Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Sunday, February 17, 2013

10 Perkara Saya Benci Pada Awak - Bhgn I




Bahagian I (Tamat pada Bahagian III)

NAMA mamat rambut landak tu Al Hadi? Budak ofis baru. Muka jambu habis! Aku ingat sotong tadi? Lelaki tulen. Not my taste! berlagak kan kau Cik Awin oiii! Aku mesti nak yang gaji besar-besar. Terjamin hidup!

Awin penjam mata. Kerja masih berlambak atasmeja. Satu pun dia belum sentuh. Kepala pening sangat ni. Kononnya banyak sangat fikir tentang masalah negara.

Kau ada ambil peduli masalah negara ke? Harga minyak naik pun kau tak bising-bising Awin oii! Bila ada masalah kerja menimbun baru kau nak bising. Awin…Awin…

Mata Awin sempat menjamah wajah Al Hadi. Not bad! Boleh tahan mamat ni. Lupa hendak cerita yang mamat ni mulutnya macam bertih jagung. Mat kepoh betul. Ada sahaja cerita yang dijaja. Buat masa ini, Awin selamat dari menjadi bahan gossip Al Hadi.

Menu apa nak makan tengahari ini? Jemulah makan fast-food.

Jemu konon. Hari-hari di rumah kau melantak fast-food Cik Awin oiii! Kau ada bakat memasak tapi malas nak praktikkan. Kau ingat lagi nak pegang sudip macam mana? Kalau Bapa tahu dia tak masak memang riuh sekampung jadinya.

“Cik Aween.” Al Hadi main bisik-bisik pula.
“Hah! Kenapa?”
“Cik Awin nak pesan nasi bungkus tak?”

Awin garu kepala sekejap.

Apa ni? Awin mana makan nasi-nasi bungkus? Terjamin dengan kebersihan ke? Jangan cerewetlah Awin. Perut kau sudah keroncong. Semenjak pagi tadi belum jamah apa-apa.

“Cik Awin…” Tangan Al Hadi diawang-awangkan pada muka putih bersih itu.

Berangan pula perempuan seorang ini. Cik Awin ni cantik tapi suka jual mahal. Dia pandang ofis boy macam aku. Forget it! Apa-apa pun aku nak try pikat dia. Mana tahu ada can. Jadi sahabat pun okay pe?

“Em…apa menu yang sedap?” Tanya Awin. Masakan kampung dia sudah lama tak makan sejak kerja di kota. Balik kampung pun sekali-sekala menziarahi bapa. Bukan tak mahu balik selalu. Bapa suka membebel macam mak nenek lah.  Gegendang telinga boleh pecah dengan bebelan bapa.

“Nasi putih dengan ikan keli masak pedas my feveret. Tak lupa sambal belacan. Sedap hingga menjilat jari.”

Mangkuk ayun ni aku tanya menu apa yang sedap yang dia beritahu menu kegemaran dia pula. Ikan keli. Lamanya tak makan ikan keli tu. Sambal belacan? Kecur liur pula dengarnya. Masakan barat mana boleh tanding masakan kampung.rindu pula dengan air tangan dari bapa.

“Ikut menu kegemaran awaklah.” Awin malas nak fikir menu lain.
“Ingatkan lidah barat. Saya selalu tengok Cik Awin makan spaghetti, steak, KFC dan yang seangkatan dengannya.”

Bunyi macam perli je.

“Jangan cari pasal dengan saya.” Awin menjegilkan biji matanya.
“Besarnya bola mata Cik Awin macam bola mata ikan emas.” Al Hadi mengusik.
Awin mencebik.
“Baik awak pergi beli cepat makanan saya. Kalau waktu rehat habis nanti bukan perut saya saja yang lapar, perut awak jugak!” Desis Awin.

Awin bila marah makin lawa. Niat di hati hendak bertanyakan tuan empunya badan sudah berpunya atau belum? Seganlah. Tengok Awin pun jenis jual mahal. Awin tak pandang lelaki macam kau, Al Hadi. Apa yang kau ada? Harta pusaka? Jauh sekali. Awin dari atas sampai bawah semua berjenama?

