Bahagian I (Tamat pada Bahagian III)
NAMA mamat rambut
landak tu Al Hadi? Budak ofis baru. Muka jambu habis! Aku ingat sotong tadi?
Lelaki tulen. Not my taste! berlagak kan kau Cik Awin oiii! Aku mesti nak yang
gaji besar-besar. Terjamin hidup!
Awin
penjam mata. Kerja masih berlambak atasmeja. Satu pun dia belum sentuh. Kepala
pening sangat ni. Kononnya banyak sangat fikir tentang masalah negara.
Kau ada ambil peduli
masalah negara ke? Harga minyak naik pun kau tak bising-bising Awin oii! Bila
ada masalah kerja menimbun baru kau nak bising. Awin…Awin…
Mata
Awin sempat menjamah wajah Al Hadi. Not
bad! Boleh tahan mamat ni. Lupa hendak cerita yang mamat ni mulutnya macam
bertih jagung. Mat kepoh betul. Ada sahaja cerita yang dijaja. Buat masa ini,
Awin selamat dari menjadi bahan gossip Al Hadi.
Menu
apa nak makan tengahari ini? Jemulah makan fast-food.
Jemu konon. Hari-hari
di rumah kau melantak fast-food Cik Awin oiii! Kau ada bakat memasak tapi malas
nak praktikkan. Kau ingat lagi nak pegang sudip macam mana? Kalau Bapa tahu dia
tak masak memang riuh sekampung jadinya.
“Cik
Aween.” Al Hadi main bisik-bisik pula.
“Hah!
Kenapa?”
“Cik
Awin nak pesan nasi bungkus tak?”
Awin
garu kepala sekejap.
Apa ni? Awin mana makan
nasi-nasi bungkus? Terjamin dengan kebersihan ke? Jangan cerewetlah Awin. Perut
kau sudah keroncong. Semenjak pagi tadi belum jamah
apa-apa.
“Cik
Awin…” Tangan Al Hadi diawang-awangkan pada muka putih bersih itu.
Berangan pula perempuan
seorang ini. Cik Awin ni cantik tapi suka jual mahal. Dia pandang ofis boy
macam aku. Forget it! Apa-apa pun aku nak try pikat dia. Mana tahu ada can.
Jadi sahabat pun okay pe?
“Em…apa
menu yang sedap?” Tanya Awin. Masakan kampung dia sudah lama tak makan sejak
kerja di kota. Balik kampung pun sekali-sekala menziarahi bapa. Bukan tak mahu
balik selalu. Bapa suka membebel macam mak nenek lah. Gegendang telinga boleh pecah dengan bebelan
bapa.
“Nasi
putih dengan ikan keli masak pedas my feveret.
Tak lupa sambal belacan. Sedap hingga menjilat jari.”
Mangkuk ayun ni aku
tanya menu apa yang sedap yang dia beritahu menu kegemaran dia pula. Ikan keli.
Lamanya tak makan ikan keli tu. Sambal belacan? Kecur liur pula dengarnya. Masakan
barat mana boleh tanding masakan kampung.rindu pula dengan air tangan dari
bapa.
“Ikut
menu kegemaran awaklah.” Awin malas nak fikir menu lain.
“Ingatkan
lidah barat. Saya selalu tengok Cik Awin makan spaghetti, steak, KFC dan yang
seangkatan dengannya.”
Bunyi
macam perli je.
“Jangan
cari pasal dengan saya.” Awin menjegilkan biji matanya.
“Besarnya
bola mata Cik Awin macam bola mata ikan emas.” Al Hadi mengusik.
Awin
mencebik.
“Baik
awak pergi beli cepat makanan saya. Kalau waktu rehat habis nanti bukan perut
saya saja yang lapar, perut awak jugak!” Desis Awin.
Awin bila marah makin
lawa. Niat di hati hendak bertanyakan tuan empunya badan sudah berpunya atau
belum? Seganlah. Tengok Awin pun jenis jual mahal. Awin tak pandang lelaki
macam kau, Al Hadi. Apa yang kau ada? Harta pusaka? Jauh sekali. Awin dari atas
sampai bawah semua berjenama?
