punggung dia sudah melekat pada kerusi ke? Adreena lihat cawan Tony Eusuf sudah tidak berisi air kopi lagi. Adreena menghirup perlahan milo panasnya. Dia buat tidak nampak saja si Tony Eusuf itu.
            
“Boleh I mintak milo panas you sikit?”
           
Esh! Tak malunya mamat seorang ni.
            
“Buat sendirilah.” Balas Adreena.
            
“Staf kena buatkan air  untuk orang atasnya.” Tony Eusuf angkat kening.
            
“Saya bukan staf Encik Tony Eusuf. Saya Staf Encik Aliff.” Adreena membalas.

Minta maaflah dia mahu berikan milo panasnya separuh kepada si Tony Eusuf itu. Encik Aliff pun tidak pernah menyuruh dia buatkan air. Jangan hendak mengadalah Tony Eusuf. Makcik tukang buat air pun ada.

“Melawan ya?”  Tony Eusuf jegilkan anak matanya besar-besar. Geram pula dengan gadis kecil molek itu. Tak padan kecil pandai melawan.

“Saya penyambut tetamu bukan tukang buat air. Lagipun masa temuduga tiada pula dalam senarai tugas saya kena bancuh air.” Selar Adreena.

Terkedu Tony Eusuf. Kemudian dia tersenyum. Tony Eusuf bingkas bangun merapati Adreena. Adreena tersentak. Segera dia menjauhi Tony Eusuf. Apa yang ingin lelaki itu lakukan pada dia? Turun naik nafasnya.

“Hahahaha…saya cuma mahu ambil pek milo segera itu saja.” Tony Eusuf ketawa. Gadis itu gelabah tidak tentu pasal pula.

Adreena gigit bibir. Esh! Buat suspen betul Tony Eusuf ini. Adreena tidak mahu tunggu lama-lama. Dia angkat kaki keluar dari pantri. Sesak nafaslah bertemu dengan lelaki-lekaki jenis begini. Si Taukeh kedai bunga itu pun sama. Dua kali lima. Aik! Taukeh kedai bunga pun dikaitkan sekali?

Janice kerut dahi melihat wajah cemberut Adreena. Teman itu selalu berseri-seri saja muka comelnya. Alih-alih sejak kelmarin asyik buat muka saja. Kan tak comel dah monyok macam itu. Ini mesti kerja Tony Eusuf. Janice tahu ammat itu ada di pantri bersama Adreena tadi.

“Si Tony tu apa-apakan kau lagi ke?”

“Esh! Mulut kau ni.” Adreena tarik pipi Janice. Janice menyeringai.

“Habis yang kau buat muka nenek kebayan ni, kenapa?”

“Aku cukup bengang dengan si Tony Eusuf itu. Ada saja benda yang dia nak perkenakan aku. Agaknya dia mahu aku letak jawatan?” Keluh Adreena.

Janice tertawa kecil.

“Siapa suruh kau anti dengan dia.”

“Aku tak sukalah. Dia baru kerja dekat sini suka suruh aku macam-macam. Tak kuasa tahu. Itu bukan bidang kerja aku.”

“Ala dia nak usik kau ajelah.”

“Usik…tolonglah. Itu bukan usik itu nak kulikan aku. Dia dengan taukeh kedai bunga tu memang sama je.”

“Kau rasa Tony Eusuf dengan taukeh kedai bunga sapa lebih baik?”

Adreena usap dagu.

“Taukeh kedai bunga kot.”

Janice tersenyum-senyum.

“Sikit aje ya. Sikit aje baiknya.” Adreena tidak mahu Janice salah sangka pula yang dia suka pada taukeh kedai bunga. Siapa yang mahu suka dengan lelaki beku dan dingin ais batu. Rumahtangga tak romantik nanti.

“Kalau kau suka pada taukeh kedai bunga pun apa salahnya. Taukeh kedai bunga pun menarik orangnya.” Terkerdip-kerdip mata Janice.

“Eeee…siapa suka mamat tu?”

“Hari-hari kau dapat bunga percuma.”

Adreena geleng kepala.

“Aku tak sudi.”

“Tak sudi konon. Abis hari tu dapat bunga ros merah tu apa?”

