Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Saturday, February 23, 2013

Midnight - Part 9



(Jom layan lagu ni)



AKU masih hidup. Nicholas kata aku tak mati. Ini satu berita yang cukup menggembirakan. Senyuman April mati saat melihat wajah serius KJ.

“Apa hubungan awak dengan Micheal?”
April gigit jari.
Dia menarik tangan KJ. April pandang kiri dan kanan. Tiada orang yang lalu lalang di lorong itu. 
“Tiada orang yang nampak awak. Kenapa perlu nak gelisah sangat!”
April menjuihkan bibir.
“Awak tak boleh panggil saya hantu sebab saya masih hidup.”
“Iya. Saya tahu.”

KJ perlu tahu pasal Nicholas. Apa hubungan April dengan Nicholas? Tambahan pula Nicholas atau Micheal itu adalah abang kepada Nikkie.

“Sedia maklum Nicholas adalah abang Nikkie. Saya kenal Nicholas selepas saya mengenali Nikkie dan Nicholas seorang pendengar setia.”
Ya…KJ tidak menafikan kata-kata April itu kerana Micheal seorang peka pada pekerja bawahannya.
“Awak ada hubungan cinta dengan Nicholas?”
“Hubungan cinta? Hehehehe…”
Ketawa pula si April ni.
“Saya tanya dengan serius tau.”
“Tiada. Nicholas macam abang saya. Dia tahu saya suka pada awak.” April mengenyitkan matanya.

Kalau lelaki lain mendengar ayat tersebut pasti bersorak gembira tetapi tidak pada KJ. Dia tidak gembira kerana baginya Jerry lebih berhak untuk memperolehi cinta dari April. Jerry seorang kekasih yang setia dan Jerry lebih mengenali Apri. Dia hanya beberapa bulan mengenali April. Itupun dalam bentuk roh macam ini.

Wajah sugul KJ disedari oleh April.

“Esok kita ke rumah ayah saya. Saya mahu tahu sama ada mereka tahu atau tidak tentang keadaan saya?”

KJ menggeleng.

“Saya tidak akan jejak ke rumah itu lagi.”
“Saya terlupa…tapi…”
“Lebih kita cari tubuh awak berada. Jerry dan Nikkie ada menyebut tentang kemalangan kan?”
“Ya…tapi macam mana hendak tahu tubuh saya berada di mana?”
“Kita perlu mengekori Jerry atau Nikkie.”
“Betul juga.”

Itu sahaja caranya.

“Saya yakin tubuh awak berada di hospital.”
“Terima kasih KJ.” April mengucup lembut pipi KJ.
KJ menoleh. Senyuman semanis madu terukir di bibir basahnya.

“KJ..” April memeuncungkan bibirnya pada poster iklan yang terpapar di ruang papan iklan itu.

Itu Faith. Faith yang sedang semakin popular itu. Mata KJ membulat besar. Lagu itu yang bakal di adakan dalam konsert Faith itu adalah lagunya. Namun kenapa Faith mengatakan lagu itu adalah lagu ciptaannya.

KJ mengetap bibir.


KJ menghempaskan nota-nota lagu itu di hadapan Jena. Tersentak Jena. Jena mengurut dada. Dia tidak menduga KJ akan mengamuk begini sekali setelah rahsia itu terbongkar. Selama ini Jena hanya menggunakan KJ untuk menaikkan nama Faith.

KJ berang kena nama bagi pecipta lagu itu diletakkan nama Faith. Lagu itu adalah lagu ciptaannya. Sanggup Jena menipunya. Faith bermegah dengan lagu-lagu ciptaan KJ.

“Saya akan bawa hal ini ke tengah”
Jena tersenyum sinis.
“Ada hak cipta ke?”
Hak Cipta? Itu kesilapan KJ. Kesilapan yang cukup besar kerana tidak meletakkan hak cipta kepada karyanya sendiri.
“Lagu-lagu itu tetap milik saya.”
“Awak tiada bukti untuk mendakwa saya mahu pun Faith.”
“Lambat-laun peminat Faith akan tahu itu bukan lagu miliknya.”
Jena ketawa.
“KJ…awak memang suka jadi bodoh. Muka macam awak tidak layak untuk menjadi penyanyi di syarikat ini.”

Hati KJ sakit dengan bicara Jena yang cukup sinis itu.

“Saya akan tuntut hak saya. Lagu itu saya cipta sepenuh jiwa hati saya.”
“Orang tiada apa-apa macam awak hanya akan memalukan diri awak sendiri. Lupakan sahaja KJ.”
“Tidak! Saya tidak akan membiarkan orang lain menggunakan lagu-lagu ciptaan saya sewenangnya begini. Saya akan dapatkan semula hak cipta lagu-lagu itu.”
“Baiklah…saya tunggu.”

