AL
HADI meja Awin tiada penghuninya. Awin sudah tidak datang kerja satu minggu. Ke
mana Awin menghilang? Boss besar hanya
cakap Awin sedang cuti berehat. Awin mencari ketenangan. Awin ada putus cinta
dengan sesiapa ke? Rasanya Awin tiada kekasih lagi walau Awin pernah keluar
dengan beberapa orang lelaki untuk makan bersama.
Awin bukan seorang pekerja yang suka
ambil cuti panjang. Adakah Awin terasa dengan kata-katanya kelmarin.
Itulah Hadi…mulut jahat
sangat. Bad mouth! bad mouth!Aku nasihat pun benda yang baik-baik saja. Aku
ambil berat pasal dia dan aku sayang dia. Bagaimana kalau dia resign?! Alahai
Hadi…mahunya kau tak dapat tengok muka dia lagi. Minta-minta dia hanya bercuti
balik kampung.
“Hadi…”
Boss besar bersuara.
“Ya
boss besar.”
“Hadi
ada buat apa-apa pada dia ke?”
Al
Hadi tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
“Tiadalah
boss besar.”
“Tak
perlulah formal sangat bila kita berdua. Walau bapa sudah bercerai dengan emak
Hadi, bapa masih ambil berat tetang kamu dan emak kamu. Bapa yang silap dulu.” Mata
Boss besar tampak sayu.
“Hadi
tak marah boss besar. Hadi tahu hanya
setakat itu jodoh boss besar dengan
emak.”
Boss
besar beruntung punya anak lelaki yang berfikiran matang seperti Al Hadi. Bekas
isteri juga seorang yang pemaaf dan tidak menyimpan dendam dalam hati. Sayang
mereka tidak dapat bersatu semula.
“Betul
Hadi tak mahu dengan jawatan yang bapa berikan? hadi ada kelayakan…”
Al
Hadi menggeleng.
“Hadi
suka dengan kerja Hadi sekarang. Hadi mahu kutip pengalaman dahulu.”
“Kutip
pengalaman atau sedang usaha mengorat staf bapa. Kalau Hadi dah terima jawatan
tu Hadi tak dapat nak usik-usik dia lagi.
Rahsia
sudah bocor. Al Hadi ketawa.
“Alamak!
Hadi sudah kantoi dengan boss besar.”
“Hadi…kan
bapa cakap tadi panggil bapa. Jangan panggil bapa boss besar.”
“Hadi
sudah terbiasalah.”
Boss
besar menyeringai.
“Awin
ada bagi surat resign tak boss besar?”
“Awin
tiada berikan surat resign tak
tahulah pula lepas dia pulang dari kampung nanti.”
Alamak?! Boss besar
sengaja menduga hati akulah tu.Ya Allah…moga-moga Awin tak behenti kerja.
Hambamu hanya menegur benda yang betul je.
Maafkan Hadi, Awin…jika
Hadi menyinggung perasaan Awin. Kalau Awin behenti, Hadi dah takder penyeri di
ofis ni.
“Jangan
boss besar takutkan Hadi.”
“Adakala
anak bapa ni berperangai macam budak-budak.” Desis boss besar. Dia usap-usap rambut Al Hadi. Anak manja!
AWIN
duduk di parit kecil itu. Kakinya sudah berada di dalam air. Awin menjuihkan
bibir apabila wajah Al Hadi terbayang di ruang matanya. Kenapalah dia asyik
teringat mamat rambut landak itu. Macam tiada muka lain.
Awin…Awin…takkan kau
jatuh hati pada mamat rambut landak tu kot? Pleaselah…aku tak mau…aku tak mau…tapi
kalau dah jodoh aku terima. Ewah-ewah Awin, kau kata mamat rambut landak tu bukan
taste kau. Ayat biasa…not my taste!
Kenapa hati ni rindu
pada mamat rambut landak tu?Aku tahu apa yang mamat rambut landak cakapkan itu
betul. Aku terasa juga dia cakap macam tu. Dia ambil berat sebab akukan selalu
kena gangguan seksual dengan klien yang gatal.
“Sudah-sudahlah
termenung tu. Bapa ada beli tangakp ikan keli di kolam kita tadi. Kata
teringain nak makan ikan keli bakar.” Suara bapa sudah bergema.
“Eee…sedapnya…”
Awin bingkas bangun dan menghampiri bapanya.
“Cincah
air asam sedap ni.”
“Kau
makan saja pandai. Belajar masak tak mahu. Esok laki kau makan dekat kedai.”
Bapa sudah mula membebel.
“Awin
belajar bila Awin nak kahwin nanti.”
“Ada
ke lelaki malang yang nakkan anak dara bapa ni.”
“Tak
baik tau bapa cakap macam tu. Ingat anak dara bapa ni tak laku?”
Bapa
tersenyum. Dia tahu Awin jarang pulang ke kampung kerana mulutnya yang suka
bising dan membebel ini.
“Siapalah
jejaka malang yang dapat anak dara bapa ni? Hensem tak orangnya.”
“Mamat
rambut landak..”
“Mamat
rambut landak? Siapa mamat rambut landak?”
Ops!
Awin sudah terlepas cakap pulak.
“Nanti
bawalah mamat rambut landak itu balik jumpa bapa. Mesti dia budak baik” Bapa
menjongketkan keningnya.
Alamak?!
CANTIKLAH
kain tudung ni. Awin mencapai tudung yang berwarna hijau itu. Dia cuba memakai
di atas kepalanya. Bapa sudah tersenyum. Awin beria-ia mahu mengikutnya ke pekan.
Awin kata mahu menemaninya.
“Comel
anak bapa bila pakai. Awin ambillah. Bapa belikan untuk Awin.”
“Tapi
bapa, Awin ada duit sendiri.”
