Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Wednesday, December 1, 2010

Coke And Sundae II_Bab 1


 Kebahagiaan pada permulaannya...

BUNYI pinggan yang terhempas di dapur mengejutkan Syakir yang sedang membaca akhbar di ruang tamu. Bergegas dia mengatur langkah menjenguk apa yang berlaku. Syakir gelengkan kepala. Ingatkan Azyan yang mengamuk rupanya si anak kecil yang sedang menunjukkan perasaan pada ibunya. Dia renung si kecil yang baru mencecah usia 5 tahun itu. Wajahnya sudah mengikut acuan ketampanan dia cuma mata dan bibir comelnya mengikut acuan ibunya. Ameerul Hasif Bin Muhammad Syakir…tanda pengikat cinta mereka. Keletahnya adakala buat Syakir dan Azyan sakit kepala.
            Ameerul mencebikan bibir. Dia langsung tidak endah dengan jelingan tajam ibunya. Syakir gelengkan kepala. Adalah tu yang buat si kecil ini tidak berpuas hati. Dia kerling Azyan yang sedang tegak berdiri bercekak pinggang. Berkerut-kerut wajah Azyan. Perangai siapalah yang diikut oleh si kecilnya ini. Degil nak mampus! Ameerul berlari memeluk pinggang ayahnya. Nak mengadulah tu.
            “Kenapa ni?” Syakir mengusap-usap lembut rambut anaknya.
            “Jangan manjakan sangat! Ayang cuma tak kasi dia minum koko saja dah tunjuk protes!” desis Azyan. Bila gigi yang berlubang itu meragam tahu pulak Ameerul mengaduh kesakitan. Bawa jumpa doktor gigi tidak mahu. Boleh pulak dia kata doktor gigi makan orang. Entah siapa yang ajar ntah!
            “La…bagi sajalah dia minum koko.” Hal kecil begitu pun nak kecoh sampai si anak buat muka.
            “Abang tak tahu ke gigi anak kita berlubang. Ayang nak bawak jumpa doktor dia tak mahu.” gerutu Azyan.
            Syakir tersenyum. Azyan memang ambil berat perihal dia anak-beranak. Demam sikit pun Azyan akan kecoh. Ameerul sudah merenggangkan pelukan pada ayahnya. Muncung panjang mulut si kecil yang comel itu.
            “Bagi ayah tengok gigi Meerul yang berlubang tu.” Syakir memujuk. Laju Ameerul menggelengkan kepalanya. Dia ketap bibirnya rapat-rapat. Jangan harap ayah boleh tengok gigi dia yang sudah berlubang itu.
            “Buka mulut tu bagi ayah tengok, Meerul!” Azyan meninggikan suaranya. Ameerul gelengkan kepala. Azyan menjegilkan biji mata.
            Syakir mengeluh kecil. Rasanya sedikit sebanyak perangai Ameerul ikut perangai degil Azyan.
            “Ameerul!” bergema suara Azyan satu rumah.
 Ameerul menekup kedua belah telinganya. Si kecil itu tersengih. Terkedip-kedip matanya memandang si ayah. Perlahan-lahan dia buka mulutnya. Syakir menjenguk gigi Ameerul yang putih bersih itu. Sayang ada satu cacat celanya di situ. Boleh tahan besarnya lubang pada gigi Ameerul. Gigi itu harus dicabut.
“Esok Meerul pergi klinik gigi dengan ibu ya.”
“Tak nak!” balas Ameerul tegas.
“Kenapa tak nak?” soal Syakir kehairanan.
“Kawan-kawan Meerul cakap doktor gigi makan orang.” balasnya.
Syakir tidak dapat menahan tawa. Namun apabila dia melihat jelingan isterinya…Syakir menekup mulut. Tidak molek ketawa begitu pada si anak. Tengok! Ameerul sudah makin mencebik bibir. Ada tanda-tanda air mata nak menitis. Dia memeluk pinggang ibunya pulak. Teresak-esak si kecil itu menangis. Biasalah buat air mata duyung. Sampai hati ayah ketawakan dia.
Syakir garu kepala. Dia bukan sengaja mahu ketawakan anaknya itu. Tidak sengaja. Merajuklah pulak.
“Anak ibu tak hensemlah nanti kalau kuat menangis.” Giliran Azyan memujuk. Lemah-lembut begitu.
Jika imbas kembali zaman remaja mereka….Azyan tidak selembut ini. Ganas macam gorilla. Wajah comel itu sudah ada ciri-ciri keibuan. Anak dengan ibu sama-sama comel. Itu buat Syakir makin sayang pada isteri dan anaknya. Tanpa sedar dia memeluk mereka berdua. Dia kucup pipi gebu Azyan dan Ameerul. Bahagia sangat punya keluarga yang lengkap begini.
“Ibu…ayah dah buang tabiat.” suara Ameerul tiba-tiba. Dia mengesat air matanya.
Tersentak Azyan. Dia sudah tidak tahu nak cakap apa. Syakir tersengih.

