Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Wednesday, December 1, 2010

ROMIE X JULIE _Bab 5


 Aku sentiasa menanti cintamu...

“ROMIE…” Ojay menggoncang-goncangkan tubuh Romie yang masih terbaring di atas katilnya. Romie tidak memberikan sebarang reaksi. Ojay mengerutkan dahi. Tidak mungkin kerana keletihan Romie tidur mati begini. Ojay mulai gusar. Dia melekapkan telapak tangannya pada dahi Romie. Panas! Terasa ada pergelangan tangan Ojay dicengkam. Romie membuka matanya.
            “Aku tiada apa-apa.” Romie memicit kepalanya. Dia rasa tidak sedap badan sejak malam semalam.
            “Kau sakit! Aku rasa lebih bagi aku beritahu pada keluarga kau.” getus Ojay.
            “Tak perlu!” tegah Romie. Romie tidak mahu Ayahnya tahu dia berada di Rome. Dia juga tidak ingin ayahnya ambil tahu mengenai kesihatan dia.
            Ojay mengetap bibir. Kalau terjadi sesuatu kepada Romie dia yang harus bertanggungjawab. Dia sudah dapat mengagak yang Romie masih belum pulih sepenuhnya. Romie cuba menyembunyikan kesakitan di dalam rubunya. Dia tidak senang Romie berahsia tentang penyakitnya lagi.
            “Aku call ayah kau.”
            “Jangan!”
            Ojay menurut kata hati. Dia menarik tangannya dari pegangan Romie.
            Ojay bergegas mendapatkan telefon di hotel tersebut. “Maafkan aku Romie…” bisiknya. Dia membuat panggilan luar. Dia tiada pilihan lain.
            Sebaik saja Ojay melangkah semula ke bilik hotel, kelibat Romie sudah tidak kelihatan. Wajahnya berubah. Ke mana pula Romie menghilang dalam keadaan dirinya yang tidak sihat itu. Ojay perlu mengejar Romie. Romie pasti tidak lari jauh dari hotel penginapan mereka.
            Romie behenti duduk di bangku yang terletak berdekatan taman bunga itu. Dia menarik nafasnya yang agak tidak teratur. Dia geram dengan sikap Ojay. Biarkan Ojay gelabah mencari dia. Romie menekan-nekan telefon bimbitnya.
            Dia merasa lega melihat kehadiran Julie dan Kiki. Romie sedaya upaya cuba mengukir senyuman. Namun senyumannya hambar. Julie merapati Romie. Raut wajah Romie yang pucat itu membuatkan hati Julie merasakan ada yang tidak kena pada lelaki itu. Dia mengalihkan matanya ke arah Kiki.
            “Awak tidak sihat?” soal Julie lembut.
            “Demam sedikit.” balas Romie. Dia masih bersandar pada kerusi tersebut. Pandangan matanya agak kelam.
            “Kenapa tidak berehat di hotel?”
            Romie membisu. Dia tidak akan berpatah balik ke hotel penginapannya. Dia yakin Ojay sudah memberitahu keadaan dirinya kepada ayah dia. Orang tua itu pasti akan berangkat ke Rome dengan pesawat pesendiriannya. Dia tidak mahu bersua muka dengan lelaki yang bernama Tuan Hilman itu.
            “Romie!” Termengah-mengah Ojay berlari ke arah mereka. Mujur dia dapat menemui Romie. Julie dan Kiki turut berada bersama Romie. Barangkali Romie yang menghubungi mereka.
            Ojay menarik lengan sepupunya itu. Romie merentap kasar. Wajah pucat itu sedang menahan amarah di hati. Ojay merengus kecil. Sikap Romie yang keras kepala itu memeningkan kepala Ojay. Ikutkan hati mahu saja dia heret Romie pulang ke hotel. Tapi dia malu untuk berbuat demikian di hadapan dua gadis itu. Takkan pula dia mahu memujuk Romie seperti seorang budak kecil! Ojay buntu.
            “Aku tidak mahu balik!” Romie bingkas bangun. Baru setapak kakinya melangkah, matanya sudah berpinar-pinar. Ojay sempat memaut tubuh Romie sebelum jatuh terjelupuk atas tanah. Sayu-sayup kedengaran Julie memanggil namanya. Pandangannya terus gelap dan dia sudah tidak sedarkan diri.

