Anti
sama Sundae
“MUHAMMAD Syakir Bin Ilyas! Hari-hari muka awak yang
datang lewat. Sudah tiada muka lain yang saya nak tengok. Muka Alex Ferguson
ke? Arsene Wenger ke? Ada juga selera saya nak menengoknya.” gerutu Azyan.
Naik muak mata Azyan melihat muka poyo cicak kobeng
seorang ini. Dalam sebulan boleh dikira berapa hari Syakir hadir ke sekolah
menepati masa. Selebihnya…faham-faham sajalah.
“Kot iya pun dah bosan tengok muka saya, cik
pengawas…takkan sampai muka pengurus bola sepak yang tua itu menjadi pilihan.”
Syakir menjawab.
“Awak menjawab ya!” Azyan menjegilkan biji matanya.
“Awak menyoal maka saya menjawablah.” Syakir
membalas renungan mata tajam Azyan.
Zamri jongket bahu. Dia tidak tahu mahu cakap apa
lagi. Azyan memang pantang berjumpa dengan Syakir. Musuh ketatlah katakan. Zamri
sendiri hairan mengapa Azyan anti benar dengan Syakir. Mereka berdua ini kerjanya
asyik bertengkar sahaja. Adakalanya sampai terpaksa dileraikan oleh cikgu.
Contohnya macam kes pertandingan debat sebulan yang lalu. Azyan dan Syakir
berdebat sampai ahli-ahli kumpulan yang lain tidak sempat mengemukakan hujah
mereka. Hebat sungguh sampai tiada sesiapa yang berani masuk campur. Cikgu pun
naik pening kepala.
Macam biasa Azyan memberikan hukuman istimewa buat
Syakir. Jalan itik keliling satu kantin sekolah. Azab dibuatnya. Sakit pinggang
pun ada. Sakit ditimpa kemalangan masih belum reda ditambah pula dengan sakit
yang lain. Namun Syakir menurut sahaja perintah dari Azyan tanpa membantah.
Azyan hanya menjadi pemerhati. Masakan dia akan
membiarkan cicak kobeng itu mencuri tulang ketika menjalani hukumannya. Cicak
kobeng ni bukannya boleh dipercayai sangat. Syakir banyak helah.
Syakir menjeling Azyan dengan ekor mata. Dia sendiri
tidak mengerti mengapa dia tidak berani untuk mengungkapkan kata terima kasih kepada
Azyan. Azyan telah bersusah payah menolongnya semalam. Biasalah kalau orang ada
sifat ego ini. Dalam hati Syakir mengatakan Azyan tidaklah seburuk mana. Azyan
cantik juga orangnya walaupun gaya Azyan terlalu nampak skema dengan bertocang
ekor kuda.
“HAHAHA…Kau memang pecah rekodlah Kir. Kita orang
pun tak sampai pada tahap kau lagi.” Ikhil menepuk bahu Syakir lembut. Syakir
memang berani mencabar kewibawaan Azyan selaku ketua pengawas sekolah ini.
Syakir sewajarnya menjadi contoh kepada budak-budak nakal yang lain. Ini tidak,
belakang Azyan bukan gah lagi bercakap apabila depan gadis itu hilang semua
kegagahan yang ada.
“Aku bukan jenis pengecut macam korang. Aku tak
fahamlah kenapa korang takut sangat dengan Azyan. Aku tak nampak pun Azyan tu
menggerunkan.” Syakir menjuihkan bibir.
Dia renung teman-temannya itu. Badan besar macam
gajah tapi penakut pada perempuan yang bertubuh kecil dan comel itu. Samseng
sekolah konon! Boleh blah!
“Kau tak tengok dia mengamuk lagi. Macam raksasa
tau. Ultraman pun kalah kalau tengok raksasa macam Azyan tu.”
“Hebat sangat sangat ke anak gadis Mejar Idris tu?”
“Juara takewando peringkat daerah berturut-turut.
Masakan tidak hebat jika mampu menumbangkan bapak gajah seorang ini.” Ikhil memaut
tubuh Jamal yang berbadan gemuk seperti Kuman KU2 itu.
Tandan dahi Syakir berkerut. Boleh percaya ke? Tubuh
sekecil Azyan menumbangkan tubuh sebesar bapak gajah ini? Syakir gelengkan
kepala tidak percaya. Syakir ketawa kecil. Teman-temannya itu sekadar mahu
menakutkan dia. Kalau Jamal yang hempap Azyan masakan gadis itu akan bangun.
“Syakir…kitaorang mahu tanya sama sikit?”
“Tanya apa?” Syakir menjuihkan bibir.
“Kau ada suka tak sama Azyan?”
“Soalan apa korang bagi ni?”
“Jawab dengan jujur Kir. Kau tahu tak kalau lelaki
yang suka cari asal dengan perempuan tandanya dia suka dengan perempuan tu.”