SELEPAS berkahwin dengan Syakir, Azyan menumpukan perhatian sepenuh sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Dia tidak mahu makan pakai Syakir terabai. Bukan senang nak bertapa menjadi seorang isteri mithali ini tanpa bantuan dari teman-teman rapatnya Salwa dan Nani. Setelah menidurkan Ameerul,…Azyan masuk ke bilik tidur. Ameerul tidak akan tidur jika
tidak dibacakan buku cerita kegeramannya. Kisah 1001 malam memang buku cerita yang disukai Ameerul. Syakir yang hadiah pada hari lahir Ameerul pada tahun yang lepas.
            Syakir sudah berehat-rehat di atas katil sambil membaca buku. Tiada buku lain yang dibaca selain buku perubatan dia. Bilalah Syakir akan dapat cuti panjang untuk bawa mereka sekeluarga makan angin. Asyik sibuk dua puluh empat dengan kerja di hospital. Nasib dia jenis isteri yang memahami. Azyan baring di sebelah Syakir. Dia menarik selimut hingga ke paras pinggangnya.
            “Meerul dah tidur?” soal Syakir. Buku yang dibaca diletakkan atas meja bersebelahan katil itu.
            “Sudah.” balas Azyan ringkas. Dia baring membelakangi Syakir.
            “Aik! Ibunya pun nampak macam nak tunjuk protes jugak.” tegur Syakir.
            “Mana ada.” tukas Azyan.
            “Merajuk dengan abang lagi ke? Abang bukan sengaja nak cancelkan percutian kita tu. Abang memang sibuk sepanjang bulan ini.” Syakir turut baring bersama. Dia memeluk erat tubuh isterinya. Azyan membatukan diri. Ini yang payah kalau berkahwin dengan seorang doktor. Susah nak bercuti! Huhuhuhu…
            “Tak mengapalah. Nak buat macam manakan?” Azyan memenjamkan matanya. Dia tidak berapa kisah tapi si kecil itu yang ambil kisah sangat. Ameerul mahu berjalan makan angin bersama ayahnya. Apa tidaknya, yang selalu menemani mereka berjalan hanya Syamil seorang. Tidak pun ayah dan abangnya Azuan. Sesekali kena juga menjaga hati si kecil itu.
            “Ayang…” panggil Syakir lembut.
            “Ayang mengantuklah. Nak tidur! Esok kena hantar Meerul ke tadika.” Azyan menarik selimut hingga menutup kepala. Malas mahu melayan Syakir.
            Syakir mendengus kecil. Dia baru nak bermanja sedikit dengan isterinya itu. Azyan buat tidak layan. Tak baik tau. Dia sengaja lurutkan selimut pada tubuh isterinya itu. Azyan mengetap bibir. Dia bingkas bangun. Cemberut wajah Azyan.
            “Abang jangan nak menggatal malam ini. Ayang sudah dua hari lampu merah tau!” Azyan menarik semula selimutnya. “Jangan lupa tutup lampu!” sambungnya lagi.
            Syakir mengeluh kecil. Wajahnya tampak hampa. Dia bingkas bangun menutup lampu bilik. Syakir tidak turut baring bersama Azyan. Dia mencapai bukunya. Fikirnya mahu membaca diruang tamu. Dia melangkah keluar dari bilik.
