Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Friday, February 22, 2013

Coke & Sundae - Prolog (Bab 3)




Anti sama Sundae

“MUHAMMAD Syakir Bin Ilyas! Hari-hari muka awak yang datang lewat. Sudah tiada muka lain yang saya nak tengok. Muka Alex Ferguson ke? Arsene Wenger ke? Ada juga selera saya nak menengoknya.” gerutu Azyan.

Naik muak mata Azyan melihat muka poyo cicak kobeng seorang ini. Dalam sebulan boleh dikira berapa hari Syakir hadir ke sekolah menepati masa. Selebihnya…faham-faham sajalah.

“Kot iya pun dah bosan tengok muka saya, cik pengawas…takkan sampai muka pengurus bola sepak yang tua itu menjadi pilihan.” Syakir menjawab.
“Awak menjawab ya!” Azyan menjegilkan biji matanya.
“Awak menyoal maka saya menjawablah.” Syakir membalas renungan mata tajam Azyan.

Zamri jongket bahu. Dia tidak tahu mahu cakap apa lagi. Azyan memang pantang berjumpa dengan Syakir. Musuh ketatlah katakan. Zamri sendiri hairan mengapa Azyan anti benar dengan Syakir. Mereka berdua ini kerjanya asyik bertengkar sahaja. Adakalanya sampai terpaksa dileraikan oleh cikgu. Contohnya macam kes pertandingan debat sebulan yang lalu. Azyan dan Syakir berdebat sampai ahli-ahli kumpulan yang lain tidak sempat mengemukakan hujah mereka. Hebat sungguh sampai tiada sesiapa yang berani masuk campur. Cikgu pun naik pening kepala.

Macam biasa Azyan memberikan hukuman istimewa buat Syakir. Jalan itik keliling satu kantin sekolah. Azab dibuatnya. Sakit pinggang pun ada. Sakit ditimpa kemalangan masih belum reda ditambah pula dengan sakit yang lain. Namun Syakir menurut sahaja perintah dari Azyan tanpa membantah.

Azyan hanya menjadi pemerhati. Masakan dia akan membiarkan cicak kobeng itu mencuri tulang ketika menjalani hukumannya. Cicak kobeng ni bukannya boleh dipercayai sangat. Syakir banyak helah.

Syakir menjeling Azyan dengan ekor mata. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia tidak berani untuk mengungkapkan kata terima kasih kepada Azyan. Azyan telah bersusah payah menolongnya semalam. Biasalah kalau orang ada sifat ego ini. Dalam hati Syakir mengatakan Azyan tidaklah seburuk mana. Azyan cantik juga orangnya walaupun gaya Azyan terlalu nampak skema dengan bertocang ekor kuda.

“HAHAHA…Kau memang pecah rekodlah Kir. Kita orang pun tak sampai pada tahap kau lagi.” Ikhil menepuk bahu Syakir lembut. Syakir memang berani mencabar kewibawaan Azyan selaku ketua pengawas sekolah ini. Syakir sewajarnya menjadi contoh kepada budak-budak nakal yang lain. Ini tidak, belakang Azyan bukan gah lagi bercakap apabila depan gadis itu hilang semua kegagahan yang ada.

“Aku bukan jenis pengecut macam korang. Aku tak fahamlah kenapa korang takut sangat dengan Azyan. Aku tak nampak pun Azyan tu menggerunkan.” Syakir menjuihkan bibir.

Dia renung teman-temannya itu. Badan besar macam gajah tapi penakut pada perempuan yang bertubuh kecil dan comel itu. Samseng sekolah konon! Boleh blah!

“Kau tak tengok dia mengamuk lagi. Macam raksasa tau. Ultraman pun kalah kalau tengok raksasa macam Azyan tu.”
“Hebat sangat sangat ke anak gadis Mejar Idris tu?”
“Juara takewando peringkat daerah berturut-turut. Masakan tidak hebat jika mampu menumbangkan bapak gajah seorang ini.” Ikhil memaut tubuh Jamal yang berbadan gemuk seperti Kuman KU2 itu.

Tandan dahi Syakir berkerut. Boleh percaya ke? Tubuh sekecil Azyan menumbangkan tubuh sebesar bapak gajah ini? Syakir gelengkan kepala tidak percaya. Syakir ketawa kecil. Teman-temannya itu sekadar mahu menakutkan dia. Kalau Jamal yang hempap Azyan masakan gadis itu akan bangun.

“Syakir…kitaorang mahu tanya sama sikit?”
“Tanya apa?” Syakir menjuihkan bibir.
“Kau ada suka tak sama Azyan?”
“Soalan apa korang bagi ni?”
“Jawab dengan jujur Kir. Kau tahu tak kalau lelaki yang suka cari asal dengan perempuan tandanya dia suka dengan perempuan tu.”

