FATIN memandang dirinya ke arah
cermin. Wajah Fatin cemberut melihat susuk tubunya itu. Rasanya dia tidak
menelan secebis makanan pun tadi. Kenapa dia masih nampak berisi. Pastinya dia
tidak dapat memakai blaus yang baru dibelinya itu. Fatin merengus kecil. Dia
capai pil yang yang dibeli dari sebuah agensi melangsingan badan itu. Pembohong
punya pil. Fatin hempaskan botol pil tersebut di atas lantai. Dia duduk di
birai katil. Air matanya berlinangan. Dia tidak sanggup diejek oleh
teman-temannya lagi. Pelbagai cara dia gunakan untuk menguruskan berat
badannya.
Sebelum
ini Fatin bertubuh gempal dan sering disisihkan oleh teman-teman sekuliah yang
cantik dan bertubuh langsing. Dia terpaksa berusaha menguruskan badan atas
cabaran teman-temannya. Dia juga mahu cantik seperti mereka biarpun teman
lelakinya, Syah menegah. Syah mengatakan dia sudah cantik dan tidak perlu
terlalu terikut-ikut dengan geng gadis kurus melidi itu. Syah tidak mengerti
akan perasaannya. Syah lelaki dan dia antara lelaki idaman gadis di universiti.
Namun lelaki idaman gadis itu memilih gadis gempal sepertinya sebagai teman
wanita. Dia menjadi mangsa buli kerana peminat-peminat Syah. Mereka mengatakan
dia tidak sepadan Syah Adiputra yang segak dan kacak itu. Malah mereka
memberikan amaran agar dia memutuskan perhubungan dengan Syah. Hal tersebut
diadukan kepada Syah. Syah menyuruh dia tidak ambil peduli dengan kata-kata
gadis cantik itu.
“Ya
Allah! Apa ni Fatin?” tegur Juliza yang baru pulang dari kelas kuliah. Teman
sebilik Fatin itu gelengkan kepala. Fatin terlalu obsess dengan ubat kurus. Dia
sudah letih menasihati teman baiknya itu. Fatin tetap berdegil.
“Aku
nak ponteng kuliah esok.” suara Fatin. Dia tekad tidak akan ke kuliah dalam
keadaan tubuhnya begini.
“Aku
tidak nampak di mana lemak pada tubuh kau Fatin. Kau sudah cukup kurus tau!
Takut aku tengok tubuh kau yang sudah kering begini. Macam hantu tulang!”
gerutu Juliza. Dia lebih suka Fatin yang dulu. Fatin yang tidak perlu
menyeksakan diri untuk menguruskan badan.
Fatin
mencebik bibir. Itu kata Juliza. Dia tetap merasakan diri masih berisi. Dia
masih tembam!
“Kalau
aku kurus pastinya aku sudah muat pakai blaus yang baru aku beli itu. Syah pun
takkan menjauhkan diri dari aku.” getus Fatin.
Juliza
gelengkan kepala. Syah menjauhkan diri kerana sikap kau sendiri Fatin. Kau
begitu bodoh kerana buat lelaki begitu baik pada kau begitu. Syah sayangkan
kau! Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati Juliza.
“Kau
sudah makan?” soal Juliza. Dia cuba mengalih topik perbualan mereka.
“Kau
tak tahu ke yang aku diet.” marah Fatin.
Diet
lagi. Setahu dia Fatin tidak ambil sarapan pagi mahupun makanan tengahari.
Adakalanya diet Fatin itu melampui batas.
******
MALAM itu Fatin mengaduh sakit
perut. Juliza jadi tentu arah. Dia suruh Fatin, temannya itu mahu. Juliza tiada
cara lain selain menggesa Fatin makan. Juliza meminta bantuan Syah untuk
membelikan Fatin sebungkus nasi. Mujur saja Syah sedia menghulurkan
pertolongan. Fatin seperti hantu yang kelaparan. Dia makan dengan gelojoh. Lapar!
Dia terlalu lapar. Satu bungkus nasi di habiskan namun beberapa minit kemudian
dia luah makanannya kembali. Inilah natijahnya. Makanan pun sudah tidak mahu
masuk ke perut Fatin.
