Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, February 28, 2013

Gadis Merah Jambu_Bab 6



Tony Eusuf dan Mama...

“PAGI-pagi sudah bermenung panjang Adreena?” Encik Aliff menyapa.

Tersentak Adreena. Mukanay merah. Janice sudah ketawa kecil.
“Jangan manjakan sangat pekerja. Nanti naik lemak.” Lelaki yang sentiasa mengikuti Encik Aliff itu bersuara.

Dulu Adreena fikir lelaki itu adalah klien Encik Aliff tetapi salah tafsirannya. Dia masih tidak mengenali nama lelaki misteri tersebut. Ingin bertegur sapa pun dia takut. Muka lelaki ‘misteri’ itu garang semacam. Matanya merenung Adreena seperti mahu menelan Adreena hidup-hidup. Bulu roma Adreena meremang.

“Adreena ni penyambut tetamu saya yang terbaik. Bukan setakat comel tetapi juga rajin buatkan saya air.” Encik Aliff memuji.
“Sekarang ini memang ramai pekerja yang menggoda boss.” Lelaki itu menambah.

Adreena mengetap bibir. Amboi! Main ikut sedap mulut lelaki ‘misteri’ itu berbicara ya. Dia bukan jenis pekerja yang sebegitulah. Apa lelaki itu ingat ini cerita dalam novel ke?

Encik Aliff ketawa kecil.
“Awak ni banyak sangat fikir negatiflah. Adreena….awak jangan ambil hati dengan kata-kata kawan saya ni.”
“Tidaklah Encik Aliff. Saya tak ambil hati.” Adreena cuba tersenyum semanis mungkin. Dalam hati dia menyumpah seranah lelaki ‘misteri’ itu.

“Oh! Saya terlupa nak perkenalkan. Ini kawan baik saya, Tony Eusuf.”

Mak oi! Nama macam pelakon. Nama lelaki ‘misteri’ ini Tony Eusuf. Nasib baik ibu bapa dia tak letak nama Tony Ja pelakon Thailand tu. Tapi aku lebih suka nama taukeh kedai bunga. Eh! Teringat pula pada mamat beku itu pula.

“Mulai hari ini Encik Eusuf akan bekerja dengan saya di bahagian kewangan syarikat.”
“Apa dia Encik Aliff? Maaf…saya melamun kejap tadi.” Adreena menggaru kepala. Janice sudah menggelengkan kepala. Mujurkan Encik Alif itu seorang ketua yang sporting.

Encik Aliff ketawa kecil dengan gelagat kalut Adreena.
“Saya kata mulai hari ini Encik Eusuf akan bekerja dengan saya di bahagian kewangan syarikat kita.”
“Hah!” Ternganga mulut Adreena. Selepas ini dia akan sentiasa melihat muka Tony Eusuflah.
“Awak ternganga pun tetap kecil mulut awak tu Adreena.” Komen Encik Aliff.
Adreena segera menutup mulutnya. Esh! Malu lagi depan lelaki ‘misteri’ itu. Lelaki itu ada nama tapi malaslah Adreena mahu ingat namanya.

“Bolehlah kamu berkenal-kenalan nanti.” Bisik Janice.
“Tak kuasa aku.” Desis Adreena.

“Kalau mahu mengumpat saya tak perlu cakap belakang.” Tony Eusuf mengambil bunga ros merah yang berada di kalangan ros merah jambu itu. Dia campakkan ros merah tersebut ke dalam tong sampah berdekatan.

Eeeiii..dengki! Adreena rasa mahu baling kasut tumit setengah inci tu ke kepala Tony Eusuf. Masa sekolah dulu dia terer baling bola lisut. Sasaran pastinya akan tepat.

Tony Eusuf menapak mengekori langkah Encik Aliff yang sudah jauh di hadapannya. Sakit hati Adreena dengan sikap Tony Eusuf.

Bunga ros merah itu taukeh kedai bunga yang bagi. Kiranya bunga yang istimewa. Janice mengusap-usap belakang  Adreena. Dia tahu Adreena sedang marah.

“Kau mintalah lagi sekuntum bunga pada taukeh kedai bunga tu nanti.”
“Gila! Dia cakap aku perasan nakkan dia pula.”
Janice tersengih. Marahnya Adreena.
“Bawa bertenang Reen. Aku tahu kau sedang angin dengan Tony Eusuf itu.”
“Tahu tak apa!”

TONY Eusuf namanya macam mat salih. Ada darah kacukan. Tinggi lampai tapi mukanya serius dua puluh empat jam. Seorang lagi mamat beku yang Adreena temui selain taukeh kedai bunga. Tony Eusuf ke? Tony Ja ke? Tetap tak boleh lawan dengan Abang Im yang romantik. Bapa orang juga yang Adreena kenangkan. Kenapa tidak kenangkan Amreez Firdaus anak lelaki Abang Im. Baru sama padan kan?

Adreena menepuk-nepuk mukanya. Asal ingat pada Abang Im mesti dia akan ingatkan Amreez jugak. Apa yang tidak kena dia ni?

“Reen…telefon kau berbunyi tu?”
“Apa dia?”
“Kau ni memang kuat berangan. Telefon kau berbunyi tu.” Janice memuncungkan bibirnya pada telefon bimbit Adreena yang terletak di atas meja penyambut tetamu itu.

Alamak! Mama yang menelefon.

