Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Tuesday, February 12, 2013

Cerpen Pendek: Lapar...



FATIN memandang dirinya ke arah cermin. Wajah Fatin cemberut melihat susuk tubunya itu. Rasanya dia tidak menelan secebis makanan pun tadi. Kenapa dia masih nampak berisi. Pastinya dia tidak dapat memakai blaus yang baru dibelinya itu. Fatin merengus kecil. Dia capai pil yang yang dibeli dari sebuah agensi melangsingan badan itu. Pembohong punya pil. Fatin hempaskan botol pil tersebut di atas lantai. Dia duduk di birai katil. Air matanya berlinangan. Dia tidak sanggup diejek oleh teman-temannya lagi. Pelbagai cara dia gunakan untuk menguruskan berat badannya.
            Sebelum ini Fatin bertubuh gempal dan sering disisihkan oleh teman-teman sekuliah yang cantik dan bertubuh langsing. Dia terpaksa berusaha menguruskan badan atas cabaran teman-temannya. Dia juga mahu cantik seperti mereka biarpun teman lelakinya, Syah menegah. Syah mengatakan dia sudah cantik dan tidak perlu terlalu terikut-ikut dengan geng gadis kurus melidi itu. Syah tidak mengerti akan perasaannya. Syah lelaki dan dia antara lelaki idaman gadis di universiti. Namun lelaki idaman gadis itu memilih gadis gempal sepertinya sebagai teman wanita. Dia menjadi mangsa buli kerana peminat-peminat Syah. Mereka mengatakan dia tidak sepadan Syah Adiputra yang segak dan kacak itu. Malah mereka memberikan amaran agar dia memutuskan perhubungan dengan Syah. Hal tersebut diadukan kepada Syah. Syah menyuruh dia tidak ambil peduli dengan kata-kata gadis cantik itu.
            “Ya Allah! Apa ni Fatin?” tegur Juliza yang baru pulang dari kelas kuliah. Teman sebilik Fatin itu gelengkan kepala. Fatin terlalu obsess dengan ubat kurus. Dia sudah letih menasihati teman baiknya itu. Fatin tetap berdegil.
            “Aku nak ponteng kuliah esok.” suara Fatin. Dia tekad tidak akan ke kuliah dalam keadaan tubuhnya begini.
            “Aku tidak nampak di mana lemak pada tubuh kau Fatin. Kau sudah cukup kurus tau! Takut aku tengok tubuh kau yang sudah kering begini. Macam hantu tulang!” gerutu Juliza. Dia lebih suka Fatin yang dulu. Fatin yang tidak perlu menyeksakan diri untuk menguruskan badan.
            Fatin mencebik bibir. Itu kata Juliza. Dia tetap merasakan diri masih berisi. Dia masih tembam!
            “Kalau aku kurus pastinya aku sudah muat pakai blaus yang baru aku beli itu. Syah pun takkan menjauhkan diri dari aku.” getus Fatin.
            Juliza gelengkan kepala. Syah menjauhkan diri kerana sikap kau sendiri Fatin. Kau begitu bodoh kerana buat lelaki begitu baik pada kau begitu. Syah sayangkan kau! Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati Juliza.
            “Kau sudah makan?” soal Juliza. Dia cuba mengalih topik perbualan mereka.
            “Kau tak tahu ke yang aku diet.” marah Fatin.
            Diet lagi. Setahu dia Fatin tidak ambil sarapan pagi mahupun makanan tengahari. Adakalanya diet Fatin itu melampui batas.

