Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Monday, February 11, 2013

Midnight - Part 3



KJ kembali bertugas seperti biasa. April tidak akan muncul di waktu siang begini. Entah ke mana lenyapnya hantu yang cantik itu? April hanya mengacaunya di waktu malam. Kalau menonton televisyen dan membaca buku pun memang hantu muncul akan waktu malam. Tapi dalam Twilight pula Pontianak ada di siang hari. KJ usap dagu dengan penuh kemusykilan.

Gelagat KJ menjadi perhatian Glen dan Lyssa. Dua hari teman sekerja itu ambil cuti dan bila kembali bertugas semula seperti ada yang tidak kena pada KJ. KJ yang mereka kenali seorang yang tidak ramah tetapi agak mesra dan rajin membantu. KJ yang ini pula seakan tidak bersemangat dan banyak melakukan kesilapan dalam kerja yang dilakukan. Pelanggan memesan air lemon dia berikan air oren. Apa yang berlaku pada KJ dalam dua hari ini? Adakah akibat dari demam tersebut?

“Kalau kau masih demam tak perlu datang kerja.” Glen menepuk lembut bahu KJ. “Kau kerja kuar sangat sampai sakit begini. Siang malam kau kerja. Kenapa tak tumpukan pada cita-cita kau untuk menjadi penyanyi dan penulis lirik?”

KJ menghela nafas kecil. Bagaimana dia harus terangkan situasi yang menimpa dirinya. Jika dia cakap dia nampak hantu mereka percaya tak?”

“Emmm…jangan risau saya masih okay.” KJ berdalih.
“KJ…aku bukan mahu menyibuk tapi aku kau lebi layak menjadi penyanyi utama dari penyanyi latar. Aku suka dengar suara kau.” Lydia mencelah.
KJ tersenyum.
“Terima kasih sebab suka.”
Muka Lydia merah. Cantiklah bila KJ tersenyum. Comel pula KJ ni.

“KJ!”
KJ mengangkat kepala.
Micheal yang berambut separuh bahu itu memberikan isyarat agar mengikutnya. KJ menurut.
Micheal bersandar pada dinding kafe itu sambil menyilangkan tangannya. Micheal adalah pengurus di kafe ini. Micheal seorang yang terlebih dingin dan sukar untuk bermesra dengan pekerja yang lain.

“Perempuan cantik yang datang jumpa kau malam itu hantu kan?” Micheal menyoal.
KJ tersentak. Micheal tahu April hantu?
“Betul tak?” Micheal mengerling KJ tajam. Malam itu hanya dia dan KJ yang nampak April.
“Awak juga nampak dia?” Lambat-lambat KJ bertanya.
Micheal mengangguk.
“Kalau aku tidak nampak dia maka aku tidak akan panggil kau untuk berjumpa dia. Lagipun aku tak rasa dia hantu yang jahat.”
“Emmm…”
“Aku akan rahsiakan hal ini.” Micheal menepuk bahu KJ. “Kalau kau perlukan pertolongan kau boleh cari aku.” Sambungnya lagi.
“Micheal…” Kata-kata KJ terhenti di situ.
“Mungkin sudah jodoh kau bertemu dengan dia.” Micheal melirik senyuman di hujung bibir lalu beredar.

JELAS keletihan pada raut wajah KJ. Beberapa nota lagu diserahkan kepada wanita anggun berambut perang di hadapannya itu. Wanita itu mengukirkan senyuman.

“KJ, terima kasih.
“Saya harap saya dapat menyampaikan lagu ini sendiri.”
“Awak akan punya peluang itu nanti.”
“Tapi sampai bila, Jena?”

Hampir setahun dia bersama syarikat rakaman ini namun hasil masih tenggelam timbul Jena hanya memberikan harapan yang tidak kunjung tiba. Lagu-lagunya hanya dipopularkan oleh orang lain sedangkan dia boleh menyumbangkan suaranya sendiri. Jena tahu yang dia berbakat dalam bidang nyanyian.

“Dia tipu awaklah, KJ.” April berbisik perlahan di gegendang telinga KJ.
KJ hampir saja jatuh terjelupuk. Dia mengurut dada. Hantu seorang ini munculnya mengejutkan orang sahaja.

