Bila coke bertemu sundae - mini siri coke & sundae prolog
AKU memang tidak faham betul dengan anjing seekor ini! Antinya dengan aku makin menjadi-jadi. Pantang sungguh nampak muka aku yang maco ini? (Syakir memang selalu perah + santan = perasan) Ini mesti kes pasal kegagalan mengorat anjing bulu ciput sebelah rumahnya itu. Setiap pagi aku mesti buat larian seratus meter. Tegang otot-otot pada badan aku. Stamina pun sudah bertambah. Berkat dapat latihan percuma dari anjing kesayangan Mr. Chan.
Syakir behenti mengejut di depan pintu pagar sekolah. Ini lagi seorang yang anti sangat dengan dia. Ketua pengawas sekolah dia, saudari Nur Azyan memang pantang tengok muka dia yang maco ini (perasan lagi). Ada saja masalah yang Azyan akan timbulkan untuk mendenda lelaki idaman gadis-gadis sekolah ini. Konon-kononnya...
“Assalamualaikum cik pengawas.” Selamba Syakir bagi salam. “Tak jawab berdosa.” sambungnya lagi.
“Waalaikumusalam Encik Muhammad Syakir Bin Ilyas. Selamat pagi dan salam sejahtera. Sudah sarapan pagi ke belum?” balas Azyan.
Mak oi! Panjang ayat balasan dari Azyan. Syakir tersengih. Azyan melihat jam di pergelangan tangannya.
“Hari ini saya lewat tiga minit sahaja cik pengawas. Semalam saya lewat lima minit. Kiranya saya awal 2 minit. Ada kemajuan kan?” ujar Syakir.
Azyan angkat kepala merenung tajam jejaka perasan maco itu. Badan kurus macam cicak kobeng ada hati kata diri itu maco. Pigidah!
“Hari-hari muka awak saja yang lewat. Awak memang tidak tahu kira masa ya.” desis Azyan. Dia sudah mencatitkan nama Syakir dalam bukunya.
“Biasalah cik pengawas. Saya berjaga malam macam kelawar. Sayakan batman. Tugas saya menyelamatkan awek cun dari gangguan penjahat. Kalau cik pengawas cun pasti saya akan selamatkan cik pengawas jugak.”
Loyar buruk punya Syakir. Azyan mengetap bibir. Zamri hanya ketawa kecil. Syakir memang berani buat lawak kampus dengan Azyan.
“Banyaklah awak punya cun! Denda tetap denda! No excuse! Saya mahu awak jalan itik keliling kantin sekolah kita.” Azyan sudah menurunkan perintahnya.
“Ala…cik pengawas. Tiada hukuman yang ringan lagi ke? Kaki saya ni penat lari seratus meter tadi. Pagi-pagi saya sudah exercise dengan anjing Mr. Chan tau.” Syakir buat muka simpatinya.
Dia berharap Azyan akan bersimpati dengan dia. Minta maaflah…
“Itu bukan masalah saya. Itu masalah awak dengan Donnie.” Azyan memang tidak beri muka kesian langsung! Dasar perempuan gila kuasa! Diktator! Benci-benci!
Syakir menghela nafas kecil. Muka maco macam dia kena jalan itik. Jatuh saham siot!

MUHAMMAD Syakir Bin Ilyas. Jejaka mulut tidak berinsurans itu memang selalu menaikkan darah aku sampai ke tahap yang tidak boleh dikawal. Pertemuan pertama kami pun sudah ada bibit-bibit untuk menjadi musuh ketat. Dasar cicak kobeng! Dia ingat dia bagus sangat. Aku tidak faham macam mana budak bermulut lancang itu menjadi pelajar terbaik sekolah dalam bidang akademik. Belajar pun tidak bersungguh-sungguh. Syakir memang suka tidur dalam kelas. Tahap displin pun tidak sampai lima puluh peratus.
Sehari kalau tidak bertekak dengan Syakir memang tidak sah! Syakir kalau bercakap ikut sedap mulut saja. Azyan memang tidak boleh lupa apa yang Syakir cakap depan rteman-temannya. Maruah ini tercalar tahu! Maka dia isytharkan perang dengan Syakir. Siapa yang berani jadi orang tengahnya memang kena libas dengan Azyan.
