Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Wednesday, December 1, 2010

ROMIE X JULIE _Bab 4

 Ku biarkan dia mengejar cintaku...

“HASIF! Saya mahu awak siasat mengenai Teratak Cahaya Corporation.” Tuan Hilman merenung ke arah anak saudaranya itu. Anak muda itu menganggukkan kepalanya. Tuan Hilman menghempaskan failnya atas meja. Dia tidak berpuas hati! Kebelakangan ini Teratak Cahaya Corporation seakan mahu bersaing dengan Tun Muzaffar Corporation. Malah beberapa tender yang melibatkan ratusan juta ringgit telah dirampas oleh Teratak Cahaya Corporation. Siapa ajaknya yang meneraju Teratak Cahaya Corporation? Tuan Hilman mengusap-usap janggut putihnya.

Hasif memerhatikan gelagat bapa saudara. Bagaikan ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki itu. Adakah kerana kemunculan Teratak Cahaya Corporation? Syarikat gergasi seperti mereka tidak perlu takut pada syarikat yang baru bertapa di dalam dunia perniagaan ini. Siapa kuat dia yang menjadi raja. Itu pegangan Tuan Hilman! Dia mengetap bibir.

“Uncle…jika tiada apa-apa, saya keluar dulu.” pinta Hasif. Tuan Hilman anggukkan kepalanya. Dia bingkas bangun mengadap ke jendela. Hatinya agak gusar kebelakangan ini. 

Amanda….nama wanita itu terpacul dari bibir Tuan Hilman. Wajah ayu Amanda jelas berada di ruang matanya. Dia berasa kerana memiliki cinta Amanda. Namun dia juga yang mengkhianati cinta Amanda. Jika benar kemalangan yang melibat Amanda adalah dirancang maka dia tidak sesekali melepaskan orang yang membunuh isterinya itu. Tidak sesekali!

“Lepaskan saya.” pinta Amanda. Amanda mengalih pandang. 

“Awak perlu fikirkan masa depan Romie.” Dia memaut bahu isterinya.

“Saya boleh jaga Romie. Saya mampu membesar Romie sendirian tanpa awak.”

Dia mengeluh kecil. Amanda masih berdegil. 

“Amanda…awak tahu tahap kesihatan Romie makin teruk! Dia perlukan kita berdua!”

Amanda ketawa kecil. Hatinya hancur bila si suami menikahi gadis lain. Lelaki itu lebih mementingkan kuasa dan harta! Itu bukan lagi suaminya yang dikenali sebelum ini.

“Saya akan bawa Romie bersama saya.” Amanda tetap tidak bergangak dari keputusannya.

“Awak jangan mencabar kesabaran saya, Amanda! Saya tidak akan membenarkan awak membawa Romie.” Dia meninggikan suaranya. 

Masakan dia akan membiarkan Amanda memisahkan satu-satunya zuriat yang dia ada.
Tidak! Pastinya perkara sedemikian tidak akan terjadi. Jika Amanda bertekad jua, dia terpaksa merampas Romie dari Amanda. Itu yang berlaku! Dia bersikap kejam dengan wanita yang dicintainya! Dan pertengkaran itu berakhir dnegan tragedi. 

Bunyi interkom di atas meja mematikan lamunan Tuan Hilman. Ada panggilan telah disambung oleh setiausahanya. Tuan Hilman mengangkat ganggang telefon. Berkerut-kerut wajah tua Tuan Hilman ketika mendengar suara di dalam talian itu. Tuan Hilman bergegas keluar dari Tun Muzaffar Corporation. Pintu Jaguar yang berwarna hitam itu dibuka oleh pemandunya. Jaguar itu bergerak meninggalkan tempat letak kereta yang dikhaskan untuk pengarah syarikat besar berkenaan.

Hasif mendapatkan Qisti, setiausaha kepada Tuan Hilman. “Apa sudah berlaku?” soalnya.

“Tuan Hilman mendapat panggilan dari Puan Sirna. Ada hal kecemasan.” balas Qisti. Dia sendiri tidak tahu cerita yang lebih lanjut.

Hasif termenung seketika. Panggilan dari Puan Sirna? Dia gelengkan kepala. Ini sudah pasti pasal Romie, sepupunya yang nakal itu. Hasif tersenyum sendiri.

