“APRIL…”
KJ meliar melihat persekitaran bilik aparmentnya itu.
Kenapa
April tidak muncul malam ini? April takut dia dimarahi kerana membuat kacau
dalam konsert Faith ke? KJ tidak akan memarahi April tentang perkara itu. Dia
ada perkara lebih mustahak dari Faith.
“April!”
Serunya lagi.
“KJ..”
April muncul tepat-tepat di hadapan KJ.
“Awak
memang mahu buat saya kena lemah jantung.”KJ mengurut dada.
April
masih menundukkan kepala.
“Jangan
bimbang…saya tak marah awal pasal konsert Faith tu.”
Laju
April mengangkat wajahnya.
“Betul
ni?”
“Betul…”
April
memeluk KJ. Ops! Tiba-tiba dia menembusi tubuh KJ. April melihat keadaan
dirinya.
Sebelum
ini dia boleh menyentuh KJ tanpa ada masalah begini.
“Mungkin
awak akan bersatu semula dengan tubuh awak.” KJ cuba mengusap-usap wajah April.
Dia masih dapat menyentuhnya lagi.
“Awak
sudah tahu di mana tubuh saya?”
“Ya.
Saya perlu bertindak cepat sebelum Jerry membawa lari tubuh awak.”
“Jerry
mahu bawa lari tubuh saya?”
KJ
angguk.
“Tapi…kenapa?
“Cuba
awak ingat semula kejadian tersebut. Kemalangan yang menyebabkan awak koma.” KJ
mahu April sendiri mengingatinya semula.
April
mengecilkan anak matanya.
Dia
cuba ingat kemalangan itu. Dia cuba untuk ingat segala-galanya yang sebelum ini
kabur di fikiran.
Hari
tersebut…
“April…nanti
dulu.” Jerry memaut lengan April kasar.
“Sakitlah.
Lepaskan!”
“Apa
hubungan awak dengan Nick?”
“Maksud
awak Nicholas?”
“Siapa
lagi? Bukan main intim awak dengan dia.” Jerry mula berkeras.
April
tidak suka dengan reaksi Jerry. Jerry nampak saja lembut tetapi bila dia berkeras
menakutkan April.
“Jerry…lebih
baik kita berpisah. Saya sudah cuba yang terbaik untuk hubungan kita ini.”
“Adakah
kerana Nick?”
April
menggeleng.
“Tiada
langsung keserasian antara kita.” Mungkin silap April kerana cuba untuk
menerima Jerry di dalam hatinya.
Satu-persatu
memori masuk ke dalam minda April semula.
Muzik
lantang membingitkan telinga April. Dia tidak gemar berparti atau menghadiri
parti. Jerry yang mendesaknya ke sini sekadar menemani.
“Saya
mahu minta maaf dengan awak, April. Semalam saya terlalu berkasar.”
Jerry
memaut jemari April erat.
April
tersenyum. “Baiklah. Saya maafkan awak. Tapi Jerry…saya sudah fikirkan semula
tentang hubungan kita ini. Saya harap awak faham.”
“Ya,
saya faham.”
“Terima
kasih Jerry. Kita masih boleh bersahabat bukan?”
“Ya.”
Jerry
seakan tidak bermasalah dengan keputusan yang dibuat oleh April.
“Saya
hantar awak pulang.”
“Em…okay.
Lagipun hari sudah larut malam.” April mengikut Jerry tanpa rasa sangsi. Lagipun
dia takut untuk pulang sendirian. Tambahan pula Nikkie tidak menemaninya.
“Kereta
awak sudah elok ya?”
“Rosak
sedikit sahaja.” Jerry tersenyum.
April
melangkah masuk ke dalam perut kereta.
“April…boleh
awak pandu untuk saya. Kepala saya pening sikitlah.”
“Tiada
masalah. Lagipun saya sudah ada lesen kereta.” April mengenyitkan sebelah
matanya.
“Ini
pertama kali awak membawa kereta?”
“Jangan
risau. Saya yakin dengan diri sendiri.”
“Baiklah.”
Siapa
menduga kereta yang dipandu April mengalami kemalangan dan menjunam ke dalam
sungai Thames. Brek kereta Jerry tidak makan. Namun April sempat menolak Jerry
keluar. Dan dia…
April
memengang kepalanya.
Apakah
kemalangan tersebut dirancang oleh Jerry? Brek kereta itu Jerry yang rosakkan
sendiri.
Jerry mahu dia mati bersamanya. Adakah terkaan April itu tepat.
“Jerry
yang rosakkan brek keretanya.” KJ seakan sudah dapat meneka apa yang bermain di
minda April.
“Jadi,
Jerry mahu saya mati bersamanya?”
KJ
mengangguk.
“Awak
pernah dengar ayat ini? ‘Jika saya tidak memiliki dia maka orang lain juga
tidak akan memiliki dia’.”
April
telah tersalah orang. Fikirnya Nikkie yang menganiayai dia. Diari Nikkie itu
seperti Nikkie yang menyebabkan dia jadi begini. April menggigit bibir.
“Saya
sudah dapat alamat hospital awak ditempatkan.” KJ menunjukkan secebis kertas
yang diberikan oleh Micheal.
“KJ…terima
kasih.” Air mata April bergenang.
“Jangan
menangis depan saya.” KJ mula cemas.
“Kalau
saya mahu menangis juga.”
“Janganlah…”
“Awak
memang comellah KJ.” April menyapu sisa air mata yang bergenang.
“Lelaki
tak comellah.” Desis KJ.
Adakah
dia dapat melihat senyuman April selepas ini?
“AWAK
sudah gila!”
Idea
Jerry untuk memindahkan April ke hospital lain tidak boleh diterima oleh
Nikkie.
“Ini
saja jalannya untuk saya bersama April.”
“Jerry….”
Nikkie memengang kedua-dua belah lengan Jerry.
“Nikkie…saya
hanya ingin bersama April. Saya tidak mungkin akan bersama awak.”
“Awak
ada sorokkan sesuatu dari saya kah?”
“Itu
bukan urusan awak.”
“Jerry…jawab
soalan saya.” Nikkie menekan suaranya.
Jerry
membisu. Matanya hanya terarah pada tubuh April yang masih terlena di atas
katil serba putih itu.
“Jerry…jawab
soalan saya?” Nikkie mengulang kata-katanya.
Jerry
menarik kedua-dua belah tangan Nikkie. Wajah yang sentiasa lembut mulai menjadi
bengis.
“Jangan
campuri hidup saya dan April!”
Nikkie
tersentak. Ini bukan lagi Jerry yang dia kenali itu.
“Jerry…”
“Saya
akan bawa April bersama saya. Kami akan hidup bahagia untuk selamanya tanpa ada
pengacau di antara kami.”
Wajah
April diusap dengan penuh kasih sayang.
“Awak
sudah gila agaknya Jerry.”
“Ya…saya
gila dengan cinta April.” Akui Jerry.
Nikkie
menekup mulutnya lantas keluar dari bilik wad tersebut. Air mata Nikkie
bercucuran.
wah...xsabar nak tau entry seterusnya nie...mcm mana kj nak selamatkan april...
ReplyDeletemmng gile la jerry tu
ReplyDelete~n0rlie~
bestnya.......klau buat novel sah meletup nih...
ReplyDelete