Syakir ketawa terbahak-bahak. Tiada istilah cover ketawa langsung. Dia minat pada gadis skema bernama Nur Azyan Binti Idris? Minta maaf banyak-banyaknya. Azyan itu tidak tersenarai untuk dbuat teman wanita.

“Itik hodoh macam budak Azyan tu aku tak berkenanlah. Muka skema habis! Aku gaduh dengan dia sebab dia suka buat hal dengan aku. Dia pantang tengok muka yang maco ni. Dia itu kerjanya menyusahkan hidup aku!” Selamba Syakkir mengutuk Azyan.

“Syakir…tu..tu..tu…” Idin sudah memucungkan bibirnya.
“Apa yang tu..tu..tu..” Apa hal pula muka Idin berpeluh ni?
“Tu…tu…tu…belakang kau!” Kali ini Idin menundingan jari telunjuknya.

Belakang aku? Ada apa di belakang aku? Syakir lantas berpaling.

DUSH!



KURANG asam Syakir! Dia cakap aku itik hodoh. Perasan maco! Diri sendri tidak sedar. Badan kurus macam cicak kobeng. Rasakan penumbuk sulung dari aku! Azyan mengetap bibir. Da memang ada hati sikit pada Syakir. Sikit saja tak banyak. Ada macam besar kuman kot? Tapi bila Syakir sudah kutuk-kutuk belakang dia, nama Syakir dia campak dari senarai calon menantu Mejar Idris. Anti sama Syakir!

“Yan! Yan! Ada gossip hangat bangat!” Salwa terkocoh-kocoh berlari ala marathon mendapatkan Azyan.
“Ya, gossip girl! Berita apa yang sensasi di sekolah kita. Cikgu Bahar nak tambah bini ke?”
“Kalau didengar dek Cikgu Bahar maka kau akan dipecat 24 jam!” Salwa menjegilkan biji matanya. Berani sungguh Azyan membuat spekulasi tidak benar mengenai guru displin terhebat di sekolah ini.
“Habis gossip apa? Kau nak kahwin dengan Cikgu Farid Kamil ke?”

Salwa menggeleng laju. kalau Cikgu Farid Kamil hensem macam pelakon Farid Kamil tu tidak mengapalah juga. Ini hidung kembang.

“Tunggulah aku tarik nafas dulu…satu…dua…tiga…”
“Lambat sangat.” Rengus Azyan.
“Syakir kena pelempang dengan budak form 5.”
Azyan pecah ketawa.
“Hahahaha! Padan dengan muka dia.”

“Gembiranya kau. Syakir kena tampar sebab dia laser budak perempuan cukup-cukup. Dia cakap tak habis belajar lagi, tak cukup ilmu fardu ain dah gatal nak berlaki. Itu antara ayatnya. Biru pipi Syakir. Idin ada cakap Syakir kena tumbuk dengan seorang budak nerd gak. Kau kan orangnya.” Salwa mengangkat keningnya.

Terhenti tawa meriah Azyan.

“Ada aku kisah!”
“Jangan….nanti dia buat report pada Cikgu Bahar.”
“Ada aku kisah!”
“Kau semuanya tak kisah. Apa yang kisah?” Salwa bercekak pinggang.
“Aku akan ambil kisah kalau nak isi perut aku saja.” Azyan tersengih.

Dasar beruk lantak. Dasar kebuluran punya kawan. Perut kecil tapi makannya mengalahkan orang dua hari tak makan. 

10 comments:

  1. Haaa..ambik kau syakir..kena penumbuk dgn azyan..mulut tu laser sgt..kan dh kena..

    ReplyDelete
  2. Rindunya katsyakir dgn azyan hahaha..

    Frm saranghaeyo november.

    ReplyDelete
  3. sempoi betul la syakir ... i loikee !!! azyan memang cik gagahhh ... kenangan paling manis cik azyan dengan syakir masa skola ...

    ReplyDelete
  4. hahaha. lama tak baca Coke And Sundae. selamba je azyan ni DUSH! yeah~

    ReplyDelete
  5. hahaha... Azyan dgn Syakir mmg best laaa.. nostalgia ja cita depa dua.. dari benci tukar menjadi 'cinta' :)
    >>huda93<<

    ReplyDelete
  6. citer syakir dan azyan ni memang menarik...
    thumbs kak ilya kerana dapat menghasilkan citer yang sebegini best walaupun dibaca berulang kali tetap tidak jemu...:-)

    ReplyDelete
  7. hahahha..bru tau knper azyan blasah syakir...
    mlm tdi bru ulang bca CNS 1...
    mmg happy sgt..crite yg tidak mmbosankan wpun dh ulang byk2 kali..tahniah ilya

    ReplyDelete
  8. Sweet....hehehe...xsba tunggu next entrt

    ReplyDelete