Berang Tuan Hilman sebaik saja dikhabarkan tentang kehilangan Romie. Anak yang keras kepala itu memang suka menimbulkan masalah! Ada saja onar yang dibuatnya. Kak Sarah hanya membisukan diri. Dia tidak berani untuk angkat kepala memandang Tuan Hilman. Jantung berdengup kencang dengan amarah Tuan Hilman yang bergema dalam vila mewah itu. Dia sudah berjanji tidak akan membongkarkan ke mana perginya Romie. Dia hanya menyerahkan nota yang ditinggalkan oleh Romie untuk keluarganya.

“Budak itu makin….” Tuan Hilman tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia terduduk mengurut-urut kepalanya. Puan Sirna merapati suaminya. Dia mengusap lembut belakang Tuan Hilman.

SETELAH mengharungi penerbangan selama hampir 11 jam, pesawat dinaiki Romie mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Leonardo Da Vinci atau lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Fiumicino di Rome. Waktu di Itali tujuh jam lambat dari waktu di Malaysia. Membandingkan keadaan di Fiumicino, Romie tidak lagi merasa was-was akan kebanyakan pengunjung asing memuji KLIA sebagai sebuah lapangan terbang yang moden lagi berprestij.

Kemudian Romie menuju ke Trieste, sebuah bandar yang terletak di bahagian timur laut Itali. Romie menghabiskan dua malam di ibu negara Itali itu sebelum menuju ke destinasinya. Fikiran Romie menjadi kabur tentang arah tujuan dan kaedah pengangkutan ke tempat dituju sejurus dia melangkah keluar dari terminal. Namun kebuntuan Romie dikejutkan dengan kehadiran Ojay. Dia sama sekali tidak menduga yang Ojay mengekori langkahnya. Sakit telinga Ojay mendengar bebelan Romie. Marahnya hanya seketika. Dia perlukan Ojay sebagai pemandu arah untuk bertemu dengan Julie. Ojay membawa Romie ke stesen keretapi yang menghubungkan Fiumicino dengan pusat bandar Rome.

Di stesen keretapi Fiumicino, Romie duduk bersilang kaki sambil bersiul-siul kecil. Ojay hanya tersenyum dengan gelagat selamba Romie yang tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Perjalanan keretapi dari Fiumicino ke ibu kota Rome mengambil masa lebih kurang 40 minit. 

“Romie…kau menarik perhatian gadis-gadis di stesen ini.” bisik Ojay.

“Aku tidak akan tertarik pada gadis lain, selain dari Julie.”

“Setahu akulah, Sutra Sari juga berada di Rome. Hati-hati! Jangan pula kau terserempak dengan dia.” Ojay memberikan peringatan.

Romie behenti bersiul. Dia hampir terlupa dengan gadis pilihan keluarganya itu. Gadis yang sering membuatkan dia merasa rimas dan jelak.

“Aku tidak kisah tentang dia.” balasnya. 

Setibanya di Stesen Roma Termini di ibu kota Rome, mereka bergegas mencari tempat penginapan di kawasan berdekatan stesen berkenaan. Rome terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia. Ketika itu adalah musim panas sekitar 22–32C dan inilah `high season’ bagi kegiatan pelancongan. Terdapat banyak penginapan bajet rendah ala `backpackers’ di bandar Rome. Kadar penginapan boleh didapati serendah 20€ semasa `low season’ dan 30€ semasa `high season’ seorang bagi sebuah bilik hostel yang memuatkan tiga ke empat katil. Kota Rome amat kaya dengan monumen dalam bentuk tugu, plaza, kolam pancuran, kuil dan gereja peninggalan dari tamadun Rom kuno sehinggalah ke zaman pembaharuan. Bangunannya yang berteraskan seni bina di era Renaissance dengan seni ukiran dan lukisan yang halus adalah sangat menakjubkan dan mengagumkan. Tiada menara pencakar langit di bandar Rome. Aturan blok-blok bangunan yang padat menyajikan suasana yang sayu tetapi tenang dan tempat teduh untuk pejalan kaki. 

Romie menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Keletihan jelas terpacar pada wajah
tampan itu. Sudah beberapa hari dia berada di Rome. Namun dia masih tidak dapat menjejaki Julie. Julie langsung tidak membalas pesanan sms yang dihantarkan kepada gadis itu. Mungkin Julie sibuk dengan pertunjukannya.

“Romie…muka kau agak pucat. Kau tak sihat ke?” Ojay menegur.

“Rupa aku ada pucat macam vampires tak?”

“Romie!”