“Bye-bye Cik Awin.”
“Bye-bye.”

Kalau tidak dibalas Al Hadi akan kecoh. Al Hadi baru dekat sebulan kerja di agensi syarikat perumahan ini tapi dia cepat betul ramah dengan pekerja lain termasuklah boss besar tu. Hari itu Awin ada nampak Al Hadi siap berpeluk-peluk dan bergurau senda dengan boss besar. Ada affair ke? Esh! Tak mungkinlah. Boss besar lelaki, Al Hadi pun lelaki. Masakan tutttt kot?

Forget it! Bukan urusan kau, Awin. Urusan kau untuk dapatkan pembeli dan komisyen. Komisyen tinggi maka boleh pergi shopping. Kasut kena beli baru. Baju baru, beg baru, semua barulah. Teman lelaki saja yang tiada lagi. Tiada yang berkenan di hati. Dapat yang hensem tapi miskin pula. Dapat yang kaya muka macam tongkang pecah pula. Nasib kaulah Awin…

“Awin!” Seorang pengacau dah datang.
Awin buat senyuman dalam keterpaksaan.
“Malam ni nak ikut aku karaoke tak?” Tanya Dila.
“Aku tak minat nyanyi-nyanyilah. Aku nyanyi dalam bilik mandi pun tak lepas. Suara
sumbang.” Awin bagi alasan kukuh.
“Ala…kami tak cukup oranglah.” Dila hampa sebab Awin asyik menolak je.
“Sorilah ya…”
Awin tersengih.

Please…aku tak minat melalak-melalak ni! Shopping aku minat…

Awin tengok temujanji untuk petnag ini. Ada ‘date’ dengan Encik Dahlan. Orang tua gatal tu lagi…

Lepas balik ‘date’

Awin hempaskan beg tangan atas meja.

“Monyok muka?” Al Hadi menegur lagi.
Orang sedang tekanan perasaan Al Hadi boleh menyibuk lagi ke mejanya.
“Jangan sibuk urusan hal luar dan dalam kain orang lain.”
“Marahnya…”
“Kalau dah tahu saya tengah marah jangan dikacau!” Rengus Awin

Kalau sehari dia tak kacau aku memang tak sah!Pergi main jauh-jauh. Kau bukan kategori lelaki idaman aku!

“Bergaduh dengan klien ya?” Al Hadi meneka.

 Muka dia kelat semacam. Betullah tu dia buat hal dengan klien lagi.

Awin mencebik. Benci betul dengan Al Hadi ni. Al Hadi macam ada kuasa psikik je. Dia memang berperang besar dengan klien tadi. Klien gatal yang garfunya tidak tahu diam.

“Saya nasihat Cik Awin pakai pakaian yang menutup aurat sikit. Lelaki ni nafsu dia hanya ada satu iaitu perempuan.”

Sindiran pedas buat Awin. Kemut muka ayu Awin macam ayam tertelan kapur.

Betullah kata Al hadi tu. Dia suka pakai skirt paras peha. Betis masih nampak walau pakai sarung kaki hitam yang jarang. Seksi sangat….Bencilah kena sindir dengan Al Hadi.

****

AKU tahu Awin suka kata rambut aku macam landak. Whatever! Aku tak kisah pun.Aku bukan lelaki yang ada aura kehenseman. Aku tak kisah. Aku adalah aku. Al Hadi Hamzah lelaki melayu terakhir tahu. Bersih dari rokok, bersih dari vandalism, bersih dari wabak mat rempit  dan segala perkara-perkara yang tidak berfaedah. Aku masih teruna…hehehehe…
“Apa yang anak emak sengihkan sorang-sorang ni?” Emak menegur lembut.
“Ingat awek di tempat kerjalah emak.”
“Siapa?”
“Awin…”
“Oh…budak perempuan yang anak emak selalu ceritakan tu?”

