(Soal Hati Dan Perasaan)
APA hal yang si Tony Eusuf jeling-jeling dia? Dia ada buat salahkah
pada mamat seorang itu? Adreena tidak puas hati betul dengan tingkah laku Tony
Eusuf pengurus kewangan baru di tempat dia bekerja. Kenapalah Encik Aliff ambil
mamat ni bekerjasama. Kalau dia anak boss memang dia tendang Tony Eusuf
keluar dari syarikat. Menyemak sungguh.
Muka cembrut Adreena
disedari oleh Tony Eusuf. Gadis seorang ini memang tidak sukakan dia dari awal
perkenalan mereka. Biasalah perempuan ini mula-mula tidak suka lama-lama nanti
akan jatuh hati. Dia akan tuju dan lihat Adreena meluahkan perasaan pada dia.
Yakin sungguh Tony Eusuf ni.
Adreena geram melihat
muka berlagak bagus Tony Eusuf. Kalau sudah tahu tidak suka berambuslah cepat
dari pantri ni. Dari tadi duduk tak bangun-bangun. Punggung dia sudah melekat
pada kerusi ke? Adreena lihat cawan Tony Eusuf sudah tidak berisi air kopi
lagi. Adreena menghirup perlahan milo panasnya. Dia buat tidak nampak saja si
Tony Eusuf itu.
“Boleh I mintak milo
panas you sikit?”
Esh! Tak malunya mamat
seorang ni.
“Buat sendirilah.”
Balas Adreena.
“Staf kena buatkan air
untuk orang atasnya.” Tony Eusuf angkat
kening.
“Saya bukan staf Encik
Tony Eusuf. Saya Staf Encik Aliff.” Adreena membalas.
Minta maaflah dia mahu berikan milo panasnya
separuh kepada si Tony Eusuf itu. Encik Aliff pun tidak pernah menyuruh dia
buatkan air. Jangan hendak mengadalah Tony Eusuf. Makcik tukang buat air pun
ada.
“Melawan ya?” Tony Eusuf jegilkan anak matanya besar-besar.
Geram pula dengan gadis kecil molek itu. Tak padan kecil pandai melawan.
“Saya penyambut tetamu bukan tukang buat air.
Lagipun masa temuduga tiada pula dalam senarai tugas saya kena bancuh air.”
Selar Adreena.
Terkedu Tony Eusuf. Kemudian dia tersenyum. Tony
Eusuf bingkas bangun merapati Adreena. Adreena tersentak. Segera dia menjauhi
Tony Eusuf. Apa yang ingin lelaki itu lakukan pada dia? Turun naik nafasnya.
“Hahahaha…saya cuma mahu ambil pek milo segera itu
saja.” Tony Eusuf ketawa. Gadis itu gelabah tidak tentu pasal pula.
Adreena gigit bibir. Esh! Buat suspen betul Tony
Eusuf ini. Adreena tidak mahu tunggu lama-lama. Dia angkat kaki keluar dari pantri.
Sesak nafaslah bertemu dengan lelaki-lekaki jenis begini. Si Taukeh kedai bunga
itu pun sama. Dua kali lima. Aik! Taukeh kedai bunga pun dikaitkan sekali?
Janice kerut dahi melihat wajah cemberut Adreena.
Teman itu selalu berseri-seri saja muka comelnya. Alih-alih sejak kelmarin
asyik buat muka saja. Kan tak comel dah monyok macam itu. Ini mesti kerja Tony
Eusuf. Janice tahu ammat itu ada di pantri bersama Adreena tadi.
“Si Tony tu apa-apakan kau lagi ke?”
“Esh! Mulut
kau ni.” Adreena tarik pipi Janice. Janice menyeringai.
“Habis yang kau buat muka nenek kebayan ni, kenapa?”
“Aku cukup bengang dengan si Tony Eusuf itu. Ada
saja benda yang dia nak perkenakan aku. Agaknya dia mahu aku letak jawatan?”
Keluh Adreena.
Janice tertawa kecil.
“Siapa suruh kau anti dengan dia.”
“Aku tak sukalah. Dia baru kerja dekat sini suka
suruh aku macam-macam. Tak kuasa tahu. Itu bukan bidang kerja aku.”
“Ala dia nak usik kau ajelah.”
“Usik…tolonglah. Itu bukan usik itu nak kulikan
aku. Dia dengan taukeh kedai bunga tu memang sama je.”
“Kau rasa Tony Eusuf dengan taukeh kedai bunga sapa
lebih baik?”
Adreena usap dagu.
“Taukeh kedai bunga kot.”
Janice tersenyum-senyum.
