KJ
masih berselubung di dalam selimut. Dia mengambil cuti sakit selama dua hari.
Apa yang menakutkannya hantu bernama April itu berada lagi di dalam apartmen
miliknya. Hantu itu sedang berjalan mundar –mandir di hadapan katilnya.
April
merengus kecil melihat gelagat KJ. Selamba dia menarik selimut yang
menyelubungi KJ itu.
“Betulkah
saya dah mati?” April menyoal KJ.
KJ
menutup matanya. Dia menganggukkan kepalanya.
“Patutlah
bila saya balik rumah semua orang bersedih. Mereka tak nampak saya. Tapi mereka
hanya berkabung untuk kakak saya dan tiada berkabung untuk saya.”
April
mengusap dagu. “Kalau saya sudah mati mesti saya ada kubur?” Sambungnya.
KJ
mengangguk lagi. Selimutnya ditarik semula.
“Awak
ingatlah sendiri apa yang berlaku pada awak.” Desis KJ.
“Masalahnya
saya tak ingat.” Gumam April. Dia mula duduk di biarai katil. April menongkat
dagu sambil memandang KJ yang duduk memengang kedua belah lututnya.
“Itu
masalah awak dan bukannya masalah saya.”
“Tapi
akan jadi masalah pada awak kerana hanya awak seorang sahaja yang dapat melihat
saya.”
“Saya
tak mahu masuk campur urusan awak.”
“Janganlah
awak jadi kejam sangat. Lagipun awak kenal mendiang kakak tiri saya kan?”
KJ
membisu. Dia memandang wajah April. April adalah hantu yang cantik dia temui.
“Betul
ke awak adik Pearl?”
April
mengangguk laju.
“Kenapa
saya tak tahu tentang kewujudan awak?”
“Pearl
tidak sukakan saya. Pearl marah sebab ibu saya telah rampas ayah dia. Saya pula
tidak suka ambil tahu perihal Pearl kecuali pasal awak. Saya suka baca kisah
awak dalam blog Pearl.” April mengangkatkan keningnya.
April
ada mengatakan yang pearl dan dia berlainan ibu dan ayah. Wajah mereka juga
tiada iras langsung. KJ tidak menafikan April jauh lebih cantik dari pearl.
Pastinya ibu April wanita yang jelita.
“Hmmm…masakan
awak langsung tidak ingat apa yang berlaku pada awak?”
April
menggeleng laju.
Hantu
pun hilang ingatan.
“Perkara
terakhir awak ingat?”
“Saya
dengar bungi gegaran yang kuat.”
KJ
menghela nafas kecil.
“Lagi…”
“Pandangan
mata saya gelap-gelita. Sedar-sedar saya sudah berada di sini?”
Giliran
KJ mengusap. Hilang pula rasa takutnya terhadap April.
“Klu
tak nampak pembayang.”
“Awak
cuba mulakan siasatan dengan family
saya. Awak kena cari ayah saya.”
“Gila?!
Awak ingat saya ni penyiasat persendirian ke? Saya tak berani mahu dekati
keluarga Pearl.”
April
buntu seketika.
“Di
mana ibu awak?”
Wajah
April bertukar sayu.
“Ibu
dah tiada.”
“Maaf...selama
ini awak hidup sendiri ke?”
April
angguk.
“Saya
tidak tinggal dengan keluarga ayah. Tambahan pula setelah ibu tiada ayah rujuk
semula dengan ibu Pearl. Saya ikut haluan sendiri. Saya jadi model sambilan dan
saya juga suka melancong.”
“Rumit
keluarga awak ini.” komen KJ
April
hanya melirik senyuman.
TANGAN
yang berselirat dengan wayar itu digenggam erat. Jerry merenung sayu pada gadis
yang terlantar di atas katil hospital itu. Sudah hampir sebulan gadis itu tidur
lena. Kenapa nasib malang mesti menimpa ke atas gadis kesayangannya itu.
“April…”
“Jeryy…”
Ada jemari halus menyentuhnya dari belakang.
“Nikkie…”
“Awak
sudah saban hari di sini. Kesihatan awak kena jaga juga.”
“Saya
mahu menunggu April sampai sedar.”
“Awak
patut beritahu pada ayah dia tentang keadaan dia.”
“Tak
perlu. Lagi pun April sudah putus hubungan dengan mereka.”
Nikkie
terkedu. Jerry begitu mengambil berat perihal April setelah kemalangan ngeri
itu berlaku. Nikkie tidak senang hati melihat Jerry berduka begini.
“Biar
saya yang menunggu di sini pula. Awak balik mandi dan rehat. Awak boleh datang
semula setelah tenaga awak kembali pulih.” Nikkie memujuk.
“Saya
tidak bertenaga selagi April tidak sedar diri. Ini semua salah saya.”
“Jerry…ini
adalah takdir. Takdir telah menguji kamu dan dia.”
Jerry
meraup wajahnya. Ya…takdir telah mempermainkan mereka. April sanggup menolak
dia keluar dan membiarkan dirinya di ambang maut. April dapat diselamatkan
namun seperti mayat tidak bernyawa begini.
