Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Sunday, February 24, 2013

Teman Pengganti - Bhgn 1




*Cerita ini ditulis hanya ada 10 bahagian sahaja...^^

JAY pandang muka Joe tidak berkelip. Joe masih boleh tersenyum setelah menerima perkhabaran berita tentang kematian orang tuanya itu. Apakah Joe tiada hati dan perasaan? Joe anak tunggal dalam sebuah keluarga yang kaya raya. Segala harta kekayaan tentu sahaja akan menjadi milik Joe sepenuhnya.

"Kau tak nak balik, Joe." 

Joe gelengkan kepalanya.

"Jangan diikutkan rajuk yang panjang." Jay menepuk lembut bahu teman baiknya itu.

Joe menghela nafas kecil. Dia bingkas bangun lalu memimpin Jay masuk ke biliknya. 

"Kau jangan risaukan aku. Aku okay di sini."

Joe membantu diri. Bunyi tapak kaki jelas menunjukkan Joe sudah keluar dari biliknya. 

Jay hairan dengan sikap Joe. Mereka bersahabat baik dari kecil. Joe bukan begini orangnya. Dari seorang periang Joe menjadi pendiam. Tambahan pula apabila Joe menyalahkan dirinya menyebabkan dia menjadi buta begini. Dia tidak menghukum Joe. Apa yang terjadi adalah takdir dari Allah. Jay redha kerana terpaksa menangguhkan pelajarannya.

Pengembumian kedua orang tuanya telah diuruskan oleh sanak saudaranya di sana. Joe masih tidak mahu pulang. Joe setia menemaninya di sini. Puas didesak namun Joe tidak mengedahkannya.

"Joe..."
"Please Jay...Aku tak mahu kau sebut lagi hal itu. Biarpun harta mereka berlonggok depan mata aku, akau takkan pandang." Tegas nada suara Joe.
"Walau seburuk dan sekejam mana pun mereka, mereka tetap orang tua kau, Joe."
"Aku tidak kisah jadi anak derhaka." 

Jay menggelengkan kepala perlahan. Keras betul hati Joe.

"Joe...aku bukan mahu jaga tepi kain kau. Aku heran kenapa kau berdendam dengan mereka sampai begini sekali? Kau merajuk tak nak dan sanggup menjaga orang buta seperti aku."

Joe membisu. Bila ditanya akan punca sengketanya pasti dia tidak akan menjawab. 

"Jay...aku bawa kau masuk ke dalam. Luar ni sejuklah. Lagipun kau bukannya sihat sangat." Joe mengalih topik perbualan mereka.

Joe sudah menganggap Jay sebagai adik sendiri. Jay muda tiga tahun darinya. Ada jua yang salah mentafsir persahabatan mereka. Ada yang mengatakan mereka pasangan homoseksual kerana keakraban mereka. Joe tidak ambil hati dengan kata-kata nista mereka. Tuhan lebih tahu...

Lima tahun dahulu...

"PAPA tak restui hubungan kamu dengan perempuan ini Joe! Perempuan apa kalau belum menikah sudah mengandung!" Suara Tan Sri Aziz memetir. 

Joe sudah dapat mengagak jawapan yang papa berikan kepadanya. Dia genggam erat jemari Rafika.

"Papa tak boleh pisahkan kami. Joe dan Fika sudah menikah! Anak dalam kandungan Fika anak yang sah!" Mereka bukan mengadakan hubungan yang terlarang. 

Joe dan Rafika sepakat menikah secara senyap kerana tidak mahu menimbulkan kata nista kelak. Hubungan halal itu diredhai Allah. Joe mengambil tindakan berani menikahi secara bersembunyi di kampung Rafika tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuklah sahabat baiknya Jay. Jay berada di luar negara bersama ibu saudaranya.

Terjegil biji mata Tan Sri Aziz.

"Kamu benar-benar menconteng arang ke muka papa, Joe..." Tan Sri Aziz kecewa dengan sikap anak tunggalnya itu. Dia pandang wajah isterinya. Puan Sri Adawiyah turut mempunyai perasaan yang sama seperti suaminya itu.

"Tinggalkan perempuan itu Joe." Puan Sri Adawiyah memujuk. Perempuan ini punca perhubungan antara mereka anak-beranak beretakkan.

Joe menggeleng.

"Joe tidak akan tinggalkan isteri dan anak Joe! Joe akan tinggalkan rumah ini dan Joe tidak jejak ke dalam rumah ini lagi!"  Joe menarik tangan Rafika. Rafika menitiskan air matanya.

"Kau akan menyesal Joe! Kau akan menyesal kerana membantah kata-kata papa!" 

Kebahagiaan yang dikecapi hanya seketika. Taktik licik Tan Sri Aziz telah memisahkan Joe dengan Rafika. Rafika telah difitnah. Joe yang mengikut rasa panas barannya telah menjatuh talak tiga kepada Rafika. Telajak perahu boleh diundur tetapi telajak kata sesal seumur hidup.

Kebenaran yang diterima telah membawa rajuknya ke bumi Sweden ini. Dia menumpang di rumah Jay. Segala kesedihan ditutup dengan gelak tawa dan senyuman di bibir sehinggalah Jay diterima kemalangan kerana menyelamatkan nyawanya. Kemalangan itu meragut nyawa ibu saudara Jay dan daya penglihatan Jay.


 JOE menyiram bunga-bunga yang ditanam oleh Jay. Jay memang minat menanam bunga dan Joe akan membantu. Katanya bunga dapat memberikan ketenangan dan menyegarkan suasana.

Joe memandang bunga-bunga yang sudah berbunga itu. Hati dipaut rasa pilu. Tanpa sedar setitis air mata jatuh ke pipinya. 

Fika...maafkan abang, sayang...pastinya anak kita sudah besarkan sayang...Joe bercakap sendiri.

"Joe..." Seorang wanita berambut keperangan menyapanya lembut. Wanita fasih berbahasa melayu.

Joe berpaling. Air matanya disapu.

"Joe....kamu menangis?" Tegurnya.
"Shhh..." Joe meletakkan jari telunjuk di bibir.
"Joe...saya sudah uruskan semua yang awak pintakan. Betul awak sudah fikirkan semasak-masaknya?"
"Jay satu-satunya saudara saya di dunia ini. Saya rasa dia adalah pilihan yang terbaik. Dan saya yakin Jay mampu menguruskan segalanya nanti."
Tapi awak perlu beritahu pada dia."
"Laura...dia hanya perlu tahu apabila saya sudah tiada nanti."
Wanita bernama Laura itu mengetap bibir.
"Jika begitu saya akan buat seperti yang awak ingini. Saya akan memaklumkan hal ini kepada Encik Bakhtiar di Malaysia."
"Terima kasih Laura."
"Kawan Jay adalah kawan saya juga." Laura tersenyum.

"Siapa yang datang Joe?" Jay sudah muncul di muka pintu bersama tongkatnya.
"Laura..."
"Laura? Kenapa datang tak telefon dulu."
"Maaflah Jay, saya sekadar singgah di sini untuk melihat bunga-bunga awak saja." Sempat Laura mengenyitkan mata Joe.
"Tengok bunganya atau kumbangnya?" Jay berseloroh.
"Hey kawan, kau itu kumbang yang lebih kacak dari aku." Joe memaut leher Jay.
Laura ketawa kecil.

2 comments:

  1. Erm..cdehnye..npe joe sangup ceraikn istrinye gan talak 3? Talak 1 dhlhkn..

    ReplyDelete
  2. nie cerita ttg persahabatan ke kak?? bukan pasal cinta??

    ReplyDelete