“Bye-bye
Cik Awin.”
“Bye-bye.”
Kalau
tidak dibalas Al Hadi akan kecoh. Al Hadi baru dekat sebulan kerja di agensi
syarikat perumahan ini tapi dia cepat betul ramah dengan pekerja lain
termasuklah boss besar tu. Hari itu
Awin ada nampak Al Hadi siap berpeluk-peluk dan bergurau senda dengan boss besar. Ada affair ke? Esh! Tak mungkinlah. Boss besar lelaki, Al Hadi pun
lelaki. Masakan tutttt kot?
Forget it! Bukan urusan
kau, Awin. Urusan kau untuk dapatkan pembeli dan komisyen. Komisyen tinggi maka
boleh pergi shopping. Kasut kena beli baru. Baju baru, beg baru, semua barulah.
Teman lelaki saja yang tiada lagi. Tiada yang berkenan di hati. Dapat yang hensem
tapi miskin pula. Dapat yang kaya muka macam tongkang pecah pula. Nasib kaulah
Awin…
“Awin!”
Seorang pengacau dah datang.
Awin
buat senyuman dalam keterpaksaan.
“Malam
ni nak ikut aku karaoke tak?” Tanya Dila.
“Aku
tak minat nyanyi-nyanyilah. Aku nyanyi dalam bilik mandi pun tak lepas. Suara
sumbang.”
Awin bagi alasan kukuh.
“Ala…kami
tak cukup oranglah.” Dila hampa sebab Awin asyik menolak je.
“Sorilah
ya…”
Awin
tersengih.
Please…aku tak minat
melalak-melalak ni! Shopping aku minat…
Awin
tengok temujanji untuk petnag ini. Ada ‘date’
dengan Encik Dahlan. Orang tua gatal tu lagi…
Lepas
balik ‘date’…
Awin
hempaskan beg tangan atas meja.
“Monyok
muka?” Al Hadi menegur lagi.
Orang
sedang tekanan perasaan Al Hadi boleh menyibuk lagi ke mejanya.
“Jangan
sibuk urusan hal luar dan dalam kain orang lain.”
“Marahnya…”
“Kalau
dah tahu saya tengah marah jangan dikacau!” Rengus Awin
Kalau sehari dia tak
kacau aku memang tak sah!Pergi main jauh-jauh. Kau bukan kategori lelaki idaman
aku!
“Bergaduh
dengan klien ya?” Al Hadi meneka.
Muka dia kelat semacam. Betullah tu dia buat
hal dengan klien lagi.
Awin
mencebik. Benci betul dengan Al Hadi ni. Al Hadi macam ada kuasa psikik je. Dia
memang berperang besar dengan klien tadi. Klien gatal yang garfunya tidak tahu
diam.
“Saya
nasihat Cik Awin pakai pakaian yang menutup aurat sikit. Lelaki ni nafsu dia
hanya ada satu iaitu perempuan.”
Sindiran
pedas buat Awin. Kemut muka ayu Awin macam ayam tertelan kapur.
Betullah
kata Al hadi tu. Dia suka pakai skirt paras peha. Betis masih nampak walau
pakai sarung kaki hitam yang jarang. Seksi sangat….Bencilah kena sindir dengan
Al Hadi.
****
AKU tahu Awin suka kata
rambut aku macam landak. Whatever! Aku tak kisah pun.Aku bukan lelaki yang ada
aura kehenseman. Aku tak kisah. Aku adalah aku. Al Hadi Hamzah lelaki melayu
terakhir tahu. Bersih dari rokok, bersih dari vandalism, bersih dari wabak mat
rempit dan segala perkara-perkara yang
tidak berfaedah. Aku masih teruna…hehehehe…
“Apa
yang anak emak sengihkan sorang-sorang ni?” Emak menegur lembut.
“Ingat
awek di tempat kerjalah emak.”
“Siapa?”
