Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Wednesday, February 27, 2013

Gadis Merah Jambu_Bab 5



Kenangan Taukeh Kedai Bunga...

AMREEZ telekupkan gambar tersebut pada dada meja. Apabila dia melihat gambar tersebut, dia akan rasa sakit hati. Amreez penjamkan matanya rapat-rapat. Zaman kanak-kanak tidak seindah kanak-kanak lain. Bayangan budak perempuan comel bertoacang dua itu bermain di mindanya.

“Mama…comelnya budak tu!” Amreez menggoncang-goncangkan tangan mamanya.
“Reez tak boleh kawan dengan budak macam tu.” Tegah mamanya.
“Kenapa?”
“Tak sesuai!”

Amreez mengetap bibir. Dia ingin mahu berkawan namun mama selalu menghalang pergaulannya dnegan budak-budak lain. Dia seperti dikongkong. Saban waktu dia hanya menghabisakan masa dengan dengan memabaca buku atau bermain komputer di rumah. Amreez berasa bosan. Mama asyik menyuruhnya belajar…belajar….dan belajar…

Amreez cemburu melihat teman-teman yang seusia bermain di luar. Gelak tawa mereka menambahkan sakit di hati Amreez dengan sikap mama yang mengongkong. Adakala dia sengaja mencari pasal dengan teman-teman seusia di sekolah untuk mendapatkan perhatian. Mama akan merotan tetapi papa akan melindungi dia. Jika mama bergaduh dengan papa maka dia akan menjadi mangsa mama.

“Amreez!” Mama sudah meninggikan suara.

Amreez menoleh. Dia menyorokkan bunga-bunga tersebut di bawah katil. Mama menyeringai melihat apa yang dilakukan oleh dia. Mama menarik keluar bunga-bunga yang telah digubah itu dari bawah katil. Amreez kecut perut.

“Kau pun sudah ikut perangai papa kau! Mama tak suka! Mama tak suka.”
Bunga-bunga yang sudah digubah cantik itu dihempaskan ke lantai lantai. Mama bangun dan memijak-mijak bunga itu dengan kakinya.
Kemudian mama keluar dengan menghempaskan pintu bilik Amreez. Amreez menangis melihat bunganya yang sudah hancur dikerjakan oleh mama.

Gubahan-gubahan bunga yang dibuatnya itu adalah hasil dari ajaran papa. Dia belajar senyap-senyap dengan papa tanpa pengetahuan mama. Lagipun mama sibuk dengan urusan bisnes kecantikkan dari menguruskan pakai, makan dan minumnya.  Dia ditinggalkan bersama orang gaji atau dengan papa. Namun segala tindakannya akan dipantau oleh mama.

 PINTU biliknya terkuak perlahan. Papa datang untuk memujuk. Papa duduk di sisinya. Rambutnya diusap dnegan penuh kasih dan sayang. Amreez mengesat air mata yang mengalir.

“Mama sayangkan Reez. Mama tertekan dengan kerja.”
“Tipu! Mama dan papa tak sayang Reez.”
“Bukan begitu…Kami sangat-sangat sayangkan Reez. Reez satu-satunya anak yang kami ada.” Papa memujuk lembut.

Amreez mengetap bibir. Sendunya sudah behenti.
“Mama…rosakkan gubahan bunga Reez.”
Papa tersenyum.
“Lain kali hati-hati. Reez kan tahu mama tak suka dengan kerja papa?”
“Emmm…tapi Reez suka bunga. Bunga cantik.”
Papa tersenyum lagi.
“Jika papa tiada nanti papa nak Reez uruskan kedai bunga papa.”
“Reez suka!”

Jari kelingking mereka bertaut.

Semuanya sudah berlalu. Papa hilang entah ke mana? Amreez menghela nafas kecil. Dia tidak boleh melelapkan matanya malam ini. Amreez bangun dan menuju ke jendela. Tubuhnya yang tidak berbaju itu melihatkan otot-otot yang sedikit menonjol.

Amreez sanggup meninggalkan kerjaya sebagai seorang akauntan di syarikat besar ayah angkatnya demi impian mengusahakan kedai bunga milik papa.

Taukeh kedai bunga tidak suka dikongkong….

“TIADA muka lain yang beli bunga jika bukan muka kau!”

Kus semangat! Adreena mengurut dada. Awal pula taukeh kedai bunga ni ada di kedainya?
Amreez memandang tajam gadis kecil molek yang memakai tudung berwarna merah jambu dan berbaju kurung rona kehitaman itu.