Romie ketawa kecil. “Aku okay. Kau dapat tak cari tempat pertunjukkan tu?” Dia bangun dari baringnya dan duduk bersila di atas katil.
Ojay menyerahkan sekeping kertas kecil kepada Romie. Di atasnya ada tercatit alamat hotel penginapan Julie dan tempat pertunjukkan tersebut.

“Thanks.” ucap Romie. Dia memang boleh mengharapkan bantuan Ojay.

Malam itu Romie dan Ojay menuju ke tempat pertunjukkan itu berlansung. Kehadiran mereka menarik perhatian tetamu-tetamu di dalam dewan tersebut. Romie dan Ojay mengambil tempat duduk yang paling atas. Ojay terpaku melihat para penonton yang memenuhi segenap ruang dewan itu. 

“Julie…” suara Romie perlahan. Bibirnya tidak lekang dari memalitkan senyuman manis.
Tepukkan gemuruh diberikan sebaik saja pengacara majlis menjemput seorang gadis naik ke atas pentas. Ojay tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Gadis itu sememangnya jelita. 

Julie mengalih pandangan pada para penonton di ruang dewan besar itu. Dia menguntum seukir senyuman di hujung bibir apabila matanya bersatu dengan mata redup milik Romie. Lelaki itu…akhirnya lelaki itu datang mencari dia. Kiki yang berada di balik takbir turut memandang ke arah tempat duduk penonton. Bulat matanya melihat Romie dan Ojay. Itukah Romie? Romie Izary pewaris tunggal keturunan Tun Muzaffar. Romie yang dulu dan Romie yang ini sudah jauh berbeza. Dia lelaki yang tampan sekali bila berpakaian kemas begini.

Alunan muzik yang dimainkan oleh Julie membuat suasana di dalam dewan itu sunyi sepi. Mereka seakan menghayati lirik lagu tersebut. Ojay turut terpesona. Tidak hairanlah jika Romie boleh jatuh cinta pandang pertama pada gadis itu.

Persembahan Julie cukup memukau para penonton malam itu. Dan malam ini adalah malam terakhir dia membuat persembahan di Rome. Ternyata sambutan yang diterima amat menggalakkan. Romie dan Ojay menyusup ke belakang takbir sebaik persembahan tersebut tamat. Nyata kehadiran mereka memang dialu-alukan oleh Julie. 

Ojay mengerling Julie dengan ekor matanya. Lagak gadis itu penuh dengan adab dan sopan. Gadis itu tidak kelihatan seperti dari kelas bawahan. Kiki tidak senang dengan kerlingan tajam dari Ojay. Dia berdehem kecil. Ojay tersentak. Dia mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Mukanya kemerahan. Dia tidak patut meneliti Julie sampai begitu sekali. Tanpa disedari, Romie menyiku perlahan perutnya. Ojay menyeringai. Apakah Romie juga perasan yang dia meneliti gadis kesukaannya?

“Kita bertemu lagi Cik Julie Esmelda.” Romie memulakan bicaranya. Julie bingkas bangun dari kerusinya lalu merapati Romie. Mereka saling berpandangan.

“Saya dah agak awak pasti akan datang.” Kini cara pertuturan antara mereka lebih sopan.

“Macam mana awak tahu saya akan datang?”

“Naluri…”

DERETAN kedai kopi, restoran, butik fesyen dan kedai cenderamata menghiasi ruang bawah segenap bangunan. Gelato atau aiskrim variasi Itali sungguh lazat. Kecur air liur mengenangkan keenakkan makanan Itali. Mereka hanya mampu menjamah piza dan pasta untuk vegetarian sahaja. Namun kelazatannya jauh meninggalkan sebarang makanan Itali yang didapati di Malaysia. Sebagai sebuah destinasi pelancongan, kebanyakan pekerja di sektor perkhidmatan boleh bertutur menggunakan bahasa Inggeris mudah. Romie berjalan beriringan dengan Julie. Mereka bagaikan sukar untuk dipisahkan. Ke mana saja pastinya berdua. 

Ojay dan Kiki menjadi pemerhati gelagat pasangan terbabit. Setiap langkah pasangan itu akan mereka ekori. Jika Kiki risaukan keselamatan Julie maka Ojay juga berfikiran yang sama seperti Kiki. Dia duduk bersama sambil melepaskan lelah. Kiki mengetap bibir. Dia menjeling Ojay yang duduk berhadapan dengan dia itu. Ojay berwajah selamba.

“Kau orang suruhan Romie?” Pertanyaan dari bibir comel Kiki mengejutkan Ojay. Dia mengangkat kepalanya.

“Aku ada nampak macam orang suruhan dia ke?” desis Ojay.