Juliza
dan Syah saling berpandangan melihat keadaan Fatin. Mereka terpaksa membawa
Fatin ke hospital. Fatin di bawa ke unit rawatan rapi. Dan Fatin telah disahkan
mengidap penyakit Anorexia Nervosa. Menurut kata doktor yang merawat Fatin, penderita
Anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan
makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi
mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil
sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa
kenyang dan mual.
Fatin perlu
mendapatkan rawatan sewajarnya untuk memulihkan kembali keadaannya. Fatin
membantah keras. Dia berdegil dan tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital.
Puas Juliza dan Syah memujuk tetapi sia-sia. Mereka mati akal. Keadaan Fatin
sudah berada tahap yang memerbahaya.
Keesokan harinya
Fatin ditemui mati dalam biliknya. Juliza yang berada di kampung dikhabarkan
dengan berita buruk itu. Juliza tergesa-gesa pulang ke kampung kerana ibunya
sakit. Dia tumpang simpati atas apa yang menimpa Fatin. Kesal kerana Fatin
terus berdegil hingga dia menyebabkan kematiannya sendiri. Juliza berdoa semoga
roh Fatin dicucuri rahmat.
Tiga
bulan kemudian…
HANI meletakkan beg pakaiannya di
atas katil. Akhirnya dapat juga dia bilik setelah dua bulan duduk di luar
kampus. Dia menarik nafas panjang. Nampaknya hanya dia seorang saja yang
menjadi penghuni bilik ini. Teman sebiliknya sudah meminta pertukaran dengan
bilik yang lain. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Dia ada dengar khabar angin
yang mengatakan bilik ini berpenunggu. Hani bukan percaya sangat dengan
cerita-cerita mengarut. Lagipun dia tidak nampak apa-apa yang pelik dalam bilik
ini. Bilik yang bersih dan menenangkan. Perut pun sudah berlagu. Hani bingkas
bangun dari katil. Dia perlu keluar untuk mengisi perutnya. Hani mengunci pintu
bilik lalu mengaturkan langkah dengan senyuman di bibir.
Ada
bayang-bayang seorang gadis muncul di bilik itu. Wajah yang cengkung dan sangat
pucat.
“A…a…aku….la…la..lapar….”
Matanya yang menghala pada tin biskut yang berada di atas meja itu. Gadis berambut
panjang itu melahap biskut di dalam tin tersebut.
Hani
menyeluk kocek seluar jeansnya. Alamak! Dia tertinggal beg duit pula. Hani
berpatah semula. Kunci pintunya di keluarkan. Dian memulas tombol pintu. Mata
Hani terbeliak besar melihat tin biskut sudah terbuka. Plastik-plastik biskut
berselerakkan atas lantai. Terkedu Hani. Siapa pula yang menceroboh biliknya
itu?
Hani
paling benci jika barang-barangnya diusik. Ini mesti kerja budak senior. Hal
tersebut diadukan kepada Juliza salah seorang senior yang pernah duduk di bilik
itu dulu. Juliza sudah berpindah di luar menyewa rumah bersama teman lain.
Berkerut
dahi Juliza apabila mendengar aduan dari Hani itu. Lebih mengejutkan kerana
Hani duduk seorang di dalam bilik tersebut. Juliza tidak sedap hati.
“Kak
Liz rasa ada baiknya Hani minta tukar ke bilik lain…”
“Kenapa
pula? Lagipun bilik semua dah penuh. Bilik tu saja yang kosong.”
“Pindah
ke rumah sewa Kak Liz.” Pelawa Juliza
“Jauhlah
nak ke kuliah. Hani bukannya ada kenderaan.” Hani mengeluh.
“Hani
boleh minta Abang Syah hantar.”
“Tak
mahulah susahkan dia. Kak Liz pun tahu perangai Hani macam mana?”
“Syah
tu lagi suka kalau awek cute dia ni menyusahkan dia.”
Merah
muka Hani. Hani mengenali Syah ketika sesi suai kenal pelajar junior dan
senior. Hani tahu Syah sebelum ini ada
pernah kekasih. Bukan orang lain tetapi kawan baik pada Juliza sendiri. Juliza
beritahu kekasihnya itu meninggal dunia sebab sakit. Hani ada juga mendengar
khabar angin mengatakan kekasih Syah meninggal akibat diet terlampau. Hani
mendekati Syah sebagai seorang teman untuk berbicara mana tahu Syah bukakan
pintu hatinya untuk Hani.
