Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Monday, February 18, 2013

10 Perkara Saya Benci Pada Awak - Bhgn Akhir





AL HADI meja Awin tiada penghuninya. Awin sudah tidak datang kerja satu minggu. Ke mana Awin menghilang? Boss besar hanya cakap Awin sedang cuti berehat. Awin mencari ketenangan. Awin ada putus cinta dengan sesiapa ke? Rasanya Awin tiada kekasih lagi walau Awin pernah keluar dengan beberapa orang lelaki untuk makan bersama. 
Awin bukan seorang pekerja yang suka ambil cuti panjang. Adakah Awin terasa dengan kata-katanya kelmarin.

Itulah Hadi…mulut jahat sangat. Bad mouth! bad mouth!Aku nasihat pun benda yang baik-baik saja. Aku ambil berat pasal dia dan aku sayang dia. Bagaimana kalau dia resign?! Alahai Hadi…mahunya kau tak dapat tengok muka dia lagi. Minta-minta dia hanya bercuti balik kampung.

“Hadi…” Boss besar bersuara.
“Ya boss besar.”
“Hadi ada buat apa-apa pada dia ke?”
Al Hadi tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
“Tiadalah boss besar.”
“Tak perlulah formal sangat bila kita berdua. Walau bapa sudah bercerai dengan emak Hadi, bapa masih ambil berat tetang kamu dan emak kamu. Bapa yang silap dulu.” Mata Boss besar tampak sayu.
“Hadi tak marah boss besar. Hadi tahu hanya setakat itu jodoh boss besar dengan emak.”

Boss besar beruntung punya anak lelaki yang berfikiran matang seperti Al Hadi. Bekas isteri juga seorang yang pemaaf dan tidak menyimpan dendam dalam hati. Sayang mereka tidak dapat bersatu semula.

“Betul Hadi tak mahu dengan jawatan yang bapa berikan? hadi ada kelayakan…”
Al Hadi menggeleng.

“Hadi suka dengan kerja Hadi sekarang. Hadi mahu kutip pengalaman dahulu.”
“Kutip pengalaman atau sedang usaha mengorat staf bapa. Kalau Hadi dah terima jawatan tu Hadi tak dapat nak usik-usik dia lagi.

Rahsia sudah bocor. Al Hadi ketawa.

“Alamak! Hadi sudah kantoi dengan boss besar.”
“Hadi…kan bapa cakap tadi panggil bapa. Jangan panggil bapa boss besar.”
“Hadi sudah terbiasalah.”

Boss besar menyeringai.

“Awin ada bagi surat resign tak boss besar?”
“Awin tiada berikan surat resign tak tahulah pula lepas dia pulang dari kampung nanti.”

Alamak?! Boss besar sengaja menduga hati akulah tu.Ya Allah…moga-moga Awin tak behenti kerja. Hambamu hanya menegur benda yang betul je.

Maafkan Hadi, Awin…jika Hadi menyinggung perasaan Awin. Kalau Awin behenti, Hadi dah takder penyeri di ofis ni.

“Jangan boss besar takutkan Hadi.”
“Adakala anak bapa ni berperangai macam budak-budak.” Desis boss besar. Dia usap-usap rambut Al Hadi. Anak manja!


AWIN duduk di parit kecil itu. Kakinya sudah berada di dalam air. Awin menjuihkan bibir apabila wajah Al Hadi terbayang di ruang matanya. Kenapalah dia asyik teringat mamat rambut landak itu. Macam tiada muka lain.

Awin…Awin…takkan kau jatuh hati pada mamat rambut landak tu kot? Pleaselah…aku tak mau…aku tak mau…tapi kalau dah jodoh aku terima. Ewah-ewah Awin, kau kata mamat rambut landak tu bukan taste kau. Ayat biasa…not my taste!

Kenapa hati ni rindu pada mamat rambut landak tu?Aku tahu apa yang mamat rambut landak cakapkan itu betul. Aku terasa juga dia cakap macam tu. Dia ambil berat sebab akukan selalu kena gangguan seksual dengan klien yang gatal.

“Sudah-sudahlah termenung tu. Bapa ada beli tangakp ikan keli di kolam kita tadi. Kata teringain nak makan ikan keli bakar.” Suara bapa sudah bergema.

“Eee…sedapnya…” Awin bingkas bangun dan menghampiri bapanya.
“Cincah air asam sedap ni.”
“Kau makan saja pandai. Belajar masak tak mahu. Esok laki kau makan dekat kedai.” Bapa sudah mula membebel.
“Awin belajar bila Awin nak kahwin nanti.”
“Ada ke lelaki malang yang nakkan anak dara bapa ni.”
“Tak baik tau bapa cakap macam tu. Ingat anak dara bapa ni tak laku?”

Bapa tersenyum. Dia tahu Awin jarang pulang ke kampung kerana mulutnya yang suka bising dan membebel ini.

“Siapalah jejaka malang yang dapat anak dara bapa ni? Hensem tak orangnya.”
“Mamat rambut landak..”
“Mamat rambut landak? Siapa mamat rambut landak?”

Ops! Awin sudah terlepas cakap pulak.


“Nanti bawalah mamat rambut landak itu balik jumpa bapa. Mesti dia budak baik” Bapa menjongketkan keningnya.

Alamak?!
 

CANTIKLAH kain tudung ni. Awin mencapai tudung yang berwarna hijau itu. Dia cuba memakai di atas kepalanya. Bapa sudah tersenyum. Awin beria-ia mahu mengikutnya ke pekan. Awin kata mahu menemaninya.