“Saya beli bunga dengan bayran sekali. Bukan ambil percuma pun.” Gumam Adreena.
“Kau nak ros merah jambu kan?” Sejambak bunga ros merah jambu yang sudah dibalut kemas dengan pembalut itu dihulurkan kepada Adreena.
Adreena tersenyum. Macam tahu-tahu saja taukeh kedai bunga ni.
“Terima kasih.” Wang bertukar tangan.

Adreena ingin segera beredar. Dia takut masuk lambat ke tempat kerjanya.

“Gadis merah jambu!” Amreez memanggil.
Langkah tapak kaki Adreena terhenti.
“Saya bagi wang tak cukup ke?”
“Ini untuk kau.” Sekuntum bunga ros berwarna merah dihulurkan kepada Adreena.
Adreena kerut dahi.
“Percuma ke?”
“Percumalah sebab gadis merah jambu hari ni nampak comel.” Ujar Amreez.
“Macam tak ikhlas je nak bagi percuma.” Adreena kerling wajah Amreez yang sentiasa ekspirasi dingin itu.
“Tak padan mulut kecil kau ni. Banyak songeh juga. Ambil sajalah.”
Amreez mendengus kecil
“Terima kasih taukeh kedai bunga.” Ucap Adreena.
Adreena cepat-cepat beredar. Deras langkah Adreena menapak. Amreez gelengkan kepala. Adreena itu jenis mudah gelabah dan kelibut.

“Ada apa-apa ke bagi ros merah pada gadis merah jambu?”  Terjongket-jongket kening Atie.
“Jangan sibuk.”
“Makcik nak sibuk juga pada boss yang muda lagi hensem ini.”

Amreez buat tidak peduli. Dia menyusun-yusun bunga yang perlu diletakkan di luar kedainya itu.

“Kalau sudah jatuh suka apa salahnya? Gadis merah jambu pun masih solo.” Laung Atie.

Makcik kecik ni memandai buat spekulasi sendiri. Ingat mudah ke untuk jatuh suka pada seseorang itu. Amreez Firdaus jenis lelaki sedemikian. Tapi entahlah…dia melayan dingin semua orang disekelilingnya. Tambahan pula dengan eksprasi wajahnya yang sukar untuk menunjukkan sebarang perasaan itu. Beku!

JANICE terkebil-kebil melihat sekuntum bunga ros merah yang Adreena belai-belai manja itu. Siapa pula yang memberikan pada Adreena? Ini yang membuatkan Janice mahu menyibuk ingin tahu. Adreena sudah ada kekasih ke?”

“Sejak bila dapat ros merah ni?”
Adreena tersengih.
“Dari taukeh kedai bunga.”
What?!
Mulut Janice terlopong.
“Kau jangan buat lawaklah Reen.”
“Aku tak buat lawak. Betul…taukeh kedai bunga yang berlagak tu bagi.”
Janice usap dagu. Pelik bin ajaib pula.
“Apa motif taukeh kedai bunga tu?”
Adreena jongket bahu.
“Kita kena siasat ni.” Sambung Janice lagi.
Adreena ketawa kecil.
“Kalau motif dia mahu mengorat atau adalah tidak betul sama sekali.”
“Betul jugak kata kau.”
Mereka sama-sama menongkat dagu. Taukeh kedai bunga itu memang sukar untuk difahami. 

11 comments:

  1. auww,sweet,melting2. cerita ni nk buat nvel juga ke?best ni, :)

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH dah ada yang bertanya ^^

    ReplyDelete
  3. hehehe...
    dapat bunga warna merah tu ....
    sweet la bab kali ni...
    mari kita sama-sama siasat...

    ReplyDelete
  4. Best citer nie.. Citer nie lain dr yg lain.. Yg best nyer bnyk info2 yg bermanfaat diselitkn cthnya makna2 tersirat disebalik warna sekuntum bunga & jenis2 bunga.. Sebelum nie xberapa tahu sgt makna2 tersirat nie..almaklum la saya xpernah pun dpt bunga. Dpt bunga pun dr family semasa konvo je..hehehe..

    ReplyDelete
  5. ah...sweet......suka nyer tgk adreena dgn amreez....XD

    ReplyDelete
  6. Izzati Aisyah Md Nor:

    amboii...amreez bgi reen bunga ros merah?nak mengurat ke ape tu...?
    tapi bila baca kisah amreez waktu kecik2 dulu jdi kesian plak..x leh bergaul dgn org..x leh lakukan ape yg die minat tapi akhirnya die mewarisi jugak perniagaan papa die..:)

    ReplyDelete