“Tidak
mengapalah Kak Liz. Lagipun lagi senang Hani duduk di asrama kampus. Hani ni
kena berjimat-cermat juga.”
“Erm…jika
ada apa-apa yang tak kena nanti Hani terus keluar dan pindah ya.” Juliza
menepuk lembut bahu Hani.
Hani
mengangguk laju.
****
HANI menelaah buku hingga larut
malam. Hani menguap kecil. Dia mencari tin biskut yang baharu dibelinya siang
tadi. Biasalah bila malam begini perut mula berkeroncong. Hani bukan jenis yang
suka berdiet. Lagipun beratnya tidak jua naik walau dia makan banyak. Sudah
sejak azali tubuh kurus begini. Kurus bukan jenis jerangkung ya.
Sedang
enak dia mengunyah biskut Hani tersentak apabila ada bayangan manusia melintasi
pada tingkap biliknya itu. Dia mengosok-gosokkan mata. Mungkin perasaan dia
sahaja. Hani buat tidak endah. Matanya kian berat. Pelik kerana dia jarang rasa
cepat mengantuk ketika mengulang-kaji. Hani sudah tidak sanggup menghadap buku
di meja tulis itu lagi. Dia bangun dan baring di atas tilam. Selimut ditarik ke
muka.
Bayangan
seorang gadis mendekati Hani. Gadis itu menyuakan wajah pada Hani yang
sudah berbungkus itu. Air liur
meleleh-leleh dari mulut.
Hani
meliat kecil. Nasib baik hari ini dia ‘cuti’ umum. Bolehlah dia bangun lewat
sikit dari kebiasaan. Hani turun dari katil. Baharu ingin membuat senaman
ringan Hani sudah menjerit kecil. Bersepah-sepah plastik biskut di atas lantai.
Tin biskutnya juga terbuka dan sudah kosong. Dia mengetap bibir. Ini pasti
kerja ‘Mak Siti’ (tikus). Habis stok biskut dia untuk bulan ini.
Perkara
itu Hani adukan kepada Syah dan Juliza. Kedua saling berpandangan. Apa yang
mereka jangkakan sudah berlaku. Mungkin ada baiknya mereka memaksa Hani berpindah
keluar dari bilik tersebut.
“Hani…Kak
Liz rasa baik kau keluar dari bilik itu. Kak Liz bukan apa rasa…” Juliza
tidak meneruskan kata setelah
melihat jelingan mata Syah. Dia tahu yang Syah tidak mahu Hani ditakutkan
dengan cerita tersebut.
“Ala…Hani
selesa dengan bilik tu. Lagipun best
duduk bilik itu seorang. Kak Liz kenapa asyik suruh Hani pindah saja? ” Hani mencebik.
Juliza
mengerling Syah. Syah menarik nafas kecil.
“Hani…Abang
Syah rasa baik Hani keluar dari bilik tu ikut saranan dari Kak Liz.”
“Tapi
kenapa?” Berkerut tandan dahi Hani.
“Abang
Syah bukan mahu menakutkan Hani. Bilik tu ada penghuni lain…”
“Penghuni
lain? Bukan ke Hani yang duduk seorang dalam tu.” Hani memuncungkan bibir.
“Hani
dengar cakap Abang ya…”
“Kenapa?”
Hani makin tidak faham. Mula Juliza mahu dia keluar dari bilik itu kini Syah
pula.
“Hani
jangan banyak soal. Pindah ke rumah kak Liz ya…” Syah memujuk lembut kekasih
hatinya. Dia tidak mahu apa-apa berlaku kepada Hani.
“Tak
mahu!” Bentak Hani.
“Abang
ambil berat tentang keselamatan hani. Masakan Hani tidak pernah dengar cerita
pasal bilik tu.”
“Hani
tidak nampak apa-apa yang pelik dalam bilik tu. Apa yang Hani tahu biskut Hani
di makan oleh ‘Mak Siti’ Okaylah…Hani mahu masuk kelas.” Hani angkat punggung.
Malaslah dia mahu melayan Syah dan Juliza. Buat sakit kepala sahaja mendengar
kata mereka yang tiada sebab munasabah itu.