“Comel anak bapa bila pakai. Awin ambillah. Bapa belikan untuk Awin.”
“Tapi bapa, Awin ada duit sendiri.”
“Bapa belanja Awin. Dulu masa Awin kecil, bapa tak pernah belikan hadiah buat Awin kan? Awin selalu merengek nak hadiah.”

Awin rasa tersentuh dengan kata-kata bapa. Bukan bapa kedekut untuk membelikan dia hadiah, bapa mahu gunakn wang tersebut bagi pelajarannya kelak. Bapa mahu lihat dia berjaya.

“Terima kasih bapa.”

Tudung ini adalah hadiah yang berharga dari bapa buat Awin.

Balik rumah Awin terus mencuba tudung terbabit. Kali ini dia memakainya dengan kemas. Awin sudah tekad untuk melakukan satu penghijarahan. Dia bukan berubah kerana kata-kata dari Al hadi. Dia berubah kerana hatinya ingin berbuat demikian. Ikhlas tahu!

Awin buka almari buruknya. Dia menyimpan baju-baju kurung arwah ibu di dalamnya. Dia tidak pernah menyentuh baju-baju terbabit kerana bagi baju kurung adalah baju ketinggalan zaman. Awin cuba satu-persatu. Baju kurung arwah ibu amat sesuai dengan tubuhnya yang kecil molek itu. Air mata Awin menitis saat mengingati arwah ibu.

Bapa mengintai dari celahan pintu bilik itu. Bapa melirik senyuman. Alhamdullilah…Awin sudah ada perubahan.

****

Seminggu kemudian….

AL Hadi sudah tidak sabar untuk masuk ke pejabat. Dia agak terlewat kerana terlajak tidur. Itulah tengok bola sampai pagi. Lepas solat subuh tidur balik siapa suruh.

Emak hanya tersenyum melihat gelagat Al Hadi. Tangan emak dicium. kedua-dua pipi emak juga dicium. Rutih harian Al hadi.
Dia menghidupkan motorsikal Yamahanya.


Al Hadi menarik nafas lega melihat beg tangan Awin ada di mejanya. Awin sudah masuk semula ke ofis. Tapi mana Awin? Kelibat Awin masih belum kelihatan. Dia mencari Awin di pantry. Gadis itu tiada. Masakan Awin ada mesyuarat dengan boss besar. Boss besar kata semalam dia outstation.


Mana pulak Awin ni. Orang sedang rindukan dia. Kalau dia keluar jumpa klien mesti dia bawa beg tanganya bersama. Komputernya pun masih hidup.

“Assalamualaikum…pagi-pagi sudah bertenggek di meja saya ye?” Ada suara lembut menyapa di belakang.

Suara Awin…

Al Hadi menarik nafas dan menoleh. “Waalaikumusalam…” Jawabnya.

SubhanAllah…cantiknya Awin. Awin sudah bertudung litup. Mnais dan sopan Awin dengan baju kurungnya yang labuh itu. Penampilan barunya itu menarik perhatian rakan sekerja yang lain.

“Awin…” Kelu lidah Al Hadi mahu berkata-kata lagi.
“Cantikkan saya?” Awin ketawa kecil.
Al Hadi mengangguk.
“Saya ingat awak benci pada saya lagi.”
“Benci tu memang ada…tapi 10 perkara saya benci pada awak itu ada perubahan sikit.”
Al Hadi kerut dahi. “Ada perubahan?”
“Ya…saya nak yang saya benci awak kompelin penampilan saya tu kepada saya benci sebab awak buat saya rindu pada awak.”

Riak wajah Al Hadi berubah. Dia tersenyum.

“Boleh ulang sekali lagi tak?” Pintanya.
“Saya benci sebab awak buat saya rindu pada awak.” Ulang Awin.

Mata mereka berpadu. Bibir mereka saling mengukirkan senyuman.

“Lupa nak tanya?”
“Tanya apa?”
“Awak dengan boss besar ada apa-apa ke? Mesra semacam saya tengok.”
“Tak baik fikir saya dengan boss besar tu tuut..”
“Dulu adalah fikir macam tu.”
“Otak kuninglah awak ni.”
“Sekarang dah tak kuning lagi.”
“Okaylah…nanti saya cerita. Apa kata awak buatkan saya kopi O panas.”
“Ngada-ngada awak ye.”

Al Hadi mengenyitkan matanya pada Awin. Awin geleng kepala. Nakal!

Al Hadi: Emak…Hadi sudah ada calon menantu untuk emak…

Awin: Rambut landak tu hensem juga orangnya….Dia seorang baik.

Tamat
 

11 comments:

  1. Nur Syafiqah Alia RashidFebruary 19, 2013 at 12:02 AM

    Best.. :)

    ReplyDelete
  2. Hehe..alolo..sweetnye..*sy benci sbb awk bt sy rindu pd awk *..hehe..bestlh kak ilya..npe xde sambgan ag??

    ReplyDelete
  3. Hehe..kelakar pun ade kak..coz as pun ade gelarkn sowg mamat nie landak gak
    .hehe..tsamalh pulak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...satu kebetulan tu...xder sambungan dah ^^

      Delete
    2. Hehe..ala, npe xde kak..klu ade pemintaan..akak smbg ag k..hehe

      Delete
  4. Erkkkkk.... Hadi tu anak boss besar la kiranya?? haaa Awin dapat bonus da tu... laki kaya... hahaha.... bestttt... :)

    ReplyDelete
  5. best3 suka dgn citer... (>___<) bertuah awin dpt anak org kaya hehe... :D tapi citer ni pendek sangat tak puas, kejap je dh abis....
    ~Rabiatul Adawiyah~

    ReplyDelete
  6. ala..dh hbis ke?? xpuas bace la kak.. huhuhuuu

    ReplyDelete