“Ermmmm…lebih kuranglah.” Kiki mencebirkan bibir. 

“Kau pun nampak seperti orang suruhan Julie. Asyik ekori langkah dia.” bidas Ojay. Dia mengangkat-angkatkan keningnya.

“Julie sepupu aku. Lagipun aku bertanggungjawab menjaga keselamatan dia.” 

“Kalau Julie adalah sepupu kau maka Romie pulak adalah sepupu aku! Aku juga menjaga keselamatan sepupu aku!” 

Satu kebetulan. Mereka menjalankan misi yang sama. Ojay dan Kiki saling berbalas senyuman. Hanya seketika. Mereka kembali memalingkan kepala masing-masing.

Romie mengambil peluang menarik Julie ke tempat lain. Rimas bila mereka asyik diekori oleh Ojay dan Kiki. Dia hanya mahu berdua-duaan dengan Julie. Romie menarik nafas lega di atas kerusi panjang itu. Dia mendepangkan kedua belah tangannya. Julie melirik senyuman melihat gelagat Romie yang adakalanya mencuit hati. Dia duduk bersebelahan dengan lelaki itu. Dia tertarik pada penampilan Romie yang agak santai dengan t-shirt hitam dan jeans biru. Tampak berlainan sekali dengan penampilannya pada pertemuan pertama mereka.

Mereka membisu seketika menikmati permandangan di taman itu. Romie mengerling Julie dengan ekor matanya. Gadis itu tetap menawan meskipun hanya mengenakan blaus dan skirt yang labuh. Julie…gadis yang lain dari yang lain. Dia punya daya tarikkan yang istimewa. Romie akui dia punya perasaan luar biasa pada gadis itu. Perasaan yang dipanggil sebagai C.I.N.T.A. Apakah Julie menyedarinya?

“Tuan muda seperti awak memang suka bekerjar sana dan bekejar sini.” Julie membuka suaranya.

“Saya tidak sukakan kongkongan. Awak tentu akan terkejut jika saya nyatakan di sini yang saya bencikan keluarga saya itu.” balas Romie. Riak wajah yang sentiasa cool itu berubah. 

“Kenapa?” 

“Mummy saya…..kematian mummy saya buat saya benci punya darah yang sama mengalir dalam keturunan mereka.”

“Maaf.”

“Tidak mengapa. Bagaimana dengan keluarga awak?” 

“Saya anak yatim piatu.”

Romie terdiam. “Maaf…” suaranya perlahan.

“Lupakan benda-benda yang sedih. Mari saya nak bawa ke satu tempat.” Julie bingkas bangun lalu menarik tangan Romie. 

Julie membawa Romie ke suatu tempat yang asing sekali. Ada sebuah piano terletak di situ. Julie melepaskan pegangannya. Dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan piano tersebut. Jemari halus Julie mula menekan mengalunkan lagu yang cukup merdu. Romie memenjamkan matanya. Lagu itu cukup menyentuh hati Romie. 

Jemari Julie behenti dari bermain. Dia tidak dapat meneruskan lagu tersebut. Hatinya dicengkam rasa pilu. Air matanya mengalir keluar. Papa…mama….sudah tiba masanya mereka akan membayar hutang itu pada Julie.

Romie menghulurkan sapu tangannya kepada Julie. Mungkin Julie berasa sedih bila teringatkan orang tuanya. Julie ada memberitahu ibunya seorang pemain piano. Itu sahaja yang dia tahu. Julie menyapu air matanya. 

“The last song…lagu ciptaan terakhir dari arwah mama saya. Saya tidak pernah memainkan lagu kepada sesiapa pun kecuali awak. Awak orang pertama yang mendengarnya.” Lagu tersebut dihasilkan pada persembahan akhir mamanya. Tetapi lagi itu tidak dapat dimainkan kerana mama pergi sebelum persembahannya diadakan. Julie menggenggam tangannya. 

“Awak tidak apa-apa.”

Julie menggelengkan kepalanya.

“Kita perlu beredar. Kiki pasti sedang gelisah mencari saya.”

“Ermmm…” Romie menganggukkan kepalanya. Mereka meninggalkan tempat tersebut.
Kiki meluru mendapatkan Julie. Dia membebel panjang. Julie hanya tersenyum mendengar bebelan Kiki. Ojay turut memarahi Romie. Romie pekakkan telinga. Romie dan Julie menjungkit bahu.Tawa mereka mengejutkan Ojay dan Kiki.

No comments:

Post a Comment