****
HANI agak lewat ke biliknya. Dia
ada ‘study group’ bersama
teman-temannya. Hani memulas tombol pintunya. Dahinya berkerut melihat lampu
meja yang terpasang. Hani cuba memetik lampu dalam biliknya namun tidak
menyala. Agaknya lampu kalimantan dalam bilik itu rosak. Hani mengeluh.
Mujurlah
ada lampu tersebut. Tidaklah dia bergelap malam ini. Hani. melepaskan ikatan
rambutnya. Bau badan sudah melekit. Dia mahu mandi sebentar. Lantaklah mandi
dalam gelap.
Bukan selalu pun.
Hani
memakai baju tidurnya dan terus baring atas tilam. Hilang rasa letihnya. Baru
dia mahu melelapkan mata ada sesuatu bergerak-gerak di atas katil dua tingkat
itu. Setahu Hani tiada penghuni lain dalam bilik itu selain dia maka tiada
orang yang duduk di katil atas tersebut. Hani bingkas bangun. Hani cuba
memasang telinganya. Bunyi orang sedang makanlah. Siapa pula yang berani
mencerobohi biliknya ini? Hani mengetap bibir geram.
Tangannya
meraba-raba mencari lampu suluh. Hani memanjat anak tangga katil dua tingkat
itu.
“Hah!
Aku dah tangkap kau!” Suaranya lantang. Dia halakan lampu suluhnya pada lembaga
manusia tersebut.
Anak
mata Hani membulat besar. Sangkaan makhluk itu adalah manusia. Wajahnya pucat
kebiruan. Lidahnya terjelir panjang. Matanya berwarna merah dan hampir
tersembul keluar. Air liur yang berbau busuk mengalir dari celahan mulutnya
itu. Hani ingin menjerit namun suaranya seakan tidak keluar.
“Aku
laparrrrrr…aku nak makannnn…” Suara lembaga itu dengan suara tangisan
mendayu-dayu. Dia menerpa ke arah Hani.
Lampu
suluh di tangan Hani terlepas. Hani jatuh ke lantai. Kepalanya terhentak kuat.
Dia cuba untuk bangun namun tubuhnya telah ditindih oleh lembaga itu. Hani
sudah tidak berdaya apabila wajah lembaga itu mendekati wajahnya.
****
HANI ditemui dalam keadaan yang
mengerikan. Usus dan tali perutnya terkeluar seperti dimakan oleh sesuatu. Leher
Hani lembam seperti ada kesan gigitan di situ. Syah bersedih atas musibah yang
menimpa Hani. Juliza sudah memberikan peringatan kepada Hani namun gadis itu
berdegil. Jika Hani mendengar kata pasti perkara ini tidak berlaku.
Mereka
percaya ‘benda’ yang membunuh Hani itu adalah hantu Fatin. Hantu kelaparan yang
mencari mangsanya. Siapa pula yang bakl menjadi mangsa seterusnya….
“Laparrrr…aku
laparrrrr…..aku nak makannnn…”
*Pssttt...sori if tak best ^^
Hantu boleh mkn org . Mcm lwk je .
ReplyDeleteAduh seram pulak aih kak ilya niii...kenapa tiba2 buat cerita seram nii...Tak takut ke time menulis tu. Huhuhu..
ReplyDeletePa'ah Mohd Isdris
Baru tgk cover, meremang bulu roma dibuat nyer..hehehe.. Baca plak time tgh mlm, sorg2 lak tu.. Lagi la takut.. Hehehe..stop baca dlu, n then sambung baca time siang ari.. Hahaha...
ReplyDeletenak lagi seram la..
ReplyDeletewoww!! best3x XD >_< <3 <3
ReplyDeletenk lagi kak Ilya pendek sangatlah cerpen ni tak puas nk menghayatinya huhu...
klu boleh buat lagi extrem seramnya kak ilya... (>___<)
~Rabiatul Adawiyah~
Juliza jadi tentu arah. Dia suruh Fatin, temannya itu mahu. Juliza tiada cara lain selain menggesa Fatin makan
ReplyDelete......
best kak.. nak lagi!!
Mawar Hitam, yg mkn manusia tu bkn hantu tp jin..
ReplyDeleteciter ni sgt best..sya suka citer seram..sambung la lg..