Azyan mengusap dagu. Buku yang sedang dibacanya itu sudah tidak mahu ke dalam saraf otak. Otaknya sudah mengelamun pasal budak tingkatan enam atas yang patutnya berpangkat abang pada dia yang baru berada di tingkatan lima ini. Nak panggil Abang Syakir….rasa loya anak tekak ni!
“Woi!” Salwa sergah Azyan dari belakang.
“Opocot! Bom atom meletup! Hantu kau Wawa!” Azyan melatah. Salwa ketawa mengekeh.
“Kau angaukan sapa Yan?” Salwa mengangkatkan keningnya.
Azyan mengetap bibir. Ini lagi seorang kaki penyibuk.
“Aku sedang menelaah bukulah. Esokkan ada exam.” Azyan menayangkan buku lukisan kejuteraannya.
“Jangan nak kelentong dengan akulah. Kau angaukan Syakir kan.”
“Tiada maknanya aku nak angaukan cicak kobeng tu! Ayah aku cakap masa sekolah tak boleh cinta-cinta tau!” gerutu Azyan.
Salwa tersengih. Ala mana ada budak lelaki sukakan gadis nerd macam Azyan ini. Garang nak mampus! Rupa pun sudah macam Tuan Mejar Idris.
“Yan! Petang nanti kau lapang tak?” Salwa sudah memaut bahu teman baiknya itu.
“Lapang kot? Kenapa?”
“Jom! Ikut aku pergi tengok futsal.”
“Futsal? Kalau aku pergi mesti bodyguard aku nak ikut.” Azyan mencebik. Siapa lagi yang dia maksudkan kalau bukan Azuan dan Anuar.
“Ala…bawa sekalilah kalau abang-abang kau.”
Azyan membisu seketika. Tidak seronoklah kalau Azuan dan Anuar ikut bersama mereka. Macamlah dia tidak tahu jaga keselamatan sendiri. Kalau dia menipu berdosa pulak. Ayah tidak mengajar anak-anaknya menipu. Azyan mengaru kepala.
syakirrr...wah rindu cerita ni.... suka tgk dorg gaduh2 manja..sweet..hihi
ReplyDeletewahhhhhhh.... best la kak ya... ini lah yang dikatakan jangan benci sesorang sgt nnt jatuh cinta hehehe...
ReplyDeleteketua pengawas mmg wajib garang laa..klao cik pengawas nie lagi garang plu kejam mesti lgi menarik :)
ReplyDelete-nur athira-
rindu dgn NUr Azyan & Muhammad Syakir <3 <3 .. miss so much
ReplyDeleteWah beznye kak ilya..rindu cgt gan syakir n azyan...best cgt cite nie...xsbr nk tunggu smbgannye...♥♡♥
ReplyDeletewaa,,terubat indu dekat azyan & syakir..hehe..:)
ReplyDeleterindu sgt kt syakir & azyan bla diorg bergaduh....mulut kta benci tp ati kta syg....xsbr nk mengikuti kisah setrsnya di antra coke & sundae yg sweet ni... <3 <3
ReplyDeleterindu cicak kobeng , azyan jugak . x jemu nk baca . walaupun daa adee novel ni . jgn benci2 kang lame2 msti t'sangkut punye . ahahah . :)
ReplyDeleteAlahaiii... best3... ♥♥♥♥
ReplyDeletecoke n sundae prolog ni same dengan coke n sundae novel ea??? best la lau same... hehehe
ReplyDelete-netysiregar-
Rindu dgn syakir..... In love with him. Anjinf eh? Haha.. Sadis sungguh.. -Fatin Liyana-
ReplyDeleteRindu dgn syakir dan azyan... >_< <3 <3
ReplyDeletebest3x nak lagi... cepat smbg citer ni kak Ilya, rindu betul dgn citer ni....
~Rabiatul Adawiyah~
hye cik pengawas..hahahaa
ReplyDelete-haslina yaya-
boleh saya tahu mana awak dapat gambar gambar kartun lelaki dan perempuan kat blog awak ni ?
ReplyDelete