Jena turut mengerut dahi dengan reaksi spontan KJ itu.

“Awak okay?” Tanyanya lembut.
KJ cuba tersenyum.
“Tiada apa-apa.”
“Saya ke studio rakaman dulu, awak mahu ikut sekali?”
“Saya akan datang sekejap lagi.”

Jena berlalu.

April merengus. “Perempuan penipu!” April menjelirkan lidahnya.
KJ mengalihkan pandangan matanya ke arah April.
“Lain kali bagi isyarat jika mahu muncul. Jangan buat saya kena serangan jantung!” Desisnya.
“Hantu mana tahu beri isyarat bila nak muncul.” Cebik April
“Tak kisahlah janji jangan muncul mengejut.”

KJ dan April saling bertentangan mata. mereka saling tidak mahu mengalah sehingga April mahu mencucuk kedua-dua mata KJ dengan jari telunjuk dan jari hantunya. KJ segera menutup mata. April bersorak riang.

“Hahaha…awak dah kalah.”
“Main tipu.” Gerutu KJ.
“Janji saya menang.” Terkedip-kedip mata April.

KJ buat muka. Dia berlawan mata dengan hantu pun boleh kalah.

“KJ…mata awak cantiklah.” Puji April. Dia tahu KJ bukan berdarah Inggeris tulen. KJ ada darah dari Korea yang mengalir dalam tubuhnya. Dia banyak tahu pasal KJ pun melalui blog dari Pearl.

Riak muka KJ berubah. Malulah perempuan puji dia. Dia segera mengaturkan langkah kembali menuju ke studio rakaman.

APRIL menyanyi kecil sambil menunggu KJ di luar. April kerut dahi melihat wajah KJ. Dia rapati lelaki itu. Lengan KJ dipeluk erat.

“Awak akan cari Nikkie kan?”
KJ angguk.
“Saya tahu awak sedang kecewa. Apa kata awak nyanyikan sebuah lagu yang untuk saya. Saya sangat sukakan satu grup dar Korean. Nama grup itu Beast.” April memandang KJ.

KJ tersenyum.
“Saya nyanyikan untuk awak malam ini.”
“Terima kasih.” April mengucup pipi KJ. KJ terpaku seketika.

Nanalalalala~
Nanalalalala~
I wanna sleep tonight
In the midnight midnight midnight...

Geudaeneun eotteongayo
Gakkeumeun nareul
Saenggakhan jeok innayo
I gin bame dasi nuneul gamgo
Geudael saenggakhago
Jamdeulji motago geuraeyo~

Jogeum yunanhi gineyo geudae
Eomneun bami
Aswiweojineyo geuttae
Bonaen geu nari deo~

Gyesok mudyeojigetjyo
Jeomjeom ichyeojigetjyo

Eonjenganeun geudaega~

Jami oji annneun bam So Sad Tonight~
Geudaewa hamkkehal su eomneun I bam
In the Midni-i-i Midni-ight
Ni saenggage jam mot deuneun Midnight~

Dasi chajaon I bam So Sad Tonight~
Geudaega eobsi dasi matneun I bam
In the Midni-i-i Midni-ight
Niga eobsi jam mot deuneun Midnight~

Nanalalalala~
Nanalalalala~
I wanna sleep tonight
In the midnight midnight midnight...

Nungamatda tteuneun saiboda
Deo ppareuge nal chajawatda
Tteonaga beorin sarang dangsin
(You can't do this to me)
Chungbunhada chungbunhae
Geuman jom haera nal apeuge
Naege miryeoniran ireume
Bameun kkeutnaji anha

Da jinan yaegi dasi hago sipjin anchiman
Naega geudael manhi
Johahagin haenna bwayo~

Gyesok saenggangnagetjyo
Deo geuriwojigetjyo

Sigani jinalsurok~

Jami oji annneun bam So Sad Tonight~
Geudaewa hamkkehal su eomneun I bam
In the Midni-i-i Midni-ight
Ni saenggage jam mot deuneun Midnight~

Dasi chajaon I bam So Sad Tonight~
Geudaega eobsi dasi matneun I bam
In the Midni-i-i Midni-ight
Niga eobsi jam mot deuneun Midnight~

Jeogi banjjagineun
Little star nal wirohaejura
Gidael got hana eobsi
Sseureojineun oneul bam

Jeogi banjjagineun
Little star nal wirohaejura
Gidael got hana eobsi
Sseureojineun

Byeol heneun bam gyejeori jina
Jogeumssik dallajyeoganeun I bam
Hajiman nan yeojeonhi nan
Jam mot irun bam...