******

MALAM itu Fatin mengaduh sakit perut. Juliza jadi tentu arah. Dia suruh Fatin, temannya itu mahu. Juliza tiada cara lain selain menggesa Fatin makan. Juliza meminta bantuan Syah untuk membelikan Fatin sebungkus nasi. Mujur saja Syah sedia menghulurkan pertolongan. Fatin seperti hantu yang kelaparan. Dia makan dengan gelojoh. Lapar! Dia terlalu lapar. Satu bungkus nasi di habiskan namun beberapa minit kemudian dia luah makanannya kembali. Inilah natijahnya. Makanan pun sudah tidak mahu masuk ke perut Fatin.
            Juliza dan Syah saling berpandangan melihat keadaan Fatin. Mereka terpaksa membawa Fatin ke hospital. Fatin di bawa ke unit rawatan rapi. Dan Fatin telah disahkan mengidap penyakit Anorexia Nervosa. Menurut kata doktor yang merawat Fatin, penderita Anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual.
Fatin perlu mendapatkan rawatan sewajarnya untuk memulihkan kembali keadaannya. Fatin membantah keras. Dia berdegil dan tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital. Puas Juliza dan Syah memujuk tetapi sia-sia. Mereka mati akal. Keadaan Fatin sudah berada tahap yang memerbahaya.
Keesokan harinya Fatin ditemui mati dalam biliknya. Juliza yang berada di kampung dikhabarkan dengan berita buruk itu. Juliza tergesa-gesa pulang ke kampung kerana ibunya sakit. Dia tumpang simpati atas apa yang menimpa Fatin. Kesal kerana Fatin terus berdegil hingga dia menyebabkan kematiannya sendiri. Juliza berdoa semoga roh Fatin dicucuri rahmat.
Tiga bulan kemudian…

HANI meletakkan beg pakaiannya di atas katil. Akhirnya dapat juga dia bilik setelah dua bulan duduk di luar kampus. Dia menarik nafas panjang. Nampaknya hanya dia seorang saja yang menjadi penghuni bilik ini. Teman sebiliknya sudah meminta pertukaran dengan bilik yang lain. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Dia ada dengar khabar angin yang mengatakan bilik ini berpenunggu. Hani bukan percaya sangat dengan cerita-cerita mengarut. Lagipun dia tidak nampak apa-apa yang pelik dalam bilik ini. Bilik yang bersih dan menenangkan. Perut pun sudah berlagu. Hani bingkas bangun dari katil. Dia perlu keluar untuk mengisi perutnya. Hani mengunci pintu bilik lalu mengaturkan langkah dengan senyuman di bibir.
            Ada bayang-bayang seorang gadis muncul di bilik itu. Wajah yang cengkung dan sangat pucat.
            “A…a…aku….la…la..lapar….” Matanya yang menghala pada tin biskut yang berada di atas meja itu. Gadis berambut panjang itu melahap biskut di dalam tin tersebut.
            Hani menyeluk kocek seluar jeansnya. Alamak! Dia tertinggal beg duit pula. Hani berpatah semula. Kunci pintunya di keluarkan. Dian memulas tombol pintu. Mata Hani terbeliak besar melihat tin biskut sudah terbuka. Plastik-plastik biskut berselerakkan atas lantai. Terkedu Hani. Siapa pula yang menceroboh biliknya itu?
            Hani paling benci jika barang-barangnya diusik. Ini mesti kerja budak senior. Hal tersebut diadukan kepada Juliza salah seorang senior yang pernah duduk di bilik itu dulu. Juliza sudah berpindah di luar menyewa rumah bersama teman lain.
            Berkerut dahi Juliza apabila mendengar aduan dari Hani itu. Lebih mengejutkan kerana Hani duduk seorang di dalam bilik tersebut. Juliza tidak sedap hati.
            “Kak Liz rasa ada baiknya Hani minta tukar ke bilik lain…”
            “Kenapa pula? Lagipun bilik semua dah penuh. Bilik tu saja yang kosong.”
            “Pindah ke rumah sewa Kak Liz.” Pelawa Juliza
            “Jauhlah nak ke kuliah. Hani bukannya ada kenderaan.” Hani mengeluh.
            “Hani boleh minta Abang Syah hantar.”
            “Tak mahulah susahkan dia. Kak Liz pun tahu perangai Hani macam mana?”
            “Syah tu lagi suka kalau awek cute dia ni menyusahkan dia.”
            Merah muka Hani. Hani mengenali Syah ketika sesi suai kenal pelajar junior dan senior. Hani tahu Syah sebelum ini ada pernah kekasih. Bukan orang lain tetapi kawan baik pada Juliza sendiri. Juliza beritahu kekasihnya itu meninggal dunia sebab sakit. Hani ada juga mendengar khabar angin mengatakan kekasih Syah meninggal akibat diet terlampau. Hani mendekati Syah sebagai seorang teman untuk berbicara mana tahu Syah bukakan pintu hatinya untuk Hani.
            “Tidak mengapalah Kak Liz. Lagipun lagi senang Hani duduk di asrama kampus. Hani ni kena berjimat-cermat juga.”
            “Erm…jika ada apa-apa yang tak kena nanti Hani terus keluar dan pindah ya.” Juliza menepuk lembut bahu Hani.
            Hani mengangguk laju.