JARUM  halus itu menusuk ke dalam lengan sasa Romie. Ojay berdiri di sisi katil itu sambil memeluk tubuh. Romie masih terlantar tidak bergerak di atas katil. Dia mula dilanda kebimbangan. Dia tidak tahu apa yang harus dia jawab kepada Tuan Hilman nanti. Dalam beberapa minit lagi Tuan Hilman akan tiba di hotel ini.
            Pintu bilik itu terkuak perlahan. Tuan Hilman berada di depan mata Ojay. Jelas ketegangan pada raut wajah lelaki itu. Tuan Hilman mendekati doktor yang merawat anak lelakinya itu. Mereka berbicara. Seketika doktor yang merawat Romie itu melangkah keluar. Tuan Hilman duduk di sisi anaknya. Dia mengusap-usap lembut rambut Romie. Apa yang dia takuti sudah berlaku.
            “Uncle…I’m sorry.” tutur Ojay. Dia rasa bersalah dalam hal ini.
            “Ojay…kenapa Romie boleh berada di sini?” Agak keras suara Tuan Hilman.
            “Saya sendiri tidak tahu uncle. Saya hanya menemani dia di sini.” Ojay berselindung. Dia sudah berjanji dengan Kiki tidak akan menyebut pasal Julie. Dan dia berpegang pada janji tersebut.
             “Kemaskan pakaian Romie. Kita pulang sekarang!” arah Tuan Hilman. Ojay anggukkan kepalanya. Dia menurut saja arahan bapa saudaranya itu.
            “Saya tak mahu balik!” Romie membuka matanya. Romie bangun dari baringan. Dia merenung tajam ke arah ayahnya. Dia baru menemui Julie di sini masakan dia akan pulang begitu awal.
            “Romie…” Tuan Hilman mengangkat sebelah tangannya meminta Ojay behenti bersuara. Ojay beredar dari bilik tersebut.
            Romie turun dari katil. Dia memicit-micit kepalanya yang masih pening lalat. Tuan Hilman hanya memerhati tingkah si anak. Dia yakin Romie merahsiakan sesuatu dari dia. Sukar untuk menjernihkan hubungan yang kian keruh.  
            “Masalah tidak akan selesai selagi kamu berkeras begini. Kamu masih mahu salah ayah atas kematian mummy kamu. Ayah sayangkan kamu lebih dari nyawa ayah.” Tuan Hilman cuba berkomunikasi secara halus dengan Romie.
            “Mummy menderita kerana ayah. Ayah khianati cinta mummy! Mummy meninggalkan Romie kerana ayah! Di mana ayah ketika Romie berada di hujung nyawa? Ayah lebih utamakan urusan perniagaan ayah dari nyawa Romie! Itu ayah kata ayah sayangkan Romie.” Romie bersuara agak lantang.
            Tuan Hilman terdiam. Ya! Dia tidak mempedulikan keadaan Romie ketika itu. Dia sibuk dengan urusan perniagaan keluarganya. Tuan Hilman akui kesilapan yang telah dia lakukan pada anak tunggalnya itu.
            Romie tidak mudah untuk memaafkan ayahnya. Tubuh mummy yang terbujur kaku di bilik mayat itu sukar dikikiskan dalam ingatan Romie. Romie tidak melihat setitis air mata ayahnya mengalir atas pemergian mummy.
            “Jangan berdegil lagi Romie. Kau tidak akan mampu menentang ayah. Apa yang ayah buat demi masa depan kau! Masa depan keluarga kita!” Tuan Hilman bertegas. Dia perlu mempertahankan egonya sebagai ketua keluarga.
            Romie mengaturkan langkah. Dia memulas cembul pintu bilik itu. Berdentum pintu bilik
itu dihempas. Tuan Hilman tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
            Romie berlalu melintasi Ojay. Dia langsung tidak memandang ke muka Ojay. Ojay membuntutnya dari belakang. Tiada gunanya dia menegur Romie ketika ini. Romie sedang dalam keadaan marah. Biar dia sejuk dahulu baru Ojay berbicara dengan Romie. Dia mengikut saja hala laluan Romie. Risau juga kalau-kalau Romie pengsan ditengah jalan.
            Tuan Hilman menekan-nekan nombor yang tertera pada telefon bimbitnya. Dia cuba menghubungi Hasif namun panggilannya tidak berjawab. Mungkin Hasif masih berada di dalam bilik mesyuarat. Anak saudaranya itu memang boleh diharapkan. Namun dia tidak mungkin akan menyerahkan syarikat warisan keluarganya kepada Hasif. Dia masih punya anak yang sedarah sedaging dengannya. Hasif hanya punya peratusan saham kecil di dalam Tun Muzaffar Corporation. Tuan Hilman duduk dibirai katil. Wajah tua itu kian tegang.
            Pintu bilik hotel itu diketuk berkali-kali. Wajah jelita Julie terpacul di depan mata Romie. Romie mengulum senyuman. Ojay sudah dapat mengagak yang Romie pasti mencari Julie. Julie dengan senang hati menerima perlawaan Romie untuk keluar bersama. Ojay dan Kiki tidak ketinggalan menyertai mereka.
            “Saya akan pulang malam ini.” Romie menongkat dagunya. Mata agak sayu dan tidak bermaya. Mungkin kerana kesihatan dirinya yang tidak beberapa baik.
            “Awak beruntung masih punya keluarga walaupun orang tua awak melayan seperti budak kecil. Ayah awak pasti sangat sayangkan awak. Dia sanggup datang ke sini semata-mata untuk menjemput awak pulang.”
            “Bagaimana awak boleh tahu ayah saya berada di sini?”
            Julie mengerling ke arah Ojay yang duduk tidak jauh dari meja mereka. Ojay mengenyitkan matanya.
            “Macam mana keadaan awak? Wajah tampan awak masih tampak pucat.” Itu yang dia pada raut wajah Romie.
“Rupa saya ada pucat seperti watak Stefan dalam Vampires Diaries itukah?” Romie sekadar tersenyum. Senyumannya tampak hambar. Dia tidak nampak ceria. Dan dia agak kurang bertutur. Namun sikapnya itu tidak membuatkan Julie berasa kecil hati.
Julie tertawa kecil. Rasanya Romie lebih kacak dari Stefan. Itu pendapat Julie. Jika Romie bukan darah keturunan Tuan Hilman pastinya mereka tiada masalah untuk menjalinkan satu perhubungan yang istimewa.
“Awak sudah punya seorang kekasih?” soal Julie.  
Romie tersentak. Dia gelengkan kepala. Dia tidak pernah memikirkan pasal teman hidup sebelum ini. Bukan tiada gadis yang meminatinya. Romie pula jenis tidak melayan. Dia lebih suka bersendirian bermain dengan gitar kesayangan ketika belajar di luar Negara dahulu. Dia agak pendiam dan kurang bergaul dengan teman sekelilingnya.
Romie dan Julie saling bertentangan mata. Namun apa yang berada di dalam fikiran keduanya adalah berlainan sekali.          

No comments:

Post a Comment