Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Wednesday, December 1, 2010

ROMIE X JULIE_Prolog

Adakah cinta mereka berakhir dengan tragedi? 

Prolog

11 tahun yang lalu….

PAK ALI…tolong belikan bunga Lily itu untuk Julie.” pinta budak perempuan yang berusia 12 tahun itu. Jari telunjuk ditundingan pada jambangan bunga Lily yang terhias di luar kedai bunga tersebut. Lelaki tua itu menganggukkan kepala. Dia turun dari keretanya. Dia melangkah masuk ke dalam kedai bunga itu. Julie menepukkan tangan keriangan. Hari ini adalah hari lahir ayahnya. Dia mahu berikan kepada ayahnya sejambak bunga Lily. Ayah sukakan bunga Lily.
            “Julie ni mengada-ngadalah. Abang sudah lapar tahu.” gerutu abangnya, Raffique di sebelah. Mukanya berkerut-kerut. Julie tundukkan kepala.
            “Hari ini hari lahir papa. Julie mahu belikan sesuatu untuk papa!” balas Julie. Air matanya bergenang. Raffique diselubungi rasa bersalah. Diusap belakang adiknya. Julie agak sensitif dan mudah mengalirkan air mata bila dilenting sedikit.
            “I’m so sorry.” ucap Raffique lembut. Dia bukan sengaja mahu meninggikan suara pada Julie. Julie mengesatkan air mata yang mengalir.
            Beberapa minit kemudian pemandu mereka kembali semula ke kereta. Jambangan bunga Lily itu diserahkan kepada Julie. Julie tersenyum riang. Senyuman itu melegakan hati Raffique. Dia turut tersenyum. Kereta Jaguar berwarna hitam itu bergerak perlahan.

RUMAH agam seluas vila itu tersergam indah dikelilingi pohon-pohon yang hijau. Tuan Zain dan isterinya Puan Elena memang suka berkebun. Mereka sendiri yang membina taman hijau itu. Raffique dan Julie turun dari kereta sebaik saja berada di pengarangan rumah mereka. Keduanya kehairanan melihat suasana rumah mereka yang sunyi sepi. Julie terlebih dahulu melangkah masuk.
            “Papa! Mama!” laungnya. Tiada sahutan kedengaran. Lantas dia berjalan menuju ke ruang tamu. Jambangan bunga Lily terlepas dari pegangan. Bulat matanya melihat tubuh kaku kedua orang tuanya di atas meja makan berlumuran darah di mulut.
            “Julie…apa yang tercegat saja di situ. Papa dan mama tak ajak join makan sekali ke?” Raffique menghampiri. Seketika Raffique memberikan reaksi seperti adiknya.
            “Papa! Mama!’” jerit Julie. Raffique memeluk Julie.
            “Pak Ali!” Dia melaungkan nama pemandunya. Orang tua itu bergegas ke ruang makan. Mulut  terkunci rapat melihat Pak Ali keadaan tuan dan puannya. Dia meluru ke arah dapur. Dua lagi tubuh terbujur kaku di atas lantai dengan pisau yang tertusuk pada perut mereka. Mereka adalah isteri dan anak perempuannya.

JULIE hanya membisu berdiri di sebelah abangnya. Dia langsung tidak mahu bercakap apabila disoal. Raffique tidak mahu mendesak adiknya. Dia faham apa yang dialami oleh Julie sukar untuk dikikis dari ingatan. Julie hanya seorang budak perempuan yang berusia 12 tahun. Mereka hanya melihat tubuh kedua orang tua mereka diusung keluar.
            Seorang anggota polis berpakaian biasa itu merapati Raffique dan Julie. Dia turut bersimpati atas apa yang menimpa pada keluarga kedua beradik ini. Tragis sekali. Orang tua dan dua orang gajinya diracun. Tukang kebunnya pula menghilangkan diri.
            “Pak cik sudah buat panggilan telefon pada ayah saudara Raffique. Mereka akan sampai lewat malam ini untuk mengambil Raffique dan Julie.” ujarnya lembut.
            Raffique sekadar menganggukkan kepala.
            “Tuan!” panggil salah seorang lelaki yang berpakaian seragam itu. Dia menepuk lembut bahu Raffique dan beredar.
            Raffique menggigit bibir. Erat dia memeluk Julie. Setahu Raffique, ayahnya bukan seorang yang suka mencari musuh. Adakah ini angkara musuh keluarganya. Tiada musuh lain selain dari keturunan Tun Muzaffar itu. Semua orang tahu kedua-dua keluarga saling berbalah sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi. Keluarganya dan keluarga Tuan Hilman tidak pernah berbaik atau mencari penyelesaian untuk berdamai. Raffique mengesyaki ianya angkara Tuan Hilman, musuh ketat keluarganya itu.
            Rambut Julie diusap lembut. “Kita perlu menuntut hutang dengan keluarga Tuan Hilman.” suara Raffique. Julie mengangkat kepala memandang abangnya.
            “Siapa mereka? Mereka ke yang bunuh papa dan mama?” Julie akhirnya membuka mulut. Laju Raffique anggukkan kepalanya.
            “Ya.”
            “Kenapa?”
            “Mereka bencikan papa dan mama.”
            Julie kembali membisu. Siapa Tuan Hilman? Dia pernah mendengar ayah dan ibunya menyebut nama itu tapi dia mengenali Tuan Hilman. Kalau benar seperti yang abangnya katakan….Mengapa Tuan Hilman membunuh ayah dan ibunya? Tuan Hilman menjadikan dia dan abangnya yatim piatu. Tuan Hilman sungguh kejam!
            Julie mengesat air matanya. Dia merenung ke arah jambangan bunga Lily yang bertaburan atas lantai itu. Kematian ayah dan ibunya harus dibela. Hutang darah perlu dibayar dengan darah! Itu tekadnya dalam hati.
            “Tuan Hilman….” desis hati kecilnya. Ada kebencian tersorot di balik mata bundar itu.
         

1 comment: