Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, February 21, 2013

Midnight - Part 8




JERRY meraup wajahnya berkali.kali. Nikkie tidak faham kenapa Jerry perlu menghukum dirinya atas kemalangan yang menimpa April?

“Saya perlu jumpa Nicholas.”
“Kenapa? Kenapa awak mahu berjumpa dengan abang saya.”
“Ada hal antara kami yang perlu diselesaikan.”

Nikkie menggelengkan kepalanya.

“Nicholas…saya tak tahu abang saya tu berada di mana?”
“Masakan awak tak tahu di mana abang awak tu?”
“Awak sendiri tahu sikap dia tidak sukakan kongkongan keluarga. Dia dan April punya sikap yang sama.” Ujar Nikkie. Bukan mudah untuk mengesan Nicholas.
Jerry buntu seketika.

Nicholas? April seperti pernah mendengar nama tersebut.

“Awak sudah ingat sesuatu ke?”
“Nicholas…saya terlupa tentang dia.”
April seakan mengingati sesuatu.
“Awak ingat wajah dia tak?”
April mengangguk.
“Lelaki itu?”
“Lelaki mana?”

“Lelaki yang berambut panjang itu.” April terbayangkan wajah Micheal. Mengapa dia tidka mengingati lelaki pertama yang melihatnya di kafe itu adalah Nicholas.
“Di sini mana ada lelaki berambut panjang.”
“Kafe….kafe tempat awak bekerja itu. Dia juga nampak sayakan pada malam itu? Dia yang memanggil awak.”
“Micheal!” Mata KJ membulat besar. “Micheal adalah Nicholas.” Dia macma kurang percaya yang Micheal itu adalah Nicholas.

Pening kepala KJ. Kisah cerita April ini sudah bersimpang-siur jadinya.  Serabut kepala otak KJ.

“Jerry!” Suara Nikkie bergema.
KJ dan April berpaling ke arah Nikkie.

Jerry sudah terjelepuk di atas lantai tidak sedarkan diri. KJ bingkas bangun untuk memberikan pertolongan. Dia berpura-pura tidak mengenali Nikkie mahupun Jerry.

“Kenapa dengan dia ini cik?”
“Dia bangun dan tiba-tiba dia jatuh pengsan.” Balas Nikkie. Wajahnya dipagut kerisauan.
“Kita hantar dia ke hospital.”
Nikkie sekadar menggeleng.
“Tak perlu. Tolong saya hantar dia ke rumahnya.”
“Baiklah.”

KJ mengangkat tubuh saja Jerry. Boleh tahan beratnya lelaki ini. Badan dia bukannya besar sangat. Nikkie turut membantu KJ. April turut mengikut langkah mereka.

April pandang wajah tampan Jerry. Lelaki itu cukup mengambil berat dan menyayangi dirinya. April rasa bersalah. Dia tidak pernah membalas kasih sayang lelaki itu terhadapnya. Tiada apa kurangnya pada Jerry. Lelaki itu punya pakej yang cukup lengkap menjadi lelaki idaman wanita. Perasaan cinta itu tiada di dalam hati April.

April lebih tertarik dengan KJ kali pertama dia melihat wajah KJ di dalam blog milik Pearl. Hatinya melonjak gembira apabila bertemu dengan KJ. Dia tidak kisah meskipun dia sudah menjadi hantu begini. Namun benarkah dia sudah mati? Persoalan itu masih tidak jelas.

“TERIMA kasih.” Ucap Nikkie. Matanya melirik ke arah Jerry yang sudah terbaring di atas katilnya itu.
“Sama-sama. Mungkin dia terlalu keletihan.”
“Ya…dia memang keletihan dan tidak cukup rehat. Dia asyik sibuk menjaga temannya di hospital sampai tidurnya tidak cukup.”
“Nasihatkan dia supaya berehat.” Pesan KJ.
“Emm…saya Nikkie.”
Nikkie menghulurkan tangannya.
“KJ.”
Tangan Nikkie bersambut. Nikkie melirik senyuman. KJ…nama lelaki ini bukan nama betulnya.

“Saya pulang dulu.” KJ memulas tombol pintu.
“Saya ucapkan terima kasih sekali lagi.”

Kaki yang diaturkan langkahnya itu behenti seketika. KJ memalingkan tubuhnya semula.

“Saya terlupa sesuatu...”
Nikkie memandang KJ.
“Tidak mengapalah…lain kali saja.” KJ kembali mengaturkan langkahnya.

April melayang di sebelah KJ. Dia tahu KJ tidak jadi untuk bertanyakan tentang dirinya kepada Nikkie. Mungkin KJ tidak begitu percayakan Nikkie. Dia juga tidak percayakan Nikkie setelah membaca diari Nikkie itu.