“Jerry…”
“Baiklah…”
Jerry bangun dan melangkah keluar.
Nikkie
mengalihkan pandangan matanya pada tubuh April yang terlantar atas katil itu. Dia
mengetap bibir. Sorotan mata Nikkie sudah berubah. Ada kebencian terpapar pada
wajahnya yang lembut itu.
Nikkie
merapati katil April.
“Kau
patut mati April…” Bisik pada telinga April. Nikkie tersenyum sinis.
Nikkie
cemburukan April. Kemalangan yang menimpa April adalah satu peluang untuk
Nikkie lebih rapat bersama Jerry. Nikkie mendoakan agar April mati lebih cepat.
Tambahan pula doktor mengatakan sel otak April mempunayi masalah. Berkemungkin
jua April tidak akan mampu bertahan lebih lama untuk hidup.
“Aku
akan rampas Jerry dari kau.”
APRIL
seperti terdengar ada suara di telinganya. Bisikkan suara itu tidak beberapa
jelas di dengari. Dia menoleh ke arah KJ yang sibuk memotong daun salad itu.
“KJ…”
Panggilnya lembut.
KJ
mengangkat wajahnya.
“Hantu
boleh makan ke?” Soalnya.
KJ
menjongket bahu. Manalah dia tahu hantu boleh makan atau tidak? Ini kali
pertama dia bersua dengan hantu. Sebelum ini dia hanya menonton di televisyen
dan membaca buku sahaja.
“Awak
lapar tak?”
April
menggeleng.
“Awak
takkan laparlah tu.”
Sandwich
yang sudah dibuat telah siap. Perut KJ memang sednag kosong tika ini.
April
muncung panjang. Dia masih duduk membelek majalah hiburan. Mata April tertacap
pada wajah lelaki di dalam majalah terbabit. Mata April membulat besar.
“KJ!”
Dia melaung KJ yang sedang lahap mengunyah sandwichnya.
“Ya…”
KJ menyahut.
“Mari
ke sini…”
“Ada
apa?”
“Marilah...”
KJ
merapati April. Jari April menunjukkan gambar seorang gadis yang berdiri dengan
salah seorang lelaki di dalam majalah itu. Tandan dahi KJ berkerut.
“Awak
kenal dia?”
“Teman
saya di agensi model tu. Dia model tetap di situ. Awak tolong cari dia. Mungkin
dia tahu apa yang berlaku pada saya.” Jelas April.
“Dia
boleh dipercayaikah?”
“Tentu
saja. Nama dia Nikkie.”
Apa
boleh buat, KJ perlu membantu April.
KJ
membuka laptopnya. Dia mencari nama agensi model yang disebutkan oleh April
itu. Agensi model tersebut terletak di kota London. Tiada masalah untuk KJ
mencarinya.
:)
ReplyDeleteWatak nikkie watak antagonis, April plak sweet, antara KJ dgn Jerry siapa yg akan dpt mnawan hati April hehe nice story :)
ReplyDelete>>huda93<<
Jean mmg tak suka baca cerita yang seram, tapi midnight nie macam lain jer..nak tahu kisah selanjutnya! ^^ P/s : kak Ilya penulisan akak mmg best ;)
ReplyDeleteHuhu..baru berkesempatan mau baca..hehe..nak jenguk fb xdpt..sob..sob..pape pun..nak part 3 kak..ekekekek
ReplyDeleteakak,yg ni xnak buat novel ke?interesting story sis,:-)
ReplyDeleteteerbaeklh kak..laen dr laen..ske sgt2 <3
ReplyDeletewah2 laju semuanya :)
ReplyDeletecerita ni lain dari yang penah baca ... banyak misteri yg tak dketahui,, menarikkk ... tak sabaq nak tunggu next entry ...
ReplyDeletejalan cete yang menarik.. :)
ReplyDeletesemangat nak menang notebook hahaha XD
ReplyDeletecontinue eh akak .. hehe :)
Menarik cite ni
ReplyDeleteWow, bestnya. sambung lagi kak. lain daripada lain :D ~Fatin Liyana~
ReplyDeleteops lupa fb name : Nur Sabrina Auni
ReplyDeletea.k.a Puteri Haron :akak menarik...makin x sabar nak thu kisah selanjutnya....kite tunggu...
ReplyDeleteok.. sya smakin fham citer ni.. n smakin menarik.....
ReplyDeletecepat smbung ekk,... hehehe :)
Hihihihi kak ilya....terbaik... Baru amy fhm....
ReplyDeleteciter semakin menarik.. tak sabar nk tggu part3 (>___<)<3 <3
ReplyDeleteciter ni mcm ada iras2 skit movie korea don't worry, i'm a ghost,
apa2 pun citer ni mmg best... kak Ilya cepat2 smbg ye citer ni, tak sabar nk tahu...
~ Rabiatul Adawiyah ~ <3 <3
knape april tu koma?
ReplyDeleteingatkan april tu dah mati
Hihihi....br paham cite die,cite ni len dr yg len,cpt smbung cite ni kak...
ReplyDeletewaaahhhh.. best nihhh
ReplyDelete