****

HANI menelaah buku hingga larut malam. Hani menguap kecil. Dia mencari tin biskut yang baharu dibelinya siang tadi. Biasalah bila malam begini perut mula berkeroncong. Hani bukan jenis yang suka berdiet. Lagipun beratnya tidak jua naik walau dia makan banyak. Sudah sejak azali tubuh kurus begini. Kurus bukan jenis jerangkung ya.
            Sedang enak dia mengunyah biskut Hani tersentak apabila ada bayangan manusia melintasi pada tingkap biliknya itu. Dia mengosok-gosokkan mata. Mungkin perasaan dia sahaja. Hani buat tidak endah. Matanya kian berat. Pelik kerana dia jarang rasa cepat mengantuk ketika mengulang-kaji. Hani sudah tidak sanggup menghadap buku di meja tulis itu lagi. Dia bangun dan baring di atas tilam. Selimut ditarik ke muka.
            Bayangan seorang gadis mendekati Hani. Gadis itu menyuakan wajah pada Hani yang sudah  berbungkus itu. Air liur meleleh-leleh dari mulut.
            Hani meliat kecil. Nasib baik hari ini dia ‘cuti’ umum. Bolehlah dia bangun lewat sikit dari kebiasaan. Hani turun dari katil. Baharu ingin membuat senaman ringan Hani sudah menjerit kecil. Bersepah-sepah plastik biskut di atas lantai. Tin biskutnya juga terbuka dan sudah kosong. Dia mengetap bibir. Ini pasti kerja ‘Mak Siti’ (tikus). Habis stok biskut dia untuk bulan ini.
            Perkara itu Hani adukan kepada Syah dan Juliza. Kedua saling berpandangan. Apa yang mereka jangkakan sudah berlaku. Mungkin ada baiknya mereka memaksa Hani berpindah keluar dari bilik tersebut.
            “Hani…Kak Liz rasa baik kau keluar dari bilik itu. Kak Liz bukan apa rasa…” Juliza
tidak meneruskan kata setelah melihat jelingan mata Syah. Dia tahu yang Syah tidak mahu Hani ditakutkan dengan cerita tersebut.
            “Ala…Hani selesa dengan bilik tu. Lagipun best duduk bilik itu seorang. Kak Liz kenapa asyik suruh Hani pindah saja? ” Hani mencebik.
            Juliza mengerling Syah. Syah menarik nafas kecil.
            “Hani…Abang Syah rasa baik Hani keluar dari bilik tu ikut saranan dari Kak Liz.”
            “Tapi kenapa?” Berkerut tandan dahi Hani.
            “Abang Syah bukan mahu menakutkan Hani. Bilik tu ada penghuni lain…”
            “Penghuni lain? Bukan ke Hani yang duduk seorang dalam tu.” Hani memuncungkan bibir.
            “Hani dengar cakap Abang ya…”
            “Kenapa?” Hani makin tidak faham. Mula Juliza mahu dia keluar dari bilik itu kini Syah pula.
            “Hani jangan banyak soal. Pindah ke rumah kak Liz ya…” Syah memujuk lembut kekasih hatinya. Dia tidak mahu apa-apa berlaku kepada Hani.
            “Tak mahu!” Bentak Hani.
            “Abang ambil berat tentang keselamatan hani. Masakan Hani tidak pernah dengar cerita pasal bilik tu.”
            “Hani tidak nampak apa-apa yang pelik dalam bilik tu. Apa yang Hani tahu biskut Hani di makan oleh ‘Mak Siti’ Okaylah…Hani mahu masuk kelas.” Hani angkat punggung. Malaslah dia mahu melayan Syah dan Juliza. Buat sakit kepala sahaja mendengar kata mereka yang tiada sebab munasabah itu.