“KJ…”
“April…kita perlu cari Micheal.”
April angguk.

April angguk.
“Awak yakin Micheal adalah Nicholas?”
“Ya…saya yakin.”

MICHEAL mengunci pintu belakang kafe itu. Glen dan Lydia telah pulang ke rumah. KJ pula memang tidak bekerja untuk sesi malam. Micheal mengeluarkan kotak rokoknya. Hembusan asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya.

Micheal memandang ke arah langit yang mendung itu. Tidak tahu apa yang berada difikirannya kini. Masa untuk pulang dan berehat. Micheal memakai jaket kulitnya.

“Micheal!” Ada suara memanggilnya lantang.

KJ terkocoh-kocoh mendekati Micheal. Mujur saja Micheal masih belum pulang. April menghulurkan sapu tangan. KJ mengesat peluh di dahi.

“Nicholas…awak nampak saya kan?” April bersuara. Matanya tepat merenung Micheal.

Micheal tersengih. Puntung rokoknya di tengeh pada dinding berdekatan kafe tesebut.

“Micheal…jangan berpura-pura lagi.”
“April…saya nampak awak.” Micheal membalas. 



Jadi betullah Micheal adalah Nicholas. Nicholas adalah abang Nikkie. Micheal pernah memberitahu KJ, dia membantu jika KJ memerlukan bantuan. April cuba menyentuh wajah Micheal. Ya…dia boleh menyentuh lelaki itu seperti dia menyentuh KJ.



“Nicholas…awak mesti tahu apa yang berlaku pada saya?” April memaut kedua-dua lengan Micheal.

“Ya.” Balas Micheal sepatah.

“Beritahu saya Nicholas. Adakah saya sudah mati?”

Micheal menggeleng. KJ turut terkejut dengan gelengan yang diberikan oleh Micheal. 


“Saya masih hidup?!” April seakan tidak percaya.

“Apa yang berlaku sebenarnya?” Soal KJ.
 

Micheal menghela nafas kecil.

“Saya masih hidup?!” April seakan tidak percaya.


“Itu saja yang saya dapat beritahu pada awak.”

“Nicholas…”

“Maaf…awak perlu mencari jawapannya sendiri.”

“Tapi Micheal?”
“KJ…pencarian kamu akan berhasil juga. Jawapan itu semakin dekat dengan kamu. Saya hanya dapat memberikan klu ini sahaja. April masih H-I-D-U-P!”


Micheal meneruskan langkahnya.



“Nanti Micheal!” KJ cuba menahan namun lengannya ditarik oleh April.
“Tapi….”
“Itu sudah cukup pada saya. Cukup untuk mengetahui yang saya masih hidup. Jawapan yang seterusnya mesti pada Jerry dan Nikkie.”
“Hmmm…”


Masih ada persoalan berlegar-legar di dalam minda KJ. Mengapa Nicholas perlu mengubah namanya menjadi Micheal? Mengapa dia menyembunyikan identiti sendiri? Hanya Micheal yang ada jawapannya.

9 comments:

  1. Yeahhh satu lg misteri dah terbongkar... april masih hidup... tak sabar nk tau apa sebenarnya jadi pd april...

    ReplyDelete
  2. aduh, makin saspen lah kak ! tak boleh la baca mcm ni, bukukan lah. HAHA~

    Pa'ah

    ReplyDelete
  3. sebab apa michael rahsiakn apa yg berlaku pd april....saspen lak nk tau apa yg berlaku...adakh michael yg menyebabkn april koma or sebaliknya...cpt la k.ilya smbng xsbr nk tau rahsia seterusnya...

    ReplyDelete
  4. kak ya...mesti ade kaitan kan micheal ngan april...suspen sangat ni...tetibe tersuka cerita misteri yg tak takut mcm ni...hihihi

    ReplyDelete
  5. Wah...mkin xsabar nak bc..nak tau apa kaitan nicholas dgn april...

    ReplyDelete
  6. huh... semakin menarik n suspn.. cepat sambung akak xsabar nk tnggu sambungganya... hehe...

    ReplyDelete
  7. huhuhu ade pape ke antre nicholas dgn april.... ish xsabo2x

    ReplyDelete
  8. aduh makin xsabr nk tunggu entry baru...kak cepat kak sambung!!! nak tau cmne April leh koma n sape penyebabnye...
    -n0rlie-

    ReplyDelete
  9. Jahatnya nikkie huhuhu kawan makan kawan..

    Frm saranghaeyo november

    ReplyDelete