KJ menghempaskan pintu bilik pejabat Jena. KJ menyandarkan tubuhnya pada dinding. KJ meraupkan rmabutnya ke belakang. Betul kata datuk untuk mencapai kerjayaan itu bukannya mudah. Lebih-lebih lagi dalam bidang seni ini.

KJ tidak akan biarkan dirinya teraniaya. Dia akan mencari ikhtiar untuk mendapatkan lagu-lagunya itu semula. 


MICHEAL merenung wajah Glen dan Lydia. Kedua-duanya itu menceritakan pengalaman yang kononnya ngeri pada mereka di apartmen KJ. Micheal tertawa kecil. Apa yang melucukan hatinya. Lydia pula bercerita dengan membuat demontrasinya sekali. Mereka beria-ia mengatakan apartment tempat KJ berhantu.

Glen dan Lydia mahu Micheal memujuk KJ akan berpindah dari apartmen tersebut. Mereka risaukan keselamatan KJ. KJ itu sebatang kara di sini.

“Tidak perlu risaukan KJ. Dia pandai jaga diri.”
“Tapi Micheal…”
“KJ tidak akan apa-apa. Kamu yang berhalusinasi sendiri.”
“Micheal…kami tidak berhalusinasi. Betul apartmen tempat KJ tinggal itu berhantu. Kami ambil berat keselamatan KJ.” Lydia masih tidak mahu mengalah.
“Hantu lebih baik dari manusia. Manusia yang patut kamu takutkan sebab mereka lebih berbahaya.” Micheal memakukan matanya pada Lydia.
Lydia menelan air liur. Wajah Micheal begitu dekat dengan wajahnya. Dia tercium bau minyak wangi yang dipakai oleh Micheal.

“Micheal…boleh jangan dekat sangat tak” Wajah Lydia sudah bertukar menjadi merah.
“Kenapa? Sudah tergoda.”
Lydia menjelirkan lidahnya.
“Lydia…tak perlulah kita bercakap dengan orang yang tak percaya ni. Baik kita cari si penangkap hantu.” Glen menarik lengan Lydia.

Micheal jongket bahu. KJ makin bermasalah besar. Lepas ini KJ dan April akan bermain dengan penangkap hantu pula. Ada-ada saja Glen dan Lydia. Apa pun itu urusan April sebab April yang mengacau budak dua orang itu dahulu. Kalau sudah sendiri pandai cari penyakit maka sendirilah yang selesaikannya ye.


“Maaf…sebab lambat.” KJ meluru masuk dengan wajah kepenatan.
Nampak sangat KJ berlari menuju ke tempat kerja.
Micheal menghulurkan apron kepada KJ.
“Pelanggan sudah sedia menunggu.”
KJ senyum tawar.


APRIL bercekak pinggang pada hadapan pintu utama konsert itu. Apabila dia mengetahui KJ telah ditipu dan dianiayai dia datang sendirian ke konsert  berkenaan. Jena dan Faith perlu diajar. Berani mereka mencuri hasil titik peluh orang lain. KJ tidak perlu tahu akan kehadirannya di sini. Lagipun KJ perlu kerja hingga lewat malam. Malam ini dia bagi KJ rehat dan tidur sepuas-puasnya.

April meramas-ramas kedua belah tangannya. April akan memberikan pengajaran buat Jena dan Faith. Dia akan buat kacau untuk konsert Faith. Biar air muka Faith jatuh di hadapan peminat-peminat fanatiknya. 

6 comments:

  1. hmmm... kesian kj..
    memang patut pun kalau april nk kenakan faith n jena...
    walaupun pendek en3 ni tp ok la dari xda..hehe..
    :-D

    ReplyDelete
  2. biar april kena kan mereka berdua...kesian dgn kj....

    ReplyDelete
  3. Tentu kacau konsert faith...kesian KJ x apa ada org sudah bntu untuk mdapatkn mhancurkn konsert itu...

    ReplyDelete
  4. Kesian kj..bersabar menunggu part seterusnya..

    ReplyDelete
  5. jahat tul jena & faith tu...dh lma kj tunggu saat utk nyanyikn lagu hak milik dia tp akhirnya faith telah merampas hak itu...sungguh kejam mereka ni...
    mmg patut april bertindak....chayok april n kj...i sokong april & kj...

    ReplyDelete
  6. eee... keji dan jahat betul jena & faith tu... april mmg patut ajar diaorg tu cukup2 biar diaorg rasa...
    ~~Rabiatul Adawiyah~~

    ReplyDelete