Al Hadi tersenyum. Pandai pun emak.

“Anak emak suka dia ya?”
“Emak…perut anak emak ni sudah nyanyikan lagu keroncong.” Al Hadi mengusap perutnya. Sengaja lari dari topik pasal Awin.
“Emak dah hidangkan atas meja tu. Emak masakkan udang masak lemak cili untuk anak emak yang manja ni.”
“Sayang emak.”

****

NAMA dalam facebook A.A gadis ayu. Ewah bukan main kau Awin. Biasalah dalam facebook mestilah mahu nama glamour.Lelaki dalam facebook pun bukannya boleh percaya sangat. Konon bujang lagi tapi sudah bini dan anak berderet di belakang. Lelaki sekarang…sudah berkahwin pun mengaku bujang. Aku bukan perempuan bodoh tau. Berhati-hati dengan facebook.

Status di facebook dia letakkan ‘kesepian’. Bukan main lagi ayat jiwang kau, Awin.

Awin melihat komen-komen yang berada di bawah statusnya itu. Sepuluh komen sudah diberikan. Awin tersengih.

Ada satu komen tu berbunyi…
‘kalau sunyi I boleh temankan you? Bagi contact number’

Please…aku takkan bodoh hendak bagi nombor telefon pada lelaki yang aku tidak kenali.

“Main facebook lagi.” Sapa Kak Ainun.
“Bosanlah asyik menghadap kerja.”
“Dah namanya kerja.”
“Kak Ainun…”
“Ya.”

Awin meniarap sambil menongkat dagu di atas tilamnya.

“Betul ke kalau kita benci sangat pada orang tu nanti boleh jatuh cinta?”
“Kenapa tanya macam tu?”
“Awin adalah tak suka pada seorang budak lelaki satu ofis dengan Awin.”
“Al Hadi?”
Kak Ainun meneka saja sebab budak itu yang suka Awin rungutkan di rumah ini.
“Jawapan yang tepat. Sepuluh markah untuk Kak Ainun.”
“Jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan dik. Kita hanya mampu merancang.”
“Awin tak mahulah ada jodoh dengan budak lelaki tu. Benci tau. Dia suka kompelin macam-macam depan Awin.” Cebik Awin.
“Dia ada kompelin pasal Awin dengan orang lain tak?”
Awin menggeleng.
“Akak tak rasalah dia budak jahat. Pada akak apa yang dia kompelin pasal Awin tu memang betul.”
“Kak Ainun back-up dia ye.”

“Bukan back-up. Tapi Awin kena sedar yang dia ambil berat dengan Awin.”
“Huh! Tiada maknanya.”

I hate him! And…lelaki rambut landak bermuka jambu itu not my taste! Diulang sekali lagi, not my taste…

8 comments:

  1. entry baru ya kak? ape pun gud luck..ada salah ejaan skit...pe pon gud jobssssss sis >_<

    ReplyDelete
  2. wahhh lama atie tak jenguk blog akak... BTW, permulaan yang menarik... tak sabar tunggu part 2 and 3... :)

    ReplyDelete
  3. eh2.. bnyak cekadak pulak si Awin nihh.. memilih ajerr... OB pon xnak.. hahah.. mmg best kak Ilya.. 100 mrkh tuk akk.. hahaha

    ReplyDelete
  4. laen dari yang laen :) tunggu part 2 pulak

    ReplyDelete
  5. errr.. knapakah watak lelaki ini mcm watak yg huda x suka?? adakah kebetulan! betulkah perasaan benci bole bertukar jadi CINTA eeeeiii menakutkannyaaa~
    >>huda93<<

    ReplyDelete
  6. brani la hadi ni
    mmilih rupenye awin ni...

    ReplyDelete
  7. Pergi main jauh-jauh. Kau bukan kategori lelaki idaman aku...terbaekkk...haha
    -haslina yaya-

    ReplyDelete