Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, February 21, 2013

Stalker - Bab 2




12.45 P.M. Orang ramai berpusu-pusu mengerumuni tempat kejadian. Beberapa orang anggota polis bertindak mengawal keadaan. Kain kuning direntangkan sebagai pemisah. Seorang lelaki bertubuh tegap menghampiri kain rentang kuning itu. Dia memakukan mata ke arah anggota polis bertugas lalu menunjukkan kad pengenalan dirinya. Anggota polis itu tersenyum lalu membukakan laluan kepada lelaki berkenaan. Lelaki itu melangkah masuk. Matanya liar memandang sekeliling. Dia panjat anak tangga ke tingkat atas. 
           
 “Razif…awak sudah hubungi Inspektor Riyad?”  Tanya Detektif Heris pada salah seorang anggota polis yang bertugas.  
“Sudah detektif. Hah! Itu Inspektor Riyad sudah sampai.” Anggota polis itu menundingkan jari ke arah lelaki segak berpakaian serba hitam itu.      
 “Maaf kerana mengganggu cuti tuan.” Ujar Detektif Heris.     
“Hmmm…” Inspektor Riyad mendengus kecil. Geram juga kerana cutinya diganggu. Dia memandang tajam detektif muda itu. Detektif Heris tersenyum.
 “Mangsa Julia Hussain. Berusia 23 tahun. Seorang model popular yang baru dalam dunia peragaan dan pengiklanan. Mangsa bekerja di bawah Chythia Model Agency. Salah sebuah agensi model yang terkenal di Malaysia.” Detektif Heris memberikan serba sedikit butir-butir diri mangsa.
      
 Inspektor Riyad memakukan matanya pada mayat yang terbaring di atas katil itu. Sekeliling mangsa ditaburkan dengan kelopak-kelopak ros merah berbau harum semerbak. Dia melihat posisi mayat dibaringkan. Mangsa berkemungkinan besar tidak dibunuh dalam bilik tidurnya. Si pembunuh sengaja meletakkan mangsa dalam posisi seolah-olah sedang tidur. Rasanya terkaan dia tidak silap. Keadaan mangsa amat mengerikan. Mangsa dibunuh dengan kejam sekali. Tubuh mangsa ditikam bertubi-tubi hampir memperlihatkan isi perutnya. Leher mangsa dikelar hampir putus dan kedua belah mata mangsa dikorek keluar. Seorang anggota polis wanita menekup mulut. Keadaan mayat itu buat tekaknya merasa loya.
       
 “Tuan…” Detektif Heris menghulurkan beberapa pucuk surat kepada Inspektor Riyad. Bila dibuka, surat-surat itu hanya mengandungi sehelai kertas putih yang kosong.
        
“Dalam mesin perakam suara milik mangsa, mangsa menerima hampir semuanya panggilan bisu berseling-seli dengan ketawa yang menakutkan.”

“STALKER’”
“Tuan syak kerja ‘STALKER’”
“Lima puluh peratus.”
“Bukankah si ‘STALKER’ ini akan menyiasat dengan rapi dan meliliti seseorang dengan ketat dan tidak melepas. Macam kes pembunuhan John Lenon pula. Pembunuhnya seorang ‘STALKER’. Kes beginikan banyak berlaku di USA.” Detektif Heris mengusap dagu.


“Em…orang yang suka meliliti orang lain. Bukan semua ‘STALKER’ merupakan peminat fanatik. Heris awak dapatkan maklumat latar belakang dan kehidupan peribadi mangsa? Pembunuh juga berkemungkinan dari kalangan orang yang terdekat. Siapa tahu?.” Detektif Heris menganggukkan kepala. Bersetuju dengan kata-kata ketuanya itu. Inspektor Riyad atur langkah. Detektif Heris membuntuti dari belakang. Mereka menuruni anak tangga. Ruang tamu dalam rumah tersebut teratur. Tiada kesan pergelutan kelihatan. Pembunuh begitu teliti dan bijak orangnya.

“Emm…”

Mata Inspektor Riyad terpaku pada bungkusan berbalut hadiah yang terletak atas meja bulat di ruang tamu itu. 

“Berikan saya sarung tangan.” Pinta Inspektor Riyad pada salah seorang anggota polis yang berada berdekatannya.       
      
“Baik tuan.” 

Bungkusan hadiah itu dicapai. Ligat jari-jemari Inspektor Riyad mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut. Bulat bola matanya melihat isi kandungan di dalamnya. Sebuah anak patung Barbie. Terselit juga sehelai kertas putih berlipat kemas di dalamnya. Inspektor Riyad buka lipatan kertas tersebut. Tertera nama Julia yang dilakarkan dengan darah. KLIK! Satu pancaran cahaya menyakitkan mata Inspektor Riyad dan Detektif Heris. Itu silauan lampu kamera. Berkerut dahi inspektor muda itu. Gadis cantik yang memakai cap itu tersenyum ke arahnya.