Syakir ketawa terbahak-bahak. Tiada istilah cover ketawa langsung. Dia minat pada
gadis skema bernama Nur Azyan Binti Idris? Minta maaf banyak-banyaknya. Azyan itu
tidak tersenarai untuk dbuat teman wanita.
“Itik hodoh macam budak Azyan tu aku tak
berkenanlah. Muka skema habis! Aku gaduh dengan dia sebab dia suka buat hal
dengan aku. Dia pantang tengok muka yang maco ni. Dia itu kerjanya menyusahkan
hidup aku!” Selamba Syakkir mengutuk Azyan.
“Syakir…tu..tu..tu…” Idin sudah memucungkan
bibirnya.
“Apa yang tu..tu..tu..” Apa hal pula muka Idin
berpeluh ni?
“Tu…tu…tu…belakang kau!” Kali ini Idin menundingan
jari telunjuknya.
Belakang aku? Ada apa di belakang aku? Syakir lantas
berpaling.
DUSH!
KURANG asam Syakir! Dia cakap aku itik hodoh.
Perasan maco! Diri sendri tidak sedar. Badan kurus macam cicak kobeng. Rasakan
penumbuk sulung dari aku! Azyan mengetap bibir. Da memang ada hati sikit pada
Syakir. Sikit saja tak banyak. Ada macam besar kuman kot? Tapi bila Syakir
sudah kutuk-kutuk belakang dia, nama Syakir dia campak dari senarai calon
menantu Mejar Idris. Anti sama Syakir!
“Yan! Yan! Ada gossip
hangat bangat!” Salwa terkocoh-kocoh berlari ala marathon mendapatkan Azyan.
“Ya, gossip
girl! Berita apa yang sensasi di sekolah kita. Cikgu Bahar nak tambah bini
ke?”
“Kalau didengar dek Cikgu Bahar maka kau akan
dipecat 24 jam!” Salwa menjegilkan biji matanya. Berani sungguh Azyan membuat
spekulasi tidak benar mengenai guru displin terhebat di sekolah ini.
“Habis gossip
apa? Kau nak kahwin dengan Cikgu Farid Kamil ke?”
Salwa menggeleng laju. kalau Cikgu Farid Kamil hensem macam pelakon Farid Kamil tu
tidak mengapalah juga. Ini hidung kembang.
“Tunggulah aku tarik nafas dulu…satu…dua…tiga…”
“Lambat sangat.” Rengus Azyan.
“Syakir kena pelempang dengan budak form 5.”
Azyan pecah ketawa.
“Hahahaha! Padan dengan muka dia.”
“Gembiranya kau. Syakir kena tampar sebab dia laser budak perempuan cukup-cukup. Dia
cakap tak habis belajar lagi, tak cukup ilmu fardu ain dah gatal nak berlaki.
Itu antara ayatnya. Biru pipi Syakir. Idin ada cakap Syakir kena tumbuk dengan
seorang budak nerd gak. Kau kan
orangnya.” Salwa mengangkat keningnya.
Terhenti tawa meriah Azyan.
“Ada aku kisah!”
“Jangan….nanti dia buat report pada Cikgu Bahar.”
“Ada aku kisah!”
“Kau semuanya tak kisah. Apa yang kisah?” Salwa
bercekak pinggang.
“Aku akan ambil kisah kalau nak isi perut aku saja.”
Azyan tersengih.
Dasar beruk lantak. Dasar kebuluran punya kawan.
Perut kecil tapi makannya mengalahkan orang dua hari tak makan.
Haaa..ambik kau syakir..kena penumbuk dgn azyan..mulut tu laser sgt..kan dh kena..
ReplyDeleteRindunya katsyakir dgn azyan hahaha..
ReplyDeleteFrm saranghaeyo november.
sempoi betul la syakir ... i loikee !!! azyan memang cik gagahhh ... kenangan paling manis cik azyan dengan syakir masa skola ...
ReplyDeletehahaha. lama tak baca Coke And Sundae. selamba je azyan ni DUSH! yeah~
ReplyDeletesian syakir.. hahaha xP
ReplyDeletehahaha... Azyan dgn Syakir mmg best laaa.. nostalgia ja cita depa dua.. dari benci tukar menjadi 'cinta' :)
ReplyDelete>>huda93<<
citer syakir dan azyan ni memang menarik...
ReplyDeletethumbs kak ilya kerana dapat menghasilkan citer yang sebegini best walaupun dibaca berulang kali tetap tidak jemu...:-)
hahahha..bru tau knper azyan blasah syakir...
ReplyDeletemlm tdi bru ulang bca CNS 1...
mmg happy sgt..crite yg tidak mmbosankan wpun dh ulang byk2 kali..tahniah ilya
terima ksaih dear sbb suka cns yg simple2 ni
DeleteSweet....hehehe...xsba tunggu next entrt
ReplyDelete