“DATUK!”
Gelas
yang dipegang terlepas dari tangan KJ tidak menduga datuk akan mencarinya
hingga ke kota London ini. Dia memandang wajah datuk dan pembantu peribadinya
itu. Datuk berdiri sambil memengang tongkatnya.
“Apa
khabar Kyle Joon?” Datuk tersenyum.
KJ
mengetap bibir. Riak kurang senang terpapar di wajah KJ.
“Kenapa
datuk datang ke sini?”
“Hormati
datuk awak, KJ.” Marah Eun Suh, pembantu peribadi datuknya itu.
“Saya
sudah cakap yang saya tidak mahu pulang!”
“Kyle
Joon…tempoh yang datuk berikan hampir tamat. Impian kamu untuk menjadi penyanyi
itu tidak akan berjaya. Datuk tahu, lagu-lagu yang kamu tulis itu dinyanyikan
oleh orang lain.” Datuk memandang KJ tajam.
KJ
membisu.
“Kamu
tidak akan mencapai impian kamu di kota ini? Ikut datuk balik, KJ.”
KJ
gelengkan kepalanya.
“Tempoh
yang datuk berikan masih ada. Saya tidak akan pulang selagi tempoh itu tidak
tamat.”
Nyata
KJ seorang yang degil.
“KJ…datuk
perlukan kamu.” Eun Suh merapati KJ. Bahu KJ dipaut lembut. “Kamu saja waris
tinggal.”
“Jika
cucu-cucu datuk yang lain masih hidup tentu datuk tidak akan mencari dan
memaksa saya kan?”
Selama
ini datuk mementingkan diri sendiri. KJ terpinggir kerana sikap pilih kasih
datuk. Apabila anak-anak dan cucu datuk dilanda musibah tsunami di Jepun, datuk
baru menyedari kewujudannya. KJ tidak berminat dengan harta yang datuk ada. KJ
ingin perhatian dan belaian kasih sayang. Ayah dan ibu meninggalkan KJ. Pearl
juga telah meninggalkan KJ.
April…kini
hanya hantu itu yang menemani KJ. Hidup KJ kembali bermaya setelah bertemu
dengan April. Walau hantu itu ada banyak masalah dan kerenah KJ tidak kesunyian
lagi. Telatah April adakala mencuit hatinya.
“Kj….kamu
jangan melampau sangat! Datuk yang menanggung kamu setelah orang tua kamu
tiada.” Eun Suh meninggikan suara. Pelanggan-pelanggan di kafe itu mula
mengalihkan perhatian mereka.
Micheal
mula tidak sedap hati melihat keadaan itu. Nasib baiklah pemilik kafe ini masih
belum pulang. Jika Puan Jane ada di sini mahunya KJ dibuang kerja kerana
menimbulkan kekecohan. Sayanglah jika KJ dipecat. KJ seorang pekerja yang rajin
dan tidak cerewet dengan jadual kerja yang diberikan.
“Tolong…tolong
jangan menimbulkan masalah saya di sini.” KJ membongkokkan tubuhnya.
Datuk
memakukan matanya pada KJ.
“Datuk
akan menjemput setelah impian kamu itu berkecai.”
Datuk
memalingkan tubuhnya. Jika KJ sudah berdegil usah dipaksa lagi. Tempoh yang dia
berikan masih berjalan. Eun Suh mengikut langkah Datuk.
“Terim
kasih datuk.” Ucap KJ. Dia masih tidak mengangkat wajahnya.
“Ingat
janji kamu itu. Datuk akan heret kamu balik jika kamu tidak tunaikan janji
kamu.”
Saat
itu KJ mengangkatkan wajahnya.
“Terima
kasih datuk.” Ucapnya sekali lagi.
Eun
Suh memimpin datuk masuk ke dalam kereta.
“Tuan
kata mahu paksa dia pulang.”
“Awasi
dia.”
“Baik
tuan.”
Kereta
berwarna hitam itu berlalu.
Glen
dan Lydia merapati KJ. Mereka tidak pernah tahu akan latar belakang KJ selama
KJ bekerja di kafe ini. Mereka hanya tahu KJ kacukkan korea-Inggeris.
“Datuk
kau?”
KJ
mengangguk.
“Dari
korea?”
KJ
mengangguk lagi.
“Saya
mahu sambung kerja semula.”
“KJ!
Kami belum habis soal siasat lagi ni.” Glen dan Lydia mengikut langkah KJ.
KJ
berselisihan dengan Micheal. Micheal memalitkan senyuman di hujung bibir. Cerita
semakin menarik.
KJ
mengekori langkah Nikkie. Kerja gila yang dilakukannya itu hanya dibuat pada
sebelah malam. Kerja tanpa gaji dari April. April hanya tahu mengarah sahaja. Malah
KJ terpaksa menyewa apartmen sementara berhadapan dengan apartmen Nikkie. Wang
saku dia yang melayang.
Kalau
dia mahu tuntut ganti rugi dari April pun tidak berguna. April hantu. Mana ada
duit.
KJ
mengeluh lagi. April memerhatikan saja gelagat KJ. Dia suka melihat KJ gelabah
begitu. Kalau KJ tidak membuli dia maka dia yang akan membuli KJ semula.
“Tiada
apa yang menarik dengan hidup dia.” Gumam KJ.
“Ikut
sajalah. Saya mahu lihat dia bertemu dengan Jerry.” April duduk di atas meja itu sambil menyilangkan kakinya.
“Dua
hari saya ikut tak nampak pun dia bertemu dengan Jerry. Dia hanya balik kerja
dan pergi kerja. Penatlah badan saya. Apartmen yang awak suka sewa sementara
itu jauh dari tempat kerja saya.” Rungut KJ.
“Sabarlah…”
“Awak
sajalah ekori dia.”