“Awin…”
“Oh…budak
perempuan yang anak emak selalu ceritakan tu?”
Al
Hadi tersenyum. Pandai pun emak.
“Anak
emak suka dia ya?”
“Emak…perut
anak emak ni sudah nyanyikan lagu keroncong.” Al Hadi mengusap perutnya.
Sengaja lari dari topik pasal Awin.
“Emak
dah hidangkan atas meja tu. Emak masakkan udang masak lemak cili untuk anak emak
yang manja ni.”
“Sayang
emak.”
****
NAMA dalam facebook A.A
gadis ayu. Ewah bukan main kau Awin. Biasalah dalam facebook mestilah mahu nama
glamour.Lelaki dalam facebook pun bukannya boleh percaya sangat. Konon bujang
lagi tapi sudah bini dan anak berderet di belakang. Lelaki sekarang…sudah
berkahwin pun mengaku bujang. Aku bukan perempuan bodoh tau. Berhati-hati
dengan facebook.
Status
di facebook dia letakkan ‘kesepian’. Bukan main lagi ayat jiwang kau, Awin.
Awin
melihat komen-komen yang berada di bawah statusnya itu. Sepuluh komen sudah
diberikan. Awin tersengih.
Ada
satu komen tu berbunyi…
‘kalau sunyi I boleh
temankan you? Bagi contact number’
Please…aku takkan bodoh
hendak bagi nombor telefon pada lelaki yang aku tidak kenali.
“Main
facebook lagi.” Sapa Kak Ainun.
“Bosanlah
asyik menghadap kerja.”
“Dah
namanya kerja.”
“Kak
Ainun…”
“Ya.”
Awin
meniarap sambil menongkat dagu di atas tilamnya.
“Betul
ke kalau kita benci sangat pada orang tu nanti boleh jatuh cinta?”
“Kenapa
tanya macam tu?”
“Awin
adalah tak suka pada seorang budak lelaki satu ofis dengan Awin.”
“Al
Hadi?”
Kak
Ainun meneka saja sebab budak itu yang suka Awin rungutkan di rumah ini.
“Jawapan
yang tepat. Sepuluh markah untuk Kak Ainun.”
“Jodoh
dan pertemuan itu di tangan Tuhan dik. Kita hanya mampu merancang.”
“Awin
tak mahulah ada jodoh dengan budak lelaki tu. Benci tau. Dia suka kompelin macam-macam
depan Awin.” Cebik Awin.
“Dia
ada kompelin pasal Awin dengan orang lain tak?”
Awin
menggeleng.
“Akak
tak rasalah dia budak jahat. Pada akak apa yang dia kompelin pasal Awin tu
memang betul.”
“Kak
Ainun back-up dia ye.”
“Bukan
back-up. Tapi Awin kena sedar yang
dia ambil berat dengan Awin.”
“Huh!
Tiada maknanya.”
I hate him! And…lelaki
rambut landak bermuka jambu itu not my taste! Diulang sekali lagi, not my taste…
entry baru ya kak? ape pun gud luck..ada salah ejaan skit...pe pon gud jobssssss sis >_<
ReplyDeletewahhh lama atie tak jenguk blog akak... BTW, permulaan yang menarik... tak sabar tunggu part 2 and 3... :)
ReplyDeleteeh2.. bnyak cekadak pulak si Awin nihh.. memilih ajerr... OB pon xnak.. hahah.. mmg best kak Ilya.. 100 mrkh tuk akk.. hahaha
ReplyDeletelaen dari yang laen :) tunggu part 2 pulak
ReplyDeleteerrr.. knapakah watak lelaki ini mcm watak yg huda x suka?? adakah kebetulan! betulkah perasaan benci bole bertukar jadi CINTA eeeeiii menakutkannyaaa~
ReplyDelete>>huda93<<
brani la hadi ni
ReplyDeletemmilih rupenye awin ni...
Pergi main jauh-jauh. Kau bukan kategori lelaki idaman aku...terbaekkk...haha
ReplyDelete-haslina yaya-
best2!!!!
ReplyDelete