“Assalamualaikum mama…”
“Waalaikumusalam…dua kali mama call kamu ke mana?” Soal Puan Mariam.
“Reen…Reen ke tandas tadilah mama.” Adreena berdalih.
“Oh…Mama kerja sampai malam. Kamu tolong ambil Ayuna dan Ayuni di sekolah nanti ya? Jangan lupa pula.”
“Baiklah mama.” Hari-hari lain pun Adreena yang akan mengambil si kembar itu dari sekolah. Adakala dik lelakinya Azrien yang menjemput Ayuna dan Ayuni. Mujur saja sekolah adik-adiknya tidak jauh dari kawasan flat tempat tinggal mereka.

Mama selalu sahaja sibuk dengan kerja. Adreena dan adik-adiknya jarang berbual dengan mama di rumah. Mama pulang bila mereka sudah masuk tidur.
Setelah mengucapkan kata salam Puan Mariam mematikan talian telefon. Ibu tunggal sepertinya memerlukan pendapatan yang lebih untuk menyara keluarganya. Syukurlah Adreena boleh membantu sedikit.

JULIANA memerhatikan Amreez dari jauh. Dia tidak faham kenapa Amreez sanggup meninggalkan segala kesenangan hidup hanya kerana mahu mengusahakan kedai bunga ini. Amreez memang bodoh. Itu yang difikirkan oleh Juliana. Dia akan memaksa Amreez menutup kedai bunga itu dan bekerja semula di bawah syarikat milik keluarganya.

Teman di sebelahnya itu tidak mengerti dengan kelakuan Juliana yang mengharapkan kasih orang yang tidak sudi. Tambahan pula lelaki itu jauh lebih muda dari Juliana. Juliana sanggup menolak lamaran-lamaran lelaki lain kerana Amreez Firdaus.

Forget it…Dia tidak akan sukakan kau.” Qisti mendengus. Dia juga jelak dengan sikap Juliana yang tidak sudah-sudah mengejar cinta dari Amreez.
“Aku akan buat dia sukakan aku.”
Stupid!Jangan buat perkara yang menjejaskan imej kau.” Marah Qisti.
“Aku tak boleh nak anggap Amreez macam adik angkat aku. Aku tahu dia keluar dari syarikat kerana perasaan aku pada dia.”
“Biarkan dia dengan cara hidup dia. Jangan kacau dia.”

Juliana menggeleng.
“Aku akan buat dia kembali dalam hidup aku semula.” Tekad Juliana.
Qisti gelengkan kepala. Juliana memang sudah gila.

Amreez terbatuk kecil. Ada orang sedang mengata tentang dia agaknya. Dia menggosok-gosokkan sedikit hidungnya. Bunga-bunga yang sudah layu Amreez gantikan dengan bunga yang lebih segar. Perniagaannya hari ini agak kurang baik sedikit.

Lagipun Amreez sedang membuat promosi kedai bunganya melalui online. Selain bunga dia juga menyediakan cenderahati kecil untuk dibeli oleh pelanggan. Contohnya coklat. Penghantaran
pula diberikan secara percuma. Ada pelbagai idea lagi di dalam fikiran Amreez untuk memajukan semula kedai bunga ini.

Amreez terasa seluar ditarik. Dia menundukkan kepalanya. Seorang kanak-kanak lelaki sedang menarik seluar jeansnya itu.  Kanak-kanak itu menunjukkan pada kotak coklat berbentuk hati itu. Amreez membongkokkan tubuhnya lalu mengangkat kanak-kanak terbabit.

“Mana ibu?” Soalnya.
Kanak-kanak itu menghalakan jari terlunjuknya pada seorang wanita yang sedang menuju ke kedai bunga itu.
Kening Amreez bertaut. Riak wajahnya seratus-peratus berubah.

“Amreez…” Ujar wanita itu sebaik merapati Amreez. Kanak-kanak itu segra diambil dari Amreez.

Amreez tidak menduga setelah bertahun wanita itu menghilang akhirnya muncul di hadapan mata. Dia tidak mengharapkan wanita itu muncul kembali. Dia sudah puas mengharap sebelum ini.

Bersambung...

9 comments:

  1. alah sikitnya...
    x sedar bila baca dah habis....
    huhuhu...
    siapa perempuan yang jumpa amreez tu ya....

    ReplyDelete
  2. Dh timbul mcm2 persoalan dh sekarang nie..nie yg xsabar nk baca entri seterusnya nie..siapa pulak wanita misteri yg bw ank tu yer..

    ReplyDelete
  3. Alaaa...suspen la plak...siapa2??

    ReplyDelete
  4. la sape pulak wanita misteri tue kak??
    pesal si t0ny tu buang bunga rose merah reen..ee sebuk tol la mamat "misteri" tu

    ReplyDelete
  5. Izzati Aisyah Md Nor:

    sesedap rasa je mamat Tony Eusof tu pergi buang bunga yg Amreez bgi..bukan senang nak dpat tu..hihihi

    siapa wanita tu?x kan mama Amreez kot?suspen2x

    ReplyDelete
  6. cita smkin interesting .. xsbar nk tau crita slnjutnya .. prmpuan misteri yg jumpa amreez ?? sapa ?? xsbar nak tau ! kak ilya cpt pst entry strusnya ya ... hehehehe ..

    ReplyDelete
  7. siapa pulak perempuan misteri tu? suspennya...
    ~Rabiatul Adawiyah~~

    ReplyDelete