“Bagaimana hantu ni boleh terlepas masuk?” Ujarnya sinis. Detektif Heris menjungkit bahu. Gadis cantik itu mengetap bibir. Lelaki itu tidak pernah berubah langsung. Masih bersikap dingin dengan dia.

“Saya juga perlukan bahan untuk buat kerja saya.” Gerutunya. 

“Oh!” Inspektor Riyad mengangkat keningnya sedikit. Dia cukup kenal dengan gadis cantik bernama Fiona itu. Wartawan yang sanggup berkerja keras untuk mendapat sebuah cerita. Cukup lasak dan berani mempamerkan kebenaran pada artikel yang ditulisnya.

Inspektor Riyad mengalihkan pandangannya. Dia hulurkan bungkusan tersebut kepada Detektif Heris.

“Heris…serahkan bungkusan ini pada unit forensik.” 
“Baik tuan!” Detektif Heris berlalu pergi. Fiona rasa geram kerana tidak dihiraukan. Dia terus mengekori langkah kaki Inspektor Riyad. 

“Detektif Ridhuan…” 
“Tuan!”
“Siapa yang menemui mangsa di tempat kejadian?” 
“Teman serumah mangsa tuan.”
“Di mana dia?”“Itu dia tuan.” 

Detektif Ridhuan menghalakan jari telunjuknya ke arah gadis yang yang sedang duduk menangis teresak-esak atas sofa itu. Gadis itu ditemani oleh Detektif Elena.

“Kamu sudah ambil keterangan dari dia?”
“Sudah tuan.”

Gina memeluk tubuhnya. Air mata tidak henti-henti mengalir keluar membasahi pipi gebu itu. Sungguh tragis kematian Julia. Gina tidak dapat menahan sebak di dada. Detektif Elena mengusap-usap perlahan belakang Gina. Dia cuba mententeramkan gadis berkenaan. Dia memahami kesedihan yang dialami oleh Gina.

“Awak Gina, teman serumah Julia?” Gina mengangkat kepalanya. Terpana seketika pgadis itu menatap seraut wajah yang kacak di hadapan matanya itu. perlahan-lahan Gina menganggukkan kepala.

“Maaf…boleh saya ajukan beberapa soalan kepada Cik Gina.”
 Gina anggukkan kepala.
“Selain Cik Gina, ada sesiapa lagi yang duduk di rumah ini?”
“Hanya saya dan Julia.”

Inspektor Riyad menganggukkan kepala. Fiona di sebelah hanya membisu. Setiap ungkap kata yang keluar dari bibir Gina dia rakamkan dalam tape recorder. 

“Awak ada syaki sesiapa ke? Mangsa ada bertelingkah dengan sesiapa sebelum ini contohnya.” Gina gelengkan kepala.“Tidak pula.”
“Julia ada teman lelaki?” 
“Khalil.”
“Selain Khalil?” Gina menghela nafas panjang. Inspektor Riyad dipandang tajam.
 “Ada juga dia keluar dengan lelaki dari kelas atasan. Tapi sekadar teman berhibur di luar. Khalil jarang luangkan masa bersama Julia.” 
“Mangsa ada musuh?”“Saya tahu musuh ketat Julia hanya Nureen.”
“Awak tahu mangsa sering menerima panggilan bisu dan surat-surat yang mengandungi kertas putih?”
 
Gina anggukkan kepala.

“Saya ada suruh Julia adukan kepada pihak polis tetapi Julia enggan berbuat demikian. Jika Julia ikut nasihat saya pasti dia tidak akan menerima nasib buruk begini. Sepatutnya saya desak dia dengan lebih keras.” Gina mengesat air matanya.

“Itu saja soalan saya yang ingin saya tanyakan kepada Cik Gina buat masa ini. Terima kasih atas kerjasama yang Cik Gina berikan.” Ujar Inspektor Riyad. Dia memberi isyarat mata kepada Detektif Elena supaya membawa Gina beredar dari situ. Detektif Elena anggukkan kepala lalu membawa Gina pergi.

“Perempuan cantik memang tidak cukup dengan seorang teman lelaki.” Desis Fiona. Inspektor Riyad kerling Fiona tajam. Tanpa Fiona sedari lelaki itu merampas tape recorder dari tangannya.

“What the!” Inspektor Riyad keluarkan kaset dari tape recorder tersebut lalu menarik pitanya. Terjegil mata Fiona. Kemudian dia serahkan kembali kepada Fiona.

“Sekarang tiada bahan untuk dituliskan dalam artikel awak esok.” Sinis kata-kata Inspektor Riyad. Fiona ketap bibir. Melampau!

4 comments:

  1. Kak Ilya, siapa Inspektor Riyad bayangan akk...?? ekeke... thumbs up! suka cerita ni.. esaited!

    ReplyDelete
  2. Fiona ke heroin cerita nie? Xsabar plak tunggu next entry...

    ReplyDelete
  3. ada kes?panggil lah detektif mauri..dalam cite detektif conan tu..ekekek..
    sambung lg kak ya..cite semakin menarik..

    ReplyDelete