“Sikit aje ya. Sikit aje baiknya.” Adreena tidak
mahu Janice salah sangka pula yang dia suka pada taukeh kedai bunga. Siapa yang
mahu suka dengan lelaki beku dan dingin ais batu. Rumahtangga tak romantik nanti.
“Kalau kau suka pada taukeh kedai bunga pun apa salahnya.
Taukeh kedai bunga pun menarik orangnya.” Terkerdip-kerdip mata Janice.
“Eeee…siapa suka mamat tu?”
“Hari-hari kau dapat bunga percuma.”
Adreena geleng kepala.
“Aku tak sudi.”
“Tak sudi konon. Abis hari tu dapat bunga ros merah
tu apa?”
“Itu dia nak kasi aku ambiklah…”
Janice masih tersenyum-senyum.
JULIANA kasar merentap lengan Amreez. Dia cukup tidak berkenan bila
Amreez asyik mahu melarikan diri dari bersemuka dengannya. Tambahan pula dengan
pandangan dingin dari Amreez. Amreez Firdaus…kau lari sejauh mana pun akan ku
kejar sampai dapat.
“Amreez…jangan cuba
nak lari dari I!” Lenting Juliana.
Amreez merengus kasar.
Dia paling tidak suka diperlakukan seperti seorang lelaki yang bersalah. Semua
pengunjung kafe itu sudah memandang ke arahnya. Juliana tersenyum. Biasanya
orang akan lebih bersimpati dengan kaum hawa berbanding kaum adam.
Bunga yang berada di
tangan Amreez itu dia hempaskan ke dada meja. Amreez sedang menahan amarah yang
meluap-luap di dada. Dia sudah puas menolak kenapa perlu dikejar lagi. Juliana
masih tidak mengerti agaknya.
“Cik Puan Juliana, hal
kita sudah tamat. Tiada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan.” Amreez tegak berdiri
di sisi meja itu.
Juliana sudah duduk
menyilangkan kaki. Jari telunjuknya bermain dengan lingkaran gelas berbentuk
bulat itu. Matanya masih tertumpu pada keruh Amreez. Jika dia tidak menipu
membeli bunga secara online di kedai bunga Amreez, dia tidak dapat bertemu
dengan Amreez seperti sekarang.
“Amreez…please duduk
dulu.” Desak Juliana.
“Saya masih ada banyak
lagi urusan di kedai.”
Pantas Juliana
mencengkam pergelangan tangan Amreez tanpa ada rasa segan silu. Dia tidak peduli
dengan jelingan tajam Amreez.
“Sini tempat umum.”
Keras nada suara Amreez.
“So what? You
takut.”
“Cik Puan Juliana…jangan
melampau.”
“Duduk Amreez. Kita
berbual sebentar. Lima minit sahaja pun sudah cukup.” Juliana memujuk.
Akhirnya Amreez akur.
Dia menarik kerusi di hadapan Juliana. Amreez melabuhkan punggungnya.
“Minum?”
Amreez menggeleng
laju.
“Reez…” Juliana sudah
menyebut nama panggilan Amreez. “I masih berharap you pulang ke syarikat.
Syarikat perlukan khidmat you.”
“Saya dah kata yang
saya tidak mahu kembali ke syarikat semula. Saya senang uruskan kedai bunga tu.”Amreez
tetap dengan pendiriannya.
“Apa untungnya kedai
bunga you itu?”
“Itu impian saya.”
“Impian? Impian bodoh!”
“Sudah cukup lima
minit. Saya perlu gerak sekarang.” Amreez bangun. Dia terus membuka langkahnya.
“Reez!”
Juliana meletakkan not sepuluh ringgit atas meja. Dia turut membuka langkah
mengejar Amreez.
best.... :) xsabar nk tnggu sambungn..
ReplyDeletebest..nak lagi kak ilya,x sbr nak tahu ending
ReplyDelete-farah syafira-
Izzati Aisyah Md Nor:
ReplyDeletealahai,mesti dalam hati Adreena dah bercambah perasaan suke dgn Amrezz..hihihi..
x suke betul dgn Juliana..klau Amreez tak suke tu dahlah nak merayu-rayu bagai..gedik plak rasanya dia nie..huhuhu
kak ilya,ada ayat typo..Sini "tetap" umum.../ Sini "tempat" umum..:)
Tq bgtau dear
DeleteBest..ada jgk yer pompuan mcm nie.. Dh tahu laki tu xsuka, still dok terhegeh- hegeh lagi..xmalu betoi..:-)
ReplyDeleteBestt :) excited nk Tnggu ending ..
ReplyDeleteKimie Anuar
best... saya suka dgn citer ni >_<
ReplyDeletegeram saya dgn watak juliana tu, dah org tak sudi masih nk terhegeh-hegeh tak malu betul...
~Rabiatul Adawiyah~~