“Itu dia nak kasi aku ambiklah…”

Janice masih tersenyum-senyum.

JULIANA kasar merentap lengan Amreez. Dia cukup tidak berkenan bila Amreez asyik mahu melarikan diri dari bersemuka dengannya. Tambahan pula dengan pandangan dingin dari Amreez. Amreez Firdaus…kau lari sejauh mana pun akan ku kejar sampai dapat.
            
“Amreez…jangan cuba nak lari dari I!” Lenting Juliana.
            
Amreez merengus kasar. Dia paling tidak suka diperlakukan seperti seorang lelaki yang bersalah. Semua pengunjung kafe itu sudah memandang ke arahnya. Juliana tersenyum. Biasanya orang akan lebih bersimpati dengan kaum hawa berbanding kaum adam.
            
Bunga yang berada di tangan Amreez itu dia hempaskan ke dada meja. Amreez sedang menahan amarah yang meluap-luap di dada. Dia sudah puas menolak kenapa perlu dikejar lagi. Juliana masih tidak mengerti agaknya.

            
“Cik Puan Juliana, hal kita sudah tamat. Tiada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan.” Amreez tegak berdiri di sisi meja itu.
            
Juliana sudah duduk menyilangkan kaki. Jari telunjuknya bermain dengan lingkaran gelas berbentuk bulat itu. Matanya masih tertumpu pada keruh Amreez. Jika dia tidak menipu membeli bunga secara online di kedai bunga Amreez, dia tidak dapat bertemu dengan Amreez seperti sekarang.
            
“Amreez…please duduk dulu.” Desak Juliana.
            
“Saya masih ada banyak lagi urusan di kedai.”
            
Pantas Juliana mencengkam pergelangan tangan Amreez tanpa ada rasa segan silu. Dia tidak peduli dengan jelingan tajam Amreez.          
            
“Sini tempat umum.” Keras nada suara Amreez.
            
So what? You takut.”
            
“Cik Puan Juliana…jangan melampau.”
            
“Duduk Amreez. Kita berbual sebentar. Lima minit sahaja pun sudah cukup.” Juliana memujuk.
            
Akhirnya Amreez akur. Dia menarik kerusi di hadapan Juliana. Amreez melabuhkan punggungnya.
            
“Minum?”
            
Amreez menggeleng laju.
            
“Reez…” Juliana sudah menyebut nama panggilan Amreez. “I masih berharap you pulang ke syarikat. Syarikat perlukan khidmat you.”
            
“Saya dah kata yang saya tidak mahu kembali ke syarikat semula. Saya senang uruskan kedai bunga tu.”Amreez tetap dengan pendiriannya.
            
“Apa untungnya kedai bunga you itu?”
           
“Itu impian saya.”
            
“Impian? Impian bodoh!”
            
“Sudah cukup lima minit. Saya perlu gerak sekarang.” Amreez bangun. Dia terus membuka langkahnya.
            
“Reez!” Juliana meletakkan not sepuluh ringgit atas meja. Dia turut membuka langkah mengejar Amreez.

7 comments:

  1. best.... :) xsabar nk tnggu sambungn..

    ReplyDelete
  2. best..nak lagi kak ilya,x sbr nak tahu ending
    -farah syafira-

    ReplyDelete
  3. Izzati Aisyah Md Nor:

    alahai,mesti dalam hati Adreena dah bercambah perasaan suke dgn Amrezz..hihihi..

    x suke betul dgn Juliana..klau Amreez tak suke tu dahlah nak merayu-rayu bagai..gedik plak rasanya dia nie..huhuhu

    kak ilya,ada ayat typo..Sini "tetap" umum.../ Sini "tempat" umum..:)

    ReplyDelete
  4. Best..ada jgk yer pompuan mcm nie.. Dh tahu laki tu xsuka, still dok terhegeh- hegeh lagi..xmalu betoi..:-)

    ReplyDelete
  5. Bestt :) excited nk Tnggu ending ..

    Kimie Anuar

    ReplyDelete
  6. best... saya suka dgn citer ni >_<
    geram saya dgn watak juliana tu, dah org tak sudi masih nk terhegeh-hegeh tak malu betul...
    ~Rabiatul Adawiyah~~

    ReplyDelete