Dasi chajaon I bam So Sad Tonight~
Geudaega eobsi dasi matneun I bam
In the Midni-i-i Midni-ight
Niga eobsi jam mot deuneun Midnight~

Nanalalalala~
Nanalalalala~
I wanna sleep tonight
In the midnight midnight midnight...

April menepuk tangan sebaik KJ menghabiskan lagu tersebut. Suara KJ memang sedap. KJ begitu fasih menyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Korea.

Suasana malam itu juga begitu indah. Bulan amat terang di langit. April memenjam matanya. Bibirnya masih terukir dengan senyuman.

“Awak buat apa?”
“Saya sedang mendoakan impian awak menjadi kenyataan. Saya berharap saya dapat melihat awak menyanyi di atas pentas.”

Apabila bersama April, KJ lupa pada kesedihannya.

“Terima kasih.”
“Saya suka tengok awak senyum.” April menarik kedua-dua belah pipi KJ.
“Pearl juga sukakan senyuman saya.”
“Huh! Tapi Pearl tidak setia pada awak. Apa yang awak lihat itu adalah betul.” April muncungkan mulutnya.
“Apa awak cakap ni?”
“Awak akan tahu suatu hari nanti. Tapi awak patut memaafkan dia sebab dia sudah tiada.”

Mereka jalan beriringan. 

Tiba-tiba April menarik lengan KJ untuk menyorok di balik lorong berdekatan. KJ hairan dengan tindakan drastik April itu.

“Jerry…” Suara April perlahan namun jelas di dengari oleh KJ.

20 comments:

  1. the best..!!! suka la dengan KJ.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Power ar Micheal ni , boleh nmpk jgk April . :) Best ! Cptlah smbung . :)

    ~ArifahLee~

    ReplyDelete
  3. Best .. Sambung lgi.. :)

    ~Nur Syafiqah Alia Rashid~

    ReplyDelete
  4. Best ! Cepat-cepatlah sambung kak ^^

    ReplyDelete
  5. bestttttttt2.. akak cepatlah sambung x sabo nsk layan ni... KJ

    ReplyDelete
  6. best..cepat la sambung kak ilya :)

    ReplyDelete
  7. Semakin menarik.....x sbr nak bace yg seterusnya

    -Puteri binti Haron-

    ReplyDelete
  8. Oh my Gikwang~~ Beast!! hahaha >_<
    Like.Like.Like~

    ReplyDelete
  9. semakin menarik... >_< cepat sambung ye kak Ilya... tak sabar nak tahu... <3 <3
    ~Rabiatul Adawiyah~

    ReplyDelete
  10. best....
    cpat smbung kak...
    xsbar nk tau smbungnye.... :-)

    ReplyDelete
  11. Baru bab 3 dah best, hehe :) Cepat sambung ye kak ilya :D

    ReplyDelete
  12. Wahh .. makin suspen ni..Cepat2 update lagi yee..

    ReplyDelete
  13. Nice...dah jatuh cinta la dgn cerita nie....

    ReplyDelete
  14. wah kak...memang suspen citer ni...apa lagi kak...sambung la...ria tak sabar nak baca ni...

    ReplyDelete
  15. best la..suka dgn nama april..hehe

    ReplyDelete
  16. akak... cepatlah buat sambungannye >< wt saspen je akax nistop time diorang nmpx jerry..

    ReplyDelete
  17. kak ya...cita ni best la...tetibe boleh bayangkan april muncul tetibe ni...thumb up kak ya..suke2..mula2 tak paham baca semua bab da paham..

    ReplyDelete
  18. arrrhhhh suke sgtlah kat KJ.. sweet ngn aprill. heheh

    ReplyDelete