“Bapa
belanja Awin. Dulu masa Awin kecil, bapa tak pernah belikan hadiah buat Awin
kan? Awin selalu merengek nak hadiah.”
Awin
rasa tersentuh dengan kata-kata bapa. Bukan bapa kedekut untuk membelikan dia
hadiah, bapa mahu gunakn wang tersebut bagi pelajarannya kelak. Bapa mahu lihat
dia berjaya.
“Terima
kasih bapa.”
Tudung
ini adalah hadiah yang berharga dari bapa buat Awin.
Balik
rumah Awin terus mencuba tudung terbabit. Kali ini dia memakainya dengan kemas.
Awin sudah tekad untuk melakukan satu penghijarahan. Dia bukan berubah kerana
kata-kata dari Al hadi. Dia berubah kerana hatinya ingin berbuat demikian.
Ikhlas tahu!
Awin
buka almari buruknya. Dia menyimpan baju-baju kurung arwah ibu di dalamnya. Dia
tidak pernah menyentuh baju-baju terbabit kerana bagi baju kurung adalah baju
ketinggalan zaman. Awin cuba satu-persatu. Baju kurung arwah ibu amat sesuai
dengan tubuhnya yang kecil molek itu. Air mata Awin menitis saat mengingati
arwah ibu.
Bapa
mengintai dari celahan pintu bilik itu. Bapa melirik senyuman. Alhamdullilah…Awin
sudah ada perubahan.
****
Seminggu kemudian….
AL
Hadi sudah tidak sabar untuk masuk ke pejabat. Dia agak terlewat kerana
terlajak tidur. Itulah tengok bola sampai pagi. Lepas solat subuh tidur balik
siapa suruh.
Emak
hanya tersenyum melihat gelagat Al Hadi. Tangan emak dicium. kedua-dua pipi
emak juga dicium. Rutih harian Al hadi.
Dia
menghidupkan motorsikal Yamahanya.
Al
Hadi menarik nafas lega melihat beg tangan Awin ada di mejanya. Awin sudah
masuk semula ke ofis. Tapi mana Awin? Kelibat Awin masih belum kelihatan. Dia
mencari Awin di pantry. Gadis itu tiada. Masakan Awin ada mesyuarat dengan boss besar. Boss besar kata semalam dia outstation.
Mana pulak Awin ni. Orang
sedang rindukan dia. Kalau dia keluar jumpa klien mesti dia bawa beg tanganya
bersama. Komputernya pun masih hidup.
“Assalamualaikum…pagi-pagi
sudah bertenggek di meja saya ye?” Ada suara lembut menyapa di belakang.
Suara
Awin…
Al
Hadi menarik nafas dan menoleh. “Waalaikumusalam…” Jawabnya.
SubhanAllah…cantiknya
Awin. Awin sudah bertudung litup. Mnais dan sopan Awin dengan baju kurungnya
yang labuh itu. Penampilan barunya itu menarik perhatian rakan sekerja yang
lain.
“Awin…”
Kelu lidah Al Hadi mahu berkata-kata lagi.
“Cantikkan
saya?” Awin ketawa kecil.
Al
Hadi mengangguk.
“Saya
ingat awak benci pada saya lagi.”
“Benci
tu memang ada…tapi 10 perkara saya benci pada awak itu ada perubahan sikit.”
Al
Hadi kerut dahi. “Ada perubahan?”
“Ya…saya
nak yang saya benci awak kompelin penampilan saya tu kepada saya benci sebab
awak buat saya rindu pada awak.”
Riak
wajah Al Hadi berubah. Dia tersenyum.
“Boleh
ulang sekali lagi tak?” Pintanya.
“Saya
benci sebab awak buat saya rindu pada awak.” Ulang Awin.
Mata
mereka berpadu. Bibir mereka saling mengukirkan senyuman.
“Lupa
nak tanya?”
“Tanya
apa?”
“Awak
dengan boss besar ada apa-apa ke?
Mesra semacam saya tengok.”
“Tak
baik fikir saya dengan boss besar tu tuut..”
“Dulu
adalah fikir macam tu.”
“Otak
kuninglah awak ni.”
“Sekarang
dah tak kuning lagi.”
“Okaylah…nanti
saya cerita. Apa kata awak buatkan saya kopi O panas.”
“Ngada-ngada
awak ye.”
Al
Hadi mengenyitkan matanya pada Awin. Awin geleng kepala. Nakal!
Al Hadi: Emak…Hadi
sudah ada calon menantu untuk emak…
Awin: Rambut landak tu
hensem juga orangnya….Dia seorang baik.
Tamat
Best.. :)
ReplyDeleteHehe..alolo..sweetnye..*sy benci sbb awk bt sy rindu pd awk *..hehe..bestlh kak ilya..npe xde sambgan ag??
ReplyDeleteHehe..kelakar pun ade kak..coz as pun ade gelarkn sowg mamat nie landak gak
ReplyDelete.hehe..tsamalh pulak..hehe
hehehehe...satu kebetulan tu...xder sambungan dah ^^
DeleteHehe..ala, npe xde kak..klu ade pemintaan..akak smbg ag k..hehe
DeleteErkkkkk.... Hadi tu anak boss besar la kiranya?? haaa Awin dapat bonus da tu... laki kaya... hahaha.... bestttt... :)
ReplyDeleteHehehehe...bertuah Awin kan...
Deletelaaaa... kejapnye abis
ReplyDeleteciter pendek je dear...
Deletebest3 suka dgn citer... (>___<) bertuah awin dpt anak org kaya hehe... :D tapi citer ni pendek sangat tak puas, kejap je dh abis....
ReplyDelete~Rabiatul Adawiyah~
ala..dh hbis ke?? xpuas bace la kak.. huhuhuuu
ReplyDelete