            Pintu milik anaknya dikuak perlahan. Si kecil itu sudah lena di atas katilnya. Syakir tersenyum. Bukan main lasak sekali anak terunanya itu tidur. Ketika umur dia sebaya dengan Ameerul pun lasak juga tidurnya. Kakinya pasti naik atas muka Syamil. Syamil akan merungut-rungut dan mengadu pada ibu bapa mereka. Teringat pula dia pada Syamil, adiknya itu. Syamil kini melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan. Dia mahu menjadi seorang cikgu macam ayah mereka. Dia juga yang tersesat menjadi doktor. Ayahlah yang desak dia! Kalau Syamil tidak pula kena main paksa-paksa ni. Pilih kasih!
            Syakir duduk bersandar di atas sofa ruang tamunya. Masa berlalu dengan pantas. Dia sudah memiliki keluarga sendiri begitu jua dengan teman-temannya yang lain. Apalah khabar Saufi, Hamidi, Nani dan Mat Karan. Bukannya tidak pernah mereka adakan perjumpaan. Dia saja yang jarang sekali dapat hadir kerana kesibukkan bekerja. Maka wakil yang dihantar semestinya isteri yang tercinta. Dalam duduk termenung ini teringat pula dia pada Rizlan yang pernah gilai Azyan sebab Rizlan memenuhi kriteria lelaki idaman Azyan. Rizlan terang-terangan mengatakan dia sukakan Azyan. Mujurlah Azyan tidak ubah haluan arah berkahwin dengan Rizlan. Meraung dia dibuatnya.
            Bukan senang mahu memikat hati Azyan. Dia bukan mat jiwang karat. Tidak tahulah kenapa mulut dia tidak berinsuranas bila bercakap dengan Azyan.  Dia suka menyakiti hati isterinya itu tapi dalam hati sayang tau. Sekarang dia tidak perlu risau lagi. Azyan memang sudah sah menjadi miliknya. Mereka juga sudah punya anak yang comel. Ada rezeki tambah lagi seorang. Syakir tersenyum panjang. Ada kawan untuk Ameerul. Dia mesti suka kalau ada seorang adik.
            “Abang masih tak tidur lagi.” Terasa ada tangan memeluknya dari belakang. Siapa lagi kalau bukan isteri tercinta. Entah bila Azyan ada dibelakangnya, dia tidak perasan.
            “Ini mesti tidak boleh tidur sebab abang tiada di sebelah ayang ye.” Syakir menarik Azyan ke dalam pelukannya. Dia cuit hidung Azyan. Isterinya mencebik.
            Dalam hati bahagia bukan main. Biarpun Syakir tidak seromantis Zekri atau Rizlan, Syakir seorang lelaki punya keistimewaan sendiri. Dia tahulah. Syakir suami dia. Azyan tersenyum. Dia mengusap-usap rambut Syakir.
            “Sayang…” Syakir meramas-ramas jemari runcing Azyan.
            “Ye sayang…” Azyan pun main manjanya.
            “Kesian dekat Meerul.”
            “Abang selalu sibuk sangat sampai tiada masa untuk anak teruna kita tu. Budak tu kalau sudah membebel buat ayang pedih telinga.” gerutu Azyan. Mulut comel Ameerul macam mulut ayah dia jugak. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
            “Bukan itu maksud abang.”
            Azyan mengerut dahi.
            “Habis tu?”
            Syakir mendekati telinga isterinya. Dia berbisik perlahan. Merona merah muka putih Azyan. Laju dia menolak tubuh Syakir. Syakir ketawa kecil melihat gelagat Azyan. Azyan menampar lembut bahu Syakir.
            “Gatal!” getusnya.
            “Kalau abang menggatal pun hanya dekat isteri abang yang comel seorang ini.” Syakir mengucup ubun kepala isterinya.
            Mereka saling berbalas senyuman.

No comments:

Post a Comment