April
buat muka.
“Hantu
pun tahu nak merajuk juga ye.” KJ jongket keningnya. Dia menyuap kek yang
tinggal separuh itu ke dalam mulutnya.
“Awak
tak nak suapkan kek tu untuk saya?” April menyuakan mulutnya.
“Hantu
tak perlu makan.” KJ menarik pinggan kek itu dari dicapai oleh April
April
mencemik.
“KJ…”
“Ya…”
“Awak
sunyi tak jika saya menghilang nanti?”
Suapan
KJ terhenti. Dia pakukan anak matanya pada wajah April.
Entah
mengapa dia tidak dapat menjawab soalan dari April itu.
April
hanya tersenyum.
“Awak
mesti sunyi kan”
“Kenapa
pula saya nak sunyi? Saya lagi lega sebab tiada pengacau.”
“Mengaku
sajalah yang awak akan sunyi nanti.”
“Huh!”
April
ketawa kecil.
“Saya
suka tengok muka merah awaklah KJ. Comel.”
“Merepek!”
“Betullah.
Saya puji ikhlas.”
KJ
nampak sahaja dingin tetapi sebenarnya tidak.
“KJ…”
April mencuit hidung KJ.
KJ
menepisnya. Gelagat KJ diperhatikan oleh pelanggan di kedai kek tersebut. Ada
yang menggelengkan kepala melihat KJ.
“Jangan
buat hal di tempat awam.”
“Jerry…”
Jari
runcing April menunding ke arah lelaki yang baru masuk ke kedai kek tersebut. KJ
segera mengangkat majalah yang dibawa ketika Jerry melintasi mejanya. Jerry
dilihat menghampiri meja yang diduduki oleh Nikkie. Riak wajah Jerry tampak
keruh.
Mujur
meja KJ berdekatan dengan meja Nikkie. Jadi dia boleh memasang telinga untuk mendengar
perbualan Jerry dan Nikkie.
“Putus
asa saja terhadap April.”
“Tidak…”
“Jerry…apa
kurangnya saya?”
“Jangan
desak saya lagi. Saya akan jaga April meskipun April tidak cintakan saya!”
“Jangan
jadi bodoh!” Getus Nikkie. Jerry masih jadi orang bodoh untuk menjaga puteri
yang sedang tidur lena itu.
Jaga
April? Jerry kata akan jaga April meskipun April tidak cintakan dia? KJ dan
April saling berpandangan.
“Nikkie…lebih
awak berputus asa saja dengan saya.”
“Tidak!
Saya tidak akan berputus asa dengan awak.”
Tegas Nikkie. Dia sudah cukup lama memendam perasaan di dalam hati. Masakan
dia akan melepaskan Jerry begitu sahaja.
“Lagipun
saya bersalah pada April.” Jerry menunduk.
“Kenapa
awak perlu bersalah pada April? Kemalangan itu adalah musibah yang tidak boleh
dijangkakan.”
Kemalangan?
April ditimpa kemalangan? April menggengam rantai yang tersarung pada lehernya
itu.
“Jika
bukan saya…”
“Cukup!
Saya tak mahu dengar awak menyalahkan diri awak lagi!” Nikkie memintas.
“April
tidak akan terlantar begitu jika bukan sebab saya?!”
“Itu
adalah takdir, Jerry. Awak harus menerimanya.”
“Awak
tidak akan faham…”
Jerry
seolah-lah menghukum dirinya.
Rahsia dah hmpir terbongkar......
ReplyDeletekejutan demi kejutan...
Deleteermmmm.. cerita semkin suspen....
ReplyDeletekena buat suspen skit2
DeleteAduhai....kak cite ni mkin saspen plak,hehehe
ReplyDeleteHehehehe...:P
DeleteLg2 bce tgh2 mlm..lg la saspen,hehehe..sesuai dgn tajuknye midnight...
DeleteXlama lg tau la april dia msh hidup....
ReplyDeleteyess! april da dengar yg die dah terlantar...mesti die pkir yg die msih hidop lgi XD
ReplyDeletepergh...sanggup KJ berkorban utk April. Hohoho..Ada apa2 ke ni.. Tak sabarrrnyaa Pa'ah nak baca seterusnyaa.
ReplyDeleteXSABAR NK BC CITA SETERUSNYA....MSTI BYK AGI RAHSIA YG AKN TERBONGKAR SELEPAS INI....I LIKE.... <3
ReplyDeleteuitsss... makin lama makin menyebabkan jantungku berdebar2... misteri betul... huhuhu... tak sabar tunggu part2 seterusnya... cerita akak semua mmg best la... lain dari yg lain gitewww... :D
ReplyDeleteerkkkk saspen giler... apa yg berlaku sbnrnye??? April koma ker??? sambungan plss kak ya
ReplyDeletecmplicatednye idop april tu.. hehehe tp dy sgt2x epi go luck kan... hehehe best2x... nak tggu smbungan dy... hehehe
ReplyDelete-netysiregar-
mak cik nety ada kat sini r..hahaha
Deleteohohoho..like3..
ReplyDeletesuspen2..part 8 menanti..
semakin suspen dan semakin berdebar-debar, perasaan ingin tahu semakin meluak-luak.... >.<
ReplyDeletetak sabar nk tggu part 8
~Rabiatul Adawiyah~
makin best la cete nie kak..part 8 plak kak..xsabar nie..hehee
ReplyDelete-haslina yaya-
alahai!!! update laju2x kak... :P
ReplyDelete“Nikkie…lebih awak berputus asa saja dengan saya.”
ReplyDeletekak,de perkataan tertinggal kan.. :)
KJ ade perasaan kat April ke?? wa xsbr nk bce entry seterusnye.. (Y)
-n0rlie-