****

HANI agak lewat ke biliknya. Dia ada ‘study group’ bersama teman-temannya. Hani memulas tombol pintunya. Dahinya berkerut melihat lampu meja yang terpasang. Hani cuba memetik lampu dalam biliknya namun tidak menyala. Agaknya lampu kalimantan dalam bilik itu rosak. Hani mengeluh.
            Mujurlah ada lampu tersebut. Tidaklah dia bergelap malam ini. Hani. melepaskan ikatan rambutnya. Bau badan sudah melekit. Dia mahu mandi sebentar. Lantaklah mandi dalam gelap.
Bukan selalu pun.
            Hani memakai baju tidurnya dan terus baring atas tilam. Hilang rasa letihnya. Baru dia mahu melelapkan mata ada sesuatu bergerak-gerak di atas katil dua tingkat itu. Setahu Hani tiada penghuni lain dalam bilik itu selain dia maka tiada orang yang duduk di katil atas tersebut. Hani bingkas bangun. Hani cuba memasang telinganya. Bunyi orang sedang makanlah. Siapa pula yang berani mencerobohi biliknya ini? Hani mengetap bibir geram.
            Tangannya meraba-raba mencari lampu suluh. Hani memanjat anak tangga katil dua tingkat itu.
            “Hah! Aku dah tangkap kau!” Suaranya lantang. Dia halakan lampu suluhnya pada lembaga manusia tersebut.
            Anak mata Hani membulat besar. Sangkaan makhluk itu adalah manusia. Wajahnya pucat kebiruan. Lidahnya terjelir panjang. Matanya berwarna merah dan hampir tersembul keluar. Air liur yang berbau busuk mengalir dari celahan mulutnya itu. Hani ingin menjerit namun suaranya seakan tidak keluar.
            “Aku laparrrrrr…aku nak makannnn…” Suara lembaga itu dengan suara tangisan mendayu-dayu. Dia menerpa ke arah Hani.
            Lampu suluh di tangan Hani terlepas. Hani jatuh ke lantai. Kepalanya terhentak kuat. Dia cuba untuk bangun namun tubuhnya telah ditindih oleh lembaga itu. Hani sudah tidak berdaya apabila wajah lembaga itu mendekati wajahnya.

****

HANI ditemui dalam keadaan yang mengerikan. Usus dan tali perutnya terkeluar seperti dimakan oleh sesuatu. Leher Hani lembam seperti ada kesan gigitan di situ. Syah bersedih atas musibah yang menimpa Hani. Juliza sudah memberikan peringatan kepada Hani namun gadis itu berdegil. Jika Hani mendengar kata pasti perkara ini tidak berlaku.
            Mereka percaya ‘benda’ yang membunuh Hani itu adalah hantu Fatin. Hantu kelaparan yang mencari mangsanya. Siapa pula yang bakl menjadi mangsa seterusnya….
            “Laparrrr…aku laparrrrr…..aku nak makannnn…”


 *Pssttt...sori if tak best ^^

7 comments:

  1. Hantu boleh mkn org . Mcm lwk je .

    ReplyDelete
  2. Aduh seram pulak aih kak ilya niii...kenapa tiba2 buat cerita seram nii...Tak takut ke time menulis tu. Huhuhu..


    Pa'ah Mohd Isdris

    ReplyDelete
  3. Baru tgk cover, meremang bulu roma dibuat nyer..hehehe.. Baca plak time tgh mlm, sorg2 lak tu.. Lagi la takut.. Hehehe..stop baca dlu, n then sambung baca time siang ari.. Hahaha...

    ReplyDelete
  4. woww!! best3x XD >_< <3 <3
    nk lagi kak Ilya pendek sangatlah cerpen ni tak puas nk menghayatinya huhu...
    klu boleh buat lagi extrem seramnya kak ilya... (>___<)
    ~Rabiatul Adawiyah~

    ReplyDelete
  5. Juliza jadi tentu arah. Dia suruh Fatin, temannya itu mahu. Juliza tiada cara lain selain menggesa Fatin makan
    ......

    best kak.. nak lagi!!

    ReplyDelete
  6. Mawar Hitam, yg mkn manusia tu bkn hantu tp jin..
    citer ni sgt best..sya suka citer seram..sambung la lg..

    ReplyDelete